PEJUANG BANGSA |
- Gempar ! Esok PKR tayang lelaki video mirip Anwar dari Thailad #tolakPR
- HOT ! PAPAN IKLAN HARAM ANWAR AKAN DICABUT JIKA BN MENANG PP #PRU13 #PG13
- Bila pakar perfileman buat analisa video skandal #StopaSpenda
- TERKINI ! Penyokong DAP Pulau Tikus ugut boikot calon pilihan Guan Eng ! #PRU13 #PG13
- HOT! BEKAS PEMIMPIN PKR DEDAH ANWAR GOYANG BILA DR MAZLAN CALON BN #PRU13 #PG13 #TOLAKPR
- Hot ! Ketua Cabang PRK boikot , gelar calon PKR Tapah calon bakul sampah !! #tolakPR #PRU13
Gempar ! Esok PKR tayang lelaki video mirip Anwar dari Thailad #tolakPR Posted: 18 Apr 2013 05:18 AM PDT Hari ini banner solat hajat PKR pada malam penamaan calon esok di Madrasah Al Nadhoh telah banyak ditampal di sekitar Permatang Pauh. Dikhabarkan PKR akan menampilkan lelaki yang akan mirip Anwar yang dibawa khas dari Thailand!! GPB tak terkejut pun dengan berita ini kerana sebelum kita dah didedahkan oleh Datuk Zul Nordin mengenai rancangan jahat Anwar dan PKR semasa kempen PRU13. Apapun GPB akan tunggu esok malam apakah benar berita ini atau mereka hanya nak tarik perhatian rakyat Prmtg Pauh supaya hadir |
HOT ! PAPAN IKLAN HARAM ANWAR AKAN DICABUT JIKA BN MENANG PP #PRU13 #PG13 Posted: 18 Apr 2013 01:03 AM PDT Seorang pembaca mengirim email memaklumkan papan iklan tanpa lesen dipasang sewenang-wenangnya di Seberang Prai Pulau Pinang tanpa halangan daripada kerajaan tempatan. "Papan BN dikatakan haram dan dibuka oleh kerajaan tempatan Pulau Pinang dan Selangor. "Tetapi papan iklan haram tanpa lesen PR yang merebak di kawasan Seberang Perai Sebanyak 20 unit tiada masalah,"katanya yang turut melampirkan sekeping foto papan iklan tersebut. Papan iklan itu tertera wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertulis "Demi Rakyat, Pakatan jamin masa depan anda." "Itu bukan papan kempen pilihanraya..sebab struktur papan sahaja bernilai hampir RM50 ribu satu unit. "Tanya pada MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai) kenapa tak ambil tindakan? Dimaklumkan Company(yang buat) itu (adalah) Green Maestro Dari Pulau Pinang ada kabel besar. "Jadi Majlis tak boleh buat apa apa,"katanya lagi.. - AIDC |
Bila pakar perfileman buat analisa video skandal #StopaSpenda Posted: 18 Apr 2013 12:04 AM PDT Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu. Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna. Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual. Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat. Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple. seterusnya klik kickdefella |
TERKINI ! Penyokong DAP Pulau Tikus ugut boikot calon pilihan Guan Eng ! #PRU13 #PG13 Posted: 17 Apr 2013 11:09 PM PDT – Kira-kira 50 penyokong DAP mengadakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mereka sifatkan bertindak kejam terhadap wakil rakyat kawasan itu, Koay Teng Hai. Ia berikutan keputusan Guan Eng yang tidak mencalonkan semula Teng Hai bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Wakil kumpulan itu, Catherine Kong, 70, berkata, pengundi di kawasan itu kecewa apabila dimaklumkan sendiri oleh Teng Hai tentang keputusan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. "Kami boleh terima kalau Teng Hai digantung daripada parti tetapi tidak mencalonkannya semula adalah tidak patut. "Keputusan ini menunjukkan Guan Eng tidak layak dihormati," katanya selepas bantahan di Pasar Pulau Tikus di sini semalam. Katanya, sebagai tanda protes, dia akan berkempen supaya penduduk Pulau Tikus tidak menyokong calon selain Teng Hai. "Kenapa Teng Hai dilayan sebegini. Inikah balasan DAP kepada calon harapan rakyat," tegasnya. Khoo Jin Liat, 80, pula berkata, dia menganggap keputusan Guan Eng itu sebagai bodoh. Disebabkan rasa kecewa, katanya, dia akan meminta keluarganya tidak mengundi DAP pada PRU- |
HOT! BEKAS PEMIMPIN PKR DEDAH ANWAR GOYANG BILA DR MAZLAN CALON BN #PRU13 #PG13 #TOLAKPR Posted: 17 Apr 2013 09:24 PM PDT Zahrain berkata, Mazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri itu dianggap buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan Anwar kerana beliau mengetahui 'selok-belok' sikap Anwar. "Mazlan dahulu merupakan antara orang kuat Pas yang menyokong Anwar dan saya yakin dengan kesedaran yang ditonjolkan Mazlan, beliau mampu untuk menarik sokongan dalam kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh. "Jadi saya harap andai benar Anwar kononnya pemimpin hebat seperti yang dicanang sebelum ini, jangan lari bertanding di Parlimen lain," katanya selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Bayan Baru dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di Sungai Ara di sini malam tadi. - UTUSAN |
Hot ! Ketua Cabang PRK boikot , gelar calon PKR Tapah calon bakul sampah !! #tolakPR #PRU13 Posted: 17 Apr 2013 06:51 PM PDT Soal pemilihan calon dalam Pakatan terus bergolak . Macai2 bloggger Pakatan diam bila masalah berlaku dalam parti mereka terutaman PKR . Semalam di Parlimen Tapah , lebih separuh daripada jentera pilihan raya PKR cabang terbabit mengumumkan untuk memboikot calon yang dinamakan parti berkenaan. Lebih mengejutkan, Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani, 49, semalam mengumumkan bertanding sebagai calon bebas bagi Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-13. Menurut Ridzuan, keputusan itu adalah atas kehendak akar umbi terutama penyokong setia PKR daripada masyarakat India yang menolak bekas pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar sebagai calon. "Apa yang berlaku, mereka (PKR Pusat) hantar (calon) daripada bakul sampah. Takkan kita hendak terima calon seperti ini. "Semua (PKR) tidak terima bahkan masyarakat di sini semua tidak terima beliau. Pokok kayu, daun dan ular-ular tidak terima calon berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Cabang PKR Tapah di sini. Hadir sama, Setiausaha PKR Cabang Tapah, R. Maniam. Menurutnya, ketidakpuasan terhadap pencalonan Vasantha Kumar dari Kedah telah disuarakan kepada PKR pusat namun ia tidak dihiraukan. "Kali terakhir saya hantar khidmat pesanan ringkas kepada dua pemimpin termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ialah pada petang Isnin lalu tetapi tiada jawapan," katanya. Mengakui Pakatan Rakyat bakal lumpuh berikutan tindakannya itu, Ridzuan turut memperlekehkan jentera calon PKR terbabit yang didakwa dibawa dari Tanjung Malim dan Sungai Petani, Kedah. "Sudah tentu (lumpuh) tetapi jentera saya sudah bersedia. Jentera saya datang daripada kalangan orang jujur, bukan orang parti, bukan orang mata duitan," katanya. Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Tapah dan kekal sebagai ahli parti. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_21.htm#ixzz2Qm9qoiTE Hakcipta terpelihara |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |