Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

tun faisal dot com

$
0
0

tun faisal dot com


Top NEWS #PRU13 - Tindakan @NajibRazak pecat Kamilia, ahli UMNO bertanding bebas tepat

Posted: 20 Apr 2013 06:30 AM PDT




Video - Nak tahu siapa orang UMNO dan siapa ahli UMNO? Kamilia buktikan dia hanya sekadar ahli UMNO bukan orang UMNO.. Tindakan Datuk Seri Najib Razak amat tepat untuk memecat mana-mana individu yang gagal untuk mematuhi disiplin parti dan mengutamakan kepentingan diri melebihi kepentingan parti dan perjuangan. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak memerlukan individu yang kecewa kerana mengutamakan kepentingan diri dan kumpulan ...  

Surat Pecat Anggota BN Tanding Bebas Dikeluarkan Isnin Ini - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) melayan lawannya dari PKR Fariz Musa semasa menikmati jamuan selepas menyerahkan kerta pencalonan di Dewan Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Kedua-duanya akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Pekan P85 dalam pilihan raya umum ke-13. PEKAN, 20 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di sini Sabtu.

Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).

-- BERNAMA




Tindakan Kamilia satu pengkhianatan kepada parti – Rafidah Aziz
April 20th, 2013

Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.

Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.

"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di Kuala Kangsar hari ini.




Gambar: SHAHRIZAT Abdul Jalil (kanan) mengiringi Rubiah Wang (tengah) dan calon untuk kerusi DUN Dalat, Fatimah Abdullah menuju Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak hari ini. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUCHING 20 April - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian beliau dan pergerakan itu terhadap tindakan naibnya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Beliau membuat kenyataan itu dari Kota Samarahan, Sarawak, setelah menghadiri penamaan calon, Rubiah Wang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kota Samarahan.

Berikut kenyataan penuh Shahrizat:

Perkara: Isu Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menjadi Calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar

Kuching, 20 April 2013 - Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato' Kamilia bertanding di atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.

Dato' Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.

Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa (contingencies).

Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama diperingkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan Kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri, dan sabar dalam perjuangan.

Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapa pun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.

Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga, mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini.

DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
20 April 2013

Kota Samarahan, Sarawak
- UTUSAN ONLINE






© Utusan Melayu (M) Bhd 



Top NEWS #PRU13 - PKR lawan PAS di beberapa kerusi. Emel Rafizi yang bocor buktikan pergolakan serius. #tolakPR

Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT



Dap + Pas + PKR = timebomb untuk Malaysia. Bila-bila sahaja boleh meletus. Sekarang pun dah mula meletus sikit di sana, sikit di sini.. jangan perjudi masa depan rakyat dan negara Malaysia... Transkrip emel di antara Rafizi Ramli dengan pasukan rundingan PKR yang dibocorkan sumber dalaman mendedahkan bahawa Pakatan Rosak yang terdiri daripada PAS, PKR dn DAP tidak pernah sepakat, sebaliknya mereka bergolak serta memburuk-burukkan satu sama lain - baca di sini.


#PRU13 - Pakatan Tak Sepakat, PAS Lawan PKR Di 4 Kerusi!!
http://umbppum.blogspot.com/2013/04/pru13-pakatan-tak-sepakat-pas-lawan-pkr.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


PETALING JAYA: Sekurang-kurang empat kerusi negeri menyaksikan pertandingan antara calon PKR dan PAS walaupun kedua-dua bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Di Sungai Acheh di Pulau Pinang, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin akan berdepan dengan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) dan Datuk Mahmud Zakaria (BN).

Manakala di Bukit Besi, Terengganu calon PAS Roslan Ismail akan menentang Roslee Daud (BN) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR).

Sementara di Seberang Takir juga di Terengganu, Zakaria Dagang dari PAS terpaksa bersaing dengan Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) dan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN).

Bagi kerusi Bukit Besi dalam parlimen Dungun, calon PKR Mohamed Abdul Ghani Ibrahim ditentang Adam Mat Said dari PAS serta Mohd Mahdi Musa (BN).

Pertembungan PAS dan PKR ini membuktikan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk meletakkan hanya satu calon menentang BN. -TMI



Nota


Ini semua bukan drama macam wayang cina DAP. Semua ini disahkan oleh emel Rafizi yang dibocorkan oleh sumber dalaman sendiri. Tak percaya? baca kat bawah untuk tengok betapa rendah pandangan PKR terhadap Pas. Itupun pencacai Pas masih dok takbir, takbirkan Rafizi.. LOL macai, tetap macai..



#GE13 : Transkrip Emel Pergolakkan PKR dan PAS Terengganu Pasal Kerusi - Pekeliling PKR Boikot PAS Didedahkan! #TolakPR #VoteBN

Written By tim cyber teganu on Friday, 19 April 2013 | 04:52


Pembangkang kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu bagi meraih sokongan masyarakat India.

Kata dulang paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!

Penulis menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.

Pekeliling bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.



Pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS ini berpunca dari sessi rundingan kerusi kerana PKR mendakwa PAS bersikap kurang ajar dan tidak menghormati parti. 

Pasukan rundingan mendakwa PAS keras kepala dan kurang ajar kerana turut mahu menuntut kembali kerusi DUN yang PKR tewas di bawah majoriti 1000.

Antara emel bertarikh 27 September 2011 pasukan rundingan yang dihantar kepada Rafizi Ramli, sebelum Rafizi bertindak memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat Anwar Ibrahim melalui Abdul Rahman Yusof dan di c.c kepada Azmin Ali, Wan Azizah, YB Azan, Mansor Othman, Nurul Izzah.



Dalam transkrip emel bertarikh 27 September 2011 itu gesaan agar PKR memboikot PAS turut dinyatakan dan perkara ini dibawa ke pengetahuan PKR Pusat. 

Selepas menerima aduan sikap kurang ajar PAS, PKR melalui Setiausaha Agung mereka Saifuddin Nasution mengeluarkan Pekeliling membatalkan semua program dengan PAS di Terengganu pada 4 Oktober 2011.

Selepas rundingan tersebut buntu, pada 24 April 2012 Bendahari PKR Terengganu turut menghantar emel SULIT kepada Presiden PKR Wan Azizah berhubung rundingan kerusi di negeri itu.

Apakah isi kandungan emel tersebut?

Penulis akan dedahkan bagaimana teruknya PAS di mata PKR...

Tunggu!






Top NEWS #PRU13 [Video] @KhalidSamad nak sangat sorakan? Pemuda Pas buat sorakan ni khas untuk Khalid..

Posted: 20 Apr 2013 02:56 AM PDT


Masa penamaan calon, Khalid Samad dikhabarkan gila sangat nak dapat sorakan. Untuk memuaskan hati beliau, meh tengok video ini untuk berikan sorakan buat Khalid di Shah Alam... bye bye Khalid....



 Yesza - Tumbang Pakatan!


Mungkin akibat terlalu banyak makan dedak, sama tak suasana dalam video tu dengan gambar di bawah?




LOL - jangan marah ya... nama pun macai, jangan sensitif-sensitif sangat musim pilihan raya ni.. :)




Top NEWS #PRU13 : Malunyaaaa.. @KhalidSamad mengamuk sebab tiada sorakan #tolakPas #undiBN @ZulkifliNoordin

Posted: 20 Apr 2013 01:43 AM PDT



Khalid Samad Mengamuk Di Pusat Penamaan Calon Kerana Tiada Sorakan Menyambut Pengumuman Namanya


Semenjak Zul Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili BN , Khalid Samad menjadi bagaikan tak keruan.

Setiap hari kalau dia tak sebut nama Zul Nordin 10 kali di twitter nya tak sah.

Pagi tadi sekali lagi dia jadi gila di pusat penamaan calon Shah Alam. 

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam dan dua Dun dalam parlimen berkenaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

Atas faktor keselamatan pihak SPR telah mengasingkan tempat berkumpul penyokong parti-parti yang bertanding dengan jarak 50 meter. 

Penyokong BN disebelah kanan dewan dan penyokong pak-khatan rakyat di sebelah kiri. Peringkat awal semuanya ok dan tidak ada mana-mana pihak yang membuat bantahan. 

Namun apabila tiba masa pengumuman nama-nama calon bertanding Khalid Samad menimbulkan masalah. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan nama berdasarkan siapa yang kemukakan borang pencalonan terlebih dahulu. 

Nama calon BN, Zul Nordin diumumkan dan disambut dengan sorakan meriah oleh penyokong-penyokong BN. Apabila nama Khalid Samad diumumkan , tiada sebarang sorakan oleh penyokong mereka. Khalid Samad berang dan memarahi Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana tiada sorak sarai yang kedengaran apabila namanya diumum . Dia kata penyokongnya ditempatkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan. 

Datuk Bandar Shah Alam menjelaskan bahawa jarak tempat penyokong diletakkan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Khalid Samad menuntut supaya penyokong-penyokongnya dibenarkan ke depan dewan. Datuk Bandar berkata, jika itu yang dituntutnya maka beliau terpaksa mengadakan mesyuarat dengan polis dan beberapa agensi lain terlebih dahulu dan ianya memakan masa. 

Khalid berkeras untuk keluar dari pagar dan hendak panggil penyokongnya ke depan dewan. Datuk Bandar melarangya , namun dia tidak hiraukannya. Akhirnya ada penyokong PKR yang menasihatinya supaya jangan keluar. Pembesar suara dihalakan kepada penyokong-penyokong mereka supaya mereka dapat mendengar dengan jelas nama-nama yang diumumkan. 

Khalid menuntut Pegawai Pengurus Pilihanraya mengulang pengumuman namanya. Apabila diulang sekali lagi, pun tiada sorak sarai yang kedengaran. Merah padam muka dia. Yang peliknya apabila nama dua calon PKR yang bertanding kerusi Dun diumumkan penyokong-penyokong mereka bersorak. Lagilah merah padam muka Khalid. Akhirnya dia melakonkan watak poyo dengan melambai-lambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya.

Ternyata manusia yang bernama Khalid Samad itu gila glamor. Sepanjang hidup saya tidak pernah lagi saya lihat orang yang mengamuk apabila tidak ada orang yang bersorak terhadapnya. Gila beb....

Tanda-tanda kehancuran Khalid Samad di Shah Alam telah kelihatan. 

Nantikan video babak-babak Khalid Samad mengamuk....

Dun Kota Anggerik: Kanan-Ustaz Yusof Din (BN) Kiri-Yaakob Sapari (PKR)
Dari kiri, Datuk Nawawi Dun Batu Tiga, Zul Nordin Parlimen Shah Alam, Ustaz Yusof Dun Kota Anggerik







Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>