Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Usia lanjut tidak halang pasangan untuk lempias nafsu

Posted: 02 Jan 2013 03:30 PM PST

BATU CAVES - Pasangan kekasih tua antara dicekup dalam operasi anti zina siri 8 sekitar sini malam kelmarin.

Dalam operasi sempena sambutan tahun baru itu, seramai 21 pasangan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan. Serbuan melibatkan hotel bajet di Goh Tong, Samudera dan Sunway Batu Caves.

Pasangan berusia awal 60-an itu mendakwa berasal dari Kelantan dan menginap di hotel tersebut kerana bercuti.

Ketika disoal penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, mereka pada mulanya mengaku suami isteri bagaimanapun gagal menunjukkan sijil nikah ketika diminta berbuat demikian.

Turut ditahan ketika serbuan ialah pasangan yang mendakwa sudah bertunang dan memberikan alasan terpaksa tinggal sebilik kerana hotel penuh.

Situasi agak tegang pada mulanya apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu hotel ketika diketuk penguatkuasa namun akhirnya terpaksa akur.

Selain itu, hotel bajet turut dijadikan lokasi penginapan sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam sejak Ahad lalu.

Pegawai Jais yang mengetuai operasi tersebut, Luqman Ramli berkata, kesemua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan operasi berakhir pada jam 5 pagi.

Katanya, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Luqman berkata, kesemua pasangan tersebut ditahan di bawah Seksyen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1999/1995 kerana berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan atau berkhalwat.

"Untuk tindakan selanjutnya, kesemua pasangan tersebut perlu menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak di Kuang pada 3 Januari ini.

"Operasi tersebut juga turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang sampel air kencingnya didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, wakil MPS memaklumkan, daripada lima hotel bajet yang diserbu, tiga daripadanya dikesan tidak memperbaharui lesen perniagaan.

Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha terbabit di bawah Undang-Undang Kecil bahagian Hotel.

K'jaan pusat punca masalah air, kata Faekah

Posted: 02 Jan 2013 06:01 AM PST

SHAH ALAM: Dalam situasi penduduk berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, kerajaan Selangor terus menuding jari kearah kerajaan pusat mendakwa ianya berpunca daripada sikap sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula air di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan air di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan sejak seminggu lalu ekoran projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor terdahulu.

Beliau mendakwa konsesi air tidak diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

Faekah kemudian berkata, masalah gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal menguruskan kemudahan asas tersebut.

"Ini membuktikan bahawa SYABAS memang tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu. Ini menguatkan azam kerajaan negeri untuk terus mendesak kerajaan persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau WSIA," kata beliau.

SYABAS sebelum ini memberitahu bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) kerana mendakwa ianya telah disalahgunakan oleh syarikat itu.

Ekoran perkembangan terbaru masalah gangguan bekalan air di negeri itu, Faekah berkata kerajaan Selangor telah menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia dengan lori-lori tangki air untuk dihantar ke kawasan-kawasan terlibat.

"YAB Dato' Menteri Besar juga telah meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Pelan bantuan juga telah disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah," katanya lagi.

AP

Pelakon Zarina Anjoulie hadapi tuduhan miliki dadah

Posted: 02 Jan 2013 05:01 AM PST

PETALING JAYA - Seorang pelakon wanita tempatan bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membebaskan Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.

Baru bernikah, tapi kantoi berzina dengan perempuan lain...

Posted: 02 Jan 2013 04:01 AM PST

KLUANG - Bimbang diri dan pasangan ditangkap dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), seorang anggota tentera menggunakan alasan pintu bilik rumah tumpangan disewanya di Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, terkunci dari dalam.

Anggota berpangkat lans koperal dari kem tentera di daerah ini ditangkap bersama pasangannya dalam Ops Cegah Maksiat sempena sambutan tahun baru, pagi semalam.

Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, lelaki terbabit dipercayai baru mendirikan rumah tangga kira-kira sebulan lalu, namun sanggup memadu kasih bersama pasangannya yang kononnya sahabat sejak berada di bangku sekolah.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, lelaki berusia 24 tahun ini didapati mengunci biliknya dan kelihatan seakan mahu meninggalkan bilik sewa tersebut.

"Bahagian penguatkuasa bertindak segera menahannya dan menyuruh membuka pintu bilik sewa itu. Anggota tersebut beritahu kami bahawa dia sudah kunci bilik berkenaan dari dalam dan tidak mempunyai kunci bilik.

"Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh anggota tentera itu tidak boleh diterima dan meyakinkan pihak pejabat agama bahawa dia bersama kekasihnya," katanya.

Anuar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu bilik berkenaan dan akhirnya berjaya menemui seorang wanita berusia 24 tahun yang bersembunyi di dalam bilik air.

Beliau berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati anggota tentera berkenaan sudah berkahwin dan isterinya ditinggalkan di Muar bersama keluarga.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan baru sampai dari Melaka dan datang ke Kluang semata-mata mahu berjumpa dengan anggota tentera ini.

"Pasangan ini didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Operasi yang tamat sekitar jam 6 pagi itu melibatkan empat anggota Penguatkuasa Jaij daerah Kluang dan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dagang tubuh adik ipar

Posted: 01 Jan 2013 10:01 PM PST

Gambar hiasan
ALOR GAJAH - Seorang lelaki tergamak melacurkan adik ipar kakaknya sendiri dengan menawarkan harga RM200 kepada beberapa lelaki yang ingin memuaskan nafsu serakah mereka.

Mangsa, seorang gadis berusia 17 tahun mendakwa dirinya dipaksa memuaskan nafsu beberapa lelaki separuh umur dengan bayaran tertentu sejak awal Disember tahun ini.

Lebih malang lagi, mangsa yang dilacurkan suspek berusia awal 30-an itu bukanlah orang asing malah amat dikenalinya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama kakak iparnya di sekitar Pulau Sebang, di sini, dipercayai pergi ke rumah seorang saudaranya di luar Melaka dan bermalam di sana.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai dijemput oleh suspek sebelum mangsa dibawa bersiar-siar di sekitar bandar raya Melaka sebelum menyewa sebuah hotel bajet berhampiran sungai.

"Suspek terbabit yang turut tinggal bersama kakak ipar mangsa di sekitar Pulau Sebang dipercayai memperdaya mangsa yang masih tidak tahu tujuan sebenar suspek membawanya ke sini.

"Mangsa yang tidak berkunjung ke bandar raya ini hanya mengikut sahaja ke mana suspek pergi sebelum mereka menginap di sebuah hotel bajet tepi sungai di sekitar bandar raya Melaka, " katanya.

Menurutnya, setibanya di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diperkenalkan kepada seorang lelaki separuh umur dan dipaksa melayan nafsu lelaki berkenaan dengan bayaran RM200.

"Mangsa yang menyedari niat jahat lelaki berkenaan meronta sambil merayu supaya dirinya tidak dinodai orang lain namun, rintihannya langsung tidak diendahkan," katanya.

Sumber berkata, mangsa dipercayai turut dibawa ke beberapa daerah yang tidak dikenal pasti tempatnya untuk diniagakan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.

"Mangsa yang tinggal serumah dengan suspek di sini, turut mendakwa dipaksa melakukan enam persetubuhan dengan beberapa lelaki di beberapa tempat tanpa kerelaannya.

"Bimbang kejadian sama berulang, mangsa nekad meloloskan diri daripada kawalan suspek dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, kelmarin" katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumah tangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang untuk tindakan selanjutnya.

Watak berkemban dan separuh bogel...tak nak lah!

Posted: 01 Jan 2013 08:32 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy mengakui, dia terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem gara-gara diberikan watak seksi dan ada diantaranya meminta dia untuk berkemban.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.

"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.

"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.

"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.

Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.

"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.

"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya.

Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butiknya iaitui Rack.

Mengenai perkembangan karier nyanyiannya pula, Kilafairy bersyukur apabila dia sering mendapat tawaran nyanyian bagi majlis-majlis korporat.

"Alhamdulillah, saya sering menerima undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.

"Bagaimanapun saya cuba mengurangkan undangan nyanyian di stesen televisyen sekiranya saya aktif dalam lakonan drama. Ia adalah bagi mengelakkan orang bosan dengan menonton wajah saya dengan kerap," tutur pelantun lagu Pasti itu.

Kekasih jadi bidan anak luar nikah

Posted: 01 Jan 2013 07:01 PM PST

Gambar hiasan
MELAKA: Terdesak untuk merahsiakan hubungan bersama kekasihnya yang sudah hamil, seorang lelaki bukan saja menyediakan 'rumah perlindungan' sepanjang gadis itu mengandung, malah sanggup menjadi bidan menyambut kelahiran bayi itu pada awal November tahun lalu.

Ketika proses melahirkan anak oleh gadis berusia 18 tahun itu, lelaki berusia awal 20-an terbabit dengan berani menjadi bidan tidak bertauliah memotong tali pusat dan mengeluarkan uri dari perut kekasihnya itu selain menguruskan seluruh proses kelahiran terbabit di sebuah rumah di pinggir bandar ini.

Bagaimanapun, sebulan selepas kelahiran bayi yang tidak pernah mendapat pemeriksaan kesihatan itu, perbuatan terbabit akhirnya diketahui keluarga lelaki berkenaan.

Bayi perempuan itu kemudian dibawa pulang ke kediaman mereka di pinggir bandar ini beberapa minggu lalu untuk mencari jalan penyelesaian bagi mendaftarkan kelahirannya.

Pasangan itu kemudian dirujuk di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) oleh keluarga lelaki terbabit bagi tujuan mendapatkan bantuan pendaftaran kelahiran sebelum mereka ditahan untuk siasatan lanjut pada hujung minggu lalu.

Soi Lek akan letak jawatan andai DAP jadi MB Johor

Posted: 01 Jan 2013 06:31 PM PST

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP berjaya menjadi Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun, beliau yakin situasi berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Soi Lek berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya yakin sokongan semua rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin kuat, termasuk masyarakat Cina. Mereka mula sedar jika undi DAP pada pilihan raya, mereka turut undi Pas.

"Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Konsert Sambutan Tahun Baru dan Pameran Pelancongan Taiwan Mini Travel Fair di tempat letak kereta Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Soi Lek berkata, negeri ini juga semakin maju hasil pemerintahan kerajaan BN sejak sekian lama, malah dengan adanya pelbagai projek mega khususnya limpahan daripada Iskandar Malaysia turut memberi manfaat kepada rakyat.

"Dalam masa lima tahun sahaja, saya percaya negeri ini mampu mengatasi Selangor hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Abdul Ghani mengakui kira-kira 90 peratus orang Melayu di negeri ini menolak Pas dan beliau yakin BN mampu menang dalam PRU akan datang.

"Saya juga ingin mempersoalkan kenapa Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas) tidak bertanding sahaja di Pontian, sedangkan dia berasal dari daerah itu," katanya.

Sinar

Kalimah Allah: Cubaan melemahkan Islam berterusan

Posted: 01 Jan 2013 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berpendapat, tindakan tersebut seperti ada agenda tersirat kerana isu itu telah diselesaikan sebelum ini dan tidak sewajarnya dibangkitkan semula.

"Isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sehubungan itu kenyataan Guan Eng perlu dipersoalkan kerana jelas cuba mencabar keputusan Majlis Fatwa.

"Tindakan biadab Guan Eng ini seperti cuba mencairkan identiti dan agama Islam secara terus. Tiada keperluan untuknya mencampuri urusan kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Haji Hadi wajar ditahan jika gagal beri penjelasana

Posted: 01 Jan 2013 05:31 PM PST

KOTA BHARU - Pihak berwajib disarankan bertindak tegas sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan tampil untuk sesi penjelasan di televisyen setelah menetapkan syarat kepada kerajaan.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris berkata, Abdul Hadi wajar ditahan dan diambil keterangan seandainya beliau sengaja tidak hadir setelah meminta untuk bersiaran langsung bagi menjelaskan isu yang hangat diperkatakan itu.

Saranan Mohd Noor itu adalah berikutan Abdul Hadi sendiri yang menetapkan syarat untuk berdialog selama satu jam secara langsung menerusi televisyen dan tindakan tegas itu perlu kerana tidak mahu kesungguhan kerajaan dilihat sebagai mainan oleh Pas dalam isu Amanat Haji Hadi itu.

"Saya melihat Pas ini sudah mencabar banyak perkara, ini bukan perkara main-main, jika tidak hadir juga paksa dia datang, sekiranya tidak mahu pihak berkuasa boleh menahan dia serta disiasat mengikut undang-undang yang ada.

"Amanat Haji Hadi ini adalah sesuatu yang boleh membawa mudarat jika ia tidak ditangani dengan baik dan Abdul Hadi itu sendiri perlu jelaskan perkara tersebut kerana ia mengganggu metodologi politik Islam," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menjemput tokoh agama dan mufti negeri bersama sesi siaran langsung Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas menegaskan, ia satu cadangan baik.

Katanya, perbincangan melibatkan tokoh ulama akan memberi kesan yang besar kepada dunia menerusi kupasan secara jelas apatah lagi boleh menghilangkan kekeliruan didakwa berhubung kait dengan tuduhan kafir sesama Islam ini.

"Isu Amanat Haji Hadi ini adalah satu cabaran yang besar kepada negara dan pihak berkaitan tidak boleh berdiam diri kerana dakwaan pegangan ke arah memesongkan ini boleh meracuni maruah, agama, keturunan, ekonomi serta minda," katanya.

Sabtu lalu, Abdul Hadi meminta diberi peluang secara langsung selama satu jam untuk menjelaskan amanat yang dibuatnya pada tahun 1981 itu dan beliau bersedia bila-bila masa sahaja menghadirinya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>