BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Nizar makin sewel, berbasikal lewat malam untuk kempen
- Alamak! Adakah itu peha Britney Spears?
- Fitnah dakwat kekal, hanya Tian Chua terhegeh-hegeh buat laporan polis
- Pas Kelantan didesak henti peralat sami Buddha
- Harakah celaka terus sebar fitnah!
- (Gambar) Penyanyi dangdut muat naik foto belahan dada di media sosial
- DAP dikesan terap sentimen anti-Pas...
- Hampir 'diperkosa' binatang!
- (Video) 'Anwar tak boleh 'usik' saya' satu pengakuan bongkak Chegu Bard
- (Video) 'We pay cybertroopers to murder people' - RED Bean Army
- Hakikat yang sukar ditelan penyokong tegar Anwar
- Masuk ICU, Calon Pas tetap tanding
- Zain dakwa 'diperguna' dan sengaja disingkirkan dari MasterChef
(Gambar) Nizar makin sewel, berbasikal lewat malam untuk kempen Posted: 30 Apr 2013 03:20 PM PDT MPP Online melaporkan Nizar cuba mencari publisiti murahan dengan tampil tersengih-sengih berbasikal di kawasan yang ditandinginnya untuk berceramah. Nizar sebelum ini pernah buat kerja gila apabila memaki hamun seorang pengetua sekolah persendirian apabila tidak membenarkan beliau berceramah di situ. Pernah juga beliau mengetuk rumah orang ramai untuk keluar mendengar ceramah gila. Nizar adalah calon PRU Pas paling pelik yang pernah ditampilkan oleh parti tersebut. Kecenderungannya kepada DAP (atau lebih sedap disebut sebagai balaci) menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ramai juga rakan-rakannya dalam parti mengeleng-gelengkan kepala melihatkan gelagat si Nizar ini! | ||
Alamak! Adakah itu peha Britney Spears? Posted: 30 Apr 2013 09:05 AM PDT ![]() Dengan ekspresi wajah selamba, beliau hanya bersahaja berjalan-jalan di bandar Los Angeles tanpa sedikitpun mempedulikan selulit di pehanya yang jelas kelihatan. Memiliki selulit adalah perkara yang agak pelik bagi wanita yang pernah memegang status wanita tercantik di dunia. Gelaran tersebut diperoleh Britney kerana berjaya menginspirasikan remaja-remaja untuk memiliki tubuh sepertinya. Namun, setalah kelahiran dua orang cahaya mata, Britney seolah-olah lupa untuk menjaga penampilan tubuhnya. Beliau telah beberapa kali dikantoikan dengan aksi selekeh dan tidak terurus. | ||
Fitnah dakwat kekal, hanya Tian Chua terhegeh-hegeh buat laporan polis Posted: 30 Apr 2013 07:46 AM PDT KUALA LUMPUR - Tinjauan Bernama mendapati dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air. Dakwat warna merah biji saga itu kekal dijari telunjuk sebelah kiri mereka setelah beberapa pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, diminta oleh pemberita dan jurugambar membasuh tangan mereka. Permintaan itu dibuat oleh media ekoran terdapat dakwaan kononnya dakwat tersebut mudah hilang apabila jari yang sudah dicalit itu dibasuh dengan air. Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) SAC Zulkifli Mohamed pula ketika dihubungi petang ini berkata beliau tidak menerima aduan daripada 2,036 anggota polis yang mengundi awal hari ini berhubung dakwat kekal yang dicalit itu, hilang. "Setakat ini, tangan saya beberapa kali dicuci, kesannya masih tidak hilang dan anggota (polis) saya pun sama," katanya. Dalam pada itu, hanya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kepada Bernama, polis tetap menerima sesiapa saja yang membuat aduan polis dan akan menyiasatnya. Laporan polis itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa dakwat kekal yang sepatutnya tidak hilang sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalitkan dijari, hilang menggunakan air dalam tempoh beberapa jam, oleh seorang anggota tentera. Undi awal dijalankan hari ini melibatkan anggota tentera dan polis di seluruh negara dan penggunaan dakwat kekal, pertama kali digunakan pada pilihan raya di negara ini, bertujuan mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak terdapat satu kes pun pengundi berbuat demikian. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan laporan sudah dibuat, SPR menyerahkan polis menjalankan siasatan. - Bernama | ||
Pas Kelantan didesak henti peralat sami Buddha Posted: 30 Apr 2013 07:01 AM PDT ![]() Presiden PSM, Siri Neng Buah berkata, pemimpin Pas tidak menghormati institusi agama masyarakat Siam apabila turut mengheret sama golongan sami ke dalam kancah politik semata-mata demi mendapat kuasa. Beliau berkata, tindakan Pas mengedar dan menampal gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sami tempatan perlu ditarik balik kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Siam yang menganut agama Buddha. Katanya, sami Buddha tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai individu yang berpihak kepada suatu kumpulan sedangkan mereka adalah berkecuali dengan tidak melibatkan diri dalam arena politik, sebaliknya berfungsi sebagai rujukan dalam kehidupan penganut Buddha. "Saya beri peringatan kepada Pas supaya menghentikan pendekatan sedemikian dan tidak mencanang perpecahan dalam masyarakat kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Siam di Kampung Ketik Buluh, dekat sini hari ini. | ||
Harakah celaka terus sebar fitnah! Posted: 30 Apr 2013 06:02 AM PDT Poster yang memaparkan wajah seorang lelaki didakwa warganegara asing yang kemudian bertukar menjadi lelaki Melayu dan berkahwin dengan pasangannya konon untuk mempromosikan program "Bantuan Bujang 1Malaysia" BN. Untuk memburukkan BN, poster terbabit digantung di bawah papan poster kempen calon BN bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, poster tersebut sudah ternyata palsu kerana UMNO atau BN tidak akan membuat poster seperti itu yang hanya menjatuhkan imej parti. Katanya, pihaknya akan membuat laporan secepat mungkin mengenai perkara itu kerana hal itu hanya menjatuhkan imej dan nama baik UMNO dan BN. "SPR perlu ambil tindakan mengenai perkara ini kerana poster tersebut sudah terang-terangan merupakan poster palsu memburukkan UMNO dan BN. "Ini baru pertama kali saya mendengar mengenai poster palsu membabitkan imej dan maruah BN, katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas mengenai poster palsu tersebut yang disiarkan oleh Harakah Daily dan blog-blog propembangkang hari ini. Pengantin lelaki itu yang dikenali sebagai Nasrul Effendy dalam laman media Facebook turut mengutuk pihak yang memalsukan poster tersebut kerana menggunakan wajahnya tanpa pengetahuan beliau. Nasrul Effendy berkata, lebih mendukacitakan pengantin perempuan itu bukanlah isterinya yang sebenar tetapi telah ditukar dengan wajah wanita lain. Katanya, gambar perkahwinannya itu telah dirakam pada 15 Mei 2007 | ||
(Gambar) Penyanyi dangdut muat naik foto belahan dada di media sosial Posted: 30 Apr 2013 04:02 AM PDT ![]() Dalam beberapa foto tersebut, Putri Lana memamerkan pose belahan dada yang sangat berani. Wanita cantik kelahiran Semarang, 29 Januari 1990 ini bergabung dengan Pangeran Cinta Management. Skroll ke bawah untuk tonton video klipnya! | ||
DAP dikesan terap sentimen anti-Pas... Posted: 30 Apr 2013 02:31 AM PDT KUALA LUMPUR 29 April- Peraih undi DAP di beberapa negeri difahamkan sedang giat menggerakkan sentimen mempengaruhi pengundi bukan Islam supaya menolak calon Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Menurut sumber, mereka menyebarkan sentimen bahawa 'satu undi kepada Pas membawa negara menuju ke arah penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud Pas'. Sumber itu menjelaskan, walaupun status negara Islam tidak semestinya bermakna penduduk bukan Islam ditindas, namun peraih undi DAP berperanan menimbulkan ketakutan terhadap masyarakat bukan Islam tentang istilah 'negara Islam' dan 'hudud'. "Peraih undi DAP juga ghairah menimbulkan persoalan kepada pengundi bukan Islam tentang adakah janji Pas bahawa undang-undang hudud parti itu tidak akan terpakai ke atas masyarakat bukan Islam boleh dipercayai. "Saya tidak pasti adakah peraih undi itu mendapat arahan daripada pemimpin DAP di peringkat Pusat, negeri atau itu tindakan mereka sendiri kerana tidak setuju dengan kerjasama Pas dalam pembangkang khususnya berkaitan agenda hudud Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Selasa lalu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di Perlis menegaskan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang menguasai Putrajaya walaupun mendapat tentangan DAP. Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh yang konsisten menolak hudud Pas malah tentangan serupa disuarakan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez kelmarin dan Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan hari ini yang menggesa pengundi bukan Islam menolak Pas. Sumber tersebut menambah, gerakan ahli DAP di peringkat akar umbi itu merupakan perbuatan sabotaj terhadap Pas yang bakal menjejaskan peluang pakatan pembangkang membentuk kerajaan serta mempertahan negeri yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu. "Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin tertinggi Pas dan DAP perlu membuat kenyataan jelas berhubung perkara ini," tegasnya. Dalam pada itu, bekas Setiausaha DAP Cawangan Kampung Baru Balakong, Tan Chew Wah mengesahkan ahli DAP di peringkat akar umbi sering menyatakan rasa tidak selesa berhubung kerjasama DAP dengan Pas. Katanya, rasa tidak puas hati itu memandangkan Pas bersungguh- sungguh dengan agenda Islam sedangkan DAP pula memperjuangkan hak sama rata dalam kalangan penganut agama berlainan. "Semasa saya masih dalam DAP, kebanyakan mesyuarat kerap menyebut tentang bagaimana DAP masih boleh menang di kebanyakan kawasan dalam Pilihan Raya Umum 2008 tanpa perlu mendapatkan bantuan Pas dan kali ini, sentimen itu semakin kuat. "Walaupun secara formal pimpinan DAP dan Pas dilihat bekerjasama, namun penolakan DAP terhadap Pas kini giat dijalankan di peringkat akar umbi," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130430/po_01/DAP-terap-sentimen-anti-Pas#ixzz2Rw2r05en © Utusan Melayu (M) Bhd | ||
Posted: 30 Apr 2013 01:31 AM PDT
Itulah yang terjadi kepada dua orang lelaki ini. Mereka memakai suit penyamaran yang mirip dengan haiwan Llama dan kemudiannya masuk ke dalam kandang haiwan tersebut. Setelah beberapa ketika berkeliaran dalam kandang tersebut, seekor Llama jantan muncul dari belakang. Haiwan berkenaan rupa-rupanya sedang ghairah untuk bersenggama. Tanpa berfikir panjang (off course la sebab haiwan kan), haiwan berkenaan terus memanjat belakang kedua-dua lelaki berkenaan dengan penuh bernafsu. Nyaris tidak 'tembus' bahagian belakang lelaki yang dibelakang... Memang gila betul kedua-dua lelaki ini! | ||
(Video) 'Anwar tak boleh 'usik' saya' satu pengakuan bongkak Chegu Bard Posted: 30 Apr 2013 12:01 AM PDT Di saat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku. Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard. Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR. Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut. Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi. Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian. Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut. Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan. | ||
(Video) 'We pay cybertroopers to murder people' - RED Bean Army Posted: 29 Apr 2013 11:31 PM PDT Perang alam maya telah bermula sejak empat tahun yang lepas. DAP mempunyai tentera mereka yang diberi nama RED Bean Army. Modus operandi yang cukup terancang mensasarkan pengguna "IT" menggabungkan pengamal tegar medium popular di Internet seperti Facebook, Twitter, blog dan portal berita Internet yang merupakan majoritinya pengundi muda. DAP di Goergetown akan memantau segala pergerakan kumpulan ini. Pusat operasi utama mereka terletak di Concorde Hotel, Kuala Lumpur dan KOMTAR, Pulau Pinang. Beratus-ratus cybertroopers RED BEAN dibayar secara bulanan dan tetap sejak 4 tahun lepas. Pulau Pinang dan Selangor bertanggungjawab membiayai sepenuhnya RED Bean Army ini. Cky Cheong http://www.facebook.com/cky.cheong?ref=nf Ben Seah http://www.facebook.com/ben.s.chin 吹水一族 http://www.facebook.com/liew.p.loong BlackHeart Xuan http://www.facebook.com/blackheart.xuan James Wong http://www.facebook.com/WongKarHang 布衣客 http://www.facebook.com/zhongbuyi 壮祥 http://www.facebook.com/profile.php?id=100000296684451 水蓝 http://www.facebook.com/yumemiyawaterlam 韦世乐 https://www.facebook.com/sith.master.16 Nelson Yeap http://www.facebook.com/superman.nelsonyeap Jcf Cyc http://www.facebook.com/jcf.cyc Chuanjun Lim http://www.facebook.com/chuanjun.lim 马棵斯 (阿歡) http://www.facebook.com/kee5707 Isaac Lee Peng Hoi http://www.facebook.com/isaac.lee.peng.hoi AH Kok (阿国) http://www.facebook.com/cbaobei Eddy Ong (Turtle) http://www.facebook.com/eddyongb0310 Ufo Yong Tat http://www.facebook.com/UFOlulu Chong Hong Siong http://www.facebook.com/chong.hongsiong Johnson Ching http://www.facebook.com/johnson189 Ong Wie Kiat http://www.facebook.com/owk688 Alan Tang http://www.facebook.com/alan.acpower Ruty Pua http://www.facebook.com/ruty.pua Doreamon Lim http://www.facebook.com/doreamon.lim.5 Jcf Cyc II http://www.facebook.com/jcf.cycii Wei Yang Liu http://www.facebook.com/weiyang.liu.58 Ruby Birdie (Dieforjustin) http://www.facebook.com/rubylovepighead Ah Chao http://www.facebook.com/ah.chao.7 Chia Jien (StupidJing) http://www.facebook.com/nathanlovenc Xiao Bao http://www.facebook.com/bao.xiao.980 Jimmy Choong http://www.facebook.com/jimmy90choong Jack Tan Wiragto http://www.facebook.com/jacktan.wiragto Baki Randy http://www.facebook.com/bAkIrAnDyyyy Jacky Ong Shin Wei http://www.facebook.com/jacky.shinwei Bryan Lew http://www.facebook.com/si0ng Jong Ht http://www.facebook.com/jong.ht Yeu Dee Kin http://www.facebook.com/deekin.yeu Dee Loh (Fangdi 芳狄) http://www.facebook.com/fangdi.deeloh Sawadee Marco http://www.facebook.com/marco.kueh Kelvin Eu http://www.facebook.com/kelvin.eu.9 MOng Ji (笔友) http://www.facebook.com/junwoh8CHONG 梁铭康 http://www.facebook.com/profile.php?id=100001429260580 Dylan Tan http://www.facebook.com/dylan.tan.560 怨君凉介 (爱吐槽) http://www.facebook.com/love.u.944 Kenj Hin http://www.facebook.com/chin.f.hin Sean Chew (周智雄) http://www.facebook.com/seanchew93 Alan Ho http://www.facebook.com/alan.ho.94009 Holiday Koh http://www.facebook.com/koh.holiday Eadweard LeCoultre http://www.facebook.com/eadweard.lecoultre Ak Ang http://www.facebook.com/ak.ang.980 Gee Pojie Pujibah http://www.facebook.com/gee.sham.9 Liau Yong Siang (勇翔) http://www.facebook.com/yongsiang.liau Chew Jacky (Dhamapriya) http://www.facebook.com/chew.jacky.3 Vincent Square http://www.facebook.com/vincent.square.12 Marcus Ong http://www.facebook.com/marcuselife Cheeyau Yap http://www.facebook.com/cheeyau.yap Emily Wong http://www.facebook.com/emily.wong.75 Mild Seven http://www.facebook.com/mild.seven.98 Jojo Chan http://www.facebook.com/jojo.chan.73700136 Alan Tang http://www.facebook.com/alan.tang.5095 Samc Chen http://www.facebook.com/samc.chen Billy Chin http://www.facebook.com/billy.chin.52 Peter Har http://www.facebook.com/peter.har.7549 Michael Cheah (谢金宏) http://www.facebook.com/michaelcheahnothing1 Agnes Cheah http://www.facebook.com/agnes.cheah.79 Miko Leong http://www.facebook.com/miko.leong.94 Ken Leong http://www.facebook.com/leong7555 Sim Lim http://www.facebook.com/sim.lim.16503 Cherrie Ong (Bebe) http://www.facebook.com/cherrie.ong.9 Talan Yam http://www.facebook.com/talan.yam88 鄧忠平 http://www.facebook.com/kgpaya Patrick CK Goh (政錁) http://www.facebook.com/patrickgck 翔 の旋律 http://www.facebook.com/i.xteven Kok Magatron http://www.facebook.com/kok.magatron Nelson Tang http://www.facebook.com/nelsontang860530 Jeffrey Lim (林楨凇) http://www.facebook.com/jlcs930 艳李 (海艳) http://www.facebook.com/marlee.85 Jack Toh http://www.facebook.com/jacktoh78 christopher lee http://www.facebook.com/christopher.lee.7731 鄧忠平 http://www.facebook.com/kgpaya Dino Chong http://www.facebook.com/dino.chong.7 Bao Paul http://www.facebook.com/bao.paul.718 Sam Chong http://www.facebook.com/sam.chong.37 Peter Ryan http://www.facebook.com/peter.ryan.56884 Mediacorp Ci Cong (Ong Ci Cong) http://www.facebook.com/mediacong 易一马 http://www.facebook.com/chaiahkau Vincent Leong http://www.facebook.com/vincent.leong.790 Kelvin Keegan http://www.facebook.com/OUTDOORKINGS 步惊云 http://www.facebook.com/profile.php?id=100001404322447 Chew Jacky (Dhamapriya) http://www.facebook.com/chew.jacky.3 Huan Chon Wong http://www.facebook.com/kokchuan.wong.5 Jack Tan Wiragto http://www.facebook.com/jacktan.wiragto Jun Hui http://www.facebook.com/jun.hui.737 Kenny Low http://www.facebook.com/low.kenny.94 Alvin Kua (柯文祥) http://www.facebook.com/alvin.kua2 Tay Seng Kee http://www.facebook.com/tay.sengkee.1 Ethan Chew http://www.facebook.com/ethan.chew.921 Jiunn Ye Wang (駿業) http://www.facebook.com/JiunnYe Efendi Sulaiman http://www.facebook.com/efendi.sulaiman.9 Voter Wan Abdullah http://www.facebook.com/VotergetVoters Roystan Leow 廖 http://www.facebook.com/roystan.leow Henry EE http://www.facebook.com/henry.ee1 Keng Huei Chew http://www.facebook.com/kenghuei Ng Eng Kiat http://www.facebook.com/ngengkiat Patrick Chong (Chin Siong) http://www.facebook.com/cyberprinx Malcolm Guy http://www.facebook.com/malcolm.guy.7 Kaiye Ong http://www.facebook.com/kaiye91 Chrisolution Power http://www.facebook.com/chrisolution Tony Eng Choon Oo http://www.facebook.com/tony.e.oo David Khoo http://www.facebook.com/david.khoo.7 Keith Teo http://www.facebook.com/keith.teo.90 Ken Lim http://www.facebook.com/lim.waiken David Chin http://www.facebook.com/david.chin.503645 Kean Soon Yap http://www.facebook.com/keansoon.yap Mca Chua http://www.facebook.com/mca.chua.3 Alex Sum http://www.facebook.com/alexsum3 Shi Jie Pang (偲杰) http://www.facebook.com/shijie.pang.3 Jenny Lee http://www.facebook.com/jennyliewlee 孔明 http://www.facebook.com/zgkmsd Lau Hon Yong http://www.facebook.com/lau.honyong Daniel Seng http://www.facebook.com/daniel.seng.52 Kevin Chirng http://www.facebook.com/kevin.chirng Tan Siu Pu http://www.facebook.com/tan.siupu Kee Latte http://www.facebook.com/kee.latte Kenson Yeoh http://www.facebook.com/kenson1010 正子天真 http://www.facebook.com/dong.dian 红豆彬 (咲咲) http://www.facebook.com/cp.aka.saki Chong Hong Siong http://www.facebook.com/chong.hongsiong AH Kok (阿国) http://www.facebook.com/cbaobei Eddy Ong (Turtle) http://www.facebook.com/eddyongb0310 Ufo Yong Tat http://www.facebook.com/UFOlulu Leng Wushuang http://www.facebook.com/wushuang.leng Sim Lim https://www.facebook.com/sim.lim.16503 Chong Ee Han https://www.facebook.com/eehan.chong Kok Magatron http://www.facebook.com/kok.magatron Sanc Chen https://www.facebook.com/samc.chen BIlly Chin http://www.facebook.com/kee.latte 韦世乐 https://www.facebook.com/sith.master.16 韦世乐 https://www.facebook.com/sith.master.16 玄武 (金碧辉煌) https://www.facebook.com/tmk3821 艳李 (海艳) https://www.facebook.com/marlee.85 Tan Jo Even http://www.facebook.com/tan.even http://www.facebook.com/angeline.su.50 https://www.facebook.com/tony.bigtree http://www.facebook.com/eva.teh.5 https://www.facebook.com/Jasminephantagrow https://www.facebook.com/kokchuan.wong.5 https://www.facebook.com/tanthiamguan https://www.facebook.com/profile.php?id=100000490089582 https://www.facebook.com/matou.diew https://www.facebook.com/nykkwan https://www.facebook.com/kenny.tung.395 https://www.facebook.com/tmk3821 https://www.facebook.com/billywai.tongseng https://www.facebook.com/anthony.yeoh.94 http://www.facebook.com/marlee.85https://www.facebook.com/ben.s.chin https://www.facebook.com/tengkit.ng https://www.facebook.com/agnes.cheah.79 https://www.facebook.com/KenJiK89 https://www.facebook.com/iron.cockerel https://www.facebook.com/loving.peace.142 https://www.facebook.com/funkymonkey.babys.3 http://www.facebook.com/lefroid24 http://www.facebook.com/fleo.tan?ref=ts&fref=ts https://www.facebook.com/hc.goh.14 Sea Hunter https://www.facebook.com/menghuat.tan.52 Julie Minaj https://www.facebook.com/julia.minaj.50 佟宇 https://www.facebook.com/maxelonkhor Ken Mo https://www.facebook.com/ken.mo.186 James Ho C J https://www.facebook.com/james.h.cj.5 Khim Khim Khor https://www.facebook.com/khimkhim.khor Alan Siew https://www.facebook.com/alan.siew.73 Jeff Chong https://www.facebook.com/ckljeff2707 Wing Jeiky https://www.facebook.com/wing.jeiky Wing Jeiky https://www.facebook.com/wing.jeiky Anr RT https://www.facebook.com/andrewyeoh74 Chow Yl https://www.facebook.com/chow.yl.71 Lee Meng Teck https://www.facebook.com/lee.m.teck Li Li Wong https://www.facebook.com/lili.wong.14 Koo Hong https://www.facebook.com/koo.hong.7 Kenny Liew https://www.facebook.com/kenny.liew.5 YZ Tong https://www.facebook.com/scapegoat14th Andrew Lee https://www.facebook.com/lsh.andrewlee Hong Ling Pang https://www.facebook.com/pang.hong Sky Liew http://www.facebook.com/terrenliew Menurut sumber seorang ada minima 20 akaun facebook 'hantu' | ||
Hakikat yang sukar ditelan penyokong tegar Anwar Posted: 29 Apr 2013 11:01 PM PDT BUKAN mudah untuk menelan hakikat bahawa pemimpin yang kita sanjungi selama ini rupa-rupanya tidak seperti kita bayangkan. Kita akan mencari apa juga alasan untuk tidak mempercayainya walaupun kebenaran terserlah di depan mata. Hanya mereka yang benar-benar mahu mencari kebenaran akan dapat membebaskan diri daripada belenggu ketaksuban yang tidak mempunyai batasan dapat mencari jalan keluar. Ketika saya menghadiri satu Forum Nasional bertajuk: "Apa kata mereka" baru-baru ini, nama-nama besar yang pernah menjadi tonggak perjuangan di dalam PKR dan memperjuangkan hak pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah dianiaya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui memang sukar untuk menerima hakikat pemimpin yang mereka sanjung itu mempunyai terlalu banyak sisi gelapnya. Bayangkan jika nama seperti Prof Dr. Datuk Sidek Baba, Dr. Chandra Muzaffar, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dan Dr. Yusri Mohamad juga mengambil masa untuk menyedarinya, tentulah sukar untuk kebanyakan kita yang mempunyai pemikiran tahap orang biasa untuk memahami dan menerimanya. Yusri, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang keenam contohnya sama seperti saya satu ketika dahulu dan orang-orang muda yang mempunyai kesedaran Islam pasti mengangkat Anwar sebagai pemimpin mereka. Siapa lagi pemimpin yang mempunyai karisma ketika berpidato, mempunyai imej islamik dan berkebolehan menjadi imam, bahkan membaca khutbah Jumaat, tentulah Anwar. Saya cepat sedar bila sering membuat liputan program Anwar ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia sebenarnya hanya mengulangi skrip lama yang dipersembahkan dengan gaya mempersonakan pada setiap penampilan sehingga ia kelihatan cukup segar dan menyakinkan. Bagi Yusri walaupun beliau merupakan seorang pensyarah di dalam bidang syariah, hatinya menjadi buta sehingga menafikan hak mangsa-mangsa yang membuat aduan tentang perlakuan songsang pemimpin pembangkang itu. Khazaf iaitu perlu mengemukakan empat saksi bagi setiap tuduhan menjadi benteng ampuh untuk Yusri menangkis setiap tuduhan yang dibuat dan ia dianggap sebagai tohmahan semata-mata demi mahu menghalang Anwar menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Namun akhirnya mata hati Yusri terbuka apabila dia tergerak hati untuk meneliti tuduhan yang dibuat. Ketika itulah dia sedar bahawa hukum Khazaf tidak terpakai jika mangsa sendiri yang membuat dakwaan dan bukan orang ketiga. Bagaimana mangsa rogol atau liwat dapat mencari empat orang saksi. Ketika itu dia sedar kezaliman telah berlaku apabila pihak yang teraniaya telah dinafikan hak mereka. Datuk Mohd Nakhaie Ahmad sewaktu Anwar disingkirkan beliau sangat bersimpati dengan pemimpin yang mengarahkannya menyertai Pas itu. "Saya pergi sembahyang hajat, sampai dia kena tangkap saya yang baca doa. Nasiblah saya baca doa yang betul iaitu berbunyi: "Ya Allah kau tunjuklah apa yang benar itu benar, yang salah itu salah." Akhirnya Allah telah tunjukkan kebenarannya di depan mata. Walaupun sembahyang hajat diadakan di seluruh negara meminta supaya Dr. Mahathir ditimpa bencana tetapi sehingga hari ini Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada Dr. Mahathir dan beliau masih segar bugar, berbanding Anwar yang ditimpa pelbagai masalah. Rakan karib Anwar Dr. Sidek Baba hanya meninggalkan Anwar selepas beliau membuat kajian dan menemubual 30 orang yang rapat dengan Anwar dan mereka menuduh salah laku pemimpin pembangkang itu. Akhirnya beliau membuat kesimpulan tiga asas kenapa dia meninggalkan rakan karibnya itu iaitu - Intergriti, hubungannya dengan orang luar dan akidah Anwar mengenai agama Islam yang mahu memenangi hati semua orang sehingga menyamaratakan agama Islam dengan agama lain. Dr. Chandra Muzaffar pula yang terlibat aktif dalam membentuk manifesto Keadilan suatu ketika ketika Keadilan ditubuhkan pada tahun 1999. Beliau terlibat dalam 'Gerakan Adil', selaku Timbalan Pengerusi Adil dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi. Seperti Wan azizah beliau tidak berminat dengan politik kepartian. Gerakan Adil bukan gerakan politik, sebaliknya beliau akan menyerahkan kepada orang politik setelah dimaklumkan lebih awal bahawa terdapat 20 orang pemimpin UMNO yang akan berundur dan menerajui gerakan itu. Beliau akhirnya terpaksa memikul beban memimpin gerakan itu kerana tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berundur. Chandra turut menceritakan bagaimana khabar angin disebarkan kononnya Anwar telah disuntik dengan virus HIV AIDS ketika di dalam tahanan. Sedangkan perkara itu tidak logik bagi musuh politik Anwar untuk berbuat sedemikian memandangkan kesan penularan penyakit itu hanya dapat dilihat selepas lebih 10 tahun. Begitu juga kononnya Anwar diracun dengan arsenik. Sedangkan hasil laporan perubatan yang diperolehi kadar arsenik di dalam badan Anwar meningkat kerana dia mengambil suntikan kosmetik dan Wan Azizah selaku doktor perubatan memang memahami perkara itu. Paling mengejutkan apabila Chandra mendedahkan mengapa pihak luar yang didalangi Amerika Syarikat mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau memang terkenal seorang yang keras terhadap Amerika Syarikat. Namun setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri beliau mengambil pendekatan menjadi sahabat dengan negara kuasa dunia itu. Pendekatan itu juga masih tidak memuaskan hati negara berkenaan, kerana mereka mahukan seorang rakan sekutu di rantau ini bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh China yang semakin meningkat. Hanya Anwar selaku pemimpin di negara Islam dirantau ini yang patuh dengan telunjuk negara Barat itu dan sanggup mengiktiraf hak Israel dengan menyatakan negara berkenaan berhak mempertahankan keselamatan rakyatnya dengan menyerang Palestin. Amerika Syarikat pula memerlukan rakan sekutu untuk memastikan laluan strategik Selat Melaka di bawah kawalannya. Ini adalah kerana selat itu sangat penting memandangkan sebahagian besar minyak yang digunakan oleh negara China diangkut melalui Selat Melaka. Jika diselak kembali lipatan sejarah kita dapati Laksama Cheng Ho dihantar ke Melaka semata-mata untuk memastikan Selat Melaka tidak jatuh ke tangan penjajah Barat ketika itu. Sejak dahulu kala selat berkenaan terus menjadi rebutan sehingga ke hari ini. Memang ramai orang mudah tertipu dan sehingga hari ini belum sedar mereka sedang ditipu. Namun bukalah hati untuk mendengar orang yang bijak pandai berbicara dan cuba dengar butir tuturnya supaya kita tidak mengambil masa begitu lama untuk sedar kerana dikhuatiri nanti sudah terlambat apabila tanah air ini telah tergadai. | ||
Masuk ICU, Calon Pas tetap tanding Posted: 29 Apr 2013 10:20 PM PDT
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya berharap semua pihak dapat menghentikan spekulasi yang menyatakan Zulkefly menarik diri kerana faktor kesihatannya. "Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Cuma atas nasihat doktor dia perlu berehat di hospital antara empat hingga lima hari bagi memastikan kesihatannya betul-betul pulih. "Tapi atas faktor keselamatan dan kesihatannya, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat beliau," katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan pengetahuan pihaknya, Zulkefly tidak mempunyai masalah kesihatan serius sebelum ini, namun berkemungkinan kesihatannya terganggu disebabkan terlalu letih sepanjang tempoh berkempen. Sehubungan itu katanya, beliau menasihatkan kepada semua calon Pas agar dapat menjaga kesihatan sebaik mungkin walaupun masing-masing sibuk berkempen. "Memang salah satu syarat dikemukakan Pas pusat semua calon perlu sihat. Biasanya sebelum pilihan raya sihat, tapi mungkin tekanan dan kesibukan berkempen keadaan kesihatan itu terganggu. "Saya percaya ramai yang bimbangkan keadaan beliau. Jika keadaan memerlukan mungkin Zulkefly sendiri akan membuat sidang media dalam waktu terdekat," katanya. Selain itu katanya, sementara menunggu beliau pulih, Pas negeri bersama wakil calon dan jentera pilihan raya Dun Lenggeng akan mengambil alih segala aktiviti berkempen di kawasan berkenaan. Mohamad Taufek berkata, keadaan itu tidak menjejaskan segala gerak kerja Pas dan pihaknya percaya kerusi Lenggeng akan berjaya dirampas oleh Pas menerusi Zulkefly pada pilihan raya kali ini. Dalam pada itu wakil calon, Mohd Prasad Hanif berkata, waktu berkempen adalah proses pengenalan calon kepada umum, namun Zulkefly sudah melakukannya sejak 14 tahun lalu. "Kami rasa tiada masalah dari segi pengenalan calon kerana beliau sudah dikenali, yang tinggal sekarang adalah tugas dan kerja berkempen," katanya. Hadir sama Pengarah Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Mohd Daud Muad Rashid dan Setiausaha Pas negeri, Mohd Hasan Tamby. Sabtu lalu, Zulkefly Mohammad Omar dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur selepas mendapat serangan angin ahmar dan tekanan darah tinggi di rumahnya di Kampung Masjid, Lenggeng. Bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil, namun atas nasihat doktor dia diminta berehat di hospital dalam tempoh beberapa hari. | ||
Zain dakwa 'diperguna' dan sengaja disingkirkan dari MasterChef Posted: 29 Apr 2013 06:34 PM PDT ![]() Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin. Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila 'pancakenya' gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan. Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan. "Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat. "Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata 'pedas' juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah. "Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan," katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi). Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu. "Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain. "Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar. "Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri," katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir. Didesak sertai MSM 2 Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta. Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2. "Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. "Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil. Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap. "Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu," katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya. Hubungan bersama Che Ta tergugat? Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut. Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya. "Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul. "Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku. "Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |