Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) 'Selain lelaki, saya juga gemar bersensual sesama jenis'

Posted: 02 May 2013 03:31 PM PDT

Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani sekali kali mencetuskan kontroversi apabila mengakui dirinya merupakan seorang biseksual.

Menurut sumber Detikhot.com, "saya mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain bersama teman lelaki, saya juga suka dengan sesama jenis (perempuan)."

Janda anak satu itu juga mendedahkan bahawa dia kini berasa trauma pada lelaki selepas mengalami episod penceraian dengan suaminya tidak lama dulu.

Namun, Nikita meninggalkan persoalan kepada media di Indonesia itu dengan mengatakan dirinya tidak pernah mengaku bahawa dirinya seorang biseksual kepada media yang melaporkan laporan itu sebelum ini.

Antara kontroversi yang pernah dikaitkan dengan aktres ini ialah gambar bogelnya yang tersebar meluas di Internet malah dia mengakui bahawa itu adalah gambar kontroversi itu adalah miliknya dan bukannya 'superimposed'.
Mungkin Nikita sengaja mahu menyaingi artis-artis kontroversi lain seperti Julia Perez dan Dewi Persik dengan menimbulkan pelbagai kisah sensasi mengenainya agar peminat sentiasa mengingati dirinya.

Hmm, macam-macam hal.

PAS janji pada akar umbi, usul KELUAR Pakatan hanya selepas PRU13...

Posted: 02 May 2013 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kepimpinan pusat Pas meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) boleh usulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

Sehubungan itu, Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selesai.

"Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataanTimbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti.

Sebelum itu, Harun pada kenyataan medianya berkata, tindakan Norman Fernandez menggesa rakyat menolak Pas hanya akan merugikan pakatanpembangkang khususnya DAP.

Ini kerana, menurut Harun, Pas mempunyai jumlah penyokong terbesar dan kenyataan Norman boleh membuatkan penyokong tersebut berpaling dari DAP.

Katanya, Pas akan menyerahkan keputusan kepada DAP untuk memutuskan tindakan terhadap Norman dan tidak akan mendesak beliau meminta maaf.

Akhirnya Haji Hadi arah sumpah laknat...!

Posted: 02 May 2013 07:08 AM PDT

BACHOK: Calon-calon PAS yang diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diwajibkan untuk bersumpah laknat sebagai syarat bagi menggelakkan berlakunya pengkhianatan, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tiap-tiap orang calon yang bertanding ini ada sumpah dia. Percayalah, orang Islam percaya pada sumpah...percaya pada ikrar ini. Kerana kita tahu jadi wakil rakyat, jadi menteri, jadi kerajaan, ada dosa pahala.

"Oleh kerana itulah tiap-tiap orang calon kita yang bertanding ini, termasuklah saya sendiri, calon Parlimen, calon DUN yang bertanding ini daripada PAS, diminta berbaiah dan bersumpah.

"Wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya kami dicalonkan jadi wakil rakyat, kami tidak akan khianat kepada perjuangan, tak khianat amanah menegakkkan Islam. Kalau khianat dilaknat oleh Allah, dilaknat semua yang melaknat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Dataran Pantai Irama, semalam.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008, Hadi menegaskan perbuatan sumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

Pada sekitar Mac 2011, beliau sekali lagi tampil membela Anwar yang berhadapan pendedahan video seks dengan perempuan Cina dengan mendakwa hanya Mahkamah Syariah yang boleh memutuskan sumpah terhadap orang Islam.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan akan bersumpah laknat di Masjid Ruslia, Terengganu selepas sembahyang Jumaat esok bagi menafikan lelaki dalam video seks yang dipalitkan dengannya.

Beliau dituduh sebagai lelaki dalam rakaman video yang dimuat naik dalam internet melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik sebuah hotel.

Antarapos

Nik Aziz dakwa UMNO tak percaya hari kiamat pulak dah....

Posted: 02 May 2013 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR -Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai tidak mempercayai hari kiamat hingga sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi.

"Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati.

"Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi.

"Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu.

"Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan kekesalannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan cuba memperbodohkan rakyat di Sarawak dengan mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih baik daripada penurunan harga minyak.

"Saya boleh tengok kebangkitan rakyat semasa berada di Sarawak baru-baru ini.

"Bila perjalanan saya sampai ke Sarawak, Perdana Menteri pun adakan program dan beliau boleh kata insentif RM500 BR1M itu lebih baik daripada penurunan harga minyak," katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula berkata, penjawat awam kini lebih berani menyertai program ceramah PR secara terbuka meskipun ada pihak tertentu cuba mengugut mereka.

Dakwanya setiap kali pemimpin Pas turun kawasan bertemu rakyat, sambutannya bukan hambar seperti yang digambarkan 'cybertroopers' Umno, sebaliknya kehadirannya sangat mengejutkan, membuktikan penjawat awam kini mahu perubahan dilakukan segera.

"Laa ini pegawai kerajaan nak tukar kerajaan pusat.

"Orang Putrajaya berani sokong PR, orang datang sampai 50,000 nak dengar amanat Tok Guru dan calon Pas, (Datuk) Husam (Musa).

"Pegawai kerajaan tak perlu takut lagi pada Umno sebab parti itu dah sampai ke penghujungnya," katanya.

Dalam program malam tadi, Pas juga membuat penampilan khas apabila pelakon tempatan, Mustafa Kamal Mohd Daud mengetuai bacaan ikrar kepada anak kelahiran Kelantan yang berada di perantauan supaya balik mengundi pada 5 Mei ini.

Sukar capai kemenangan, Husam timbulkan keraguan pada karung kertas undi pos pula!

Posted: 02 May 2013 02:31 AM PDT

PUTRAJAYA - Keselamatan karung undi pos yang dijalankan anggota keselamatan di Putrajaya dipertikai tahap ketelusannya.

Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa berkata, polis menolak permohonan Pas Putrajaya untuk menempatkan petugas 24 jam bagi memantau keselamatan peti undi yang disimpan di dalam lokap balai polis tersebut.

"Tanpa alasan kukuh pihak polis menolak permohonan kami dan hanya bergantung kepada kunci. Perkara ini menimbulkan kemusykilan syak terhadap ketelusan sistem pilihan raya negara.

"Kunci bila-bila masa sahaja boleh dibuat pendua, bukan kita menuduh polis akan bertindak sedemikian tetapi bagi keyakinan kita dan rasa senang hati semua pihak. Apa salahnya kami letakkan petugas 24 jam?," katanya ketika sidang media, semalam.

Menurut Husam, sepatutnya kebebasan ini diberikan untuk Pas sebagai tujuan pemantauan keselamatan.

"Kerana sekiranya dibenarkan dengan sendirinya rakyat akan menjadi lebih yakin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pilihan raya di negara ini.

"Bila dia tolak orang akan mula syak apa yang dilakukan oleh mereka (kerajaan) terhadap undi pos ini sehingga kita tidak boleh pantau. Dalam tempoh lima hari, macam-macam perkara boleh jadi," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perjalanan undi pos pada 30 April lalu terdapat seramai 636 pengundi yang terdiri daripada anggota polis.

"Berdasarkan maklum balas yang diterima mereka (polis) memberi undi yang signifikan kepada calon Pakatan Rakyat (PR) di Putrajaya iaitu saya sendiri.

"Terima kasih kepada anggota polis yang keluar mengundi," katanya.

Dalam perkembangan lain Husam memaklumkan pada 2 Mei beliau akan mengadakan diskusi berhubung Pelan Putrajaya dengan penyandang yang juga calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

" Dia datang atau tidak saya akan teruskan pembentangan pelan ini untuk merencanakan perubahan yang bakal di bawa di Putrajaya," katanya.

Seorang parah, seorang buta dibelasah penyokong pembangkang!

Posted: 02 May 2013 01:07 AM PDT

Seorang petugas Barisan Nasional (BN) parah akibat dibelasah empat lelaki dipercayai penyokong pembangkang, di Lunas, dekat sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa, C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa yang dikatakan duduk rehat bersama rakannya didatangi empat lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.

"Padiapan dan rakannya, S. Selvam ditugaskan untuk menjaga peralatan pentas. Semasa sedang berehat, mereka didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal dan secara terus membelasah Padiapan.

"Kejadian kemudian disedari Selvam dan dia jerit minta pertolongan. Selvam tidak mengalami kecederaan,'' katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu di Pulau Pinang, seorang ahli bomba sukerala Taman Merak Jaya, Seberang Prai Tengah di sini bakal hilang penglihatan mata kirinya akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong pembangkang.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi kelmarin, mangsa turut disamun oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada lebih 15 orang.

Tun Mahathir 'kantoi' beri bantuan kepada Nik Aziz?

Posted: 02 May 2013 12:00 AM PDT

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.
Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.-UTUSAN ONLINE

Bapa Saiful, Azlan Mat Lazim bukan ahli PKR - Johari Abdul

Posted: 01 May 2013 11:01 PM PDT

BALAKONG – Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli PKR, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Johari Abdul.

Beliau melalui kenyataan akhbar semalam berkata, permohonan Azlan untuk menyertai PKR masih belum diluluskan.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa Azlan yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik," katanya.

Beliau berkata, perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya.

"Apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO," katanya.

Katanya, beberapa hari sebelum ini Azlan telah menghubunginya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat daripada Umno.

"Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin penarikan balik pengakuannya itu adalah natijah daripada tekanan tersebut," katanya.
Bagaimanapun kenyataan Johari itu bercanggah dengan laporan media sebelum ini kerana pada 11 Mac lalu, Azlan dikatakan telah sah menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk ahli di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya.

Peguam PKR sahkan blogger Milo Suam ditahan kerana fitnah

Posted: 01 May 2013 10:31 PM PDT

SHAH ALAM – Peguam PKR, R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

"Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

"Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi," jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berasmara selepas tunai tanggungjawab undi awal

Posted: 01 May 2013 09:31 PM PDT

BATU PAHAT - Seorang penjawat awam wanita ditahan bersama pasangannya di salah sebuah hotel bajet sekitar daerah ini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Wanita terbabit yang bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya tidak ditahan dalam serbuan itu.

Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya.

"Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang," katanya.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, wanita berusia 20an itu didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan bersama pasangannya.

Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet tersebut.

"Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan lalu serta berhasrat untuk bernikah.

"Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam," katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara yang mencurigakan.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali.

"Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut sebagai pengajaran kepada mereka.

"Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat," katanya.

U-turn bapa Saiful, ini jawapan awal DS Anwar...

Posted: 01 May 2013 08:15 PM PDT

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan wartawan bersabit tindakan bapa Saiful Bukhari Azlan yang menarik semula tuduhan bahawa kes liwat membabitkan Anwar dan anaknya adalah konspirasi Putrajaya.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas beliau menyampaikan ceramahnya di sini semalam enggan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Seperti biasa, Anwar mendakwa beliau tidak akan memberi sebarang komen kepada wartawan yang dilabel sebagai 'media Umno'.

"Kamu dari mana? Media Umnokan? Saya tidak mahu cakap," katanya.

Semalam, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya pada awal Mac lalu yang mendakwa anaknya diperguna oleh pihak tertentu untuk mendakwa Anwar.

Azlan turut menarik kembali permohonan maafnya kepada keluarga Anwar selain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa serta merta.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri untuk mengaibkan Anwar.

Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13.

Saiful menggesa ayahnya balik ke pangkal jalan dan mengelak daripada dipermainkan oleh Anwar.

Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.

Antarapos

Pegawai penerangan Pas isytihar tidak sokong Pakatan Rakyat

Posted: 01 May 2013 07:47 PM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penerangan Pas Kelantan hari ini menarik diri daripada menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat konflik dalam kalangan parti yang menganggotainya akan menjadi lebih teruk jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hamid Derani, yang juga penceramah Pas Pusat berkata, ini jelas dibuktikan apabila pakatan Pas-DAP-PKR tidak sepakat dalam soal penamaan calon baru-baru ini yang menjurus kepada pertembungan sesama mereka pada PRU-13.

Beliau menjangkakan ia akan bertambah serius dalam soal mengisi jawatan penting jika pakatan perlu menubuhkan kerajaan.

"Kerana itulah saya tarik diri daripada menyokong Pakatan Rakyat tetapi masih dalam Pas. Saya bersedia menerima tindakan. Saya yakin saya akan dipecat.

"Itu tidak penting, yang penting saya cakap benar biarpun pahit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Hamid mendedahkan banyak penyelewengan berlaku dalam Pakatan Rakyat dan Pas tidak didedahkan, sebaliknya mereka sentiasa mencari salah UMNO dan Barisan Nasional. - Bernama

Fitnah hubungan sulit, ADUN buat laporan polis

Posted: 01 May 2013 07:01 PM PDT

KUALA LANGAT - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Zurihan Yusop hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa memfitnahnya.

Bekas guru itu berkata, SMS tersebut kononnya mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas pelajar diterimanya sehari selepas penamaan calon 20 April lepas.

Katanya, beliau mendapat maklumat SMS fitnah itu telah disebarkan kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

"SMS ini saya terima daripada individu yang tidak dikenali dan kandungannya berunsurkan fitnah, jika benar saya mempunyai hubungan sulit dengan pelajar tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata, tuduhan dalam SMS itu tidak berasas dan tidak menolak ia mempunyai kaitan politik dan cubaan mencemarkan imejnya sebagai calon BN.

"Justeru saya membuat laporan polis hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Katanya penyebaran SMS itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkempen menjelang hari mengundi 5 Mei ini. - Bernama

Veteran Pas izinkan BN ceramah di rumahnya kerana protes

Posted: 01 May 2013 06:01 PM PDT

RASAH 2 Mei - Pas yang sibuk berkempen di konsert 'Bulan Dihatiku' di Dataran Bustamam, Felda Serting Hilir 5 dekat Jempol malam tadi, diaibkan di Kampung Pulau, Labu dekat sini apabila bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas II negeri, Anuar Azhari mengadakan protes dengan cara terpuji.

Ini kerana, Anuar tidak mahu lagi bersengkongkol dengan kepimpinan Pas apabila namanya digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Jempol pada 10 April lalu.

Lebih mengecewakan Anuar, calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu ini, diletakkan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa, yang dianggapnya mengetepikan beliau yang lebih layak dan senior.

Berikutan itu, malam tadi, Anuar bertindak membenarkan calon Barisan Nasional (BN) DUN Labu, Datuk Hasim Rusdi menggunakan halaman rumahnya sebagai tempat berceramah, sekali gus memastikan BN menang pada PRU-13 ini.

Anuar yang enggan memberi komen mengizinkan anaknya, Mohd. Khairael Anuar membuat kenyataan, dengan menyebut bahawa tindakannya bapanya itu adalah tanda protes kepada Pas yang menafikan haknya sebagai calon layak di DUN Labu itu.

"Bapa saya mempunyai jawatan dalam Pas negeri. Baru-baru ini dia telah melepaskan semua jawatan dalam parti kerana kecewa terhadap kepimpinan Pas yang menipunya.

"Sebelum Mohd. Khairil memberitahu yang ayah saya akan bertanding di DUN Labu. Pemimpin Pas tidak menghubungi ayah saya sehinggalah pada hari penamaan calon. Ramai ahli Pas di DUN Labu kecewa,'' katanya selepas program ceramah calon BN di rumahnya di Kampung Pulau, Labu dekat sini malam tadi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710