Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay13: HOT YABEDABEDUUU! - BN MENDAHULUI JUMLAH KERUSI DARI PAKATAN RANAP

Posted: 04 May 2013 10:15 PM PDT

Diberitakan terdapat beberapa kekecohan kecil telah berlaku di beberapa pusat mengundi namun ia tidaklah sampai menjejaskan keseluruhan proses mengundi di seluruh negara..bagaimanapun beberapa sumber mengatakan BN telah mendahului dalam jumlah kemenangan di beberapa kerusi dun dan parlimen untuk memperoleh majoriti mudah..alamak..anuwar tambah pening kepale!...

lebih membanggakan jumlah peratusan pengundi yang keluar juga amat menggalakan kerana pengundi tak mahu melepaskan peluang memilih kerajaan idaman mereka!..jadi nasihat aku kepada pengundi yang belum keluar mengundi tu cepat ler pegi ke pusat mengundi..kasi hentam cukup2...peluang sekali dalam 5 tahun weii huhuhu



Klik di sini 

BN-Friendly Sources Say 118 Parliamentary Seats Secured


di Rocky Bru pun ade cerita sensasi

di MYKMU lagi berapi >:D

Omegay13: Anuwar marah - Blogger PR Ramal BN Menang Mudah!

Posted: 04 May 2013 05:23 PM PDT


Terkini!! BN Menang 146, PR 76

MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.

Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.

Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum 2008.  Kerusi PAS pula  susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan 2008 (31 kerusi).

Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya  buat tempoh sepenggal lagi.  Dengan tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang kemenangan.

Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan soal perlaksanaan hudud.  Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga, memberi kesan yang agak mendalam. - SPR

p/s: perayu undi BN teruskan berjuang kalian tarik perhatian rakyat untuk mengundi calon BN yehaaaaaa!!!

Omegay13: Penulis pojok FT - Anuwar kaki clubbing!

Posted: 04 May 2013 12:30 PM PDT


Anwar Seorang Penghibur Kelab Malam – Financial Times 

Financial Times baru saja menyiarkan satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim yang penulis kira perlu diberi perhatian oleh semua rakyat Malaysia terutama di ambang pilihanraya ini.  Artikel ini mampu membantu kita memahami apa dan siapa yang bakal kita pilih esok hari.  

Dalam artikel yang bertajuk 'Anwar Ibrahim:  Ahli Politik Malaysia yang kompleks', wartawan David Pilling telah menyimpulkan dua perkara penting mengenai hala tuju pentadbiran Anwar, berdasarkan pertemuannya dengan Anwar selepas ceramah di Sungai Buaya dua hari lalu.  

Pertamanya, Anwar memberi jaminan yang beliau tidak akan sekali-kali membenarkan undang-undang Islam (hudud) dilaksanakan.   

Keduanya, Anwar berjanji akan menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu.

Apapun alasan Anwar bagi kedua-dua perkara ini adalah tidak penting, kerana yang penting adalah apa yang bakal dilaksanakannya.  

Jaminan dan janji Anwar itu pasti akan melegakan hati DAP namun ia pasti mengguris perasaan PAS.  Bagi UMNO pula, bukanlah mengejutkan jika nasib umat Melayu langsung tidak ada dalam agenda Anwar dan kerana itulah kita menentang Anwar. 

Hakikatnya, kaum minoriti di negara ini tidak pernah tertindas kerana wujudnya Hak Istimewa Melayu.  Malah kaum minoriti, iaitu kaum Cina yang paling lantang mengkritik perkara ini, merupakan kaum paling berjaya.  

Walhal, hak mereka tidak pernah dirampas oleh Hak Istimewa Melayu.  Sebaliknya, Hak Istimewa Melayu adalah bertujuan mempertahankan hak Melayu dari dirampas mereka.  

Dalam kata lain, cadangan menghapuskan Hak Istimewa Melayu bermakna memberi hak kepada kaum lain untuk merampas hak Melayu.  

Kaum minoriti negara ini telah pun diberikan hak yang tidak mungkin dinikmati oleh kaum minoriti di negara-negara lain.  Antaranya, mereka punya hak untuk membuka sekolah berasingan, taraf kelayakan Bahasa Kebangsaan mereka direndahkan, mereka boleh membina pusat-pusat agama mereka tanpa halangan malah hari-hari perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum.   

Bagi menyokong hujahnya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu menghalang potensi negara dari segi persaingan.  Apakah maknanya ini?  

Maknanya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu telah membataskan peluang kaum yang lebih kaya dari mengambil-alih hartanah kaum bumiputera.  Dan Anwar menganggap itu sebagai tidak adil.  

Bagi Anwar kaum yang lebih kaya wajar dibiarkan membeli sebanyak mana hartanah dan memiliki apa saja peluang yang mereka mampu.  

Contohnya, Kampung Baru yang sekian lama diidam oleh para pemaju Cina untuk dibangunkan.  Anwar melihat bahawa mereka wajar diberi hak untuk membangunkannya serta menghalau kaum Melayu keluar kerana tidak mampu berbuat demikian.  Membenarkan kaum Melayu untuk terus mempertahankan tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu adalah penghalang kepada potensi besar untuk menjana kewangan.  


Ini bukan cerita dongeng, tetapi hakikat yang dari kenyataan Anwar yang jelas.  

Justeru, bagi rakyat Malaysia yang akan mengundi esok, inilah diseru agar memahami kedua-dua perkara ini sebaik-baiknya. Walaupun di hadapan pengundi Melayu Anwar berjanji akan mempertahankan hak mereka, namun sedarlah bahawa beliau menyatakan sebaliknya di belakang mereka.  

Anwar berani membuat kenyataan yang bertentangan dengan kenyataannya sendiri kerana Anwar yakin penyokong-penyokongnya dari bangsa Melayu yang memerlukan perlindungan di bawah Hak Istimewa Melayu, tidak akan membaca Financial Times.  

Nampaknya sikap talam dua muka Anwar turut dikesan oleh wartawan Financial Times sendiri.  Di awal artikelnya, David Pilling menggambarkan Anwar di pentas ceramah sebagai seorang 'penghibur kelab malam' di mana beliau telah terlebih dahulu berlatih dengan skrip dan mimik muka serta disesuaikan pula dengan ketika tertentu.

Di akhir artikel pula Pilling mempersoalkan siapa Anwar; Pejuang Islam atau Liberal?  Nasionalis Melayu atau Ahli Politik Untuk Berbagai Kaum?    

Anwar telah menyertai UMNO atas alasan tertarik dengan kesungguhan UMNO membela Melayu tetapi kemudiannya menghentam UMNO kerana membela Melayu.  Anwar pernah menjadi sebahagian dari Mahathirisme tetapi kemudiannya menjadi penentang keras Mahathirisme.  

Bukan sahaja perjuangan Anwar tidak konsisten, malah personaliti Anwar juga tidak konsisten.  Mungkin kerana itulah David Pilling menyimpulkan Anwar sebagai 'calon yang tiada kepastian'.  

Akhir sekali, ketika ditanya bagaimana Anwar boleh membuat perubahan ke atas sesuatu yang begitu sebati dengan negara hanya dalam masa 100 hari pertama pentadbirannya?  Anwar tidak menjawab, sebaliknya bergurau menyuruh Pilling tidur sahaja kerana jam sudah pukul 2 pagi. 

Itulah Anwar, semua ini hanya satu pementasan baginya di mana beliau membawa watak hero iaitu seorang pemimpin yang bangkit melawan penindasan! - Beruang Biru

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>