PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Anwar adalah PENIPU besar dalam dunia -Tun M
- Ezam ingatkan pengundi jangan undi Anwar Ibrahim #tolakPR #PRU13
- KEDAH AKAN DITAWAN SEMULA BN PADA 5 MEI !!
- HOT ! ANWAR LAGI BERTAMBAH PANIK , TUN MAHATHIR NAK TURUN MALAM INI PERMATANG PAUH ! #TOLAKPR
- Samseng upahan Dap rosakkan bendera BN dan ugut rakyat !#tolakPR #PRU13
Hot ! Anwar adalah PENIPU besar dalam dunia -Tun M Posted: 03 May 2013 09:35 AM PDT " Anwar adalah PENIPU BESAR dalam Dunia" Itulah kata-kata berbisa Tun M kepada lebih 6 ribu rakyat Prmtg Pauh yang hadir di ceramah perdananya selepas solat hajat di Pusat Komersial Prmtg Pauh. Beliau membongkarkan tujuan Anwar masuk Umno hanya nak jadi Perdana Menteri begitu juga sekarang yang mengetuai Pakatan di PRU13. Tun M juga menasihati pengundi Prmtg Pauh akan menolak Anwar kerana dia telah menggadai dan menjual agama bangsa dan negara. |
Ezam ingatkan pengundi jangan undi Anwar Ibrahim #tolakPR #PRU13 Posted: 03 May 2013 12:33 AM PDT Pengundi di Parlimen Permatang Pauh dinasihatkan berfikir dengan rasional sebelum memberi undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Senator Ezam Mohd. Nor berkata, pengundi di sini sebenarnya telah membuat kesilapan besar apabila memberikan kemenangan kepada Anwar pada Pilihan Raya Kecil 2008 "Ekoran daripada kemenangan itu sebuah akhbar berpengaruh di Israel iaitu The Jurusalem Post menerusi laporan muka depan yang menyiarkan berita memuji kejayaan Anwar," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air di kubu kuat Pas di Permatang Pasir di sini malam tadi yang dihadiri 1500 orang . Yang turut hadir, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail. Mengulas lanjut, Ezam berkata, laporan itu sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa Anwar mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Israel. "Sekarang masa untuk anda semua betulkan keadaan," |
KEDAH AKAN DITAWAN SEMULA BN PADA 5 MEI !! Posted: 02 May 2013 09:21 PM PDT Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini. Beliau berkata ini berikutan kegagalan pakatan pembangkang mentadbir negeri itu dengan baik walaupun lima tahun diberi peluang oleh rakyat. Daim berkata apa yang penting sekarang ialah semua anggota BN perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan perpaduan serta kerjasama dalam parti komponen. "Saya percaya pakatan (pembangkang) tidak akan menang di Kedah...BN sekarang saya nampak bersatu padu kerana kegagalan lalu telah memberi pengajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Pemuda dan Puteri Umno, di sini hari ini. Terdahulu, ketika berucap beliau turut mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kerana ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara. Katanya, rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasarnya seperti dilakukan kepimpinan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya membuat dasar tanpa merealisasikannya.- Bernama |
HOT ! ANWAR LAGI BERTAMBAH PANIK , TUN MAHATHIR NAK TURUN MALAM INI PERMATANG PAUH ! #TOLAKPR Posted: 02 May 2013 07:20 PM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual berada di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mazlan Ismail. Jurucakap Bilik Gerakan BN Permatang Pauh berkata, program tersebut berlangsung di Pusat Komersial Permatang Pauh bermula pukul 6 petang. Katanya, Dr. Mahathir akan bersama-sama dengan masyarakat setempat untuk sembahyang Maghrib dan Isyak diikuti majlis tahlil. Menurutnya, Dr. Mahathir kemudian akan menyampaikan ucapan dalam ceramah perdana di lokasi yang sama. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Dr. Mazlan akan menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad ini. |
Samseng upahan Dap rosakkan bendera BN dan ugut rakyat !#tolakPR #PRU13 Posted: 02 May 2013 04:50 PM PDT Bahan Kempen dan bendera BN untuk terus dirosakkan puak-puak pembangkang di P.Pinang . Mungkin regim Dap dah semakin takut angin perubahan Gelombang Biru BN untuk merampas kembali negeri ini. Semalam GPB mendapat info dan gambar bahawa beberapa orang penduduk Taman Manggis nampak 3-4 remaja Melayu berpakaian Kemeja-T Kuning telah mencantas bendera-bendera BN & gambar PM. Mereka juga telah memberi amaran kepada penghuni di sini agar menurunkan semua bendera BN di kawasan perumahan ini kerana ini merupakan rumah sewa Kerajaan Negeri . Selain itu, mereka turut mengugut penghuni supaya membuangkan semua Kemeja-T yg berlambang BN & 1M'sia. Menurut penghuni di sini, remaja upahan Dap ini menerima arahan daripada bekas exco dap negeri untuk berbuat demikian. |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |