Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Politik Harian

$
0
0

Politik Harian


#PRU13 Sokongan Rakyat Kepada BN di Parlimen Rembau Semakin Meningkat

Posted: 21 Apr 2013 09:58 PM PDT


Rantau - Khairy Jamaluddin penyandang ahli parlimen P131 Rembau bertanding di PRU13 bagi mengekalkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Rembau buat kali ke-2.

Beliau di dalam siri kempen memenangi hati rakyat (pengundi) agar kekal mengundi parti BN di PRU ini.

Beliau hadir mengiringi Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di majlis bersama pemimpin di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi bagi bertemu pengundi-pengundi di PDM Sri Lalang yang juga merupakan kubu kuat BN di beberapa PRU sebelumnya.

Beliau bakal menentang dua calon lawan yang mewakili PKR, Saudara Radzali A. Ghani, seorang lagi calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Katanya di dalam ucapan, sepanjang tempoh kempen selama dua hari ini meyaksikan kembalinya sokongan masyarakat kepada parti BN berbeza dengan apa yang berlaku di tahun 2008.

Sebelah petang di Ladang Kombok dan Taman Permata juga begitu, tahun 2008, suasananya agak suram dan lenggang kerana tidak ramai ke ceramah BN, tetapi setelah semua sedar dan dengan kehadiran hari ini menunjukkan parti BN telah pulih.

"2013, telah berubah, rakyat telah kembali kepada BN. Saya yakin dan percaya bahawa Sri Lalang ini merupakan kubu kuat BN." katanya.

Sambung beliau lagi, kekuatan ini dan undi kita kelak yang paling utamanya ialah, pertama, memilih wakil rakyat di kalangan ahli parlimen untuk kita mengekalkan perdana menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Keduanya pula, memilih wakil rakyat Rantau, bukan sahaja wakil rakyat untuk rakyat Rantau, tetapi sekaligus mengekalkan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan."

Kontrak yang diberi oleh rakyat ini penting, penting kerana memastikan hidup mati dan halatuju negara di masa akan datang.

Ujar beliau, "2008, kita tidak sangka akan tewas di 5 buah negeri. Malah, pembangkang juga begitu. Namun dengan perancangan dan tahap keyakinan yang tinggi parti lawan untuk memenangi PRU kali ini, mereka telah menghantar perwira mereka untuk bertanding di negeri asal. Lim Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang selama ini bertanding di Kelantan umum bertanding di negeri asal, Johor di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Sementara Husam pula kekal bertanding di DUN Salor, tetapi menawarkan diri menentang Tunku Adnan Tunku Mansor, di Putrajaya di dalam misi menawan Putrajaya.

Ujar Khairy Jamaluddin, mereka penuh yakin mereka akan menang PRU kali ini, akan ke Putajaya pada 06 Mei ini, mereka mengira berapa BN akan kalah."

Tegas beliau lagi, "pastikan PRU kali ini, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan syarat undi ahli parlimen Rembau, calon P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar."

Turut hadir, isteri beliau Pn Nori Tun Abdullah Ahmad Badawi, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan.

#PRU13 Sumpah Laknat Ummi Hafilda - Pegang Al-Qur’an

Posted: 21 Apr 2013 11:21 AM PDT



Ummi Hafilda Ali membuat sumpah laknat sekali lagi bagi membuktikan segala dakwaan sikap curang kakak iparnya, Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim adalah benar.

Kali ini, ia dirakam dengan begitu jelas sekali di mana Ummi memegang al-qur'an selama 8 minit semasa melafaskan sumpah laknat.

Video URL: http://youtu.be/ewlJ2FPfqwo

"TIDAK SANGKA SAYA HARUS MELALUINYA SEKALI LAGI SELEPAS 13 TAHUN BERLALU, SEMUANYA KERANA KASIH SAYANG SAYA YG MENDALAM KEPADA AGAMA SAYA, BANGSA SAYA DAN NEGARA SAYA.INI LAH PENGORBANAN TERBESAR SAYA KEPADA UMMAH DAN NEGARA. APA PUN PANDANGAN MANUSIA TERHADAP SAYA, YG PENTING ALLAH TAU NIAT ATAU NAWAITU SAYA. SEKIRANYA SAYA BERNIAT JAHAT SAYA MOHON ALLAH HUKUM SAYA , TETAPI SEBALIKNYA SEKIRANYA NAWAITU SAYA ITU DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH , MAKA SAYA MOHON ALLAH LINDUNGI SAYA DAN MEMBERI KEMENANGAN BESAR KEPADA SAYA.

KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG SETIA SAYA ,SOKONGAN ANDA DAN DOA ANDA AMAT SAYA HARAPKAN DAN HARGAI. HANYA ALLAH YG BALAS SEGALA BUDI BAIK ANDA. YG PENTING DOA UNTUK NEGARA AMAN, SELAMAT DARI GANGGUAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA DAN DARI ANASIR-ANASIR LUAR.
AMIN YA ROB BAL ALAMIN." Ummie Halfida

#PRU13 DAP Tidak Hargai Ahli - Khairy

Posted: 21 Apr 2013 11:01 AM PDT


REMBAU - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan DAP tidak menghargai wakil rakyat mereka hingga menyebabkan Naib Pengerusi DAP negeri, John Fernandez bertindak bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia terbukti apabila John tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya kali ini.

"Kita nampak banyak masalah dalam pembangkang di Negeri Sembilan dan kita nampak masyarakat India juga tidak mendapat tempat dalam DAP.

"Saya merayu kepada pengundi India agar mengambil insiden ini iktibar dan pengundi di Parlimen Rembau lihat apa yang berlaku pada John Fernandez," katanya.

Terdahulu, empat bekas ahli DAP termasuk penyandang Parlimen Seremban, John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU-13 pada 5 Mei ini.

John menjelaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, manakala bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang.

Mereka yang turut keluar parti dan bertanding di DUN ialah Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajasher (Nilai) dan anggota DAP Rantau, R. Sasikumar (Temiang).

#PRU13 Pertandingan 7 Penjuru Bukti Cakap Anwar Tak Laku

Posted: 21 Apr 2013 05:07 AM PDT


Semalam, calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102.

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan. Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato' Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi.

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR.

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim. Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi.

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang 'masuk akal' untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual.

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya. Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR. Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia.

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan. Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>