Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

ANGIN PERUBAHAN

$
0
0

ANGIN PERUBAHAN


Surat Terbuka Musthapa Ali Ini Akan Buat DAP & PKR Marah #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 09:00 PM PDT


Keputusan Majlis Syura yang pastinya menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Mengapa jadi begini? Ini kerana PAS sudah tahu apa keputusan pilihan raya umum ke-13. 

Pakatan pembangkang sudah pasti akan tewas, lebih baik PAS menjadi ketua pembangkang di parlimen daripada memberi peluang kepada DAP dan PKR yang jadi ketua pembangkang. 

Oleh itu, PAS tidak akan beri undi kepada DAP dan PKR demi menyelamatkan ummah. Baca pendedahan lanjut di sini.

Kebajikan Rakyat Salor Perlu Dijaga Oleh Husam Sebelum Hendak Bertanding Di Putrajaya #PRU13 #GE13 #TukarKelantan

Posted: 03 May 2013 08:00 PM PDT

Siswa Diugut Gagal Jika Tidak Sokong PKR Oleh Pensyarah Yang Merupakan Ketua Ranting PKR #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 07:00 PM PDT


Video Ini Bukti Pendedahan Kroni Anwar Ibrahim #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 06:00 PM PDT


Pendedahan Kedua Tentang Red Bean Army, Wajib Tengok #PRu13 #GE13

Posted: 03 May 2013 05:00 PM PDT

Makcik Ini Ditipu Oleh Calon PKR #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 04:00 PM PDT

Video Adlin Aman Ramli & Emylia Rosnaida Untuk Undi BN Pada 5 Mei #PRU13 #GE13 #NajibMyPM

Posted: 03 May 2013 11:00 AM PDT


Video Rita Rudiani, Intan Ladyana & Amy Search Tekad Undi BN Pada 5 Mei #PRU13 #GE13 #NajibMyPM

Posted: 03 May 2013 10:00 AM PDT



Video Ini Bukti Pengundi Muda & Beberapa Orang Artis Terkenal Akan Undi BN Pada 5 Mei #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 09:00 AM PDT


Facebook DAP Hentam PAS, Minta Penjelasan Tentang Surat Majlis Syura #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 08:00 AM PDT





Bukti Anwar Ibrahim Mahu Jadikan Malaysia Sebuah Negara Pluralisme #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 07:30 AM PDT


Kenyataan dalam blog rasmi Anwar Ibrahim yang bertajuk "Selamat Mengundi Malaysia - Ini Kali Lah !" pada 5 Mei 2013. Kenyataan ini jelas sekali menerangkan kepada umat Islam di Malaysia siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Secara jelas Anwar Ibrahim menyokong untuk Malaysia yang lebih bebas dan plural. Serta mahu menjadikan semua agama sama di negara ini (baca sini).

Berfikirlah secara waras sebelum memilih. Jangan hancurkan agama Islam dengan memilih orang yang berfahama plural dan mahu kebebasan agama.

Wan Azizah Percaya Anaknya Lakukan Perbuatan Tidak Baik Dengan Pensyarah Universiti? #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 07:00 AM PDT


Pembangkang Sudah Terkena Sumpahan Kassim Selamat? #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 06:30 AM PDT

Video Yang Paling PAS Takut Hendak Tengok #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 05:30 AM PDT

Husam Musa Kantoi Berbohong Pada Orang Putrajaya #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 05:00 AM PDT


Kisah Seorang Warga Emas Menyelamatkan Diri Daripada Pengganas Sulu #PRU13 #GE13 #PrayForSabah

Posted: 03 May 2013 04:30 AM PDT


LAHAD DATU – Halim Nasaruddin, 93, yang dikatakan warga emas paling tua di Tanjung Labian berkata, pada pagi 4 Mac, ketika penduduk kampung mula-mula mengesan kehadiran puluhan pengganas lengkap bersenjata, dia terus mengarahkan ahli keluarganya seramai 35 orang menyelamatkan diri.

Bagaimanapun katanya, kenderaan keluarganya tidak mencukupi untuk membawa semua sekali gus, lantas dia mengarahkan sebahagian keluarganya yang mempunyai kenderaan lari menyelamatkan diri.




Halim Nasaruddin



Kejadian pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu sejak 12 Februari lalu telah mengubah kehidupan penduduk sembilan kampung buat selama-lamanya.

Kejadian ini akan dikenang dan diceritakan oleh generasi-generasi akan datang, bagaimana sekumpulan manusia yang tamak telah menyebabkan ratusan rakyat menjadi mangsa dan ribuan lagi terkena tempiasnya.

Sambung Halim :

"Sebahagian lagi kira-kira 12 orang saya suruh lari, dan mereka lari mengikut laluan kelapa sawit, biarkan saya di belakang kerana saya tidak boleh lari," katanya.

Halim, yang menggunakan tongkat untuk bergerak berkata, dia tetap menggagahkan dirinya untuk menyelamatkan diri walaupun laluan kelapa sawit ke jalan utama dianggarkan beberapa kilometer.

"Ketika saya melarikan diri, penduduk lain juga ada bersama saya, tapi saya tetap di belakang kerana saya perlahan," katanya sambil gelak ketawa.

Setelah separuh perjalanan yang ditempuhinya selama tiga jam, akhirnya Halim berkata, dia berjumpa dengan pasukan komando dan pasukan ini membawanya ke pusat pemindahan sementara di Dewan Embara Budi.

Menceritakan serba sedikit kisah hidupnya, Halim memberitahu dia bersyukur kerana masih hidup walaupun pernah menempuhi tiga peperangan, iaitu Perang Dunia Kedua, Perang Komunis dan pencerobohan ini.

Katanya, walaupun dia berketurunan Bajau Sibutu, kesetiaannya tetap pada negara Malaysia dan buktinya dia pernah berkhidmat di dalam tentera Komanwel sebelum dan selepas Sabah menyertai Malaysia.

"Pada perang sebelum ini, kami penduduk kampung terseksa, tiada langsung makanan kerana takut. Pada perang kali ini, makanan terlalu banyak, macam berkelah," katanya.

Surat Dato Seri @NajibRazak Kepada Semua Rakyat Malaysia #PRU13 #GE13 #NajibMyPM

Posted: 03 May 2013 03:30 AM PDT



Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Melucutkan Sandang Ketua Imam Khalifah Anwar Ibrahim #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 02:30 AM PDT





SEREMBAN 2 Mei - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) hari ini melucutkan Sandang Ketua Imam Khalifah yang diberikan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 selepas mendapati perjuangan pemimpin itu telah tersasar.

Pelucutan itu diumumkan oleh Waris Keturunan Mutlak Mahaguru PSSGM, Datuk Siti Fadzilah Meor Abd. Rahman dalam sidang akhbar khas di sini.

''Selepas membuat kajian terperinci, kita dapati Anwar dengan jelas menyokong agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan fahaman pluralisme agama yang sangat bercanggah dengan perjuangan silat gayong termasuk mentaati Tuhan, setia kepada raja dan pemimpin negara serta beramal baik.

''Saya selaku anak dan waris mutlak seni silat gayong yang diasaskan oleh Mahaguru Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dengan ini menarik semula anugerah ini," katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Negeri Sembilan, Datuk Dr. Ishak Hassan dan Pengasas serta Pemegang Amanah Yayasan Beladiri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohamad Fairus Khairuddin.

Siti Fadzilah berkata, pihaknya tidak perlu menghantar sebarang surat pelucutan kepada Anwar kerana tiada keperluan berbuat demikian kerana sudah mengumumkan kepada media.

''Selain itu, berdasarkan aku janji dalam pertubuhan PSSGM, sebarang pelakuan yang tidak selari dengan perjuangan pertubuhan itu akan dilucutkan apa-apa anugerah yang diberi sebelum ini secara automatik.

''Apa yang diperjuangkan Anwar sekarang jelas menyalahi tatasusila sebagai seorang pemimpin gayong kerana telah melanggar ikrar dan perjuangan silat seni gayong," jelasnya.

Pada sidang akhbar itu juga, beliau mengingatkan kepada semua anak murid dan guru silat gayong di seluruh negara agar tidak menentang kerajaan.

''Semua anak gayong di luar sana berdiri teguhlah di bawah kepimpinan Imam Khalifah Agong Gayong iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, taat setia kepada raja dan pemimpin negara.

''Sebagai anak murid kepada mahaguru, kita mesti mencontohi sifat taat setia mahaguru kita kepada raja-raja Melayu dan pemimpin negara," katanya.

NGO Bimbang "Kerajaan Baru" Ada Hubungan Dengan Israel #PRU13 #GE13

Posted: 03 May 2013 01:30 AM PDT





BN Dijangka Menang Dalam PRU13 #PRU13 #GE13 #NajibMyPM

Posted: 03 May 2013 12:30 AM PDT

Oleh Ab Jalil Backer

Barisan Nasional dijangka menang 144 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Ahad ini. Jika jumlah ini menjadi kenyataan bermakna kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekurangan 4 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Menurut sumber dalaman UMNO, Kaji selidik yang dijalankan ke atas hampir 11 juta orang dalam tempoh seminggu lalu oleh Pasukan Kaji Selidik Khas UMNO, mendapati sokongan kaum Bumiputera kepada BN akan meningkat sebanyak 15% berbanding pilihan raya lalu. Bagi undi kaum India, sokongan kepada BN sebanyak 65%. Manakala Undi kaum Cina hanya sekitar 15%.

BN dijangka kalah di kawasan-kawasan pengundi Cina dan India melebihi 60%. Selain itu, beberapa kerusi Parlimen milik BN sebelum ini akan hilang kepada Pas, DAP dan PKR.

CARTAPARLIMEN
BN dijangka akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen bukan Melayu di Johor, Sabah dan Sarawak.

Menang di Kelantan dan Kedah
Selain itu, BN dijangka merampas kembali Kedah dan Kelantan yang memmpunyai banyak kerusi pengundi Melayu dengan majoriti mudah. BN dijangka akan menang di Kedah dengan lebih mudah berbanding Kelantan.

Sungguhpun kaji selidik terbabit mendapati BN akan menang di Kelantan, namun faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa diambil kira. Pas dijangka akan menggunakan sentimen emosi dan rayuan menjaga maruah Nik Aziz sebagai langkah terakhir menarik sokongan pengundi atas pagar. Ini merupakan cabaran terbesar BN Kelantan menjelang beberapa hari lagi sebelum pengundian.

BN Perak Kembali Kukuh
Sungguhpun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Perak dijangka akan kembali menjadi kubu kuat BN. Walaupun sukar untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP, BN Perak dijangka mengekalkan dua kerusi pemimpin MCA di Lumut dan Tanjung Malim. Selain itu, BN Perak juga dijangka merampas kembali kerusi Sungai Siput yang ditandingi oleh MIC.

BN Kalah Di Dua Negeri?

Kaji selidik terbabit juga mendapati Pakatan dijangka akan terus menguasai Pulau Pinang dan Selangor.
Di Selangor sungguhpun kaji selidik mendapati ada perubahan sokongan kepada BN berbanding pilihan raya lalu, namun perubahan tersebut belum mencukupi untuk membolehkan BN membentuk kerajaan.

Beberapa perselisihan dalaman parti dan isu calon telah menyebabkan usaha menawan kembali Selangor agak sukar. Namun keadaan boleh berubah dalam beberapa hari lagi jika beberapa isu tempatan dapat di atasi. Mana-mana parti yang menang di Selangor akan membentuk majoriti tipis.

BN Selangor dijangka merampas kembali Parlimen Shah Alam dan Ampang, namun beberapa Parlimen lain yang dijangka menang sebelum ini agak goyah termasuk Parlimen Sepang, Pandan dan Hulu Selangor.
Sementara di Pulau Pinang, Barisan Nasional hampir pasti akan kalah seperti mana dalam pilihan raya lalu.

Faktor sokongan kaum Cina kepada DAP yang begitu kuat menyukarkan usaha BN mengurangkan kerusi Pakatan. Bagaimanapun beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu akan kembali ditawan oleh BN.
Kaji selidik juga mendapati BN mempunyai peluang cerah untuk menang tipis di Permatang Pauh.

Jumlah majoriti yang akan dimenangi oleh BN atau Pakatan di kawasan ini dianggap sekitar 500 undi penentu. Masalah di Permatang Pauh ialah pengguguran Dato Arif Shah, wakil rakyat BN yang agak popular di Seberang Jaya.

Menurut sumber dalaman UMNO, kaji selidik ini merupakan kaji selidik paling terperinci pernah dilakukan dan mengambil kira beberapa faktor pemboleh ubah, isu tempatan, isu selepas penamaan calon dan respondan yang begitu besar.

Pensyarah Ugut Untuk Gagalkan Satu Kelas Kalau Tidak Sokong PKR #PRU13 #GE13

Posted: 02 May 2013 11:30 PM PDT



Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.


Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.

"Saya dan rakan-rakan diugut akan diturunkan gred tugasan sekiranya tidak melibatkan diri dalam kempen parti politik berkenaan. Selain itu pensyarah tersebut turut meminta kami mengumpul duit daripada pelajar bagi membeli dua tabloid parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, dekat sini.

Pelajar-pelajar kursus pendidikan itu turut menyerahkan kepada polis dan wartawan salinan video cakera padat sebagai bahan bukti dakwaan mereka.

Wakil pelajar itu berkata akibat ugutan pensyarah itu, beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan dilema kerana bimbang digagalkan oleh pensyarah berkenaan sekiranya tidak melakukan seperti apa yang dikehendaki.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata kementerian itu memandang serius dakwaan mengenai ugutan tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan.

"Saya akan meminta mereka memberi bahan bukti dan saya memberi jaminan bahawa mahasiswa berkenaan akan dilindungi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata dakwaan itu akan segera disiasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>