Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


HARON DIN: PAS TETAP LAKSANA HUDUD!!

Posted: 23 Apr 2013 05:37 PM PDT

Harun Din berkata, 

"Undang2 hudud akan dilaksanakan jika pakatan berjaya mengambilalih kerajaan persekutuan, walaupun ia bakal ditentang oleh DAP".

Kita yakin DAP akan menerima hukum hudud berdasarkan kesediaannya untuk bertanding menggunakan simbol PAS. Walau bagaimana pun semua ini akan berlaku jika pakatan diberi mandat untuk memerintah.

Jika pakatan berjaya kita akan meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan".

Alangkah indahnya permuafakatan sesama Islam di negara ini jika PAS boleh  "bersangka baik" dengan UMNO sepertimana mereka boleh bersangka baik dengan DAP, walaupun jelas Karpal Singh terus-terusan menentang hudud yang ingin dilaksanakan PAS.

Dengan musuh yang jelas menentang, PAS bersangka baik, tetapi dengan saudara yang berkongsi kalimah yang sama, mereka bersangka buruk, seolah-olah UMNO lebih kufur dari cina DAP yang tiada sebesar zarah pun keimanannya kepada Allah swt.

Usahkan DAP akan akur dengan PAS untuk melaksanakan hudud, bahkan untuk meletakkan calon melayu Islam mewakili DAP pun mereka tidak sanggup.

Usahkan mahu meletakkan wakil calon melayu Islam dalam PRU, bahkan mereka tidak memberi langsung peluang kepada melayu Islam untuk menduduki jawatankuasa pusat DAP.

Tapi, dalam realiti ini pun PAS masih juga mahu bersangka baik dengan DAP.

Di sini kita mempunyai pelbagai alasan yang kukuh untuk "mentertawakan" kerja-kerja PAS yang jelas sedang bertindak memalsukan perjuangan Islam yang suci.

Yang wajib untuk PAS bersangka baik, diharamkan. Yang haram untuk PAS bersangka baik dihalalkan.

Yang disuruh dan diunjurkan oleh agama Islam dijauhkan. Yang jelas dilarang oleh agama digalakkan dan dihampiri.

Yang jelas mahu menduakan kalimah Allah dibuat kawan. Yang jelas tidak mahu berkompromi dengan penduaan kalimah Allah dimusuhi.

Yang tidak jelas samada terlibat atau tidak membunuh Altantuya, tidak henti-henti terus difitnah. Yang jelas terbentang berzina dan meliwat dipertahankan dengan menyalahgunakan pelbagai nas agama sebagai senjata untuk mempertahankan amalan assobiah palsu mereka.

Rakan sendiri yang jelas kedengaran bunyi "terkentut" dikatakan masih sah wuduknya dengan menafikan bunyi itu bukan kentut tapi seluar terkoyak. Tapi bila terbau kentut yang busuk terus dituduh bau kentut itu datang dari puak UMNO.

Inilah Islam ciptaan PAS yang mahu dilaksanakan oleh PAS jika pakatan memerintah negara. Inilah bentuk perundangan Islam yang mahu dibawa ke parlimen untuk diluluskan dengan majoriti 2/3. 

Pakatan perlu 148/222 undi untuk pinda perlembagaan. Dengan DAP mewakili 1/3 dari 148 undi tersebut PAS masih juga bersangka baik DAP akan menerima hukum hudud. Kerusi yang ditandingi PAS pun hanya 1/3 dari 148 kerusi. Tapi masih mengigau mereka akan menang semua kerusi yang ditandingi.

Cakap macam orang yang tidak berpedoman.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>