yang ku dengar dan ku lihat |
Amanat Tok Guru Haji Hadi, kenapa Kerajaan takut. Posted: 02 Jan 2013 09:18 AM PST Macam-macam fitnah dilemparkan kepada Tok Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS berhubung dengan ucapan beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Trengganu pada 7hb. April 1981. Antara isi sedutan ucapan TGHH ialah, "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka".Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. Ucapan oleh seorang penceramah politik yang masih muda dan bersemangat, pada waktu itu, berapa umur TGHH, jadi biasalah ucapan yang bersemangat dan berapi-api apabila berada dipentas politik, kenapa sampai begitu sekali ditakuti oleh UMNO sehingga 24 jam tiap2 hari di fitnah terhadap TGHH berhubung dengan ucapan itu. Sekiranya berminat untuk mengatahui kenapa TGHH berkata demikian, eloklah kerajaan menunaikan permintaan TGHH untuk diberi masa selama satu jam siaran langsung dalam TV1, TV2 dan TV3 bagi membolehkan TGHH berkata benar untuk dinilai oleh seluruh rakyat terhadap isi pati ucapan beliau itu, adakah bertentangan dengan hukum Allah. Kenapa kerajaan takut untuk memberi peluang kepada TGHH selama satu jam untuk TGHH berpeluang mempertahankan ucapan beliau sedangkan pihak Kerajaan mempunyai masa selama 23 jam lagi untuk mengupas kembali ucapan yang disampaiukan oleh TGHH. Sekiranya kerajaan dan UMNO jujur inilah masanya untuk dinilai oleh rakyat siapa benar dan siapa berbohong.Kenapa kerajaan masih berdolak dalih diatas permintaan TGHH, kenapa peluang yang diberi oleh TGHH tidak disambut oleh Kerajaan, nampak benar tidak ada keikhlasan dalam isu amanat TGHH kerana pihak kerajaan hanya pandai menuduh tapi tidak sanggup memberi peluang untuk dijawab. Kegagalan pihak kerajaan membenarkan TGHH mengadakan siaran langsung didalam TV milik kerajaan itu menandakan kekalahan awal kerajaan BN dalam menghadapi PAS menjelang PRU 13. Dengan ini teramat jelas isu amanat TGHH sengaja dicetuskan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang boleh menjatuhkan kerajaan BN regim Dato' Najib apabila isu Altantuya dihidupkan kembali. ![]() Kesanggupan TGHH mengambil bahagian mengadakan siaran langsung dalam televisin menunjukkan TGHH bersedia berhadapan dengan sesiapa saja kerana TGHH berpegan kepada prinsip berani kerana benar.Bukan seperti kerajaan dan UMNO hanya berani mencabar tapi takut memberi lapangan untuk TGHH bertemu rakyat secara siaran langsung. |
Nasib Najib dan Mahathir apabila PR tubuh Kerajaan. Posted: 02 Jan 2013 02:37 AM PST Pilihanraya ke 13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara, Kerajaan tahu keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga. Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihanraya umum nanti pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara. Terutamanya menawarkan wang kepada rakyat, terbaru pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013, jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat. Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihanraya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya. Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya, lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi, mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk dapat memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi, mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU13 nanti. Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program kementerian Pendidikan tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersunggut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibubapa supaya tidak mengundi BN. Sokongan rakyat kepada BN semakin tipis apabila banyak isu secara terang telah diterjah kepada Perdana Menteri dan keluarganya. Isu yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR dan Deepak Jaikishan seorang penjual permaidani yang mendakwa rakan rapat Rosmah Mansor telah memuramkan UMNO, hanya menanti retak menunggu belah. Melihat kepada kecelaruan ini, berbagai-bagai andain telah dibuat. Sejarah hitam akan dibukukan dalam negara apabila pilihanraya ke 13 nanti berakhirnya sebuah kerajaan yang didokong oleh parti yang memerdekakan negara ini iaitu UMNO tewas. Dan Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang pendek memerintah. ![]() Begitu juga kini, ramai orang percaya bahawa Dato' Najib di kontrol oleh Rosmah Mansor sehingga sekarang ini memaksa Tun Mahathir sendiri pun kena berjinak-jinak dengan Rosmah untuk membeli insuran kepada anaknya Mukhris supaya boleh menjadi Menteri Besar Kedah. Manakala 'geng-geng' Tan Sri Muhyidden Yassin tidak begitu ghairah mempertahankan Dato' Najib dari diserang oleh Deepak Jaikishan. Kini Dato' Najib dihimpit, diluar oleh Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli manakala dari dalam oleh grombalan Tan Sri Muhyuddin yang tentunya mahu melihat Tan Sri Muhyuddin sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Dato' Najib, manakala Tun Mahathir akan ambil peluang diatas keresahan Dato' Najib dengan memajukan agenda keluarga beliau dalam politik tanahair. Tidak mustahil bubar saja Parlimen akan ada penghijrahan tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS kerana sekiranya mereka masih berada dalam UMNO kedudukan hariannya tidak selamat, hendak menyertai PKR malu mata kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alasannya hanya PAS saja boleh menyatukan perpaduan umah. Lagi menyakinkan bahawa PR akan dapat menumbangkan BN kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar dalam banyak isu yang didedahkan oleh PR, apakah betul berlaku sebagaimana pendedahan yang dibuat atau hanya persepsi sebagai modal kempen pilihanraya, sebagai contoh komisen pembelian kapal selam Kemana Dato' Najib akan pergi, kemana Tun Mahathir akan pindah apabila PUTRAJAYA jadi milik kerajaan PR. Dan bagaimana nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap dipejabat SPRM. |
You are subscribed to email updates from yang ku dengar dan ku lihat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |