PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Video pemimpin politik ditangkap rogol isteri orang !!
- Hot ! Silap kira tapi dok berlagak lagi parti paling telus ..kah kah kah !!
- Hot ! Selepas Nurul Izzah, video Mujahid pulak bakal didedahkan !
- Najib mahu hubungan sempadan Malaysia-Thailand diperkukuhkan
Hot ! Video pemimpin politik ditangkap rogol isteri orang !! Posted: 05 Jan 2013 09:00 AM PST - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin. Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan. Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya. Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu. Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan. Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma. Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.-REUTERS |
Hot ! Silap kira tapi dok berlagak lagi parti paling telus ..kah kah kah !! Posted: 05 Jan 2013 08:05 AM PST Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas amat memalukan parti, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh. Bagaimanapun, Karpal menafikan kesilapan itu direka bertujuan mahu membuktikan tidak wujud perkauman dan mendakwa DAP tidak perlu berbuat demikian untuk pemimpin Melayu diterima memegang jawatan utama. Katanya kesilapan itu adalah pertama kali dalam sejarah DAP sejak 47 tahun lalu, bagaimanapun ia langsung tidak menjejaskan imej parti dan boleh diperbetulkan menerusi penjelasan. "Kesilapan ini sememangnya memalukan DAP tetapi ia tidak disengajakan dan perkara ini terjadi disebabkan kecuaian manusia dan bukannya untuk mengambil hati orang Melayu seperti yang didakwa. "Imej parti tidak akan terjejas kerana penjelasan boleh dibuat mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan ia membuktikan parti bersikap telus berhubung hal ehwalnya," katanya pada sidang media di sini, Sabtu. Pada Jumaat, sebuah akhbar berbahasa Malaysia melaporkan pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC yang menyaksikan pemimpin Melayu parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu daripada jawatan berkenaan. Mereka berpendapat kesilapan itu disengajakan kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama. Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas pemilihan 15 Disember lepas, tetapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas pemilihan. Mengulas lanjut, Karpal berkata pegawai pemilihan kongres, Pooi Wong Keong yang melakukan kesilapan terbabit tidak seharusnya bertindak meletak jawatan kerana ia adalah tidak disengajakan. Katanya pemimpin dan anggota DAP juga wajar memaafkan beliau kerana kesilapan sedemikian boleh berlaku ke atas mana-mana anggota parti yang bertanggungjawab menguruskan pemilihan kongres. "Berikutan kesilapan ini, saya tidak menolak kemungkinan untuk mengupah audit luar bagi melakukan pengiraan dan penjadualan keputusan pada pemilihan kongres parti pada masa akan datang. "Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan beberapa perkara perlu diperhalusi termasuk mesyuarat di peringkat CEC sebelum sebarang keputusan muktamad boleh dibuat," katanya. - BERNAMA |
Hot ! Selepas Nurul Izzah, video Mujahid pulak bakal didedahkan ! Posted: 04 Jan 2013 08:21 PM PST GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH. Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu. Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali. Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: "saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain". "Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain. "Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam. Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar. "Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri," katanya. Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini. "Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam," katanya. Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar. "Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. "Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam," katanya. Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka. Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. |
Najib mahu hubungan sempadan Malaysia-Thailand diperkukuhkan Posted: 04 Jan 2013 07:48 PM PST DANOK (THAILAND), 5 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pegawai-pegawai Malaysia dan Thailand di sempadan membina kerjasama lebih baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua buah negara. Beliau berharap majlis makan malam muhibah antara mereka yang diadakan di sini malam tadi akan mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin.Harapan Perdana Menteri itu disampaikan Pegawai Tugas-tugas Khas beliau, Datuk Latt Shariman Abdullah yang mengetuai pegawai-pegawai di sempadan Malaysia/Thailand pada jamuan tersebut.Turut hadir Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Fauzi Salleh dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar dan Senator Datuk Boon Som Inong yang mewakili masyarakat Siam Malaysia.Wakil Thailand yang hadir ialah Ketua Polis Selatan Thai, Kolonel Damras Wiriyohal, Naib Gabenor Wilayah Satun, U-Tarn Pichayaporn dan Naib Gabenor Wilayah Songkhla, Nattapong Sirichana. Ketika berucap pada majlis itu, Latt Shariman berkata masyarakat Malaysia menganggap Hadyai sebagai sempadan kerana ia menjadi tumpuan sebagai tempat perjumpaan pelancong dan peniaga yang masuk ke Thailand melalui Padang Besar, Wang Kelian, Sungai Golok atau Tak Bai. "Kita serahkan kepada Strategi Pembangunan Bersama (JDS) dan Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang ditubuhkan pada 2004 bagaimana untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ini."Pada masa sama kita bantu tingkatkan kegiatan ekonomi di bawah kawasan segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). Saya yakin kedutaan kita serta Wisma Putra dan pihak berkenaan di Bangkok bekerja keras bagi menjayakannya, katanya.Menurutnya kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil berat bencana yang menimpa Thailand dan buktinya beliau sendiri mengetuai badan-badan bukan kerajaan (NGO) menghantar bantuan bernilai lebih RM10 juta kepada mangsa banjir di Bangkok pada November tahun lepas.Pegawai kedua-dua negara di sempadan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membanteras penyeludupan bahan terlarang seperti dadah, bunga api, mercun, petrol, diesel dan beras dan mahu mereka meneruskannya agar kedua-dua negara menjadi lebih maju dan makmur, katanya.Latt Shariman berkata majlis itu yang terakhir diadakan tiga tahun lepas bertujuan meningkatkan hubungan baik antara pegawai-pegawai di sempadan, akan diadakan setiap tahun mulai tahun ini.Katanya pegawai kedua-dua negara di sempadan adalah lebih penting dalam memelihara keamanan dan keselamatan daripada mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Bangkok.Sementara itu, Thailand mencadangkan kerajaan Malaysia menghantar guru mengajar bahasa Malaysia untuk mengajar di wilayah selatan negara 'Gajah Putih' itu serta mengenepikan protokol tertentu dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala agar lebih akrab dan harmoni.Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thai, Tawee Sadsong yang mencadangkannya bagaimanapun tidak menyebut protokol yang dimaksudkannya.Sekiranya lebih ramai rakyat Thai menguasai bahasa Malaysia, hubungan antara rakyat kedua-dua negara akan lebih mesra, katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu dan diterjemahkan Boon."Kemesraan ini akan memudahkan serta meningkatkan lagi perdagangan di wilayah sempadan yang terbatas oleh sebab-sebab tertentu termasuk undang-undang," katanya.Tawee yang berucap sebelum itu menyifatkan hubungan Malaysia dan Thailand ibarat dua saudara akrab dan kukuh secara rasmi atau tidak rasmi dan berharap hubungan itu diperluaskan lagi meliputi bidang pendidikan, agama dan bahasa. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |