Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


#PRU13 : Isu Kalimah Allah - Akhirnya PAS akur, UMNO betul?

Posted: 04 May 2013 07:49 PM PDT


Setelah puas melenting untuk memalukan UMNO dalam isu Kalimah Allah, akhirnya Dewan Syura PAS memutuskan bahawa penggunaan Kalimah Allah hanya layak bagi umat Islam sahaja memandangkan tiada sebarang terjemahan bahasa yang tepat bagi menerangkan maksud Kalimah Allah sepertimana yang diimani oleh umat Islam.

Sedangkan dari awal lagi, UMNO cukup istiqomah dalam memperjuangkan hak Kalimah Allah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan!

PAS terlupa, isu Kalimah Allah dipopularkan secara oleh meluas oleh Khalid Samad sewaktu ucapannya di Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 yang menyatakan, PAS bersetuju Kalimah Allah di benarkan guna oleh gereja untuk tujuan keagamaan.

Bagaimana pun, individu dalam PAS sebenar yang mempopularkan polimik ini adalah Dr.Dzulkifly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang telah mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang dua minggu selepas PRU ke-12!





Ketika ucapannya di Sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, katanya persoalan tentang penggunaan Kalimah Allah tidak harus timbul kerana telah diakui di dalan Al-Quran bahawa kalimah itu turut digunakan oleh bukan Islam. Pendapat Dzulkifly turut disokong kuat oleh Khalid Samad. Manakala Ahli-ahli Parlimen UMNO, termasuk yang bukan Islam menentang keras pendapat Dzulkifly Ahmad dan Khalid Samad.

Kini setelah masa berlalu dan PRU ke-13 semakin menghampiri, PAS nampaknya terpaksa membuat U-turn! Daripada mereka yang memulakan polimik tersebut, kini PAS menyalahkan UMNO pula! Walhal dari mula lagi Dzulkifly Ahmad telah mengeluarkan pendapat kufurnya itu.

UMNO melakukan tentangan yang amat keras! Manakala PAS yang mendapat sokongan serta galakan daripada Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam isu ini, terus berusaha menyesatkan umat Islam dengan penyelewengan terhadap Isnu Allah.


Dengan keputusan Majlis Syura PAS Pusat itu, mahu tidak mahu para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang sebelum ini cukup angkuh kerana beranggapan mereka lebih berpengetahuan ugama berbanding orang UMNO, perlu menelan kahak dan ludah mereka semula. Mereka boleh memberikan pelbagai alasan untuk menjilat ludah dan kahak mereka sendiri, tetapi yang pastinya apa yang dilakukan oleh UMNO sebelum ini, terbukti BENAR!

Jika tidak benar, masakan Majlis Syura PAS Pusat terpaksa akur dengan kebenaran UMNO terutamanya dalam bab Khalimah Allah?
Wallahuallam.

Suara Poltik
Belantan

BERI SAYA MANDAT

Posted: 04 May 2013 02:14 PM PDT


Kemenangan BN penting bagi merealisasikan Wawasan 2020

Petaling Jaya: Datuk Seri Najib Razak berharap rakyat memberi mandat lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini bagi membolehkan kerajaan merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal tujuh tahun lagi.

"Mandat yang diperlukan kali ini adalah lebih penting kerana kita hanya ada tempoh tujuh tahun untuk merealisasikan wawasan negara.

" Kita telah buktikan dalam tempoh empat tahun yang kita boleh melaksanakannya. Jadi, cuba bayangkan jika kita mendapat mandat kukuh daripada rakyat apa yang kita boleh lakukan untuk lima tahun akan datang. Tentu kita dapat buat lebih hebat" Najib Razak, Pengerusi BN

"Cuba bayangkan jika kita tidak dapat mandat, apa akan jadi kepada wawasan negara. Saya tak fikir wawasan negara akan tercapai," kata Perdana Menteri pada program Mandat 2013 yang disiarkan oleh TV3, malam tadi. Program sejam itu dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib.

Perlu kestabilan politik

Najib menjelaskan mandat daripada rakyat diperlukan untuk meneruskan gerak kerja mentadbir kerajaan. Wawasan 2020 tidak mungkin dicapai tanpa perkembangan

"Kita sudah membuktikan dalam tempoh empat tahun yang kita boleh melaksanakannya. Jadi, cuba bayangkan jika kita mendapat mandat kukuh daripada rakyat apa yang kita boleh lakukan untuk lima tahun akan datang.

"Tentu dengan mandat yang kukuh ini, kita akan dapat buat lebih hebat," katanya.

Najib juga yakin matlamat kemenangan dua pertiga BN dapat dicapai di samping merampas semula Selangor, Kedah dan Kelantan hasil kempen selama hampir dua minggu lalu.

Peluang menang besar

Mengenai peluang BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, beliau berkata: "Saya tidak mahu dilabelkan sebagai terlalu bongkak atau menggambarkan terlebih yakin, tetapi dengan rendah diri mahu menyatakan bahawa ada peluang baik untuk BN mencapai dua pertiga."

Katanya, berdasarkan maklum balas ketika turun padang berkempen, beliau mendapati tahap keyakinan kepada BN meningkat, begitu juga kaji selidik menunjukkan kemenangan memihak kepada BN, termasuk di Kelantan apabila secara spontan rakyatnya menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding 2008 dan 2004.

"Semuanya hasil pelaksanaan agenda transformasi nasional dan proses pembaharuan dalam negara sejak empat tahun lalu yang menjurus kepada keyakinan rakyat hingga membolehkan Program Rakyat Didahulukan dilaksanakan dan diterjemahkan, umpamanya dalam bajet tahunan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Di Kelantan misalnya, Perdana Menteri berkata, negeri itu bakal menampakkan perubahan apabila rakyatnya yakin dengan dasar transformasi nasional dan akujanji BN sebagai kontrak dengan rakyat yang menantikan apa yang dijanjikan.

"Selepas 23 tahun, rakyat Kelantan sudah boleh menilai apa yang dilakukan kerajaan PAS serta komitmen PAS untuk mempertahankan akidah," katanya.

Mengulas peluang di Kedah pula, Najib menganggap negeri itu tidak lagi berfungsi apabila kepemimpinan Menteri Besar dan EXCOnya berpecah-belah secara terbuka sehingga pentadbiran negeri tempang.

Ambil alih Kedah

"Rakyat Kedah sudah bersedia kembali kepada BN dan ini penting kerana Kerajaan Pusat dan negeri yang tidak sehaluan boleh menghalang projek utama dan agenda transformasi nasional.

"Begitu juga di Selangor apabila rakyatnya mula kecewa dengan janji kosong 2008 dan rasa tertipu dengan janji yang tidak pernah ditepati pembangkang. Mereka sedar Selangor penting untuk masa depan negara terutama apabila campuran Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menghasilkan 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara," katanya.

Beliau yang memberikan contoh projek loji air Langat 2 berkata, pembangkang sengaja tidak mahu bekerjasama untuk merealisasikan projek itu semata-mata kerana tidak mahu memberi kredit kepada BN sehingga terowong, loji dan peruntukan yang disediakan kerajaan Pusat masih tidak dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan projek itu.

Mengenai Sabah dan Sarawak, beliau berkata, kedua-dua negeri masih kekal sebagai kubu BN dengan bilangan kerusi yang besar walaupun diserang bertubi-tubi oleh pembangkang.

Beliau yang mahu rakyat membuat pilihan bijak, menasihatkan pengundi supaya berfikir secara rasional dan mempertimbangkan segala-galanya dengan tenang sebelum membuat keputusan berharga itu.

"Buatlah keputusan siapa yang boleh dipercayai untuk menjamin masa depan bersinar dan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

#PRU13 : Nik Aziz@Pok Nik doakan kehancuran BN?

Posted: 04 May 2013 11:43 AM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama ahli Pas berdoa selepas selesai solat subuh pada Program Solat Hajat dan Munajat PRU-13 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, Kelantan, pagi semalam.

KOTA BHARU - Sebelum ini, adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran UMNO, hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendoakan perkara yang sama terhadap parti yang dianggotai umat Islam itu.

Ketika majoriti rakyat negara ini bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati hasil daripada perancangan kerajaan Barisan Nasional (BN), Pas pula memohon agar UMNO yang menjadi teras parti pemerintah dihancurkan.

Doa yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz selepas solat subuh pada majlis solat hajat dan munajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pagi ini, meminta Allah SWT menghancurkan parti itu sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat.


Beliau turut menggunakan majlis itu untuk memainkan sentimen meraih simpati orang ramai bagi mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila mengalirkan air mata setiap kali berdoa.

Dalam doanya itu, beliau juga seolah-olah menggambarkan BN tidak mempertahankan agama suci tersebut walaupun sudah terbukti BN berjaya mengembangkan syiar Islam di negara ini sejak memerintah selepas merdeka.

Dakwanya, UMNO dan BN juga telah bertindak zalim kepada agama Islam di negara ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agama-Mu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu, aku minta kepada-Mu, pertahankan agama-Mu sebagaimana Engkau pertahankan rumah-Mu daripada pelbagai serangan dan hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," katanya.


Beliau juga menyebut, kefahaman terhadap agama tidak diajar dalam fahaman kebangsaan dan kerajaan perlu mendidik rakyat untuk mendekatkan diri dengan agama.

"Kalau tidak mampu didik rakyat dengan agama, buat apa hendak menjadi kerajaan.

"Oleh itu saya minta rakyat Kelantan di sini tidak kira Cina, Melayu atau India, serta penyokong UMNO juga menyokong Pas Ahad ini," katanya.

Pada 16 November tahun lalu, Nik Razi Nik Mat, adik kepada Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 turut mendoakan kehancuran UMNO.

Di dalam doa tersebut, Nik Abdul Razi menyebut "Ya Allah... hukumlah UMNO. Ya Allah... Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam perjalanan kami ke Putrajaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah."

Apa yang dapat penulis katakan ialah, ' bertaubatlah Pok Nik, pintu taubat masih terbuka'.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

#PRU13 : Azmin meroyan gagal 'supply ice cream'..!!! Tidak pernah dengar dan tidak dapat terima hakikat orang kampung balik kebandar mengundi?

Posted: 04 May 2013 08:53 AM PDT


Tak pernah dengar ke atau sendiri yang tak mahu terima hakikat. Orang kampung yang datang balik ke bandar untuk mengundi adalah orang yang telah berhijrah ke kampung selepas bersara. Sebelum mereka bersara mereka memang mengundi di bandar tetapi mereka tidak menukar alamat selepas berhijrah ke kampong.

Mula-mula mereka ingat nak beristirihat saja tetapi oleh kerana tengok pembangkang sekarang semakin menjadi-jadi jahatnya, maka mereka yang sudah pulang ke kampong ini rasa terpanggil untuk balik ke bandar tempat mereka mendaftar dulu untuk memastikan pembangkang tidak jadi kerajaan.

Apa lagi melihat calon yang menderhaka kepada ibu seperti Azmin Ali ini menang. Sudah tentu dia akan ingat orang masih sokong dia walau pun dia seorang penderhaka.


Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiba, Pakatan Rakyat (PR) terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan berhubung pemindahan sejumlah pengundi dari Sabah ke Selangor dan Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, SPR perlu menjelaskannya berhubung tiada penafian dibuat oleh BN.

"Rakyat sekarang sedang menuntut penjelasan daripada SPR. Mengapa satu jumlah yang begitu besar, diangkut daripada Sabah ke Selangor dalam beberapa hari yang lalu? "Perkara ini tidak dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tengku Adnan telah mengesahkan bahawa memang wujud pemindahan pengundi dari Sabah ke Kuala Lumpur dan Selangor dalam beberapa hari lalu," katanya kepada pemberita  hari ini.


Beliau menegaskan bahawa alasan yang diberikan berhubung kehadiran penduduk Sabah itu tidak boleh diterima. "Tetapi alasan yang diberikan adalah mereka pulang untuk mengundi. Alasan ini kita tidak boleh terima. Saya belum pernah dengar orang kampung balik ke bandar untuk mengundi. Yang saya tahu, orang bandar balik ke kampung untuk mengundi.


"Tapi apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya. Orang-orang kampung pedalaman di kawasan Sabah, diangkut dengan cara yang cukup-cukup terancang dan tersusun untuk pulang ke kawasan bandar dalam negeri Selangor, khususnya," katanya.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Gombak mengakui jumlah yang disebut amat membimbangkan. "Jumlah yang kita dimaklumkan adalah terlalu besar. Kalau seratus atau dua ratus, kita mungkin boleh faham. Tapi kalau sehingga mencecah 39,000, ini satu perkara yang amat membimbangkan.

"Dan, SPR bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada rakyat, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam saat-saat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.


Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dan bukti bagi memastikan orang yang tidak layak tidak mengundi, esok.

"Kita sedang mengumpulkan maklumat. Ada maklumat yang telah kita peroleh daripada pegawai-pegawai tertinggi MAS, termasuk juruterbang. Kami minta gambar-gambar dirakamkan.

"Kita juga sedang mewujudkan pasukan pemantau rakyat untuk mengekori bas-bas yang mengangkut pengundi-pengundi ini daripada lapangan terbang. Kita ingin tahu di mana mereka disimpan dan kita akan memastikan orang-orang yang tidak ada kelayakan untuk mengundi, tidak dibenarkan mengundi dalam PRU13," katanya.

Namun Azmin tidak perlu risau kerana rakyat sudah tahu muslihat dan sandiwara yang dilakukan oleh Azmin selama ini. Azmin boleh menipu ramai orang, tetapi Azmin tidak boleh menipu diri sendiri. Bak kata salah seorang bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, ' bertaubatlah Azmin dan kembalilah kepangkal jalan'? Jangan jadi si 'Tanggang Moden' yang telah banyak melukai hati si ibu?

Renong-renongkan..!!!

Suara Politik
Belantan

Militan Kiram ancam serangan kedua selepas PRU-13?

Posted: 04 May 2013 06:19 AM PDT


JAKARTA 3 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, pengganas Kiram merancang untuk kembali ke Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau turut mendakwa, pada masa ini pengganas militan itu sedang melatih 1,000 orang untuk melakukan serangan kali kedua.

"Mereka sudah mengumumkan di dalam akhbar Filipina bahawa mereka sudah menyiapkan kem latihan dan sudah melatih 1,000.

"Selepas PRU-13, 5 Mei ini mereka akan menyerang buat kali kedua. Apakah kita mahu kehilangan 10, 20 atau 100 anggota keselamatan lagi?" soalnya.


Raja Petra berkata demikian kepada pemberita sebelum memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.


Menurut Raja Petra, menyedari bahaya ancaman itu menyebabkan beliau mengambil inisiatif menulis artikel Kisah di sebalik insiden Lahad Datu dan disiarkan dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu.

Dalam artikel itu juga, Raja Petra mendakwa beliau memiliki maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Raja Petra menegaskan, pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu merupakan ancaman keganasan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan Malaysia.

"Kalau anda fikir tragedi 13 Mei (1969) merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia, dan kalau sesuatu yang buruk berlaku di sana (Sabah), tragedi 13 Mei tidak apa apa-apa sangat sebenarnya berbanding apa yang boleh berlaku di sana (Sabah). Ia amat merbahaya.

"Malaysia boleh porak-peranda seandainya masalah keganasan ini tidak ditangani dengan baik," katanya lagi.


Raja Petra juga tidak menolak kemungkinan insiden itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang memiliki kepentingan.

"Kalau anda membaca artikel saya, artikel itu sangat jelas isunya mengenai serangan. Apakah serangan Lahad Datu merupakan satu kes terpencil atau ia memang serangan yang dirancang atau ada dalang di sebaliknya.

"Kepercayaan saya apabila menulis artikel itu ialah ancaman ini dirancang. Ia bukan hanya inisiatif militan Kiram tetapi ada perbincangan. Bahkan, ada beberapa orang dalam negara yang bekerjasama dengan mereka," jelas Raja Petra.

Dalam artikel berkenaan juga, Raja Petra menulis bahawa ancaman keganasan di Lahad Datu juga bertujuan memupuk sentimen rakyat di Sabah membenci kerajaan.

"Anda harus faham bahawa masyarakat Sulu adalah penting dalam pilihan raya. Undi mereka sangat besar. Pilihan raya di Malaysia bergantung pada masyarakat Sabah dan Sarawak.


"Jadi disebabkan menyedari undi orang Sabah dan Sarawak penting maka mereka dipupuk dengan semangat benci kerajaan.

"Saya berpendapat, ini merupakan satu 'permainan yang bahaya' kerana ia melibatkan isu kaum," kata beliau lagi.

Justeru, dakwa beliau lagi, ancaman keganasan di Lahad Datu diadakan bagi membangkitkan sentimen rakyat Sabah menjelang PRU-13.

"Yang pasti perjumpaan (antara Anwar dan Misuari) memang berlaku. Perjumpaan itu secara khusus membincangkan mengenai usaha membawa masuk (militan Kiram)," kata Raja Petra.-UTUSAN

Suara Politik
Belantan

RPK Dedah Dalang Pencerobohan Pengganas Lahad Datu?

Posted: 03 May 2013 11:23 PM PDT


JAKARTA 3 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bekas teman karibnya, Raja Petra Kamaruddin sebagai dalang insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah.

Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa.

Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram.

Menurut Raja Petra, permulaan kepada perancangan membawa masuk pengganas Kiram bertitik tolak pada pertemuan antara Anwar dan Misuari di Hotel Crown Plaza, Jakarta pada 16 Julai tahun lalu.


Selepas pertemuan sulung itu, pakatan tiga pemimpin PKR itu tegas Raja Petra, mengatur perjumpaan lain untuk merancang strategi bagi menggugat keselamatan negara.

"Selain Anwar, orang seperti Tian Chua dan Sivarasa juga terlibat (dalam perancangan dan pertemuan dengan Misuari)," dedah Raja Petra kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Raja Petra tiba dari Manchester, United Kingdom pada Rabu lalu untuk memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Beliau sebelum ini pernah mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang itu mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu dalam artikelnya.

Artikel berkenaan yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu.

Raja Petra turut menegaskan, Anwar tidak pernah menafikan pertemuan dengan Misuari.

Sehubungan itu, Raja Petra mengesyaki ada agenda tersembunyi antara Anwar dan Misuari.


"Anwar tidak pernah menafikan beliau pernah bertemu dengan Misuari. Tian Chua dan Sivarasa juga tidak menafikan pertemuan itu," sambung Raja Petra lagi.

Tegas Raja Petra, pemimpin-pemimpin PKR itu sebaliknya hanya menafikan perjumpaan itu ada kaitan dengan isu Lahad Datu.

Raja Petra berkata, kesanggupan beliau terbang jauh ke Jakarta ialah untuk direkodkan keterangannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan.

Justeru, beliau tidak akan menafikan apa yang beliau tulis kepada polis dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penerbitan artikel itu – Utusan

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>