PEJUANG BANGSA |
- TERKINI ! DR MAZA SOKONG CALON BN DR MAZLAN BERBANDING ANWAR #PRU13
- Hot ! Ramai ahli PAS kecewa & merajuk Yusni AMat Piah ditendang di Sg Acheh
- Hot ! Blogger Macai Milo Suam akan ditahan kerana fitnah Polis undi awal #PRU13
- PERKEMBANGAN TERKINI TIMB PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK !!
- PKR Sabah dah Lumpuh, 4 Ketua Cabang keluar parti
TERKINI ! DR MAZA SOKONG CALON BN DR MAZLAN BERBANDING ANWAR #PRU13 Posted: 26 Apr 2013 04:49 AM PDT Calon parlimen P44 Permatang Pauh hari ini membuat kejutan apabila menerima sokongan dari bekas mufti Perlis, Dr Asri bagi menentang Anwar Ibrahim di kawasan berkenaan. Dr Asri yang membuat kunjungan ke rumah Dr Mazlan juga menyatakan keyakinan bahawa calon Umno/BN tersebut mampu menjadi wakil rakyat yang lebih baik dari Anwar. Selain itu, Dr Mazlan disifatkan calon yang merendah diri serta lebih mesra rakyat tak kira lapisan umur. Ini menjadi salah satu faktor anak tempatan Permatang Pauh itu diterima rakyat kebanyakan. "Anwar akan berdepan laluan sukar kali ini memandangkan Dr Mazlan amat dekat dihati masyarakat Permatang Pauh.. Beliau juga mempunyai pengetahuan agama yang tinggi serta memiliki akhlak Islam yang jauh lebih baik dari Anwar..." |
Hot ! Ramai ahli PAS kecewa & merajuk Yusni AMat Piah ditendang di Sg Acheh Posted: 26 Apr 2013 12:42 AM PDT - Isu pertindihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh di sini antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rupanya masih belum menemui jalan penyelesaian. Malam tadi, Pas Pulau Pinang menggesa pakatan pembangkang mengambil kira perasaan ahli-ahli sebelum membuat keputusan meletakkan calon PKR bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ketua Penerangan Pas negeri, Bukhori Ghazali berkata, ini kerana sebagai sebuah parti dalam sebuah pakatan perlu wujud situasi 'menang-menang' kerana selama ini Pas menunjukkan kesetiaan terhadap pakatan. Bagaimanapun, keputusan keras pucuk pimpinan yang mahukan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard bertanding dan menggesa calon Pas, Mohd. Yusni Md Piah menarik diri telah mengecewakan ahli-ahli Pas. "Kita menghormati dan berharap ahli Pas bersabar dan beri sokongan kepada calon yang bertanding demi kelangsungan Pas," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Pongsu di sini. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Man mengakui wujudnya kekecewaan dalam kalangan ahlinya berikutan pengguguran Mohd. Yusno sebagai calon sehinggakan mereka menutup beberapa bilik gerakan di DUN Sungai Acheh. "Saya tidak dapat bagi jaminan seratus peratus bilik gerakan akan dibuka semula kerana ada yang merajuk dan perkara itu akan diatasi,"ujarnya. Beliau berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di Pulau Pinang pada 28 April ini dan Presiden Pas itu akan memberikan penjelasan berhubung situasi di Sungai Acheh. - UTUSAN ONLINE Komen GPB Dikhabarkan ahli2 PAS ada peluru besar akan didedahkan untuk jatuhkan Chegubard tak lama lagi .. |
Hot ! Blogger Macai Milo Suam akan ditahan kerana fitnah Polis undi awal #PRU13 Posted: 25 Apr 2013 11:00 PM PDT Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog `milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan kononnya pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diarah mengundi awal. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan polis dibuat seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, petang semalam. "(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini. Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam. Ramli berkata, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Selain itu, katanya, Bukit Aman menerima 274 laporan polis berhubung PRU-13 menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini 906 laporan. Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU-13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221. "Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam membabitkan kesalahan pilihan raya," katanya. |
PERKEMBANGAN TERKINI TIMB PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK !! Posted: 25 Apr 2013 09:22 PM PDT Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini. Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. Shaharuddin Ibrahim. Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher. Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi Anda mungkin juga meminati: |
PKR Sabah dah Lumpuh, 4 Ketua Cabang keluar parti Posted: 25 Apr 2013 07:06 PM PDT PKR Sabah hampir lumpuh, lapor thestar apabila empat Ketua Cabang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO iaitu Ketua Cabang Sandakan, Mazhary Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan) dan Abdul Zainal Atin serta Timbalannya, Zainuddin Hassan (Putatan). Mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin. Mazhary yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim. "Datuk Seri Anwar bukan apa-apa selain seorang pemidato hebat yang boleh buat sesiapa sahaja percaya kepada cakap-cakapnya," jelas beliau di Kota Kinabalu hari ini. Mazhary dan Saidil merupakan dua tokoh dari kumpulan 'geng 7' yang diketuai oleh bekas Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah. Sebelum ini Ansari menuntut kepada PKR Pusat agar membenarkan sekurang-kurangnya 7 kerusi Parlimen ditandingi oleh kumpulan mereka, iaitu beliau sendiri, selaku Ketua Cabang Tuaran bertanding di Tuaran dan Anthony Mandiau, Ketua Cabang Kota Marudu bertanding di kawasan parlimen tersebut. Lima lagi tokoh penting PKR yang dinamakan Ansari adalah Dr Chong Eng Leong (Sepangar), Mazhry Nasir (Putatan), Mursalim Tanjul (Kudat), Saidil Semoi (Kota Belud) dan Jonathan Yassin (Ranau). Daripada 7 yang dituntut, hanya 2 tokoh yang diluluskan iaitu Jonathan di Parlimen Ranau dan Anthony Mandiau diturunkan pangkat bertanding ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dalam Parlimen Kota Marudu. Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi 'Huguan Siou'. "Majoriti Ketua-ketua Cabang PKR Sabah terkilan dengan keputusan ini, parti gagal menunjukkan keikhlasan, gagal mempraktikkan autonominya kepada Sabah iaitu memberikan kuasa kepada cabang memilih calon sesuai. "Semua Ketua-ketua Cabang kena menjelaskan situasi ini kepada cabang masing-masing. Saya pun kena balik Tuaran dan berjumpa cabang saya. Esok, kita akan membuat kenyataan susulan," katanya dilaporkan Utusan Malaysia. Dalam pada itu, tambah Ansari, penggunaan lambang PKR oleh calon Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang tidak berdaftar sebagai parti politik merupakan pengkhianatan kepada ahli PKR. "Sekiranya saya adalah Presiden parti, saya tidak akan membenarkannya kepada bukan ahli. Semasa saya menjadi Ketua PKR Sabah, saya minta calon Pas, Awang Leman mengisi borang PKR dahulu sebelum boleh gunakan logo parti, beliau akur. "Jadi, semua ini berbalik kepada prinsip, disiplin dan peraturan parti," ujarnya. Ansari turut merestui anaknya, Erveana Ansari, Ketua Angkatan Muda Keadilan Tuaran, bertanding sebagai calon Bebas menentang calon PKR, Datuk Seri Wilfred Bumburing; BN, Datuk Madius Tangau dan STAR, Samin @ Jasmin Dulin. Di samping itu, Ansari turut membayangkan beliau kemungkinan meninggalkan PKR dan menubuhkan parti lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sebelum ini, Berita Harian melaporkan adik Datuk Lajim Ukim bersama 250 ahli PKR mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN). Abdul Jarih Ukin, Ketua Cabang PKR Beaufort bertindak sedemikian kerana parti itu gagal mengotakan janji untuk melaksanakan autonomi kepada Sabah. Apabila kita sudah mengambil keputusan meninggalkan perjuangan PKR dan menyertai BN, kita akan pastikan pembangkang kalah dalam pilihanraya ini, katanya. Turut berbuat demikian Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador bersama 60 ahli parti itu.-AIDC |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |