Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

IPOHMALAY

$
0
0

IPOHMALAY


3 Pemimpin Pembangkang Dalang Pencerobohan Lahad Datu !

Posted: 26 Apr 2013 01:35 AM PDT

Lahad Datu: 3 pemimpin pembangkang dipercayai jadi dalang

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 26 April - Kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Kata beliau, bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita mengambil tindakan undang-undang dan semua maklumat itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebab kalau ambil tindakan secara yang lain, kita akan dianggap bermain politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130426/dn_15/Lahad-Datu-3-pemimpin-pembangkang-dipercayai-jadi-dalang#ixzz2RYYbqCgB 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Timbalan Pengarah Kastam maut ditembak

Posted: 25 Apr 2013 09:26 PM PDT

PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara. - UTUSAN ONLINE


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Lebuh Sentosa, Presint 7, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan di tengkuk dan pipi berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Kejadian berlaku sewaktu beliau berhenti di persimpangan itu sewaktu lampu merah.

DAP Hina Orang Cina. Letak Anjing Pun Boleh Menang.

Posted: 25 Apr 2013 07:57 PM PDT

Keangkuhan DAP bukan sahaja meliputi masyarakat Melayu. Malah ke atas masyarakat Cina. Hee Yit Foong semalam mendedahkan semula kenyataan yang telah dikeluarkan pada Julai 2011. Bunyinya, orang Cina akan mengundi DAP walaupun anjing diletakkan sebagai calon. Adalah pelik untuk mana-mana manusia bertamadun untuk tidak berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Letak calon anjing pun boleh menang?

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

IPOH 25 April - Bekas pemimpin DAP, Datuk Hee Yit Foong kesal dengan tindakan seorang pemimpin DAP yang didakwanya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dengan mengatakan parti itu tetap menang menentang Barisan Nasional (BN) walaupun meletakkan haiwan sebagai calon.

Yit Foong yang juga bekas Pengerusi Biro Kebajikan Wanita DAP Perak berkata, kenyataan biadab itu pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin DAP dalam pentas ceramah sebelum ini sehingga menyebabkan ada penyokong akar umbi parti tersebut berasa terhina.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit, tetapi mencabar individu tersebut supaya tampil membuat pengakuan jika benar-benar seorang pemimpin yang bermaruah.

''Mereka (pemimpin DAP) terlalu angkuh, mereka sudah ada kuasa yang selama ini mereka tidak pernah impikan akan dapat. Mereka angkuh sehingga boleh kata BN akan tetap kalah walaupun DAP letak calon kucing atau anjing.

''Bagaimana seorang pemimpin boleh berkata begitu? Adakah dia bermaksud pengundi begitu hina sehingga mahu anjing menjadi wakil rakyat mereka?," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yit Foong yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang pernah menggemparkan arena politik apabila bertindak keluar parti bersama dua lagi ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan pembangkang Perak pada 2009.

Menurut Yit Foong, beliau tidak terkejut apabila beberapa nama penyandang kerusi DAP tidak dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini sehingga mereka bertindak nekad bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau turut mengimbas semula bagaimana beliau dipelawa oleh pemimpin DAP negeri untuk menjadi calon pada 2008, tetapi menolak kerana menyedari dirinya yang cacat tidak mampu berkhidmat dengan baik.

''Mereka kata tidak mengapa, mereka boleh bantu. Tetapi selepas menang dan buat kerja, mereka cari alasan untuk singkirkan saya, malah hina saya dengan kata saya tidak boleh buat kerja kerana keadaan begini (cacat), itulah perangai pemimpin DAP," jelasnya.

Dalam hal itu, beliau juga berasa sangat bersimpati kepada bekas ADUN Aulong, Yew Tian Hoe yang disingkirkan pada saat-saat akhir sebagai calon untuk memberi laluan kepada kroni-kroni DAP.

''Saya sangat kasihan kepadanya (Tian Hoe), mereka tipu dia bulat-bulat, janji akan kekalkan dia. Saat-saat akhir sebelum penamaan calon, nama orang lain yang naik. Sebab itu saya tidak hairan kenapa dia bertanding Bebas, saya tahu dia sangat terluka.

''Begitulah cara DAP. Kalau mereka tidak suka kamu, mereka akan buang kamu dengan apa cara sekalipun. Sebab itu bila orang tanya, saya akan cakap saya tidak pernah menyesal keluar DAP pada 2009," katanya.




KHAMIS, JULAI 21, 2011

Giliran Masyarakat Cina Dianjingkan Oleh DAP

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk 'Calonkan anjing pun boleh menang?' tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina. Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.

Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan, beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina?

Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

Menurut beliau: "Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak."

Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan 'dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan'. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.

Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

Tak sangka! Rupa-rupanya, itu sahaja martabat pemikiran orang Cina di mata DAP. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>