Taipingmali (tm) |
- Hala tujun calon Parlimen BN yang tewas
- Cerita black out 2008 timbul lagi
- Cina tolak tepi slogan 1 Malaysia
- Bila BN Perah menang 31 kerusi
- MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
- BN dalam bahaya untuk PRU 14
- KEPUTUSAN/RESULTS - PERAK N07 Batu Kurau
- BN Perak Masih rapuh.
- Parlimen Taiping, Aulong dan Pokok Assam BN Kecundang, Hanya Zahir N 16 menang bergaya
- UMNO LARUT KEKAL MILIK BARISAN NASIONAL
- Bila PKR menang di Kuala Sepetang
- Hadi Awang kalah kerana Mat Sabu?
- Orang Swk sayangkan Malaysia Tahniah!
- BN MENANG DI SERIAN SARAWAK
- USAH LAH BERSEDIH
- HUSAM MUSA TEWAS UNTUK JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
- Tahniah Dato Seri Dr Muhammad Leo Toyad
- Calon Bebas Dun Sg Rapat mendakwa wujud 500 kertas undi sudah masuk peti
- BN berjaya meraih kemenangan
- 80% turnout today
- PRU 13 Peratusan Keluar Mengundi Sehingga jam 5 petang
Hala tujun calon Parlimen BN yang tewas Posted: 06 May 2013 01:32 AM PDT Perdana Menteri perlu melantik calon BN terutama UMNO seperti Ghani Othman sebagai menteri walaupun tewas kepada calon Dap LKS. Janganlah tinggalkan mereka yang kalah di tangan pembangkang. Jasa mereka sangat besar kepada tanah air. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Cerita black out 2008 timbul lagi Posted: 06 May 2013 01:28 AM PDT Mohd Izham Ahmad wrote: Saya ketawa bila isu blackout dijadikan salah satu sandaran utama fitnah..walau x ade tempat kejadian..dan tak mengiayakan mana2 pendapat...namun logik dan amalinya...gelap mcm mana pun boleh dilihat peti2 diangkut atau tida...pintu saluran ada atau tidak..paling penting wujudnya tercokoh disitu ejen parti..gelap setara mana pun...akan nampak la bayang2 apatah lagi kan ada bulan putih campur ijau..terang punya..bangla masuk tuko peti pon blh napok dan dengor...jom ketawa bersama menangis pon bersama... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Cina tolak tepi slogan 1 Malaysia Posted: 06 May 2013 12:43 AM PDT Najib dengan nada kecewa dan marah menyebut chinese tsunami malam tadi. Apa pun Najib menghormati proses demokrasi di Malaysia. Itu hak mereka untuk memilih wakil mereka dan kerajaan mereka. Oleh yang demikian MCA dan Gerakan perlu mengeluarkan laporan terperinci menyatakan sebab kegagalan mereka. MCA dan komponen lain yang kalah teruk juga janganlah menerima jawatan menteri atas tiket senator. Mereka haruslah menunjukkan rasa kecewa mereka kepada pengundi. Selagi Najib memberi kerusi Senator dan jawatan dalam kabinet selagi itulah sikap pengundi Cina tidak berubah. Di Taiping, TM cukup sedih apabila pengundi Cina menolak Tan Lian Hoe dan Soo Kay Ping, dua tokoh ini cukup berkalibar pun ditolak oleh pengundi cina, tetapi menerima orang yang tidak buat kerja dan kuat menfitnah untuk menang buat penggal kedua. BN kini boleh berbangga di kawasan kampung dan pedalaman. Contohnya Larut semua menang, mereka dipedalaman Sarawak dan Sabah semua menang. Oleh itu segala peruntukan dan pembangunan boleh diberikan kepada kawasan mereka. Lupakanlah mereka dibandar yang tidak tahu bersyukur. Kesedaran remaja Melayu sebagai pengundi masih kurang, anak-anak muda cina awal-awal pagi sudah berbaris panjang untuk mebgundi bagi pihak DAP. Untuk 5 tahun akan datang Najib wajar menukar slogan 1 Malaysia kepada istilah lain seperti 1 bumiputra atau lain-lain yang sesuai. Untuk maklumat selanjutnya Sangkakala Jari 9 ada butirannya. http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/05/melayu-kena-tipu-dengan-cina.html?m=1 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Bila BN Perah menang 31 kerusi Posted: 06 May 2013 12:10 AM PDT Suasana cemas berlaku di Perak, lamabat keluar keputusan. Di Taiping dan Bukit Gantang pun lambat keluar. Pas Taiping melompat gembira di luar dewan MPT apabila semua calon Dap menang. Walaupun Pas Kamunting gagal menewaskan calon BN, Pas tetap bergembira malam tadi. Suasana tegang juga berlaku di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, kerana ramai penyokong Pas berhimpin sehingga mengganggu kenderaan atau konvoi yang membawa peti undi untuk dikumpulkan di sana. Suasan cemas juga berlaku di Kediaman Menteri Besar. Pihak media juga cemas terutama media dari akhbar melayu, media cina dilihat tidak sabar untuk menyambut berita kemenangan Dap. Cuma dalam suasana tenang itu adalah dua tiga ekor yang akhirnya terjerit-jerit bila keputusan memihak kepada BN. Apakah mereka seronok kerana boleh berada di SUK lagi, apa mereka seronok kontrak mereka disambung lagi, apa merekaa seronok kerana kejayaan BN, apakah mereka berkata kejayaan BN adalah hasil usaha mereka? Jika itu jawapannya ternyata mereka silap. Perak gagal menang 2/3 dan mereka jangan bangga lah dengan 31 kerusi. Seluruh ahli Umno yang setia masih bersedih dengan keputusan malam tadi, bagaimana mereka boleh selamba badak seronok bagai nak rak? Sudah lah, War Room Perak sebenarnya gagal. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Posted: 05 May 2013 11:58 PM PDT SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain. Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap. Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong. | ||||
Posted: 05 May 2013 11:01 PM PDT Sejumlah 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kelmarin, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini. 80 peratus yang keluar mengundi hanya ada 2 niat, pertama menjatuhkan kerajaan dan kedua mempertahankan kerajaan. BN menang banyak hanya dari saluran 1 dan 2 dan saluran orang muda memihak kepada lawan. Lambat laun BN akan kecundang juga. Kecundang kerana kontrak sosial dicabuli. Kecundang kerana pengaruh Syiah yang semakin kuat. Kecundang jika Umno dan BN tidak membuka ruang kepada cerdik pandai menyertai parti. Hari ini ramai golongan professional disekat daripada menyertai parti komponen BN kerana takut, takut kerusi parti diambil alih oleh golongan ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
KEPUTUSAN/RESULTS - PERAK N07 Batu Kurau Posted: 05 May 2013 10:52 PM PDT Dun BATU KURAU PERAK: 18,563 1. MUHAMMAD AMIN ZAKARIA (BN)...........9,789 2. Mohammad Fadzil Alias (PKR)..........5,955 Jumlah pengundi/Turnout.................16,003 Peratus/Percentage........................86.2% Undi ditolak/Votes rejected................222 Majoriti/Majority........................3,834 Penyandang/Incumbent: Datuk Mohd Najmuddin Elias: BN Undi diperoleh/Votes polled: 2008: 7,023 Majoriti/Majority: 2,439 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Posted: 05 May 2013 08:47 PM PDT keputusan penuh PRU 13 Perak.
Percaturan Barisan Nasional Perak nampaknya goyang. Sewaktu nama-nama calon diumumkan, TM melihat satu kerja yang berat untuk menang 2/3.
Apa yang jelas ialah calon baru atau muka baru yang diletakkan di Perak berjaya menewaskan pihak lawan, mereka ialah Dr Zabri di Trong, Dr Muhammad Amin di Batu Kurau dan juga Hasbollah di Kubu Gajah. Ia menunjukkan pengundi mahukan calon baru sebagai wakil mereka. Strategi pembangkang memindahkan pengundi lama dan baru ke kawasan sasaran menang mereka nampaknya berhasil ramai otai-otai kecundang kali ini. Dua tokoh baru Perak Dr Zabri dan Dr Ahmin diharap akan dapat menjadi tunjang dan tulang belakang Umno Perak | ||||
Parlimen Taiping, Aulong dan Pokok Assam BN Kecundang, Hanya Zahir N 16 menang bergaya Posted: 05 May 2013 01:20 PM PDT
Soo Kay Ping juga pada awalnya dijangka menang tetapi kerana permainan kotor Lim Kit Siang merasuah Yew Tian Hoe supaya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas. Jika Yew kekal bertanding sebagai bebas, Koo ada peluang cerah untuk menawan semula Dun Aulong. Dato Ho Cheng Wang kalah di Pokok Assam tidak menghairankan kerana beliau adalah calon recycle. Kekalahannya sudah pun dijangka awal. Apa pun Taipingmali amat-amat berpuas hati dengan kemenangan Zahir Khalid di N16 Kamunting, walaupun pada peringkat awal sejak tahun lalu sudah ada ura-ura untuk memboikot beliau sekiranya dicalonkan untuk kali kedua. Umno Taiping tidak seperti Umno Larut yang memonopoli semua kerusi. di Taiping Umno hanya mempunyai satu kerusi sahaja, manakala dua kerusi adun dimiliki oleh komponen BN. Oleh itu kerusi Dun Kamunting menjadi idaman setiap ahli Umno Taiping, pun begitu ia diibaratkan sebagai ribut dalam cawan. beberapa hari selepas penamaan calon ada maklumat bahawa wujudnya perjumpaan ahli-ahli Umno dengan calon Pas dan pertemuan diadakan disebuah rumah home stay di Kamunting, pun begitu TM dan the krew gagal mengesan lokasi pertemuan tersebut. Kekalahan calon Pas Kamunting adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor pertama ialah kesilapan calon sendiri yang tidak mendengar nasihat dan pandangan golongan ulama atau golongan veteran Pas. Calon Pas juga pada mulanya telah mengunakan pejabat pengikut Syiah sebagai Bilik Gerakannya dan setelah menyedari kesilapanya beliau telah memindahkan semua jentera pilihan raya balik ke rumahnya. di Kampung Jana. Faktor lain ialah beliau telah menerima wang sebanyak RM 10 ribu sumbangan Dap iaitu Nga Kor Ming sendiri. Faktor berikutnya ialah kesilapan membawa masuk artis-artis untuk berkempen dan ini amat tidak disenangi oleh golongan ulamak Pas. Calon Pas menyedari tentang masalah ini menyebabkan beliau mengadakan program-program bersama orang muda seperti larian rakyat, futsal dan sebagainya. Beliau berjaya dalam misinya dan dalam peti undi saluran 4,5 dan 6 beliau menang besar tetapi pada saluran 1 dan 2 beliau kalah banyak. Faktor peribadi beliau juga menjadi penyebab kekalahan beliau kerana tidak telus dalam maklumat kelulusan pengajiannya. Isu perletakkan jawatannya sebagai guru penolong kanan Lil Banat juga mendedahkan beliau menghadapi masalah untuk diserapkan dalam perjawatan perguruan beliau. . | ||||
UMNO LARUT KEKAL MILIK BARISAN NASIONAL Posted: 05 May 2013 12:47 PM PDT
Walaupun pada peringkat awal terdapat bantahan dari kalangan Umno sendiri mengenai calon adun sehingga ada yang nyaris-nyaris bertanding sebagai calon bebas. Pun begitu segala marah dan rasa kecewa kerana tidak terpilih berakhir dengan kemenangan kesemua calon BN. Dato Hamzah Zainuddin juga berjaya mengekalkan kerusi buat kali kedua kali ini. Hamzah adalah calon payung terjun 2008 dan berasal dari Ipoh Barat. Sebelum ini Hamzah dikatakan bertanding di Larut hanya untuk sepenggal sahaja tetapi kekal juga untuk penggal kedua. Bersandarkan isteri yang berasal dari Selama menyebabkan Hamzah diterima baik oleh Larut. Kini beliau merupakan ahli Umno Larut dan dijangka akan bertanding untuk kerusi Ketua Umno Bahagian dalam pemilihan yang dijadualkan bulan depan. Bagaimana pun dalam lawatan Dato Seri Najib ke Larut , Najib memperingatkan Dato Hamzah supaya jangan mengganggu Umno Larut dan biarkan Raja Ahmad kekal sebagai Ketua Umno Bahagian. Pun begitu sudah ada angin-angin bahawa Hamzah akan melanggar juga untuk jawatan tersebut. | ||||
Bila PKR menang di Kuala Sepetang Posted: 05 May 2013 12:24 PM PDT
Chua Yee Ling calon impot dari Johor mampu menang di Kuala Sepetang bergaya menewaskan calon BN Low Swee Eng yang berasal dari Kg Baru Simpang Taiping Perak. Kehadiran Miss Chua di Kuala Sepetang mendapat bantahan daripada mantan adun Tai See Ng dan ahli-ahli Pkr Bukit Gantang sendiri. Miss Chua terpaksa membawa jentera pilihan raya dari Kuala Lumpur dan membuka semula bilik gerakannya yang telah ditutup oleh PKR Bukit Gantang. Jika dilihat faktor ini Chua tidak ada harapan untuk menang. Chua juga pada awal kempennya tidak mendapat kerja sama jentera Pas dan Dap. Sebagai contoh sewaktu Chua turun ke Taman Mewah dan Taman Yayasan, tidak ada ahli Pas dan Dap yang membantu beliau. Kemenangan Chua adalah sokongan kuat daripada Pas Batu 9 Changkat Ibol yang terkenal dengan sifat agresif dan radikal. Pada peringkat awal 85 % daripada 25 ribu pengundi Cina P 59 tetap menyokong calon-calon Pakatan. Cuma pada akhir selepas Low diumumkan sebagai calon baru lah peratus sokongan cina meningkat daripada 15 kepada 20 %. Apa pun , Tahniah kepada Pas Dun Sepetang kerana mereka faktor utama kemenangan Chua. Ahli Pas harus menjawab diakhirat nanti kerana membuat satu kerja yang haram dari sisi agama Islam. Pemimpin Pas 2004 dan 2008 telah mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam wajib mengundi calon Islam dan Haram mengundi calon bukan Islam. Jawab lah nanti di akhirat. Pas sepatutnya memberi undi kepada calon Islam iaitu Zainal Abidin Abdul Rahman calon dari parti Berjasa yang diasaskan oleh Allahyarham Dato Asri. Jika orang Pas mengundi Berjasa sudah tentu selamat dunia dan akhirat.
| ||||
Hadi Awang kalah kerana Mat Sabu? Posted: 05 May 2013 07:50 AM PDT Apa ini undi protes penduduk Marang yang sudah muak dengan fatwa-fatwa dan amanat Hj Hadi atau Mat Sabu menghasut pengundi supaya memberi kemenangan kepada BN agar Mat Sabu dapat merampas kerusi Presiden Pas dalam muktamar akan datang. | ||||
Orang Swk sayangkan Malaysia Tahniah! Posted: 05 May 2013 06:00 AM PDT Rasmi - Drp 31 kerusi Parlimen di Sarawak. BN menang 15, DAP 1, PKR 0, PAS 0, Bebas 0. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Posted: 05 May 2013 05:13 AM PDT BN - 19,494, DAP - 6,343, STAR - 390 @ 7.55pm | ||||
Posted: 05 May 2013 05:03 AM PDT Anwar Ibrahim dalam twitternya..... gila ke??????? 7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan "Pakatan Rakyat telah menang". Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini. Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut. | ||||
HUSAM MUSA TEWAS UNTUK JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI Posted: 05 May 2013 04:59 AM PDT Tengku Adnan (BN) 9,804; Husam Musa (PAS) 4,366) | ||||
Tahniah Dato Seri Dr Muhammad Leo Toyad Posted: 05 May 2013 04:53 AM PDT P213 Mukah: BN 10,923, DAP 1,896, IND 1,638 | ||||
Calon Bebas Dun Sg Rapat mendakwa wujud 500 kertas undi sudah masuk peti Posted: 05 May 2013 04:46 AM PDT | ||||
Posted: 05 May 2013 03:52 AM PDT LIVE PRU 13 - Keputusan Tidak Rasmi BN Berjaya Bentuk Kerajaan Serta Rampas Kembali Kedah, Selangor D... http://t.co/EqGlKzktPz Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
Posted: 05 May 2013 03:50 AM PDT GE13: 80pc of the 12,992,661 eligible voters have voted, the highest voter turnout ever; 8,245 polling centres closed, says EC. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||
PRU 13 Peratusan Keluar Mengundi Sehingga jam 5 petang Posted: 05 May 2013 02:32 AM PDT PERLIS - 72.1 % KEDAH 68.1 % KELANTAN 62.9% TERENGGANU 66.6 % PULAU PINANG 69.9 % PERAK 66.4 % PAHANG 64.4 % SELANGOR 65.9 % WP KUALA LUMPUR 66.4 % WP PUTRAJAYA 63% WP LABUAN 52.5 % NEGERI SEMBILAN 66.6 % MELAKA 69.5 % JOHOR 66.8 % SABAH 63.6 % SARAWAK 62.1 % Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |