Panglima Perang Cyber |
- AIDC » Buku : Mengapa Kami Tinggalkan Anwar - Bakal Menjadi Top-Seller #PRU13
- Manifesto BN Selangor Bertemakan Keamanan, Kestabilan & Kemakmuran Janji Gaji Minimum RM1500 Sebulan Guru SAR SRA KAFA Sekolah Agama ! Tahniah PM @NajibRazak
- Calon P125 @HajiHusamMusa Salah Baca Quran Ceramah Semalam Surah Muqaddam Kerana Dosa Ikut @Anwaribrahim ???
- Berita Harian | Transformasi hebat UMNO perjuang Islam pikat ulama
AIDC » Buku : Mengapa Kami Tinggalkan Anwar - Bakal Menjadi Top-Seller #PRU13 Posted: 18 Apr 2013 03:31 AM PDT zulkiflee Bakar – ARENA politik negara sememangnya berubah sejak September 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Sejak detik itu, negara tidak pernah aman, demonstrasi jalanan diadakan hampir setiap minggu atas alasan memperjuangkan nasib Anwar yang kononnya teraniaya. Anwar mempunyai ramai orang kanan yang dianggap hebat dan berpengaruh, mereka ini boleh disifatkan sanggup mati demi beliau. Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi. Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi. Buku Mengapa Kami Tinggalkan Anwar – Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR boleh dianggap bahan terbaik kepada orang ramai untuk mengetahui kisah di sebalik kenapa Anwar ditinggalkan. Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar. Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi. Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan. Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau. Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk 'angkat kaki' selepas melihat parti itu semakin hilang arah. Ezam pula selain mendedahkan kewujudan surat yang tulis oleh Anwar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1998, turut menjelaskan kepada beliau terpaksa meninggalkan Anwar. Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar. Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar. Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini. Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil. http://www.anwaraidc.com/?p=34028&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeedSent from my iPad |
Posted: 18 Apr 2013 03:16 AM PDT SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Rabu melancarkan Manifesto Barisan Nasional untuk Selangor bertemakan 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran'. Manifesto yang menjanjikan masa depan gemilang Selangor itu, menggariskan tujuh teras dan 56 aku janji kepada penduduk Selangor. Berikut ialah Manifesto Barisan Nasional Selangor: 1. Masa Depan Lebih Cerah. Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak . Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita. . Naiktaraf Taska KEMAS kepada PERMATA . Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama . Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang dinaikkan kerajaan pakatan pembangkang . Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPR yang berdaftar dengan e-Kasih . Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT . Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar . Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan . Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin . Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak 2. Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang . Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru . Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar . Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun . Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL) . Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri . Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan . Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar . Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor . Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor . Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga . Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan) . Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020. . Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana. . Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah . Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana. . Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor. 4. Perumahan Lebih Mampu Milik . Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor . Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000 . 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000 . Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri . Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang . Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR – perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri . Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma . Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB . Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda . Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang . Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang. 5. Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing . Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor . Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional . Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama . Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM . Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda . Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian . Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia . Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli . Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor . Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah . Pengukuhan Institut Pendidikan Asas Masyarakat: . Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan . Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor . Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500 . Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor 6. Selangor Lebih Progresif . Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor . Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub . Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri . Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana – RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan 7. Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih . Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu . Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar . Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian -BERNAMA http://www.suaragenerasibaru.com/?p=77273#_Sent from my iPad |
Posted: 18 Apr 2013 03:01 AM PDT Semalam panglima bersama rakan seperjuangan telah pergi ke padang di taman pinggiran putra putrajaya untuk mendengar ceramah yang dibarisi tokoh besar dalam Pakatan. Nama seperti Nik Aziz Haji Hadi Anwar Ibrahim dan Hanipa Maidin selain Husam Musa adalah tarikan yang cuba digunakan untuk menarik pengundi Putrajaya. Namun yang datang hanya Hanipa Maidin dan Hj Hadi sahaja. Yang lain tidak hadir termasuk Anwar Ibrahim yang menimbulkan kekecewaan rakyat yang rata-rata mahu mendengar penipuan terbaru beliau dengan gaya lakonan sehebat pelakon Hindustan di atas pentas politik. Husam Musa menulis di page FB beliau tidak kurang 20,000 datang. Panglima mengira dengan kawan, anggaran hanya 5 ribu sahaja yang datang. Rata-rata hanya mahu mendengar penipuan dan lawak jenaka bukan mahu menyokong mereka. terutama ketika sekarang ini heboh isu Video Mustafa Ali yang tidak diulas sepatah pun oleh Haji Hadi walaupun semua orang ternanti-nanti jawapan isu tersebut yang gagal dijawab dengan berkesan hingga kini. imej di Page FB beliau untuk Parlimen Putrajaya namun ternyata gagal baca dengan tepat di pentas hadapan khalyak semalam Namun ayat dibaca beliau salah apabila menyebut 'nasrallah' bukan 'nasrullah' dalam surah An-Nasru tersebut. Satu lagi 'wastagfir' dibaca 'wastagfar' bukti bagaimana kalam Allah sudah tidak sama di mulut seorang Naib Presiden Parti Islam akibat perbuatannya. Kerana pengalaman panglima menghafal Al Quran ia tidak akan salah jika kita bersih jiwa raga dan selalu mengulangnya. Namun jika hati diisi dengan dosa dan putar belit semata, maka kita akan kotor diri dan sukar membaca kalam Ilahi dengan lancar. Video beliau akan terbit sikit masa lagi... |
Berita Harian | Transformasi hebat UMNO perjuang Islam pikat ulama Posted: 18 Apr 2013 02:50 AM PDT Kota Bharu: UMNO kini sudah melakukan transformasi lebih hebat dalam memperjuangkan Islam berbanding PAS sehingga menyebabkan alim ulama tertarik menyertai parti itu. Ahli Jawatankuasa Utama Minda Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff, berkata PAS yang cemas dengan keadaan itu membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa UMNO hanya memilih calon ulama hanya untuk meraih undi. PAS Kelantan kini tertekan dengan pelbagai transformasi dilakukan Najib yang memperkasakan Islam, sehingga sanggup melontar pelbagai tohmahan kepada UMNO serta BN" Mohd Syamsul Mohd Yusoff, Ahli Jawatankuasa Utama Minda Pondok Kelantan "Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, menuduh UMNO memilih golongan ulama sebagai calon pada pilihan raya umum untuk meraih undi, adalah tidak berasas. PAS Kelantan tertekan "Sebenarnya PAS Kelantan kini sudah tertekan dengan pelbagai transformasi dilakukan Najib yang berusaha memperkasakan Islam, sehingga sanggup melontar pelbagai tuduhan serta tohmahan kepada UMNO selain sokongan tinggi terhadap Barisan Nasional (BN)," katanya di sini, semalam. Beliau mengulas kenyataan Che Abdullah ketika berceramah di Wakaf Baru, di sini, malam kelmarin, dengan menuduh jika benar UMNO menjadikan ulama sebagai calon, maka golongan itu hanya digunakan pada musim pilihan raya saja. "Golongan ulama sepatutnya diberi keutamaan untuk kepentingan masyarakat Islam dan bukan hanya meraih undi pada pilihan raya umum nanti semata-mata," katanya. Sebelum ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengumumkan bahawa BN akan menampilkan tokoh ulama pada pilihan raya umum nanti. Mohd Syamsul yang juga aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI) berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian disebabkan kepemimpinan PAS Kelantan kini mula bimbang apabila sebahagian besar ulama pondok di negeri ini sudah tidak lagi menyokong parti itu. Ulama tinggalkan PAS "Golongan ulama ini pada Pilihan Raya Umum 2008, membantu PAS memenangi pilihan raya umum, namun kini sudah meninggalkan perjuangan parti itu kerana perjuangan mereka tidak betul. "Orang PAS kini sebahagian besar sudah buta hati disebabkan pemimpin mereka sudah menanam sikap taksub terhadap parti dalam kalangan pengikut, sehingga menuduh segala yang buruk adalah dari UMNO belaka," katanya. Sent from my iPad |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |