Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Tugu Bangsa Tembok Negara

$
0
0

Tugu Bangsa Tembok Negara


TERKINI.!!! DAKWAAN TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH MUNGKIN PALSU, ZURIHAN YUSOP PERTIMBANG BUAT LAPORAN POLIS

Posted: 30 Apr 2013 05:30 PM PDT

Heboh atau cuba diheboh-hebohkan oleh juak pakatan rakyat didalangi oleh Tian Chua serta Nurul Izzah kedua-duanya merupakan naib presiden PKR dalam meraih simpati rakyat bagi mendapatkan undi mahu pun cubaan mewujudkan kacau-bilau jika pakatan gagal memenangi pilihanraya umum kali ini.

Laporan yang kami terima adalah gambar yang diambil dari facebook Jkkk Fan Club iaitu kononnya gambar tangan-tangan anggota keselamatan yang menunjukkan bagaimana jari jemari mereka yang ditanda oleh dakwat kekal bagi tujuan membuang undi kemudiannya dapat dihilangkan setelah dibasuh dengan sabun dan sanitizer.

Isu ini dihebohkan oleh Nurul Izzah, penyandang parlimen P.121 Lembah Pantai dalam twitternya (seperti laporan awal kami di sini) dan tindakan fizikal dilakukan oleh Tian Chua, penyandang parlimen P.115 Batu dengan membuat laporan polis di balai polis Sentul seperti gambar di bawah ini.

Jelas kelihatan dalam gambar pertama di atas, antara tangan yang menunjukkan jari yang kononnya berjaya dihilangkan dakwat kekal memakai sebuah jam tangan yang menunjukkan jam 7:55 pagi sedangkan pusat membuang undi hanya dibuka pada jam 8:00 pagi.

Ini adalah pembohongan secara terangan melibatkan dua tokoh besar parti PKR dan pembohongan ini adalah suatu yang sangat serius.

Zurihan Yusop, Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Selangor merangkap calon bagi kerusi dewan undangan negeri N.51 Sijangkang (gambar di bawah) ketika dihubungi melalui telefon menyifatkan jika benar ianya adalah konspirasi terancang yang melibatkan Tian Chua dan Nurul Izzah, laporan polis perlu dilakukan dengan kadar segera supaya ia dapat disiasat.

Zurihan bila ditanya sama ada akan melakukan laporan polis tersebut berkata "saya akan mempertimbangkannya (membuat laporan polis ke atas penipuan berkaitan dakwat yang luntur) kerana saya juga ada perkara yang mahu di report berkenaan kempen pihak sana (calon Pas bagi kerusi N.51 Sijangkang) yang melibatkan diri saya".

Bila ditanya, apakah perkara yang mahu dilaporkan itu, beliau berkata tunggu sehingga dimaklumkan dalam waktu yang terdekat. [SUMBER]
Zurihan Yusop (duduk hadapan, dua dari kiri), calon BN bagi kerusi N.51 Sijangkang
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

TERIMA KASIH BN - Hospital Baharu Tanjong Karang Bukti Keprihatinan BN

Posted: 30 Apr 2013 02:25 PM PDT

TANJONG KARANG, 1 MEI - Pembangunan di Tanjong Karang yang terkenal dengan jolokan jelapang padi kedua negara, akan diseimbangkan dengan kemudahan perkhidmatan sosial seperti sebuah hospital baharu serba modern yang bakal siap menjelang 2016.

Hospital itu bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan kemudahan untuk penduduk Tanjong Karang, yang mendapat nama daripada kewujudan batu karang bersaiz besar di tanjung sebatang sungai di kawasan itu.

Calon BN bagi kerusi parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, Datuk Seri Noh Omar berkata hospital dengan kos mencecah hampir RM300 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 penduduk sekitar kawasan itu.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor, berkata hospital berkenaan yang dibina di kawasan seluas 16.1 hektar di Sungai Terap di sini akan menempatkan pakar dalam pelbagai bidang kesihatan sekali gus memudahkan penduduk tempatan mendapat rawatan terbaik.

"Hospital ini akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di bandar Tanjong Karang, yang bakal dijadikan pusat untuk rawatan pesakit luar.

"Pembinaan hospital ini memang telah lama dinantikan, dan ia akan memberi manfaat kepada penduduk di sini dan kawasan sekitar. Mereka tidak perlu lagi pergi ke luar kawasan untuk rawatan," katanya dalam temu bual dengan wakil media di sini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata selain hospital, penduduk tempatan juga akan menikmati satu lagi lonjakan ekonomi menerusi projek Lebuh Raya Pantai Barat yang bakal menghubungkan Banting di Selangor hingga Taiping, Perak.

Katanya lebuh raya itu akan melalui Tanjong Karang dan pihaknya akan berusaha memastikan ada susur keluar ke kawasan itu, untuk kemudahan pengguna tempatan selain mempromosi kawasan berkenaan.

"Tanjong Karang mempunyai banyak tarikan pelancongan seperti inap desa, destinasi makanan, sawah padi dan hasil pertanian segar untuk pelancong tempatan, jadi melalui susur keluar itu akan membuka peluang pengguna lebuh raya berkenaan singgah di Tanjong Karang," katanya.

Noh berkata pakej pembangunan ekonomi itu merupakan tawaran yang dijanjikan BN dalam misi mempertahan kerusi parlimen Tanjong Karang dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Permatang dan Sungai Burung.

Selain itu, beliau berkata pendidikan juga terus menjadi agenda utama di Tanjong Karang di bawah pemerintahan BN iaitu pada 2012 sebanyak RM1.3 juta diperuntuk bagi anak-anak tempatan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

"Pada tahun lepas sahaja, seramai 300 anak Tanjong Karang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan 500 orang ke peringkat ijazah.

"Saya berharap BN terus diberi kepercayaan oleh penduduk tempatan dalam memastikan Tanjong Karang terus maju dan rakyatnya mendapat manfaat melalui produk BN yang ternyata meringankan beban rakyat," katanya.

Noh dicalonkan lagi untuk mempertahan kerusi parlimen Tanjong Karang bagi penggal kelima dan kali ini beliau menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang calon PAS Mohamad Rashdi Deraman dan calon Bebas penyanyi dangdut 80-an Herman Tino.

Tanjong Karang mempunyai 42,410 pengundi iaitu 72 peratus Melayu, 17 peratus Cina, 10 peratus India dan satu peratus kaum lain.

Pada PRU12 2008, Noh menewaskan Mohamed Hanipa Maidin daripada PAS dengan majoriti 3,820 undi.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>