Kembara Politik |
Memahami makna syukur atas kurnia Allah. Posted: 04 May 2013 08:03 AM PDT Alhamdulillah, kita telah sampai di ambang PRU-13 di mana semua parti sedang merencana strategi terakhir mereka bagi memenangi hati pengundi-pengundi. Walau apapun perancangan mereka, yang pasti perancangan Allah adalah yang terbaik. Sedih hati ini bila melihatkan Islam yang syumul dijaja demi memenuhi nafsu politik individu & parti. Seolah-olah segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini tidak cukup & mereka seakan-akan tidak mahu mensyukuri nikmat Allah. Antara nikmat Allah yang wajib disyukuri rakyat Malaysia ialah nikmat keamanan. Lupakah kita jerih payah generasi terdahulu mendapatkan kemerdekaan & seterusnya mengekalkan keamanan yang kita nikmati sekarang? Terlalu banyak darah, keringat & air mata generasi terdahulu yang membasahi Malaysia yang tercinta ini demi kesejahteraan kita. Banyak negara mencemburui nikmat keamanan yang kita sedang kecapi ini. Pertahankanlah keamanan ini demi Islam & bangsa kita di masa akan datang. Jika kita renung-renungkan, kerajaan BN tidak pernah menghalang umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan solat yang merupakan perkara pertama yang akan dihisab di Akhirat kelak. Malah kerajaan BN membina banyak masjid bagi memudahkan umat Islam solat secara berjemaah. Sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, berapa buah masjid yang telah PAS bina? PAS hanya tahu mengeluarkan fatwa yang sering seiring dengan pegangan politik PAS tanpa mempedulikan perasaan umat Islam di Malaysia apabila fatwa itu dikeluarkan. Kenapa perlu kita tumbangkan kerajaan sedia ada & menukarkannya dengan kerajaan yang lebih membawa keburukan? Janganlah memberi alasan "Bagi peluang 5 tahun sahaja pada PR, kalau tak ok, kita tukar balik" kerana pentadbiran negara bukannya sesuatu yang remeh seperti kita menukar baju. Janganlah kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar. Lihatlah dengan mata hati & kita akan dapat nampak begitu banyak nikmat yang dikurniakan Allah kepada tanah air kita ini. Janganlah disebabkan berlainan fahaman, kita memilih untuk tidak mensyukuri nikmat-nikmat ini kerana kita risau Allah akan tarik balik nikmat tersebut & menggantikannya dengan bala. |
You are subscribed to email updates from Kembara Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |