Apa Yang Tersirat |
Lagi Pengganas Sulu: 35 Mati Ditembak Posted: 25 Apr 2013 01:18 AM PDT Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh. "Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina. "Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sumber itu seterusnya berkata, rancangan kumpulan pengganas tersebut untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah dipercayai bertujuan merencatkan kelancaran proses pilihan raya yang sedang berlangsung. "Walaupun ancaman daripada pengganas ada tetapi kawalan keselamatan akan diperketatkan dari semasa ke semasa malah operasi-operasi membanteras akan terus mendapat kerjasama daripada kerajaan negara berkenaan. "Oleh itu, keselamatan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna adalah terjamin dan hari membuang undi juga diyakini akan berjalan lancar," katanya. Dalam pada itu, tambah sumber tersebut, pasukan marin Filipina turut mencatat kejayaan dengan penahanan tujuh daripada 18 pengganas Kiram selepas menahan sebuah bot di Pulau Sipangkut, Filipina semasa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Tanduo, Sabah. "11 pengganas itu walau bagaimanapun berjaya melarikan diri," ujarnya. Pada 19 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan kumpulan pengganas Kiram yang dibantu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran proses PRU-13. Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan. Walau bagaimanapun, usaha pengganas itu gagal setelah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian. |
PKR Sabah Lumpuh-5 Ketua Cabang Keluar parti Menyertai UMNO Posted: 24 Apr 2013 10:20 PM PDT Bertempat di Ibu Pejabat Umno Sabah, tidak disangka kehadiran lima Ketua Cabang PKR Sabah yang di Ketuai oleh Mazry Nasir Ketua Cabang PKR Sandakan, disertai Ketua Cabang Kota Belud dan tiga lagi daripada Putatan Zainal Atin, Kalabakan-Surianshah dan Batu Sapi-Zainuddin Hassan Timbalan Ketua Cabang. Mazri kanan sekali berdepan dengan pembesar suara RTM. Twitter Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga calon BN P169 Kota Belud mengsahkan penyertaan mereka ke dalam Umno. Sementara itu kedudukan Ansari Abdullah Ketua Cabang Tuaran dan Dr Chong Eng Leong Ketua Cabang Sepanggar masih tunggu dan lihat |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |