1MalAySia BlogPoLitik |
- PRU13 : Calon PKR lompat parti WAJIB bayar RM5j
- PRU13 : DAP putuskan guna logo PAS, PKR
- PRU13 : Calon DAP Pulau Pinang
- PRU13 : Senarai Calon PAS Terengganu
PRU13 : Calon PKR lompat parti WAJIB bayar RM5j Posted: 19 Apr 2013 04:07 AM PDT Bagi membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan raya umum 2008, PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata selepas menerima surat pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti. SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP "(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji," kata Steven Choong (kanan). "Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi ini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di Johor. |
PRU13 : DAP putuskan guna logo PAS, PKR Posted: 19 Apr 2013 03:38 AM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13. Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung. Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu. Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas. Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS. "Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS. Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya. Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur. "Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi. Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu. Sumber - Malaysiakini |
PRU13 : Calon DAP Pulau Pinang Posted: 19 Apr 2013 02:55 AM PDT Senarai calon DAP Pulau Pinang, yang akan dikeluarkan secara rasmi kemudian, menunjukkan bahawa kebanyakan penjawat dikekalkan, dengan tujuh muka baru dan tiga penyandang digugurkan. Tiga daripada tujuh calon Parlimen adalah muka baru, seorang dipindahkan ke kerusi DUN, manakala empat daripada 19 kerusi DUN ditandingi calon baru. Barisan calon itu mempunyai 10 pemimpin Pemuda DAP dan lima calon wanita. Nampaknya kali ini parti itu mengamalkan dasar Pengerusi DAP Karpal Singh iaitu 'satu calon satu kerusi' kerana penyandang dua kerusi - Parlimen dan DUN - sebelum ini, telah dicalonkan bertanding hanya satu kerusi sahaja. Mereka adalah Timbalan Setiausaha Agung, P Ramasamy (Batu Kawan) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (Tanjong). Kedua-duanya melepaskan kerusi Parlimen mereka untuk masing-masing bertanding kerusi Perai dan Padang Kota. Pengecualian hanya untuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng kerana kedudukannya sebagai ketua menteri sementara, dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih. Orang lain yang mengekalkan kerusi parlimen mereka ialah Karpal (Gelugor) dan Jeff Ooi (Jelutong). 'Calon payung terjun' Salah seorang muka baru di peringkat parlimen adalah setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari (di bawah) di Bukit Bendera menggantikan penyandangnya Liew Chin Tong, yang bertanding di Kluang, Johor. Yang lainnya termasuk ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Steven Sim di Bukit Mertajam, menggantikan penyandang Chong Eng, yang akan bertanding kerusi DUN Padang Lalang. Kasturi Rani, anak perempuan pemimpin veteran DAP, P Pattoo, dikatakan akan bertanding kerusi Batu Kawan di tanah besar. Pencalonannya dijangka menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan sesetengah penyokong India di Nibong Tebal. Spekulasi bertiup kencang bahawa adalah peguam K Mangleswari akan menggantikan Ramasamy di Batu Kawan, tetapi perkara itu masih tidak jelas kerana ada pihak-pihak tertentu masih melobi untuk Kasturi Rani. Sementara itu, penyandang kerusi Komtar, Ng Wei Aik telah dipindahkan ke Parlimen Tanjung, menggantikan Chow. Penyandang digugurkan Tiga penyandang yang digugurkan ialah Tan Beng Huat (Padang Lalang), Koay Teng Hai (Pulau Tikus), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan Michael Tan (Padang Lalang). Ini mengecewakan penyokong mereka dan telah mencetuskan protes kecil di kawasan mereka. Mereka digantikan oleh pendatang baru ahli majlis MPPP Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan Chee Soon Lip (Jawi), pegawai khas Lim, Jeffrey Chew (Pulau Tikus) dan Teh Lai Heng (Komtar). Di Bagan Dalam, difahamkan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan V Krishnamoorthy Naidu, tetapi bagaimanapun penyandang A Thanasekharan telah membayar deposit kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Khamis, untuk menjamin tempatnya sebagai calon. 10 penyandang yang mengekalkan kerusi DUN masing-masing ialah: Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Lim Hock Seng (Bagan Jermal), Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Law Heng Kiang (Batu Lancang), RSN Rayer (Seri Delima), Wong Hon Wai (Air Itam), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Teh Yee Cheu (Tanjong Bungah), Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) dan Lydia Ong Kok Fooi (Berapit). SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP Sumber - Malaysiakini |
PRU13 : Senarai Calon PAS Terengganu Posted: 18 Apr 2013 08:48 PM PDT PAS mengumumkan tujuh calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 28 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan selebihnya di Terengganu, yang mempunyai 32 DUN dan lapan kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pengumuman itu dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ruslia malam tadi, yang turut mengekalkan enam penyandang termasuk beliau sendiri di Parlimen Marang dan DUN Ru Rendang, selain menampilkan 17 muka baru. PARLIMEN: P033 Besut - Riduan Mohamad Nor (PAS) (muka baharu) P034 Setiu - Omar Sidek (PAS) (muka baharu) P035 Kuala Nerus - Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (PAS) (muka baharu) P036 Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) (muka baharu) P037 Marang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang) P038 Hulu Terengganu - Kamaruzaman Abdullah (PAS) P039 Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) P040 Kemaman - Kamaruddin Chik (PKR) (muka baharu) DUN: N1: Kuala Besut - Napisah Ismail (PAS) (muka baharu) N2: Kota Putera - Adam Md Said (PAS) (muka baharu) N3: Jertih - Wan Azhar Wan Ahmad (PAS) (muka baharu) N4: Hulu Besut - Shalahuddin Jaafar (PAS) (muka baharu) N5: Jabi - Dr Azman Ibrahim (PAS) N6: Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) (muka baharu) N7: Langkap - Hassan Karim (PAS) (muka baharu) N8: Batu Rakit - Che Ghani Che Ambak (PAS) N9: Tepuh - Hishamuddin Abdul Karim (PAS) (muka baharu) N10: Teluk Pasu - Ridzuan Hashim (PAS) N11: Seberang Takir - Zakaria Dagang (PAS) N12: Bukit Tunggal - Dr Alias A Razak (PAS) (penyandang) N13: Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) (penyandang) N14: Bandar - Azan Ismail (PKR) (muka baharu) N15: Ladang - Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) (penyandang) N16: Batu Buruk - Dr Syed Azman Syed Ahmad (PAS) (penyandang) N17: Alur Libat - Ariffin Deraman (PAS) (muka baharu) N18: Bukit Payung - Mohd Noor Hamzah (PAS) (penyandang) N19: Ru Rendang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang) N20: Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong (PAS) (muka baharu) N21: Telemong - Narawi Embong (PKR) (muka baharu) N22: Manir - Hilmi Harun (PAS) (muka baharu) N23: Kuala Berang - Muhyiddin A Rashid (PAS) N24: Ajil - Mohd Razki Alias (PAS) N25: Bukit Besi - Roslan Ismail (PAS) (muka baharu) Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) (muka baharu) N26: Rantau Abang - Alias Harun (PAS) (muka baharu) N27: Sura - Wan Hapandi Wan Nik (PAS) (muka baharu) N28: Paka - Satiful Bahri Mamat (PAS) N29: Kemasik - Che Alias Hamid (PAS) N30: Kijal - Hazri Jusoh (PAS) N31: Cukai - Hanafiah Mat (PAS) N32: Air Putih - Ab Razak Ibrahim (PAS) (muka baharu) |
You are subscribed to email updates from 1MalAySia BlogPoLitik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |