Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

1MalAySia BlogPoLitik

$
0
0

1MalAySia BlogPoLitik


Gerhana Bulan Separa pada 26/4/2013

Posted: 24 Apr 2013 10:06 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.54 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.21 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan 'sompek' sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00  pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin(MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan" – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.

Semak Maklumat Terbaru dan Keputusan PRU13 melalui SMS

Posted: 24 Apr 2013 07:50 PM PDT

Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.

PRU13 : Senarai Penuh Calon Parlimen Sarawak

Posted: 24 Apr 2013 06:20 PM PDT

Senarai Calon PRU13 Parlimen Sarawak


  • P 192 – Mas Gading – Nogeh Gumbek (BN), Patrick Anek Uren (STAR), Mordi Bimol (DAP), Tekhee (BEBAS)
  • P 193 – Santubong – Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN), Affendi Jeman (BEBAS), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR), Mura Kadir (STAR)
  • P 194 – Petra Jaya – Ahmad Nazib Johari (PKR), Fadillah Yusof (BN)
  • P 195 – Bandar Kuching – Chong Chein Jen (DAP), Tan Kai (BN)
  • P 196 – Stampin – Dr Tang Sie Hing (DAP), Yong Khoon Seng (BN), Soo Lina (STAR)
  • P 197 – Kota Samarahan – Abang Ahmad Kerdee (KEADILAN), Rubiah Wang (BN)
  • P 198 – Mambong – Willie Monggin (KEADILAN), Dripin Sakoi (STAR), James Dawos Mamit (BN)
  • P 199 – Serian - Richard Riot (BN), Edward Andrew Luwak (DAP), Johnny Aput (STAR)
  • P 200 – Batang Sadong – Mohd Jolhi (PAS), Nancy Shukri (BN)
  • P 201 – Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN), Rohani Abdul Karim (BN)
  • P 202 – Sri Aman – Nicholas Mujah (KEADILAN), Masir Kujat (BN), Wilfred Stephen (SWP), Donald Lawan (BEBAS)
  • P 203 – Lubok Antu – Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN), Nyalau Badak (BN), Larry Sng (SWP)
  • P 204 – Betong – Douglas Unggah (BN), Cecilia Siti Una (PKR)
  • P 205 – Saratok – Ali Biju (KEADILAN), Rosli Lek (BEBAS), William Ikom (BN)
  • P 206 – Tanjong Manis – Jurina Mut (PAS), Norah Abd Rahman (BN)
  • P 207 – Igan – Abdulah Wahab Dolah (BN), Ajiji Fauzah (PAS)
  • P 208 – Sarikei - Ding Kuong Hiing (BN), Andrew Wong Lin Biu (DAP)
  • P 209 – Julau – Andy Wong Hong Yu (KEADILAN), Wong Judat (SWP), Joseph Salang Gandum (BN)
  • P 210 – Kanowit – Thomas Laja (KEADILAN), Ellison Ludah Muyan (SWP), Ago Dagang (BN)
  • P 211 – Lanang - Tiong Thai King (BN), Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  • P 212 – Sibu – Oscar Ling Chai (DAP), Lau Lee Ming (BN), Narawi Haron (BEBAS)
  • P 213 – Mukah – Sylvester Ajah Subah (BEBAS),Hai Merawin (DAP), Muhamad Leo Michael Toyad (BN)
  • P 214 – Selangau – Joshua Jabeng (KEADILAN),  Joseph Entulu Belaun (BN), Sng Chee Hua (SWP)
  • P 215 – Kapit – Alexander Nanta Linggi (BN), Ramli Malaka (DAP)
  • P 216 – Hulu Rajang – Abun Sui Anyit (KEADILAN), George Lagong (SWP), Ugak Kumbong (BN)
  • P 217 – Bintulu – Tiong King Sing (BN), John Brian Anthony (DAP)
  • P 218 – Sibuti – Mohamad Zaid Tandang (PAS), Ahmad Lai Bujang (BN)
  • P 219 – Miri - Sebastian Ting (BN), Michael Teo Yu Keng (PKR), Chong Kon Fatt (STAR)
  • P 220 – Baram – Ronald Engan (KEADILAN), Anyi Ngau (BN), Patrick Sibat Sujang (BEBAS)
  • P 221 – Limbang – Baru Bian (KEADILAN), Hasbi Habibollah (BN)
  • P 222 – Lawas – Baru Langup (DAP), Henry Sum Agong (BN), Alirahman Kamseh (STAR)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>