Kembara Politik |
- PAKATAN RAKYAT AKAN MEMINGGIRKAN ISLAM
- CALON “WINABLE” BN – MEMBERSIHKAN BN DARIPADA PARASIT..
- PRU13: Jemaah Pas sendiri mahu TUMBANG PAKATAN
PAKATAN RAKYAT AKAN MEMINGGIRKAN ISLAM Posted: 20 Apr 2013 10:49 PM PDT Proses demokrasi adalah proses memilih pemimpin atau pemerintah. Cara demokrasi berfungsi adalah dengan mengambil kira jumlah penyokong atau undi terhadap parti atau pemimpin. Mereka yang mempunyai paling ramai penyokong akan diisytihar pemenang. Untuk memenangi pertandingan dalam demokrasi, apa yang perlu dibuat oleh setiap pemimpin dan parti adalah mencari penyokong dan undi majority. Antara cara untuk mendapatkan sokongan adalah dengan menjanjikan habuan kepada kelompok yang akan menyokong mereka. Sekiranya pemimpin atau parti ini menang, mereka akan menunaikan janji-janjinya atau terimalah akibatnya (tidak akan sokong) pada kemudian hari. Dalam persekitaran politik Malaysia, Agama juga memainkan peranan yang signifikan dalam menarik penyokong. Seperti yang diketahui pada PRU, pengundi BN yang paling ramai adalah dari penganut agama islam (yang majoritinya melayu). Ini adalah kerana sejak merdeka penganut agama islam yang menjadi majority di Malaysia. Sebab itulah BN banyak memberi kelebihan dalam polisinya kepada orang islam contohnya islam agama rasmi. Walaupun PAS cuba menjadi juara dalam kelompok islam, tetapi UMNO telahpun diyakini oleh orang islam dalam mempertahankannya. Demi menjaga pengundi paling ramai, mahu tidak mahu BN terpaksa menjaga kepentingan islam ini. Kalau tidak BN akan kalah, dan BN akan terus menjaga kepentingan islam ini selagi mereka mahu berkuasa. Begitulah kuatnya pengaruh majority. Berbeza pula dengan PR, kekuatan mereka adalah dari penganut agama lain. PAS walaupun kononnya memperjuangkan islam, tetapi penyokong mereka tidak sampai 30% di seluruh Negara. Sebab itulah PAS mengugurkan perjuangan Negara islam dan hukum hududnya. PR terpaksa menjaga kepentingan agama lain, kerana itu adalah penyokong teramai mereka. Sekiranya mereka tidak menjaga kepentingan agama lain sokongan kepada mereka akan hilang. Mahu tidak mahu, PR terpaksa meminggirkan agama islam. Itulah sebabnya PR mahu menghapuskan kepentingan islam di Malaysia ini, contoh kepentingan islam ialah islam agama rasmi, institusi diraja yang menjaga islam, kepentingan melayu, kalimah Allah dan banyak lagi. PAS pula terpaksa menurutinya, kerana PAS tahu ini adalah untuk kelangsungan kekuasaan mereka. Kekuatan mereka didukung oleh penganut agama islam. Kekuatan setiap parti terikat dengan golongan penyokong mereka. BN terikat dengan penyokong dari umat islam, PR terikat dengan penyokong dari penganut agama selain islam. Jelas disini PR akan meminggirkan islam sekiranya berkuasa. Mereka sudah pasti mahu terus berkuasa, untuk itu mereka perlu menjaga pengundi mereka. Dimanakah akan letaknya islam sekiranya PR memerintah. Dari satu kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan, ia akan terpinggir. Apa akan jadi dengan umat islam sekiranya ini berlaku? Segala dakwah kepada umat islam akan dibenarkan. Berapa ramai antara kita yang kuat imannya? Ada yang berkata, jika islam dipinggirkan semasa pemerintahan PR, PRU14 mereka tidak akan mengundi untuk PR. Politik bukan semudah itu. Sebagai contoh, sekiranya PR membuang islam agama rasmi dari perlembagaan. PRU berikutnya dimenangi semula oleh BN, untuk BN memasukkan semula islam itu kedalam perlembagaan sudah pasti mendapat tentangan dari semua penganut bukan islam (tidak kira mereka penyokong BN atau PR). Andainya pada ketika itu BN mendapat sokongan umat islam secara total pun, BN masih sukar memasukkan kembali islam kedalam perlembagaan. Silap haribulan, perang antara agama akan meletus di Malaysia. Sebab itulah Indonesia, sampai sekarang masih tidak dapat meletak kembali agama islam kedalam perlembagaan mereka (walaupun Indonesia mempunyai penganut islam paling ramai didunia). Pada saat ini, PR memang merancang mahu menggugurkan islam agama rasmi ini daripada perlembagaan. Penulis berpendapat, umat islam di Malaysia janganlah mahu membuat ujikaji dalam PRU13 ini. Pertaruhan dalam PRU13 ini bukannya kecil. Agama yang menjadi pertaruhan. Sanggupkah umat islam menjadi pengkhianat kepada agama sendiri?. BN bukanlah parti yang sempurna, tetapi ia terbaik untuk Malaysia. Undi BN, insyaAllah islam akan terjaga. (saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran) | ||||
CALON “WINABLE” BN – MEMBERSIHKAN BN DARIPADA PARASIT.. Posted: 20 Apr 2013 04:54 AM PDT dari pandangan masyarakat marhaen
Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihanraya yang ke-13. Kita dapat lihat pelbagai reaksi pada hari ini. Yang menariknya terdapat gambar-gambar para pemimpin yang bertanding bermesra sesama sendiri. Ini boleh dijadikan tauladan untuk setiap orang di Malaysia, walaupun berbeza ideology kita masih boleh bersama. Ada juga yang marah sebab penyokongnya tidak bersorak untuknya ketika namanya disebut (Khalid samad di Shah Alam). Berbagai ragam yang ada hari penamaan.
Sebenarnya penulis mahu menulis tentang calon-calon bebas dari pihak BN, antaranya Dato kamilia (Naib ketua Wanita UMNO), Suhaimi Ghazali (ketua Pemuda UMNO sepang), Datuk Sharif Omar, dan Allen Tan yew (ahli MCA). Pada mulanya ia kelihatan agak canggung kerana sebelum ini belum pernah ada ahli BN yang kecewa tidak menjadi calon akan bertanding atas tiket bebas. Bagaimanapun sekiranya diteliti, perkara ini adalah hikmah kepada BN. Pada ketika BN memerlukan sokongan yang jitu kepada parti, mereka keluar dan bertanding atas tiket bebas. Mereka ini adalah golongan yang mementingkan diri sendiri. Mereka ini adalah pemimpin yang bakal melupakan rakyat kerana kuasa dan harta. Jadi kepada penyokong BN, janganlah memberi sokongan kepada mereka yang keluar pada saat genting seperti PRU13 ini. Sesungguhnya itu adalah sifat-sifat orang yang pentingkan diri sendiri. Mereka ini lah yang akan mencacatkan imej BN di masa hadapan. (saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran) | ||||
PRU13: Jemaah Pas sendiri mahu TUMBANG PAKATAN Posted: 20 Apr 2013 02:10 AM PDT "TUMBANG PAKATAN!", seru Pas. Amin Ya Rabbal Alamin. Moga dipermudahkan! :) |
You are subscribed to email updates from Kembara Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |