Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Ohpolitik!™

$
0
0

Ohpolitik!™


[ #PRU13 #GE ] PENDEDAHAN AGENDA DAP TAWAN GELANG PATAH #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 03:29 AM PDT



Samada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu.

Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya. 

Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. 

Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. 

DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. 

Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR. 

Saudara saudari ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu.

sumber : thekl-chronicle

[ #PRU13 #GE ] #DAP KOMUNIS : BUKTI POLITIK GANAS PAKATAN RANJANG #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 03:20 AM PDT



Puak Pakatan Haram sudah mula menunjukkan keganasan yang melampau. Lepas satu, satu keganasan dibuat mereka.

Kira-kira jam 10.15 malam tadi, Bilik Gerakan Barisan Nasional di Nibong Tebal, Pulau Pinang dikejutkan dengan satu letupan. Letupan tersebut berlaku di belakang khemah yang mengakibatkan seorang pengiring calon BN tercedera.

Insiden berlaku ketika Pengerusi Gerakan,Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah. Polis sedang menyiasat punca kejadian.



Apa terdesak sangat ke pakatan oi? Aku tahu ler korang mengelupur sebab korang nak terkubur dah, Tapi ni sudah melampau. Gua nasihatkan petugas semua kena lebih berhati-hati dengan puak pakatan ni.


SUMBER : riziqin

[ #PRU13 #GE ] GELANG PATAH : SEJARAH TERCIPTA UMNO LAWAN DAP di Kawasan Cina #Vote4BN

Posted: 24 Apr 2013 02:43 AM PDT



Adakah beliau akan mendapat undi Cina? Adakah pengundi Cina akan memberi undi kepada Ghani, seorang Melayu? Adakah orang Cina akan mengenang budi orang Melayu yang selama ini boleh memberi undi kepada calon Cina di kawasan majoriti Melayu?

Ia juga merupakan satu ujian sebenar dalam erti kata setiakawan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), terutama dalam hubungan Sino-Melayu.

Inilah pertama kali dalam sejarah moden Malaysia untuk beberapa tahun kebelakangan ini seorang Melayu, bekas MB, bekas pemimpin besar UMNO dan BN negeri berani mencalonkan diri bertanding di kawasan yang bukan kubu tradisi Melayu.

Inilah pertama kali dalam sejarah, UMNO akan berlawan dengan DAP. Mungkin sebelum ini ada calon DAP berbangsa Melayu yang melawan calon UMNO, tapi ini adalah pertama kali seorang calon UMNO melawan seorang Maharaja DAP.

Ghani yakin dengan keputusannya itu. Beliau juga percaya dengan pendiriannya. Walaupun ramai yang mengatakan itu satu tindakan 'membunuh diri' namun beliau tetap yakin mahu berlawan di situ.

Tiada sesiapa yang mahu membunuh Ghani. Ghani dari awal lagi telah membuat tekad mahu bertanding di situ.

Ghani tidak mahu Maharaja Kit Siang bertapak di Johor. Sudah tentu Johor yang mendapat nama jolokan Kubu Kuat UMNO tidak mahu negeri itu dicemari dengan penjajahan DAP mahu pun Pas.

Bagi saya, apa yang berlaku ini merupakan satu persimpangan tajam untuk kita saksikan betapa setia dan ikhlasnya pengundi Cina, orang Cina terhadap perkembangan ini.

Apakah orang Cina yang selama ini dijaga hati mereka oleh orang Melayu, ditatang hati mereka oleh orang Melayu akan memulangkan semula kebaikan hati kepada orang Melayu.

Orang Melayu ialah satu bangsa yang cukup accommodative - baik hati, murah hati, penjaga hati, biaq pi lah - sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Orang putih memberi erti accommodative ialah to do a kindness or a favour to; oblige; to accommodate a friend.

Orang Melayu ialah bangsa yang tidak suka melukakan hati, merobek dan menyusahkan hati orang lain.

Namun, ironinya, ia berbeza apabila orang Melayu berhadapan dengan sesama Melayu. Soal accommodative itu sudah tidak diambil kira lagi. Itu pasallah dalam sejarah Melayu terlalu banyak pepatah dan peribahasa mengenai sikap Melayu sesama Melayu, yang antaranya berbunyi "berpatah arang, berkerat rotan", "kalah jadi abu, menang jadi arang", "menang sorak, kampung tergadai" dan lain-lain lagi.

Terlalu banyak contoh dalam pertarungan pilihan raya sama ada umum atau kecil atau negeri, orang Melayu dan pribumi, akan memberi undi kepada sahabat mereka daripada bangsa lain di kawasan majoriti mereka.

Kawasan Parlimen Gelang Patah yang mengikut demografi geopolitik dihuni oleh seramai 106,864 pengundi. Sebanyak 34.28 peratus adalah pengundi Melayu, 52.41 Cina, 12.49 India dan 0.83 peratus lain-lain kaum. Kawasan itu yang merupakan kubu tradisi MCA dan pada 2008 dimenangi oleh Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi.

Ghani tiada masalah jika beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu atau di DUN. Pada PRU 2008, beliau menang di DUN Serom dengan undi sebanyak 10,088 mengalahkan calon Pas. Dia mendapat majoriti undi sebanyak 4,971.

Namun beliau tetap mahu bertanding di Gelang Patah. Sesungguhnya penduduk Gelang Patah juga banyak terhutang budi kepada Ghani, seorang bekas Menteri Besar yang berwawasan.
Di bawah pentadbiran Ghani, wujudnya pusat pentadbiran negeri yang baharu di Kota Iskandar. Langkah itu telah membuka luas Gelang Patah kepada pembangunan, pelaburan dan busines.

Jika orang Cina bercakap mengenai soal-soal itu, tiada alasan untuk mereka menolak Ghani.
Sebahagian besar pelaburan Iskandar bermula di Gelang Patah. Di kawasan sekelilingnya didirikan kawasan perumahan baharu kategori mewah Medini, terletaknya taman tema Legoland dan Puteri Harbour. Gelang Patah turut dilengkapi dengan universiti dan kolej, jajaran lebuh raya dan jalan biasa yang baik.

Kawasan perumahan di Nusajaya, misalnya dilimpahi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini. Skudai ialah sebuah kawasan bandar yang cukup pesat dan penduduk semakin padat. Rumah mampu milik didirikan di Mutiara Rini.

Hak milik tanah kampung-kampung baharu semua sudah diberikan, termasuk di Kampung Poh Chee Lin. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dipindah ke tempat lebih baik dan dibantu pembinaannya. Tapak turut diberikan.

Pertubuhan NGO Melayu, Cina dan India dibantu dengan peruntukan. Kuil dan tokong diberi hak milik dan dibantu dengan keperluan yang sepatutnya.

Pendek kata Ghani telah melengkapkan segala-gala di Gelang Patah dan sekelilingnya. Tiada alasan untuk rakyat kawasan Parlimen itu menolak Ghani.

Namun, sebab-musabab mengapa Maharaja DAP melompat ke Gelang Patah juga merupakan satu persoalan.

Saya merasakan ini merupakan satu langkah taktikal yang dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menawan di kawasan-kawasan yang strategik kaya dan mewah di seluruh negara. Mereka mahu memalukan BN.

Pulau Pinang sudah dimiliki DAP. Selangor sudah dimiliki mereka. Saya ke Terengganu sehari sebelum hari penamaan calon dan gambaran Pas cuba menguasai semula negeri itu melalui perang benderanya menggambarkan strategi bersungguh-sungguh mereka untuk menawan negeri itu.

[ #PRU13 #GE ] GOLONGAN BAWAHAN #PAS MAHU PENJELASAN VIDEO #spendastopa #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 01:52 AM PDT



Pengedaran video cakera padat digital (VCD) seks yang didakwa menyerupai seorang pemimpin kanan Pas merupakan satu lagi bala kepada parti tersebut.

Aktivis Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ini merupakan satu perbuatan tidak bermoral oleh pemimpin yang boleh menjejaskan parti.

"Saya ada terima cakera padat video (VCD) tersebut dan saya kenal betul gambar dan suara di dalamnya. Saya rasa 90 peratus betul dan lima peratus lagi kena siasat.


"Kami juga mengecam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini menyifatkannya sebagai perkara kecil, sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang dipetik sebagai berkata, Pas boleh menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu tindakan pihak lain berhubung dakwaan yang mengaitkan pemimpin parti itu dalam aksi video seks.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, perbuatan itu bukan perkara kecil kerana merupakan dosa besar iaitu berzina dan penzina itu boleh dihukum mati manakala penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali.

"Ini satu dosa besar dan satu jenayah. Bagi saya sebagai orang Islam apabila ada fitnah besar, nak tunggu apa lagi? Sekarang ini Pas gunakan media untuk memecat orang seperti yang dilakukan kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa," kata Mohamed Hafiz.

Beliau juga mendesak Lajnah Tatatertib Pas supaya menyiasat walaupun Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali tidak mahu membuat laporan polis.

"Jangan tiru macam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan jangan sampai mahu mempertahankan jawatan, mereka lupa fitnah yang menghancurkan dakwah ummah dalam negara kita.

"Fitnah ini mengaibkan, mengajar kita untuk menyiasat kalau ada berita yang datang itu dan apa salahnya kita siasat dan kita menutup fitnah," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, apa-apa yang berlaku kepada Pas selepas ini kepimpinan pusat mesti bertanggungjawab sepenuhnya.-utusan

[ #PRU13 #GE ] #DAP RACIST TERDESAK MULA HASUT PENGUNDI INDIA #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 01:26 AM PDT

Gambar hiasan

Massage di bawah sedang diedarkan kepada semua kaum India oleh DAP:

Dear Msian Indian, these are the reasons why we should NEVER vote for BN: 
99% of petronas station owned by Malays, 
100% petronas project contractor are Malays, 
95% intake for army, nurses and police are Malays, 
98% Govt Servent in Putrajaya are Malays, 
95% Govt contracts are given to Malays, 
100% Govt Universities Vice Chancellors are Malays, 
100% Students send to Japan and Korea under 'Look East Policy' are Malays, 
3million Indonesian became Msian citizen with Bumi status, 
600,000 Chinese and Indian Msian with Red IC denied citizenship, 
0% churches/temples built in housing estates, 
up to 12% interest rate paid by Govt for ASN/ASB, 
96.5% Govt Budget for Malay schools and 144 Indian Primary Schools closed down since 1968-2000,Pls send this msg to all our friends.) regards..

Massage racist ini dipercayai telah dihantar kepada semua kaum ini. Umum tahu, pengundi India memang emosi dalam memberikan undi mereka. Jesteru, DAP sengaja menggunakan msg secara racist ini bagi tujuan mendapatkan semua undi kaum India yang semakin susut terhadap mereka.

 Kaum India harus ingat, Di bawah kerajaan BN, mereka bukan sahaja bebas meraikan perayaan agama mereka, malah dari Sekolah jenis Kebangsaan Tamil hingga  Universiti Medical MIC telah disediakan oleh kerajaan BN di Kedah. Tidak cukup dengan itu, di bawah kerajaan BN juga, adanya menteri dari kaum India, guru, lawyer, pensyarah, doktor antara yang paling ramai. Kaum India di Malaysia dilihat lebih bernasib baik dari mereka yang tinggal di India di mana masih ada yang tinggal dalam rumah yang diperbuat dari tahi lembu.

Kerjaya doktor antara yang paling ramai diterajui oleh kaum india di Malaysia adalah dari tajaan kerajaan BN yang membolehkan mereka sambung belajar seperti di Ukraine, Russia, India dan banyak lagi.

[ #PRU13 #GE ] BELUM 5 MEI PENYOKONG PR SUDAH MAIN BALING BOM PETROL #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 01:13 AM PDT



Bahagian depan bangunan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan dekat sini, terbakar setelah dipercayai dilempar dengan dua bom petrol oleh orang tidak dikenali pagi ini.

   
Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor SAC Hasanuddin Hassan berkata kejadian itu disedari pada pukul 4 pagi oleh penduduk kampung yang terus memaklumkan kepada pemilik bangunan itu yang didirikan atas tanah persendirian.
   
"Siasatan awal pihak polis mendapati ada unsur khianat apabila menemui dua botol kaca yang dipercayai diisi petrol di tempat kejadian. Kemungkinan pihak terbabit cuma lalu di hadapan bangunan itu dan baling 'bom petrol' itu memandangkan jarak antara bangunan itu dengan jalan raya adalah kira-kira empat meter sahaja.
   
"Kebakaran tidak serius cuma beberapa peralatan milik BN seperti bendera dan banner turut terbakar. Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur pecah masuk di bangunan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
   
Hasanuddin berkata tiada saksi yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan sebelum kejadian itu dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
   
Sehubungan itu Hasanuddin menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam PRU13, terutamanya calon yang bertanding, supaya memaklumkan kepada penyokong masing-masing agar tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan harta benda atau nyawa manusia.
   
"Jika kita jalankan siasatan dan dapati ada pihak tertentu yang terlibat, kita akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Kalau melibatkan kehilangan nyawa, kes boleh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
   
"Tidak ada gunanya kalau menang (dalam pilihan raya) tetapi kemenangan itu disebabkan perbuatan keji kerana negara kita mempunyai undang-undang ," katanya.
   
Hasanuddin berkata sejak hari penamaan calon pada 20 April lepas hingga hari ini, pihaknya telah membuka siasatan terhadap 44 kes kecil berkaitan pilihan raya seperti mencabut dan mematahkan tiang bendera parti dan membakar serta mengoyakkan bendera parti.
   
Polis juga menerima 14 laporan berhubung ceramah politik yang diadakan tanpa permit.  - Bernama

Agaknya bagaimana keadaan negara 5 Mei nanti?

[ #PRU13 #GE ] Allahhuakbar!! LAGI PENDEDAHAN CUBAAN MEMBUNUH OLEH PENYOKONG PAS?? #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

Posted: 24 Apr 2013 01:08 AM PDT


PAS Ganas!!! membelasah penyokong UMNO sehingga parah di Dungun...


Pergaduhan 23/4/2013 11.00 PM - telah berlaku satu Insiden pergaduhan di lokasi persimpangan lampu isyarat pasar buah, Jalan Yahya Ahmad, Dungun. Insiden berpunca daripada tindakan penguatkuasa SPR yang ingin mengambil tindakan terhadap bendera yang dipasang di tiang lampu isyarat. 

Ketika melaksanakan tugas telah didatangi oleh sekumpulan pemuda pas seramai lebih kurang 30 orang. Suasana menjadi semakin tegang apabila dipercayai pemuda pas telah memanggil lebih ramai penyokong pas lain untuk datang beramai-ramai dan dalam masa 20 minit penyokong pas telah bertambah kepada lebih kurang 200 orang. 

Ekoran daripada kedatangan penyokong pas yang ramai pihak pemantau SPR telah mengambil tindakan meninggalkan lokasi tersebut. Pada ketika itu juga sekumpulan penyokong umno seramai lebih kurang 15 orang datang ke lokasi untuk melihat kejadian yang berlaku. Semasa dalam proses perbincangan diantara polis dan penyokong pas. Kembali berlaku kekecohan yang mana telah berlaku pertengkaran mulut antara seorang penyokong pas dengan penyokong umno sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. 

Dengan tiba-tiba sekumpulan penyokong pas dianggarkan seramai lebih kurang 50 orang telah menyerbu dan membelasah penyokong umno tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut mangsa pengsan dan telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi. Kejadian berlaku dalam masa 5 minit. Mangsa telah dibawa ke hospital dungun untuk rawatan. 

[ #PRU13 #GE ] GEMPAR! KARPAL Tersembam Petanda #DAP Bakal Tersungkur #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

Posted: 23 Apr 2013 09:14 PM PDT


Satu insiden yang sangat menyayat hati telah berlaku di Penang -

Malam tadi sewaktu hendak naik ke pentas ceramah DAP, di jln YORK, GTOWN, Pengerusi DAP Pusat, KARPAL SINGH jatuh tersembam mencium bumi apabila kerusi roda yg cuba diangkat oleh pengikut2nya terlepas lalu terhumban ke hadapan pentas menyebabkan KARPAL SINGH JATUH TERSUNGKUR.

Sedutan video alkisah Karpal tersembam :





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

[ #PRU13 #GE ] Kit Siang BIMBANG JIKA Hadi JADI PM #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

Posted: 23 Apr 2013 05:33 AM PDT


Ramalan aku PRU13 ini Anwar Ibrahim bakal berkubur. Kalah di arena sendiri. Permatang Pauh menghukum HUDUD terhadap kesalahan liwat yang dilakukannya. Buktinya, Lim Kit Siang sedang bengong jika Hadi Awang diangkat jadi PM. Tentunya perancangan DAP perlu dikaji balik. Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, memang mudah, untuk jatuhkan Hadi agak susah.


Menurut sumber AntaraPos dipetik sebagai berkata :

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berceramah di Johor Bharu semalam menzahirkan kebimbangannya jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri.

Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor, Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu "tentunya sama-sama akan bimbang" jika Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Hadi menjadi Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah sama-sama akan bimbang…terhadap apakah yang beliau akan lakukan kepada kita semua. Betul, tidak?' kata Kit Siang.

Perbuatan Kit Siang meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan kelak.


[ #PRU13 #GE ] GEMPAR! @anwaribrahim SAKIT JANTUNG! MAHFUZ pun NAK JADI PM #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

Posted: 23 Apr 2013 04:40 AM PDT


Ditanya sama ada beliau adalah antara calon yang layak mengisi jawatan itu, Mahfuz mengiyakannya.

"Saya antara calonnya sebab tanding Parlimen. Sebelum ini orang kata saya nak jadi MB (Menteri Besar). Macam mana saya nak jadi MB, saya tanding Parlimen. Saya hanya layak untuk jadi calon PM. Saya juga layak untuk jadi calon menteri," katanya.

-SinarHarian

[ #PRU13 #GE ] KERTAS UNDI POS : KANTOI CACAI PR DALAM SPR!! #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

Posted: 23 Apr 2013 03:17 AM PDT

GAMBAR PETUGAS SPR BERSAMA TAGnya.. PROSES CHOP ini diambil gambar oleh CACAI PR!!

Laporan dedahan undi pos di SINI.


Menjawab persoalan yang ditimbulkan. 
SEGERA DAN PANTAS.
Menurut sumber dalaman SPR, memang betul undi pos telah mula diposkan kepada semua petugas pilihanraya, pengundi diluar negara, Tentera dan polis yang bertugas luar kawasan termasuk yang bertugas di Lahad Datu bermula semalam. Namun ini gambar kerani SPR sedang dalam proses chop. Cacai dalaman SPR telah ambil dan hebahkan.. 

Menurut laporan BERNAMA :
Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok (Rabu). 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kertas undi itu akan dihantar ke 103 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. 
"SPR memberi jaminan proses penghantaran dan penerimaan balik sampul kertas undi tersebut selamat...pengundi luar negara tidak perlu rasa bimbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Pengundian bagi pemilih di luar negara ditetapkan pada 28 April (Ahad), masa penyerahan dan penerimaan balik sampul ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia. 
Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, tarikhnya sama, namun tempohnya lebih singkat iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang. 
Sehubungan itu, Wan Ahmad menasihati mereka supaya mengundi di tempat sampul kertas undi diserahkan bagi mengelak sebarang masalah.

Menurut sumber PDRM pula :
Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal: 

UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.  

Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.  

Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.


Cuma kes ini aku analisakan sebagai kegagalan SPR untuk menilai pegawainya antara cacai dengan orang pertengahan yang betul tulus membuat kerja kerana negara. Menurut sumber SPR, Sidang Media berhubung perkara ini akan dibuat besok. Lembab!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>