Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

PEJUANG BANGSA
Image may be NSFW.
Clik here to view.


HOT ! PAS DAH DAPAT ARAHAN ANWAR FITNAH DR MAZLAN ! #tolakPR #PRU13

Posted: 29 Apr 2013 09:35 AM PDT




Fitnah terhadap Dr Mazlan Ismail telah bermula bila Pas bekas Setiausaha PAS negeri mahu dedahkan cerita fitnah terhadap calon BN Dr Mazlan Ismail.

GPB yakin pendedahan oleh bekas parti Dr Mazlan ini adalah arahan daripada Anwar Ibrahim.  Ini kerana PAKATAN sudah mati akal untuk menyerang peribadi Dr Mazlan yang berimej bersih selain melihat sokongan bertambah terhadapnya dari rakyat Permatang Pauh .





Taktik kotor pencacai2 PAkatan di saat2 akhir ini sudah dijangka tapi GPB yakin pengundi di Prmtg Pauh tidak mudah percaya fitnah dilemparkan Pas ini kepada Dr Mazlan .









Hot ! Pemuda BN cedera dilanggar konvoi haram Pas di Kepala Batas ! #tolakPR

Posted: 29 Apr 2013 05:20 AM PDT



Sudah lah dilanggar hingga terlantar di rumah ,  yang paling  kurang ajar lagi tak ada seekor pun pencacai Pas  datang ziarah .


Sebentar tadi calon calon BN P041 Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican melawat seorang petugas Pemuda BN yang terlibat dalam satu  insiden kemalangan membabitkan  peserta konvoi/jelajah treller berkebajikan PAS

GPB difahamkan  bapa mangsa telah membuat laporan polis trafik selain merujuk dengan  peguam.

Datuk Seri Reezal Merican yang hadir melawat mangsa kecewa dengan insiden kemalangan yang melibatkan dengan penyokong pas ini.


Beliau menyifatkan  penyokong Pas yang terlibat dalam rombongan konvoi hingga melanggar  ini tidak bertanggungjawab.


Ini berikutan hingga kini tiada wakil Pas melawat dan mangsa yang anak jati kepala batas.


Macam ini yang  perjuangan berkebajikan ala Pas ? Langgar rakyat sampai cedera  tapi langsung tidak datang menziarah .





HOT ! DR MAZLAN TEKAD TAMATKAN " DINASTI ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PAUH #TOLAKPR

Posted: 29 Apr 2013 12:22 AM PDT



 Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh akan menggerakkan 1,000 pemuda bermotosikal untuk melaksanakan gerak gempur bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bagi tujuan itu seramai 300 pemuda bermotosikal akan berkonvoi setiap malam untuk membantu setiap calon BN berkempen bagi lima malam terakhir.

  "Setiap seorang calon akan ditugaskan 300 konvoi bermotosikal bagi berkempen," katanya selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda UMNO di Dewan Giat Mara di Permatang Ara, dekat sini malam tadi.



  Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid; calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail; calon BN DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya; calon BN DUN Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah dan calon BN DUN Penanti, Ibrahim Ahmad. Mohd. Zaidi berkata, melalui usaha itu akan membantu jentera BN memenangi kerusi Parlimen dan tiga DUN terbabit.



Sementara itu, Dr. Mazlan berharap semua petugas bergerak untuk memastikan Permatang Pauh dapat dirampas kembali selepas tiga penggal berada di bawah 'dinasti Anwar Ibrahim'. - UTUSAN

HOT ! PEMUDA PAS P.PINANG DEDAH PENIPUAN CHEGUBARD KONONNYA DIPUKUL ! #tolakPR

Posted: 28 Apr 2013 10:32 PM PDT





Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

"Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

"Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan," katanya.

Beliau berkata, Badrul Hisham tiba bersama calon Dun Sungai Bakap, Maktar Shapie dan calon Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman serta penyokong pada jam 8.40 pagi.

"Mereka datang dan berarak ke arah belakang penyokong Pas. Saya akui, memang ada berlaku sedikit provokasi bila rombongan penyokong PKR cuba merempuh kumpulan penyokong Pas walaupun diminta bersabar. Namun tiada kejadian pukul memukul di situ," katanya.

Norazman berkata, walaupun berlaku rempuhan, namun ia masih boleh dikawal dengan petugas keselamatan Pas mengarah penyokongnya mengambil ruang sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kumpulan penyokong PKR supaya berkumpul di sebelah kanan.

"Kita kesal dengan tuduhan berkenaan yang jelas berniat untuk menyerang dan memburukkan Pemuda Pas Pulau Pinang khususnya ketika pertembungan tiga penjuru ini. Ketika Mohd Yusni dan pasukannya kempen tidak pernah sekalipun menyerang dan memburukkan Badrul Hisham kerana menghormati semangat setia kawan PR dan mematuhi etika akhlak berkempen yang digariskan Islam dan Pas.

"Sehingga hari ini, Pemuda Pas Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan maaf dan bukti atas tuduhan berkenaan daripada Chegu Bard dan penyokongnya," katanya.

Norazman berkata, mereka mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu menyerang peribadinya bagi mengelak isu ini menjadi senjata Barisan Nasional (BN) menyerang PR.

Terdahulu, Badrul Hisham mendakwa beliau, anak dan isterinya cuba diserang dan dipukul Pemuda Pas Pulau Pinang pada 20 April lalu di hadapan tempat penamaan calon Parlimen Nibong Tebal.Badrul Hisham mendakwa perkara itu di dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen dari pengikutnya. Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

PANAS! Anak Dr Mazlan dedahkan mengapa bapanya lawan Anwar Ibrahim !

Posted: 28 Apr 2013 09:30 PM PDT







Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!





Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.

Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. 


Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

Hot ! Kerana Pas boikot, ceramah Chegubard yang hadir 70 orang !!

Posted: 28 Apr 2013 08:17 PM PDT




Kempen ceramah calon PKR Dun Sg Acheh iaitu Chegubard terus diboikot Pas apabila hanya 70 orang sahaja hadir di program ceramah umum mereka di taman ilmu.








Ia berbeza sekali dengan ceramah calon BN di Nibong Tebal yang dilihat lebih mendapat sambutan walaupun sebelum ini digegarkan dengan sabotaj bom .








Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>