Sahabat-Gunung |
Sukar Terima Hakikat Isteri Telah Tiada- Wan Amran Posted: 01 Jan 2013 07:28 PM PST Wan Amran berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh di rumah Wan Amran di Kampung Seri Bayas dekat Hulu Selandang, semalam. Menurutnya, dia cuba menerima hakikat isterinya sudah tiada lagi. Bagaimanapun katanya, dia juga gagal mengawal rasa sedih setiap kali anak ketiganya, Wan Mohd Saqimi, 9, duduk diribaannya sambil menitiskan air mata. "Dua daripada empat anak tinggal bersama saya iaitu Wan Mohd Saqimi dan anak kedua, Wan Mohd Khusyairi, 12, manakala Wan Mohd Firdaus, 16 dan Wan Amni Nuurinsyirah, 4 tahun tinggal dengan keluarga mentua," katanya. Sementara itu, dalam lawatan itu Sohaimi dan Abd Halim yang terpaksa menaiki bot memandangkan jalan ke rumah Wan Amran ditenggelami banjir turut menyampaikan sumbangan. Sohaimi turut menyarankan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pegawai Pelajaran Daerah menganjurkan taklimat bahaya serta implikasi banjir. "Saya syorkan setiap sekolah khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir pada musim tengkujuh disaran mengadakan taklimat kepada para pelajar menjelang cuti persekolahan mengenai aspek keselamatan semasa mengalami bencana. Ini sebagai suatu langkah pencegahan mengelak daripada ditimpa musibah kerana kebanyakan pelajar mungkin melihat banjir sebagai suasana menyeronokkan untuk bermain air bersama rakan-rakan. Kalau boleh pihak sekolah mengadakan taklimat khas atau penerangan seawal penggal ketiga sebelum cuti persekolahan bermula dan jadikan ia satu agenda wajib setiap tahun agar mereka tidak lalai dan sentiasa beringat," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Hadir sama, Adun Teluk Pasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said. Dalam pada itu, Sohaimi berkata, ziarah itu sebagai melahirkan simpati terhadap nasib keluarga mangsa dan aktiviti kebajikan seumpamanya menjadi aktiviti penting dalam gerakan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO melalui program Bepu Prihatin. |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |