Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

Duke of UMNO
Image may be NSFW.
Clik here to view.


MESTI BACA: ANALISIS PALING MENARIK #PRU13...

Posted: 06 May 2013 05:37 AM PDT

Aku masih letih. Otak dan fizikal masih kurang bertenaga. Namun aku ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog. Aku ni tak berapa nak reti bodek-bodek ni bebbb.. jadi analisis ni agak sealiran dengan padangan aku...

Aku terbaca analisis awal member aku di Mykmu.net. Jalil ni memang member aku pun dan aku rasa dia ada point yang memerlukan perhatian dari seluruh pemimpin UMNO/BN, dan tidak hanya bertumpu pada DS Najib saja...

Baca sampai habis analisis Jalil ni. Memang menarik untuk direnungkan. Persoalannya, apa yang boleh kita bantu DS Najib, UMNO/BN dan seluruh pemimpin kita selepas PRU ke-13 ni? Memang satu analisis yang menarik...



Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)(*Pandangan ini mungkin sekadar pandangan daripada seorang ahli UMNO biasa yang tidak mempunyai akses menyeluruh kepada jentera parti. Apa yang dinyatakan datang dari pemerhatian bukan penyelidikan. Justeru ia sekadar pandangan. Ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah!)

Keputusan Pilihan Raya UMUM ke-13 yang diumumkan semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak. Adalah merupakan fenomena global untuk sesebuah kerajaan dalam bentuk demokrasi ala Britain ini tidak memperolehi kerajaan majoriti 2/3. Ia bersangkutan soal masyarakat yang semakin terpisah, berpecah, tiada tolak ansur dan nihilis. 

Sudah hampir pupus kerajaan yang memerintah dengan majoriti 2/3. Namun ia bukanlah satu yang boleh memberi keselesaan atau kegirangan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Mana-mana parti harus berusaha mendapatkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan yang stabil. Dalam makna inilah kepimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergerak seperti mesin yang tidak kenal penat siang dan malam untuk menarik sokongan rakyat.

Saya pernah menyatakan bahawa ketika mengambil alih UMNO dan Negara, Mohd Najib umpama "orang lemas yang cuba mencapai apa-apa sahaja." Boleh dikatakan setiap cadangan yang dicadangkan kepada beliau akan dilakukan segera sekiranya beliau percaya boleh membawa sokongan positif kepada BN. 

Saya pernah berbicara, melihat dan memerhati tiga Perdana Menteri, saya fikir Mohd Najib merupakan Perdana Menteri paling cepat memberi tindak balas yang bersifat politik. Dalam masa yang sama beliau menjadi terbuka dan membenarkan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan yang pro-BN dan pro- Pakatan bermaharajalela tanpa mempedulikan keharmonian dan keamanan negara.

Mohd Najib cuba melayan dan memenuhi tuntutan Perkasa, Hindraf, Dong Jia Zhong dan BERSIH. Secara teorinya, langkah Mohd Najib ini merupakan langkah popular dan boleh membantu kemenangan BN. 

Namun kerana terlalu banyak menerima dan melaksanakan apa sahaja cadangan yang beliau anggap boleh menarik sokongan kepada BN, Mohd Najib berhadapan dengan satu persepsi baru. Beliau dilihat lemah dan terdesak untuk menang dalam pilihan raya. Ini mendedahkan dirinya kepada ugutan politik kawan dalan lawan dan mengurangkan keyakinan orang ramai sama ada BN akan menang atau tidak dalam pilihan raya. 

Kepimpinan Pra dan Pasca 2008

Mohd Najib berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara dan parti. Sama ada beliau sedar atau tidak bahawa penolakan terhadap BN pada 2008 disebabkan oleh kepimpinan lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan polisi-polisi yang tidak disukai rakyat walaupun mungkin baik dari segi teori. 

Mohd Najib mempunyai aura dan imej kepimpinan yang lebih baik daripada Abdullah dalam beberapa segi. Beliau dilihat lebih kotemporari, mempunyai kebijaksanaan pentadbiran dan menguasai isu-isu semasa yang lebih baik.

Namun di hati kecil ramai orang, kepimpinan Najib tidak banyak berbeza dengan beberapa hal membabitkan persepsi. Orang Melayu masih tidak merasai terdapat perubahan besar dalam agenda Melayu dan Islam. Orang Cina masih merasakan mereka boleh mengugut BN dan orang India masih menjadi lalang.

Seorang pemimpin UMNO bertanya saya, "Apakah yang tidak kena lagi? Najib telah melakukan bermacam perkara dalam tempoh 3 tahun ini. Jika dulu kita seperti naik keretapi arang, sekarang kita macam naik keretapi elektrik. Tapi orang masih tidak mengundi kita."

Jawapan saya ialah, jika Mohd Najib tidak melakukan semua ini kita mungkin akan kalah teruk lagi atau hilang terus kuasa. Jadi apa yang Mohd Najib lakukan ini mempunyai kesan yang sangat baik tetapi tidak cukup besar untuk mengubah persepsi.

Namun pertanyaan itu sangat relevan dan signifikan. Memang Najib melakukan bermacam-macam perkara. Terlalu banyak yang dibuat, dilancarkan dan dirancang sehinggakan rakyat sendiri pun sudah keliru dan tidak sempat memahami segala pengumuman yang dibuat. Akhirnya kerana terlalu banyak yang dilontarkan, rakyat sudah tidak merasa apa-apa makna lagi. 

Kerajaan bercakap soal transformasi, ETP, GTP, Rakyat berpendapatan tinggi, pembanterasan rasuah, kenaikan gaji sektor awam, gaji minimum dan sebagainya. Namun rakyat bercakap soal tarif elektrik, harga barang, harga kereta, kadar faedah, pinjaman pengajian yang lebih baik dan kualiti kehidupan.
Apa yang Mohd Najib lakukan baik tetapi tidak seiring dengan apa yang kumpulan pendapatan rendah dan menengah harapkan.

Para Menteri Kabinet juga tidak banyak membantu Mohd Najib. Isu kalimah Allah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengurusan Pasukan Keselamatan, dan cara kerajaan menangani hal-hal membabitkan keamanan, keselamatan dan badan bukan kerajaan menimbulkan pergolakan emosi dan hilang kepercayaan di kalangan penyokong tradisonal UMNO.

Faktor Orang Sekeliling

Antara punca kemarahan ramai orang kepada Pak Lah ialah faktor orang terdekat. Jika Pak Lah menjadi mangsa kerana kemarahan orang terhadap Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah, Mohd Najib akan berhadapan dengan perkara yang sama jika ia dibiar berlarutan.

Ramai orang sudah melihat bahawa terdapat pembabitan aktif ahli keluarga Najib dalam hal-hal membabitkan politik dan pentadbiran.

Sama ada suka atau tidak, terdapat banyak kumpulan yang percaya Datin Seri Rosmah terbabit dalam membuat pelbagai keputusan parti dan kerajaan. Ia boleh jadi hanyalah fitnah dan persepsi buruk semata. Namun fitnah dan persepsi buruk ini sukar dikikis dan boleh menjadi barah jika tidak dibetulkan.

Kita tidak boleh menyalahkan Rosmah atas persepsi negatif ke atasnya. Manusia yang mahu berfikiran negatif akan sentiasa mencari keburukan orang. Walaupun terdapat ribuan program membantu masyarakat yang dibuat oleh Rosmah, namun persepsi buruk juga yang dikatakan orang. 

Bagaimanapun kita harus menguruskan persepsi. Pendedahan media yang keterlaluan terhadap Datin Seri memberi kesan yang agak negatif imej beliau terhadap rakyat. Beliau boleh sahaja melakukan pelbagai program masyarakat tanpa muncul secara keterlaluan dalam media massa.

Namun apabila sering terdedah kepada media, rakyat melihat beliau antara orang yang berkuasa, ini sekaligus membenarkan persepsi-persepsi negatif yang diwujudkan parti lawan ke atas beliau. 

Selain itu, Mohd Najib juga dilihat membelakangi parti apabila meletak terlalu banyak para pegawai pejabat Perdana Menteri menjadi calon pilihan raya walaupun tanpa merit. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang aktivis parti. 

Sama ada suka atau tidak, ramai yang bercakap relevan apa Mohd Najib meletakkan Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah bertanding di Wangsa Maju yang merupakan kerusi MCA. Ini khabarnya menjadi pertikaian MCA Wangsa Maju. Demikian juga dengan meletakkan Datuk Shahlan di Pokok Sena, Datuk Fatmi di Kota Bharu, Irmohizam di Kuala Selangor, Suffian Awang di Kuantan dan Latt Shariman di Kubang Rotan. 

Kempen Ala Presiden Amerika Syarikat

Jika dilihat sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, kempen terlalu difokuskan kepada imej Mohd Najib bukannya parti. Ramai pemimpin diperingkat bawah tidak diangkat dan ditonjolkan sebaik mungkin ini menyebabkan BN tidak lagi dilihat sebagai sebuah jentera yang kuat. 

Sebaliknya sepanjang tempoh tiga tahun lalu, kita digambarkan seolah-olah ini pilihan raya "one man show". Semuanya berkenaan Najib Razak. Jenama Najib Razak mengtasai jenama BN. Apabila pilihan raya, BN yang dipertaruhkan bukan Najib Razak. Ini hakikat yang perlu disedari. 

Kesimpulan

Hakikat bahawa terdapat kelemahan-kelemahan Mohd Najib bukan bermakna beliau seorang pemimpin yang lemah. 

Sebagai pemimpin yang mewarisi parti dan negara dalam keadaan lemah, Mohd Najib telah melakukan yang terdaya untuk memulihkan sokongan dan membetulkan jentera parti dan pentadbiran. 

Perjalanan ini memerlukan masa untuk berjaya. Najib berada dilandasan yang betul untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN. Namun ini hanya akan terjadi jika Najib sendiri bersedia membetulkan gaya kepimpinannya terlebih dahulu.

Sama ada Kabinet atau Pejabat Perdana Menteri, Mohd Najib perlu memilih mereka yang boleh bekerja, boleh berfikir dan ada kekuatan politik, bukannya kerana orang itu ada pertalian keluarga atau penyokong kuatnya.

Mohd Najib juga sudah boleh tahu apa nasihat yang betul dan apa yang nasihat yang salah yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Jadi beliau sudah tahu siapa yang layak untuk membantu beliau dalam pusingan kedua pentadbirannya.

Selamat Bertugas Dato' Sri!- Mykmu.net
Yup. Nampaknya tugas dan perjuangan aku belum selesai. Aku perlu bantu UMNO dan BN lagi. Walaupun menang di peringkat federal dan negeri Kedah, mahu atau tidak, aku perlu lakukan sesuatu... 

Cuma... bagi aku sedikit masa untuk berehat. Tak lama.. sekejap je bro. Aku nak tumpu family kejap. Tenaga, masa, wang ringgit dan macam-macam lagi dah kita korbankan. Namun aku yakin perjuangan ini perlu diteruskan... Hidup UMNO..!!! Hidup BN..!!

EKSKLUSIF... SOKONGAN CINA PUNCA BN KEDAH TAK DAPAT MANDAT 2/3? #PRU13

Posted: 06 May 2013 02:37 AM PDT

Aku nak ulas sikit pasal sokongan orang Cina kepada BN pada PRU ke-13 semalam. Analisis jelas menunjukkan orang Cina di seluruh negara lebih condong memberikan undi mereka pada Pakatan Haram, khususnya DAP.

Misalnya kat Selangor, boleh dikatakan semua DUN atau Parlimen yang ditandingi DAP tu menang. Apa dah jadi? Betul ke semua Cina sokong DAP atau Pakatan Haram? 

Menurut pengamatan aku, hanya 1/3 dari masyarakat Cina di negara ni yang sokong BN. Selebihnya 2/3 dari depa menyokong DAP aka Pakatan Haram. Aku tak tau kenapa.. Nak kata UMNO tak kasi muka, UMNO dah kasi lebih dari yang patut...



MCA dan Gerakan misalnya gagal lagi menarik sokongan dari golongan Tiong Hua ni. Kenapa? Aku tengok, ada sesetengah pemimpin MCA dan Gerakan yang "all out", tapi depa gagal jugak. Kenapa depa gagal jugak?

Aku rasa sebab DAP dah berjaya "implant" something dalam otak orang Cina kat Malaysia ni.

Kat Kedah, orang Cina tak pernah tutup kedai setiap kali PRU. Tapi semalam, banyak kedai Cina tutup untuk membolehkan depa keluar berkempen dan mengundi DAP...

Tapi kat Alor Setar ni berbeza sikit. Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman ni 3 penjuru. BN, DAP dan Berjasa. Kawasan ni memang ramai pengundi Cina. Sokongan orang Cina pada BN dan DAP sama banyak...separuh orang Cina sokong BN dan separuh lagi sokong DAP. 

Tapi memandangkan ada calon Berjasa, kebanyakkan undi Melayu diberikan pada Berjasa ni sebab depa ni Melayu. Orang Melayu kat Kedah ni takkan kasi undi kat DAP punya. Itu confirm. Sebelum ni depa dok bagi kat BN sebab takde parti Berjasa ni....

Namun memandangkan kali ni ada pilihan baru, calon pun orang Melayu Islam, maka orang Melayu di Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman fikir lebih baik bagi undi tu kat Berjasa... Tu yang payah tu... Mungkin depa tak berapa faham sikit tentang perkongsian kuasa tu...

Dalam ertikata lain, undi Melayu kat Parlimen Alor Setar dan Kota Darulaman ni menjadi "undi penentu" kemenangan sama ada BN atau DAP. Tapi dah Berjasa berjaya curi lebih 2,000 undi di situ, maka BN kalah...

Datuk Chor dan Dr Cheah tu bukan calang-calang. Depa ni dapat sokongan yang agak kuat dari orang Cina kat Alor Setar. Tapi pasal ada orang kacau daun, maka BN kalah 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN... rugi tak? Kalau tidak, confirm dah BN dapat mandat 2/3 kat Kedah ni...

Tak mengapalah. Ada cara nak atasi perkara ni pada masa akan datang. Kita ada lebih kurang 5 tahu untuk pertahankan kemenangan BN di Kedah ni sebelum PRU ke-14. Dalam pada masa yang sama, jangan ingat PAS, DAP dan PKR akan duduk diam kat Kedah ni.. ada saja depa nak fitnah kita..kan?

EKSKLUSIF.. SEJURUS SELEPAS BN RAMPAS KEDAH DARI PAS SEMALAM...

Posted: 06 May 2013 12:40 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Aku pun baru je settle kemas opis buruk aku tadi sikit-sikit. Tunggang langgang opis ni semingga dua sejak pembubaran parlimen. PRU ke-13 memang sejarah dalam hidup aku.. satu kemenangan manis di Kedah...

Tapi sebelum dapat kemanisan tu..banyak keperitan yang aku lalui. Benar.. nak dapatkan manis, mungkin kena telan pahit dulu, kan? Jadi, aku sangat-sangat berterima kasih atas jasa dan sokongan rakyat Kedah, khususnya bangsa Melayu, pada PRU ke-13 semalam...

Semalam, tengah ramai-ramai menyambut kemenangan BN kat Bangunan Tunku di Alor Setar, aku turun lepak sorang-sorang kat tepi tembok kat tepi jalan. Tengok gelagat orang. Layan sentimental. Memang aku gembira, tapi jauh di sudut hati aku ada sedih dan risau.. namun biarlah aku simpan sorang-sorang...

Sekarang, bermula episod baru dalam sejarah politik Kedah. Kejap lagi Datuk Mukhriz akan mengangkat sumpah depan DYMM Yang DiPertuan Agong, merangkap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah. Tahniah Datuk...



Aku masih kat opis buruk ni lagi. Letih masih lagi terasa. Aku mengambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih jugak pada para blogger pro-UMNO/BN Kedah, terutama Mctheory, Pisau Kedah, Medan Tempur Kedah, Kamera Kupang dan seluruh warga TMK. Tanpa korang, siapalah aku ni...

Tak lupa juga kepada Kedah Times, Kedahan69ers, Mummy Rokiah dan ramai lagi blogger-blogger tersohor yang hebat-hebat belaka yang paling banyak membantu kemenangan BN di Kedah kali ni. Terima kasih banyak-banyak bro..korang paling banyak buat kerja kat Kedah kali ni...

Kepada para bloggers pro-PAS macam Kedah La, Kedah La Nie.. dan sebagainya, aku menyusun jari memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkanlah aku kalau aku ada terkasar bahasa atau buat salah kat korang sepanjang aku berblog ni...

Aku tahu korang marah, khususnya bila kalah PRU kan? Biasa la tu.. ada menang, ada kalah. Lepas ni bukak buku baru. Takkan la kita nak bergaduh teruk lagi kot? Tautkan kembali ukhuwwah sesama kita. Psywar sebelum ni..biasalah.. adat peperangan cyber, kan? War casualty tu biasa laaa...

Perang PRU ke-13 dah tamat semalam dan sebagai saudara seagama, kita wajib kekalkan ukhuwwah Islamiyyah di antara kita sama ada kita sokong UMNO/BN atau PAS, kan? Kalau terjumpa aku tengah jalan nanti, kita boleh pekena teh tarik sekali bro...

Selepas ni apa aku nak buat? Entah la. Yang pasti, aku akan terus memperjuang Islam, memperkasakan Melayu dan mendaulatkan tanahair bumi, yang aku pijak selama ni...

Buat masa sekarang, bagilah aku berehat sekejap. Dah teruk berjuang lebih 5 tahun tiap-tiap hari. Bagi la peluang sikit kan.. Heheheee.. Aku blom ada plan lagi.. Aku dah tolak beberapa job offer kat KL.. aku akan stay kat Kedah buat masa ni.. biarlah masa dan takdir yang menentukan...

Wassalam...

P/s: Mula hari ni, aku terpaksa remove semua penulis sukarela di blog aku ni. Maknanya, aku penulis tunggal kat sini. Bukan apa.. senang nak reshuffle lepas ni..harap maklum.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>