Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Video Sidang Akhbar : @HjHusamMusa Akan Disaman Fitnah Jabatan Agama Islam JAWI Pecat AJK Surau Presint 11 Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 10:34 PM PDT

Sebarkan.

http://www.youtube.com/watch?v=7Rr5YfoLWjo&sns=em


Sent from my iPhone

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Filem Pendek Terbaru Khir Rahman - Cerut Carut #PRU13 : Tali No 6

Posted: 26 Apr 2013 10:29 PM PDT

Saksikan di sini

http://youtu.be/KKc6vnMXcfI

Sent from my iPhone


Blog infokinidotcom: Lagi Gambar Berkaitan Insiden Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Semalam Cc @Tengkuadnanreal

Posted: 26 Apr 2013 07:03 PM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor Bersama Menanti Jenazah Arwah untuk Solat Jenazah

Jenazah Arwah Di Bawa Masuk ke Dewan Solat

Waris Arwah Menyerahkan Untuk Solat Jenazah
  
Solat Jenazah

Solat Jenazah

Waris Arwah

Antara Yang Hadir

Waris Arwah

Kenyataan Ketua Pengarah Kastam sebaik sahaja Solat Jenazah:

Pemergian Allahyarham Datuk Haji Saharuddin bin Ibrahim (TKP Kastam) tidak akan sesekali melemahkan semangat Angota Kastam dalam menegakkan undang-undang negara.

Al-Fatiha khas buat arwah. Semogah rohnya berada di tempatkan orang orang beriman.

Selanjutnya dan lagi gambar 


Sent from my iPhone

Kempen Jentera BN Perlu Masuk 'Gear Penuh' - @zahid_hamidi

Posted: 26 Apr 2013 05:57 PM PDT

Gambar : Naib Presiden UMNO bersama pelajar Kolej TUDM dalam Utusan Malaysia muka 4 hari ini.


Berita :

Kempen jentera BN perlu masuk 'gear penuh'

Ahmad Zahid Hamid menyenduk makanan kepada pelajar-pelajar Kolej Tentera Udara Malaysia ketika lawatan kerja Menteri Pertahanan ke kolej itu di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

ALOR SETAR 26 April - Gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) kini perlu berada paras kelajuan pemanduan 'gear penuh' selepas tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 memasuki minggu kini mula memasuki minggu terakhir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa untuk berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hati atau bergerak pada 'gear' perlahan sudah berlalu sebaliknya tempoh kempen yang masih berbaki mesti dimanfaatkan sepenuhnya demi kemenangan parti.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu juga bagi memastikan momentum sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap BN terus meningkat supaya parti tersebut dapat memenangi lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

"Jentera di peringkat tempatan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) harus memasuki 'gear lima' dan tidak boleh berpatah balik kerana momentum dalam kalangan rakyat memperlihatkan gelombang cukup baik bagi BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usaha BN memperoleh lebih dua pertiga majoriti boleh direalisasikan kerana pakatan pembangkang kini berpecah dan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya lalu ekoran wujud kelemahan dalam BN ketika itu.

Walau bagaimanapun, katanya, BN yang kini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan iltizam dan prestasi cukup tinggi seperti dibuktikan menerusi kad laporan yang dibentangkan kerajaan.

"BN juga mempunyai produk baik yang ditawarkan kepada pengundi. Sehubungan itu, tiada sebab untuk kita tidak boleh menang kerusi Dewan Rakyat dengan lebih dua pertiga majoriti dan merampas semula negeri-negeri dikuasai pembangkang asalkan calon dipilih parti tidak dicucuk dari belakang," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan pihak tertentu tidak mencetuskan spekulasi kononnya pegawai atasan pasukan keselamatan negara menanda kertas undi anggota yang terlibat dalam pengundian awal 30 April ini.

Katanya, meskipun pengundian anggota pasukan keselamatan diadakan lebih awal namun proses pembuangan dan pengiraan undi tetap dibuat pada hari pengundian 5 Mei ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil wakil calon daripada parti bertanding untuk menyaksikan proses membuang dan mengira undi.

"Kita mesti memberi keyakinan kepada pemikiran anggota pasukan keselamatan negara dan jangan rendahkan kemampuan mereka membuat pilihan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti dan maklumat mengenai tindakan beberapa bekas pegawai kanan tentera yang diturunkan pangkat kerana melakukan kesalahan semasa dalam perkhidmatan tetapi masih menggunakan pangkat lama ketika berceramah.

Sumber :

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130427/px_09/Kempen-jentera-BN-perlu-masuk-gear-penuh

Sent from my iPhone

Doa Untuk Malaysia - Mohon Sebarkan

Posted: 26 Apr 2013 04:37 PM PDT

Ya ALLAH berilah taufiq dan hidayah kepada semua rakyat Malaysia, bukakanlah pintu hati mereka agar dapat melihat siapakah yang di pihak yang benar dan siapakah dipihak yang salah. 

Ya ALLAH aku memohon rahmatmu, terangkanlah hati rakyat Malaysia dalam memberi undi agar undi mereka adalah undi yang tepat demi masa depan waris keturunan kami agar agama Islam terus terbela dan disanjung tinggi.

Ya ALLAH, sesungguhnya Barisan Nasional adalah parti yang dapat membela agama Islam, Umat Islam dan rakyat jelata, berilah limpahan taufiq dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami yang bakal bertanding sebagai dun dan ahli parlimen agar mereka tetap setia dan mengambil berat tanggungjawab dan amanah mereka pada rakyat. 

Ya ALLAH berilah kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional. 

Tumbangkanlah parti yang tidak mendokong agama islam dan parti yang membiarkan namamu digunakan sewenangnya oleh kristian di malaysia, tumbangkanlah parti yang menggalakkan maksiat berleluasa, kegiatan gay, lesbian dan pelacuran dan juga segala segi yang melibatkan LGBT, 

Ya ALLAH makbulkanlah doa kami ya ALLAH, amin ya rabbal alamin

Sent from my iPhone

20130424 Anwar terlalu kemaruk kuasa -@MuhyiddinYassin #PRU13

Posted: 26 Apr 2013 09:58 AM PDT

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/7kl9Di0ZLDE


Sent from my iPhone

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Tiga Pembohongan Nyata Pakatan Curang - YouTube

Posted: 26 Apr 2013 06:28 AM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=RF2hYvgxB0A&feature=youtu.be


Sent from my iPad

Dr Rozaidah BN berpelung cerah kalahkan Zuraidah PKR #PRU13

Posted: 26 Apr 2013 06:12 AM PDT

Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN) dengan Zuraida Kamaruddin (PKR). Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham. Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan 'kemungkinan' beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti. Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan. Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali. Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ. Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya. Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya? Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup? Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang 'berjaya' walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, 'kejayaannya' itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.

DAP tetap tolak negara Islam - Karpal Singh

Posted: 26 Apr 2013 05:27 AM PDT




Sent from my iPhoneApa komen ahli PAS ?


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Gambar Kereta Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak 3 Das Pagi Tadi Di Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 04:40 AM PDT

Jawatan Arwah

Mengikut laporan Dato' Shahruddin bin Ibrahim memegang bahagian yang paling besar menyumbang kepada percukaian iaitu bahagian cukai kilang. Menurut info yang diperolehi dari rakan di KASTAM.

Sukar meneka motif kejadian tetapi biarlah pihak PDRM membuat siasatan.

Berikut gambar sekitar kejadian pagi tadi :




Kepada penjawat awam yang lain, usah gentar jodoh dan maut di tangan Tuhan. Mati di hari Jumaat bukti beliau seorang yang dirahmati Allah. Begitu juga mati dibunuh satu tanda syahid dunia jika tidak silap panglima.


Berita penuh dari Berita Harian :


  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim
  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
  • Foto
    KETUA Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah (dua dari kiri) semasa meninjau tempat kejadian kes tembak di Persimpangan Lebuh Wawasan, Putrajaya. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. 

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa. 


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," katanya ketika di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TimbalanKetuaPengarahKastammautditembak/Article/

Calon BN Dun Nusajaya Dr Zaini Bersama Rakyat

Posted: 26 Apr 2013 03:40 AM PDT

Berikut gambar calon BN DUN Nusajaya Dr Zaini Hj Abu Bakar sedang bertemu rakyat.

Undilah calon BN untuk masa depan lebih gemilang.










Rugi jika calon BN diketepikan. Tolak PR yang gagal menepati janji kepada rakyat.

Sent from my iPhone




Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Hj Hadi Berang Tindakan Karpal Pertikai Penyertaan Muhammad Taib Ke Dalam PAS ! Tanda PR Makin Hancur Tidak Lama Lagi #PRU13

Posted: 26 Apr 2013 01:45 AM PDT



Photo: Ehemmm...ehemmm saja inilah kelebihan karpal Singh..sudah jatuh dikerusi rodanya pun lagi semakin kuat bersuara lantang....tak apa pas suka sangat ambil orang bermasalah..semuanya dihalalkannya.

Pas minta Karpal jangan persoal keputusan Mat Taib



KUALA TERENGGANU 25 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta tidak mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas baru-baru ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Muhammad untuk bersama dengan parti tersebut tidak perlu dipertikaikan kerana itu adalah urusan bekas Menteri Besar Selangor berkenaan.

''Beliau telah membuat keputusan dengan memilih untuk menyertai Pas dan tindakannya itu tidak wajar dipertikaikan,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama para pemimpin Pas dan wakil parti pakatan pembangkang di sebuah restoran di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas reaksi Karpal yang mempersoalkan tindakan Muhammad menyertai Pas dan tidak layak untuk bersama dengan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Muhammad sebagai sebahagian daripada Pas, Abdul Hadi berkata: "Cukuplah, saya tak mahu komen."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130426/po_11/Pas-minta-Karpal-jangan-persoal-keputusan-Mat-Taib#ixzz2RYYy2rbX 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Makin Terdesak : @HjHusamMusa dan Penyokong Terbukti Menipu Isu AJK Surau Putrajaya Presint 11 Dipecat JAWI #PRU13

Posted: 26 Apr 2013 01:13 AM PDT



Pembangkang kalau tidak menipu memang tidak sah. Untuk menang di dalam PRU penipuan menjadi senjata utama pembangkang.

Selepas banyak menipu rakyat Kelantan Husam Musa sekali lagi menipu di Putrajaya. Berita bohong tentang pemecatan AJK Surau Presint 11 disiarkan di Page rasmi beliau.


Ia turut disiarkan oleh penyokong pembangkang untuk menarik simpati rakyat agar menolak BN yang didakwa kejam dengan memecat AJK Surau Presint 11 gara-gara memberi lalu untuk Husam bertaaruf. Lebih malang lagi kononnya tiada laungan azan Subuh di surau tersebut selepas itu. 




Baca kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh JAWI bukti berita Husam adalah bohong dan tidak benar sama sekali.

Dakwaan berlaku pemecatan AJK surau di Putrajaya tidak benar - Jawi



KUALA LUMPUR 26 April - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjelaskan pihaknya tidak pernah memecat ahli jawatankuasa (AJK) Surau Abd Rahman Auf, Presint 11, Putrajaya seperti disebarkan blog-blog propembangkang dan laman sosial Facebook.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, apa yang berlaku ialah pihak AJK surau tersebut hanya bertemu Pengarah Jawi untuk memberikan penjelasan.

"Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa, bukan surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Walaubagaimanapun, semua surau sama ada surau biasa, surau Jumaat dan masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130426/dn_14/Dakwaan-berlaku-pemecatan-AJK-surau-di-Putrajaya-tidak-benar---Jawi#ixzz2RYFDCnnq
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Patutlah Husam silap baca quran - tentu kerana tidak bercakap benar kepada rakyat


Video ini begitu berkesa sehingga tidak ada dislike setakat ini terhadap video tersebut dibandingkan 23 yang sudah like.



Versi terbaru lihat di sini:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>