BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Dipecat kerana video ghairah, jelitawan politik tampil separuh bogel dalam majalah
- 'PAS parti ada pendirian' hilang akal ke apa Mat Taib ni?
- Karpal tuntut Tun Mahathir mohon maaf...
- 'Isle'mophobia ads appear in newspapers
- DS Anwar siap skrip 'hari pengumuman' beliau sebagai Perdana Menteri
- DS Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara
- Tarik diri: Nama calon tetap dicetak pada kertas undi - SPR
- Tindih kerusi: PKR T'ganu tarik diri, PAS cadang lepas kerusi di Labuan, Sg Acheh dan Panti
- (Video) 'Kalau tak menang saya punya muka mau letak mana?' - DS Anwar
- Pelawak Sepahtu, Jepp adalah klon YB Zuraidah???
- (Gambar) Mat Taib serah borang, sah jadi ahli PAS..
- Sumber wang pertaruhan Herman Tino lawan Noh Omar dibongkar!
- (Gambar) Amboi...besarnya 'belon' Nurul Izzah...
- Hj Hadi dakwa ada calonnya 'jual pil kuda, gantung gambar Stalin'
- Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan
- Datin Azizah kembali stabil selepas dikejarkan ke hospital
Dipecat kerana video ghairah, jelitawan politik tampil separuh bogel dalam majalah Posted: 22 Apr 2013 03:35 PM PDT ![]() Olvido Hormigos, 42, dipaksa melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat Parti Sosialis di Sepanyol apabila video seks tersebar di internet. Akibat dari insiden tersebut, guru sekolah rendah dan ibu kepada dua orang anak ini mahu melupakan segala-galanya dan memulakan hidup barunya dengan muncul dalam sebuah majalah di Sepanyol. Dengan hanya memakai seluar dalam merah jambu dan sepasang kasut, beliau memberitahu kepada majalah Interviu, beliau mahu dunia tahu yang dia 'bebas lakukan apa sahaja pada tubuhnya'. Ms Hormigos telah dipaksa melepaskan kedudukannya sebagai ahli majlis tertinggi di Los Yebenes, Toledo, 80 batu dari Madrid setelah beberapa keping gambar dari video aksi ghairahnya yang dihantar kepada teman lelakinya tersebar di internet. Klip berkenaan tersebar dengan pantas diseluruh kawasannya apabila ianya dimuat naik ke Youtube dan di Facebook pada Spetember tahun lepas. Sebelum melepaskan jawatan, Hormigos menzahirkan kekecewaannya kerana kehidupan peribadinya telah diceroboh oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. P/S: Di Malaysia, protes tak ada...dipertahankan selalu...! | ||
'PAS parti ada pendirian' hilang akal ke apa Mat Taib ni? Posted: 22 Apr 2013 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh." Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut. "Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya. "Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita. Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. "Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk. Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh. "Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh," katanya. Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon. "Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon. "Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas," katanya. Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas. "Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor. "Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam," katanya. | ||
Karpal tuntut Tun Mahathir mohon maaf... Posted: 22 Apr 2013 06:47 AM PDT GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang didakwanya bersifat memfitnah terhadap penasihat parti itu Lim Kit Siang, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Beliau berkata pada 11 April, Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan melalui blognya, 'Chedet', yang merujuk Lim sebagai seorang yang mengamalkan sikap perkauman dan tidak peka dengan masyarakat pelbagai budaya. "Sepucuk surat sudah dihantar kepada Dr Mahathir hari ini dan beliau mempunyai masa tiga hari, mulai esok, untuk menarik balik (kenyataan itu) serta memohon maaf dan jika beliau gagal berbuat demikian, satu tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di sini. Satu laporan polis akan dibuat terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya itu, kata beliau, sambil menambah: "Semoga ini menjadi pengajaran kepada ahli politik agar tidak melakukan serangan peribadi dalam bentuk fitnah dan hasutan semasa berkempen untuk pilihan raya umum ini." Dalam blognya, Dr Mahathir berkata Lim bertanding di Gelang Patah kerana ia merupakan kawasan majoriti Cina dan beliau akan memainkan sentimen kaum itu. Lim akan ditentang Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Tan Ah Eng daripada MCA mengekalkan kerusi berkenaan apabila beliau mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi. - Bernama | ||
'Isle'mophobia ads appear in newspapers Posted: 22 Apr 2013 06:16 AM PDT KOTA KINABALU: Advertisements have appeared in several vernacular newspapers in Sabah warning the people that they should not vote for PAS candidates in the general election. The advertisements showed a photograph of a woman, with one showing her in full make-up and manicured fingernails with the caption: "Now your life is wonderful." A second one showed the same woman without her make-up, with the caption saying: "This is what happens when PAS is in power." Another series of advertisements showed a photograph of a female hairdresser cutting a male customer's hair. Both are smiling. The other photograph showed the same customer's hair being cut by a male hairdresser and both are frowning. The advertisements had appeared in Asia Times, Overseas Chinese Daily News and See Hua Daily for the past several days. Sabah PAS officials said the advertisements were meant to scare PAS supporters in Sabah. Liberal Democratic Party president Datuk V.K. Liew denied that the advertisements had been placed by the Barisan Nasional. | ||
DS Anwar siap skrip 'hari pengumuman' beliau sebagai Perdana Menteri Posted: 22 Apr 2013 04:01 AM PDT PARIT 22 April - Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut. Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri. "Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. "Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. p/s: Haish...kemaruk betul Pak Syeikh ni, teruk..teruk! Kalau dia kalah, entah apa pula skrip yang mahu disampaikan.. | ||
DS Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara Posted: 22 Apr 2013 03:01 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan. Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi". "Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut. Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak. TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times. Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram. | ||
Tarik diri: Nama calon tetap dicetak pada kertas undi - SPR Posted: 22 Apr 2013 02:01 AM PDT ![]() Beliau berkata ia selaras dengan pemansuhan tempoh penarikan balik pencalonan yang diperkenalkan SPR pada pilihan raya kali ini. "Di bawah undang-undang SPR, calon tidak boleh bertindak sedemikian tetapi jika calon tetap ingin mengumumkan menarik diri, itu adalah hak peribadi masing-masing. "Pengundi masih tetap boleh mengundi nama calon itu dan kertas undi tetap akan dikira," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemansuhan tempoh penarikan balik pencalonan adalah antara penambahbaikan yang diperkenalkan SPR, selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Selain itu, Wan Ahmad berkata bagi pertandingan satu lawan satu dan sekiranya calonnya menarik diri, pegawai pengurus pilihan raya tidak boleh mengumumkan menang tanpa bertanding kerana kertas undi tetap dikira. "SPR yakin tindakan seperti itu tidak akan mengganggu proses pengundian dan juga proses mencetak kertas undi yang dijangka selesai hari ini," katanya. Mengenai undi pos di kalangan pengamal media, beliau berkata, tarikh tutup permohonan hari ini dan SPR menjangkakan keputusan sama ada pemohon layak mengundi pos dapat diketahui hujung minggu ini. - Bernama | ||
Tindih kerusi: PKR T'ganu tarik diri, PAS cadang lepas kerusi di Labuan, Sg Acheh dan Panti Posted: 22 Apr 2013 01:01 AM PDT PKR umum tiga calonnya yang bertanding di tiga DUN Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir yang bertindih dengan calon Pas menarik diri. Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail memaklumkan perkara tersebut. Manakala PAS dalam kenyataannya berkata parti itu bercadang menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula memberitahu, pihaknya tidak akan melayan mana-mana calon yang disahkan bertanding pada PRU13 menarik diri selepas tempoh penamaan pada Sabtu lalu. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia berdasarkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) tahun lalu yang tidak membenarkan mana-mana calon yang telah secara rasmi diumumkan oleh pegawai pengurus di pusat penamaan calon menarik diri. "Kalau calon itu memutuskan untuk menarik diri, itu menjadi hak peribadi mereka, bagaimanapun mengikut undang-undang, SPR tetap akan mencetak kertas undi yang mempunyai nama dan logo calon itu," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media SPR Putrajaya hari ini. AD | ||
(Video) 'Kalau tak menang saya punya muka mau letak mana?' - DS Anwar Posted: 22 Apr 2013 12:01 AM PDT
Namun begitu, beliau terpaksa merayu-rayu kepada penyokong-penyokong PR bagi memastikan kemenangannya untuk ke Putrajaya. Kegentaran beliau untuk hadapai PRU kali jelas kelihatan setelah BN meletakkan calon yang begitu berkaliber. Penzahiran beliau malu jika dikalahkan menyaksikan ketidakyakinan untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh untuk kesekian kalinya... | ||
Pelawak Sepahtu, Jepp adalah klon YB Zuraidah??? Posted: 21 Apr 2013 10:31 PM PDT ![]() Maklumlah, sekarang ni kan musim pilihanraya, dunia hiburan juga tidak ketinggalan, malah terheret sama dengan pembabitan artis-artis ke dunia politik. Hasil kreativiti entah dari siapa yang sekarang ini tersebar secara meluas di Facebook mencari padanan wajah ahli politik dan juga artis-artis yang seiras. Memang lawak, ada yang lelaki iras wanita, pelakon Hong Kong pun ada, paling best, Pelawak kumpulan Sepahtu, Jepp dipadankan dengan YB Zuraidah....ada ka patut..!~:) Jom tengok di bawah, kot-kot anda pembaca ada tambahan..heh! Cuma yang pelik tu, Klon DS Anwar tu macam kurang tepat la, cuba tengok gambar klon di bawah ni pulak, kot-kot ada kesamaan...heh! | ||
(Gambar) Mat Taib serah borang, sah jadi ahli PAS.. Posted: 21 Apr 2013 10:01 PM PDT Sebelum ini kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak. Dan kini memang sah Bekas MB Selangor yang juga Naib Presiden Umno menyertai PAS setelah tersiar gambar beliau menyerahkan borang PAS kepada Presiden PAS TG Hadi ,turut kelihatan pimpinan PAS. Tan Sri Mohamad Taib (Bekas MB Selangor) menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Ujar Beliau selepas menyerahkan Borang keahlian PAS - "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. | ||
Sumber wang pertaruhan Herman Tino lawan Noh Omar dibongkar! Posted: 21 Apr 2013 09:01 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi era 80-an Herman Tino memperoleh wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang dekat sini dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada5 Mei depan selepas dua rakannya sanggup menggadaikan kereta mereka. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, pengorbanan yang telah dilakukan oleh dua sahabatnya itu telahmenaikkan lagi semangatnya untuk berkempen dan seterusnya memenangi hati penduduk di kawasan tersebut. "Terus terang saya memang tidak mempunyai wang untuk bertanding tetapi pengorbanan dua sahabat yang sanggup menggadaikan kereta mereka cukup membuatkan saya terharu. "Selain RM10,000 dibayar sebagai wang taruhan saya juga perlu membayar RM5,000 sebagai deposit bahan untuk berkempen," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Herman Tino yang memegang tiket Bebas bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru di kerusi penyandangnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haron di sini. Herman Tino bakal menghadapi pertandingantiga penjuru di kerusi penyandangnya, Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49. Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini. Dalam pada itu, Herman Tino yang juga suami kepada juruhebah radio popular RTM, Noraini Ibnu berkata, beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi ahli politik tetapi hatinya terbuka selepas memperolehkeyakinan daripada penyokong-penyokongnya yang percaya dengan kebolehannya membentuk keharmonian di kawasan berkenaan. Tambahnya, keputusan itu juga dibuat selepas menyangka Noh Omar tidakbertanding bagi mempertahankan kerusi yang telah disandangnya sejak sekian lama. "Saya tidak tahu Noh Omar kembali bertanding kerana ingatkan Barisan Nasional akan meletakkan muka baru di kerusi tersebut namun keputusan telah dibuat dan saya tidak boleh berpatah balik manakala perjuangan harus diteruskan," katanya. Mengakui gementar dengan debaran penerimaan masyarakat terhadapnya, Herman Tino berkata, dia membuat keputusan untuk bertanding dalam PRU-13 ini dalam masa 36 jam sebelum penamaan calon dibuka pada Sabtulalu. Sementara itu dia bakal menampilkan tiga manifesto kepada masyarakat Tanjong Karang iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda sebagai bahan kempennya. Herman Tino cukup terkenal dengan lagu seperti 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' semasa zaman kegemilangannya pada era 80-an. Katanya, walaupun tidak dapat menjanjikan pembangunan pesat di Tanjong Karang kerana faktor wang tetapi dia yakin dapat membentukmasyarakat yang harmoni menerusi manifesto yang diperkenalkannya itu. "Saya tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi manifesto yang saya tampilkan ini adalah untuk mengajak supaya masyarakat Tanjong Karang tidak taksub dengan politik kerana enggan melihat merekaberpecah belah. "Saya juga memilih manifesto itu kerana tidak berani untuk menjanjikan pembangunan pesat kepada mereka kerana tidak mempunyai wang sebaliknya yakin mampu mengubah mentaliti masyarakat di situ," katanya. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Noh yang berasal dari Parit 2, Sungai Burung, Tanjong Karang menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi. Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113). | ||
(Gambar) Amboi...besarnya 'belon' Nurul Izzah... Posted: 21 Apr 2013 08:01 PM PDT Calon-calon PRU13 kini giat berkempen. Kebanyakan yang muda-muda ini memilih pentas laman sosial untuk berkempen, katanya lebih mendekati orang muda. Tidak terlepas juga Nurul Izzah anak kepada invidu yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri ini. Beliau banyak menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan yang terbaru Instagram. Salah satu gambar yang dikongsikan bersama untuk penyokong-penyokongnya di akaun Instagram adalah gambar belon besar yang tertulis namannya. Nurul Izzah tidak pula berkongsi gambar kain rentang besar yang turut mempunyai namanya seperti di bawah. Baru-baru ini Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, menuntut pembatalan pendaftaran kira-kira 4,000 pengundi di Lembah Pantai akibat kejahilan beliau mengenai sejarah kawasan itu terutama perkampungan setinggan. Nurul Izzah yang didakwa baharu lima tahun menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai tidak boleh membuat andaian pengundi menggunakan alamat kawasan setinggan yang tidak lagi wujud itu sebagai pengundi hantu. Nurul Izzah mendapat kecaman hebat dari penduduk setempat kerana membuat kenyataan sambil menyenaraikan kawasan-kawasan dibawah sebagai kawasan pengundi hantu. Berikut adalah antara kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah sebagai alamat pengundi hantu: 1. Kampung Pasir Kiri, sekarang adalah tapak gerai penjaja yang telah diratakan dan penduduk berpindah ke Taman Gasing (Pusat Daerah Mengundi (PDM) - Pantai Dalam). 2. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung serta Kampung Kerinchi telah tiada dengan arus pembangunan. Semua penduduk telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau PPR Kampung Limau (PDM Bukit Kerinchi). 3. Sepanjang New Pantai Express dan pembinaan landasan keretapi komuter mempunyai rumah-rumah setinggan. Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai. | ||
Hj Hadi dakwa ada calonnya 'jual pil kuda, gantung gambar Stalin' Posted: 21 Apr 2013 07:01 PM PDT Kemelut pertindihan calon dalam Pakatan Rakyat semakin kalut ketika proses berkempen masuk hari kedua. Pemimpin-pemimpin utama PR terpaksa berlari ke sana-sini bagi memperjelaskan situasi sebenar kepada ahli-ahli mereka yang terdiri daripada 3 parti itu. Apa yang menambah kekusutan kepimpinan atasan adalah calon-calon mereka yang bertanding sebagai Bebas. Namun begitu, beberapa calon Bebas dari Pakatan Pembangkang yang dapat dipujuk cuba memperjelaskan situasi tersebut dengan pelbagai alasan kononnya untuk tujuan pencerahan. Contohnya apa yang berlaku kepada calon Bebas Lepar, Timbalan Setiausaha PKR Negeri, Kamarzaman Mohd Yunus, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dun Lepar telah membuat pengumuman memeranjatkan apabila meminta pengundi supaya tidak memilih beliau, sebaliknya mengundi calon PKR, Jefri Jaafar Tukemin. Menurutnya, keputusan beliau untuk bertanding atas tiket Bebas merupakan satu strategi menghadapi kemungkinan jika calon PKR dipilih menghadapi kesulitan atau halangan semasa proses penamaan calon. Beliau, bagaimanapun, tidak mendedahkan halangan dihadapi calon PKR itu, sebaliknya memberitahu ia bersifat peribadi. Bagi tujuan tersebut, SPR terlebih dahulu mendahului strategi yang cuba mereka praktikan. Ini kerana ianya kerap berlaku ketika PRU yang lepas-lepas di mana sesebuah parti akan membawa 'backup' calon mereka, andainya borang pencalonan ditolak atau dibantah. SPR kali ini mengambil langkah drastik mengenakan peraturan wajib tanding dan tiada tempoh bantahan, hanya Pengerusi SPR sahaja yang menyemak dan mengesahkan borang penemaan calon setiap parti yagn bertanding. Jika ada penarikan diri, maka calon berkenaan akan hilang wang pertaruhan mereka. Kaedah membawa calon 'backup' ini juga diakui malah diamalkan oleh PAS untuk rakan-rakan parti mereka. Ini dibuktikan melalui video dibawah oleh Haji Hadi yang menjelaskan kerisauan ahli-ahlinya berikutan ramai diantara pemimpin mereka memilih Bebas kononnya kecewa tidak dipilih. Apa yang sedikit mengejutkan adalah Haji Hadi mendakwa ada calon-calon mereka yang tidak sesuai dek kerana moral dan juga pegangan ideologi politik ala komunis! Nampak gayanya, memang ramai calon-calon PAS yang tidak berkelayakan ataupun mempunyai masalah moral yang terlepas. Tetapi, Hj Hadi tidak pula menerangkan tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Mungkin juga disebabkan wang pertaruhan yang terpaksa dikorbankan, Hj Hadi lebih selesa memaklumkannya secara umum. | ||
Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan Posted: 21 Apr 2013 06:25 PM PDT
Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat. Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini. "Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini. "Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh. Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran. Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu. "Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini. "Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya. Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno. | ||
Datin Azizah kembali stabil selepas dikejarkan ke hospital Posted: 21 Apr 2013 05:35 PM PDT
Penyanyi era 60-an, Datin Azizah Mohamad, 63 kini kembali stabil selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 April lalu akibat kekurangan gula dalam darah. Sebelum ini, penyanyi lagu Syurga Idaman bersama Orkes Nirwana itu pernah dimasukkan ke HKL akibat beberapa komplikasi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jangkitan kuman dalam paru-paru dan kanser pangkal rahim yang dihidapinya setahun lalu. Penderitaan Azizah mendapat perhatian beberapa pihak termasuk wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang mengunjunginya, baru-baru ini. Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Dalnish Shah, berkata pihaknya simpati dengan nasib penyanyi pop yeh yeh itu yang tidak lagi aktif membuat persembahan akibat pelbagai penyakit ditanggungnya. Begitupun, dana yang diperuntukkan FINAS bagi membela kebajikan artis sedikit sebanyak mampu meringankan beban artis terbabit. "Melalui polisi kementerian, memang tersedia dana untuk membantu golongan artis yang ditimpa musibah. Beliau antara artis veteran yang layak menerima bantuan RM5,000 yang diperuntukkan FINAS. Pihak kita juga tidak memilih mana-mana artis yang wajar mendapat bantuan ini, meskipun dia pernah mendapat sumbangan pihak lain. "Bukan saja artis yang muncul di khalayak ramai, malah penggiat belakang tabir juga layak menerima bantuan ini sekiranya berhadapan masalah kesihatan. Sumbangan ini juga turut diberikan kepada penggiat seni yang berhadapan dengan malapetaka seperti kebakaran dan banjir, dengan dana sebanyak RM10,000," katanya ketika ditemui di HKL, baru-baru ini. Justeru, FINAS memerlukan kerjasama semua pihak untuk memaklumkan andainya ada penggiat seni ditimpa musibah. Tanggung pelbagai penyakit Sementara itu, suami Azizah, Datuk A Rahman Hassan, berkata meskipun keadaan Azizah agak stabil, beliau masih terlalu lemah untuk bergerak. Menurutnya, isterinya itu kini tiada selesa makan. "Sebelum ini, hampir sebulan dia dirawat di sini kerana pelbagai penyakit. Doktor juga mengesahkan kansernya kini sudah sampai peringkat 3B. Menurut doktor, dia harus melakukan pembedahan, tetapi saya mengambil keputusan membawanya keluar dan mencuba perubatan alternatif. Alhamdulillah, keadaannya nampak positif selepas beberapa rawatan. "Namun, pada 11 April lalu, badannya kembali lemah dan tidak bermaya. Kami terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke HKL. Sebelum itu dia sempat diberikan rawatan kecemasan di rumah oleh pegawai kesihatan," katanya. Enggan susahkan orang ramai Meskipun lebih seminggu mendapat rawatan rapi di hospital itu, namun Rahman sengaja tidak mahu menghebahkan tahap kesihatan isterinya kepada umum. "Memang tidak ramai yang tahu isteri saya dimasukkan ke HKL. Saya sengaja tidak mahu menyusahkan sesiapa dan menagih simpati. Saya mahu isteri saya berehat secukupnya dan mendapat rawatan yang baik daripada pihak HKL. "Namun saya juga tidak menghalang rakan artis yang ingin melawat walaupun kehadiran FINAS ini sendiri sudah cukup untuk memaklumkan mengenai keadaannya kepada umum," katanya yang bergilir-gilir bersama anaknya menjaga Azizah di hospital. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |