Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Ohpolitik!™

$
0
0

Ohpolitik!™


GEMPAR!! KERANA TERESAKOK SONGLAP DUIT, #DAP HARI Ni GUGURKAN KOK DARI BERTANDING?

Posted: 18 Apr 2013 02:52 AM PDT





Beberapa nama signifikan pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan Janice Lee digugurkan daripada senarai calon parti itu di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika membuat pengumuman itu di sini hari ini memberitahu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklum balas ahli parti.


DAPkan parti bersih..mana ada rasuah..salah guna kuasa.. baru satu penggal dah macam-macam, kalu banyak lagi penggal si ayam berkokok ni bertanding tak tau ler..Slurp.. kok..kok..kok.. he he he

[ #TolakDAP ] MASIHKAH KAU INGAT MELAYU PENDEDAHAN #DAPracist ?

Posted: 18 Apr 2013 01:36 AM PDT


Tidak lama dulu akhbar tempatan heboh dengan satu majlis makan malam di Hotel Red Rock Pulau Pinang anjuran Ahli Parlimen DAP dari Jelutong yang dihadiri sekumpulan 35 orang paderi Kristian yang dikatakan berikrar mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Dikatakan juga bahawa parti itu sudah bersetuju bekerjasama dengan pihak Kristian bagi menjayakan misi berkenaan dalam jangka masa 10 tahun.
Juga didedahkan perancangan mereka hendak mengkristiankan orang Melayu seperti yang sudah dilakukan di beberapa bandar di Sarawak termasuk Sibu dan Miri.
Pendedahan itu dibuat oleh bekas anggota kuat dan berpengaruh DAP Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman, dalam beberapa ceramahnya selepas insaf dengan apa yang dilakukan parti yang amat kuat didukungnya pada suatu ketika.
Beliau kemudian dipecat parti itu selepas membuat pendedahan terbabit. Razali juga membuat laporan polis pada 13 Mei 2011, di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown, mengenainya tetapi hingga kini tidak pula diketahui apakah hasil siasatan polis.
Hanya kerana kuasa
Inilah sebenarnya perjuangan parti yang bersekongkol dengan PAS hanya kerana mahu mendapat kuasa. Oleh kerana mahukan kuasa, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia pula bekerjasama dengan DAP walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh, pernah berikrar akan menentang habis-habisan usaha mewujudkan undang-undang syariah dalam negara ini.
Tidak kurang menarik pendedahan Razali itu ialah mengenai strategi DAP untuk menawan Putrajaya. Memang tidak ganjil bagi sebuah parti politik mengadakan strategi untuk memenangi pilihan raya dan dengan itu dapat menerajui kerajaan.
Usaha ini sudah jelas dilaksanakan gabungan pimpinan bapa dan anak dalam parti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang beriya-iya mahu menonjolkan DAP sebagai parti dominan dalam pembangkang.
Dalam keghairahan mereka itu, Kit Siang mempertaruhkan masa depan politiknya bertanding di Gelang Patah, Johor dengan harapan menerajui usaha pembangkang meresapi kubu kuat Umno tetapi beliau kini terpaksa pula berhadapan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Walaupun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina, Abdul Ghani yang dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang Cina Johor tentunya mempunyai harapan mendapat sokongan mereka. Ini masanya bagi pengundi Cina membuktikan bahawa mereka bukan perkauman dengan memberi sokongan kepada Ghani.
Apa yang menarik daripada pendedahan bekas Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang itu yang juga Timbalan Ketua Pemuda DAP negeri terbabit, mengesahkan pandangan ramai terhadap parti yang dianggap cauvinis Cina.
Tindas orang Melayu
Pendedahan Razali menguatkan lagi anggapan ramai terhadap sifat dan perjuangan perkauman parti itu. Beliau mengakui sudah diberi kepercayaan melaksanakan pelbagai rancangan yang menekan orang Melayu di pulau itu dengan menyandang jawatan sebagai Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam.
Antara tugas utamanya dalam kerajaan negeri ialah merancang bagaimana mahu mengusir orang Melayu keluar dari Pulau Pinang dan sudah terbabit secara langsung dalam isu tanah orang Melayu, termasuk di Pokok Asam, Jelutong, Balik Pulau, Bayan Mutiara dan pelupusan rancangan membina sebuah masjid yang berharga RM125 juta dengan memberikan tapaknya untuk sebuah bangunan komersial.
Beliau juga mengakui bertanggungjawab merancang usaha merampas tanah orang Melayu dan merobohkan kedai orang Melayu kerana tidak menyokong DAP. Bagaimanapun, peniaga Cina yang diketahui penyokong pembangkang tidak diusik langsung walaupun tidak mempunyai lesen berniaga.
Memandangkan dia sudah diberi kepercayaan oleh Guan Eng, tentunya Razali mengetahui banyak hal mengenai perjuangan dan tindakan parti yang tidak didedahkan kepada khalayak.
Lebih-lebih lagi kerana dia dilantik menjadi penasihat yang dipercayai oleh Ketua Menteri itu dengan menyandang pelbagai jawatan penting parti termasuk menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas Ketua Menteri, selain Setiausaha Publisiti DAP negeri.
Yang agak mencemaskan ialah pendedahannya terhadap keghairahan parti itu menggunakan pegawai Zionis Yahudi sebagai penasihat perancangan dengan melatih dan menasihat satu jawatankuasa sulit 17 orang pakar strategi yang juga dianggotai Razali, satu-satunya orang Melayu serta seorang India. Yang lainnya berbangsa Cina.
"Kami dilatih oleh pakar dari luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan Israel." — Berita Harian

ROS TIDAK IKTIRAF #DAP : SAH DAP BERTANDING GUNA BENDERA #PAS? #PRU13 #GE

Posted: 18 Apr 2013 01:10 AM PDT

Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP. 

DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 3 petang ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar selepas itu. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya dalam satu sidang untuk mengumumkan senarai calon DAP Selangor di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Haha.. habisla kesucian PAS dilacurkan DAP si BABI tua tew.. hahaha.. 

[ #PRU13 #GE ] SENARAI CALON PAKATAN RANJANG KELANTAN #TukarKelantan

Posted: 17 Apr 2013 08:33 PM PDT


Berikut adalah senarai calon PAS dan PKR bagi 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 seperti yang diumum malam tadi.

PARLIMEN

P019. Tumpat : Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS)
P020. Pengkalan Chepa : Ezani Hussin (muka baharu)
P021. Kota Baharu : Datuk Takiyuddin Hassan
P022. Pasir Mas : Nik Abduh Nik Aziz (muka baharu)
P023. Rantau Panjang : Zailah Mohd Yusoff
P024. Kubang Kerian : Ahmad Baihaqi Atiqullah
P025. Bachok : Ahmad Marzukh Shaari
P026. Ketereh : Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR)
P027. Tanah Merah : Nik Mahmood Nik Hassan (PKR)
P028. Pasir Puteh : Nik Mazian Nik Muhammad
P029. Machang : Wan Zawawi Wan Ismail (PKR)
P030. Jeli : Afendi Muhammad
P031. Kuala Krai : Dr Muhammad Hatta Ramli
P032. Gua Musang : Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah

DEWAN UNDANGAN NEGERI

N01. Pengkalan Kubor : Shahrom Ibrahim (PKR)
N02. Kelaboran : Mohd Zaki Ibrahim
N03. Pasir Pekan : Datuk Ahmad Yacob
N04. Wakaf Bharu : Abdullah Mat Nawi
N05. Kijang : Wan Ubaidah Omar
N06. Chempaka : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
N07. Panchor : Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah
N08. Tanjong Mas : Wan Rohani Ibrahim
N09. Kota Lama : Datuk Anwar tan
N10. Bunut Payong : Dr Ramli Mamat (muka baharu)
N11. Tendong : Rozi Mamat (muka baharu)
N12. Pengkalan Pasir : Hanifah Ahmad
N13. Chetok : Abdul Rahim Abdul Rahman
N14. Meranti : Datuk Nasuruddin Daud
N15. Gual Periok : Muhammad Awang
N16. Bukit Tuku : Rasul Muhammad (muka baharu)
N17. Salor : Husam Musa
N18. Pasir Tumboh : Abdul Rahman Yunus (muka baharu)
N19. Demit : Mumtaz Nawi (muka baharu)
N20. Tawang : Hassan Mahmud
N21. Perupok : Ruzaimi Hussin (muka baharu)
N22. Jelawat : Abdul Aziz Fadli
N23. Melor : Dr Yusman Yusuf (muka baharu)
N24. Kadok : Azami Mohd Noor
N25. Kok Lanas : Nik Mahadi Nik Mahmud (muka baharu)
N26. Bukit Panau : Datuk Abdul Fattah Mahmud
N27. Gual Ipoh : Wan Yusof Wan Mustapha
N28. Kemahang : Mejar (B) Datuk Anizam Abdul Rahman
N29. Selising : Saiful Bahri Mohamad
N30. Limbongan : Mazlan Hasbullah (muka baharu)
N31. Semerak : Wan Hassan Wan Ibrahim
N32. Gaal : Tuan Mazlan Tuan Mat (muka baharu)
N33. Pulai Chondong : Zulkifli Mamat
N34. Temangan : Fadhli Hassan
N35. Kemuning : Rosli Hassan (muka baharu)
N36. Bukit Bunga : Sufli Razak (muka baharu)
N37. Air Lanas : Abdullah Yaacob
N38. Kuala Balah : Ramlan Mat (muka baharu)
N39. Mengkebang : Abdul Latiff Abdul Rahman
N40. Guchil : BELUM DIUMUM/ PKR
N41. Manek Urai : Fauzi Abdullah
N42. Dabong : Ku Zaki Ku Hussin
N43. Nenggiri : Azihan Che Seman (muka baharu) (PKR)
N44. Paloh : BELUM DIUMUM/ PKR
N45. Galas : Abdullah Hussin


- Bernama

[ #PRU13 #GE ] PENDEDAHAN SURAT ARAHAN HADIR CERAMAH TAWAN PUTRAJAYA SEMALAM!! #TolakPR

Posted: 17 Apr 2013 08:20 PM PDT


Hahaha... dah la tak datang Anwar dan Nik Aziz semalam.. Hari ini gempar seluruh dunia.. PAS keluarkan surat arahan hadir ke Ceramah Tawan Putrajaya.. Patut pun penuh sesak Pinggiran Putra.. Butiran penuh pengisian ceramah kencing di sini, kisah penyokong Pakatan Ranjang kena kencing di sini.

MEMANG RAMAI PULANG HAMPA, DIKENCING PAKATAN RANJANG..

"HANGPA PANGKAH LA LAGI.. Ha Ha Ha" 


Pengunjung Ceramah Tawan Putrajaya kena Kencing : Anwar n Poknik Aziz takmuncul TIBA #TolakPR

Posted: 17 Apr 2013 09:04 AM PDT


Ratusan ribu penyokong anwar aljuburi dan tokguru poknik aziz kecewa apabila pemimpin yang dipuja tidak kelihatan. Menurut Pengacara Majlis aka cacai PAS anwar n poknik dah nak sampai tapi terpaksa berpatah balik kerana ada urusan lebih penting dari pengundi Putrajaya.

Sabotaj bagi memalukan dan menjatuhkan Husam ini dilihat sebagai tindakan terancang musuh husam dalam Pas. Selain berjaya membuang Husam jauh ke Putrajaya, mereka mampu menidakkan kedatangan wali selipar dan peliwat ke padang Pinggiran Putra ini.

Bagi aku pula yang menyaksikan sendiri sandiwara PAS menyimpulkan bahawa, belum dapat kuasa lagi, Pakatan Ranjang telah pun kencing kononnya Nuaq dan poknik aziz nak mai ceramah mereka, apatah lagi bila berkuasa kelak. Kempen kononnya poknik n anwar akan hadir hnyalah laungan kosong supaya seluruh pucuk pimpinan, ranting kayu Pakatan Ranjang turun meramaikan ceramah ini.

MEMANG RAMAI PULANG HAMPA, DIKENCING PAKATAN RANJANG..

"HANGPA PANGKAH LA LAGI.. Ha Ha Ha"



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SAH! KONFREM HUSAM IMPORT JENTERA DARI KELANTAN UNTUK TAWAN PUTRAJAYA! #PRU13 #GE

Posted: 17 Apr 2013 07:33 AM PDT


Dari tinjauan aku sepanjang aku pusing satu padang di lokasi ceramah Tawan Putrajaya bagi memberikan kemenangan kepada Husam pada PRU kali ini kesimpulan yang aku dapat gambarkan, hampir 80 peratus jentera penggerak termasuk unit amal dan crew layar led berlori semuanya orang Kelantan.

Memang tidak dapat aku nafikan, orang kelantan sangat kuat semangat kenegeriannya terutama bagi mereka yang tinggal diperantauan. Ramai juga kakitangan awam di Putrajaya berasal nun jauh dari kelantan. Mungkinkah aura Pas kelantan masih menebal hingga mereka sanggup dipergunakan bagi tujuan memenangkan rakan dari negeri mereka. Namun persoalan aku adakah mereka pengundi di Putrajaya?

Husam juga tanpa sokongan dan semangat kenegerian mana mungkin dia mendapat kejayaan bagi menawan Putrajaya. Namun kisah dongeng Husam sebagai ahli Parlimen Putrajaya bakal terjawab 5 Mei nanti.

Apa yang menarik perhatian aku, dalam aku pusing2, ada beberapa kedai seperti bihun sup kedah yang aku lihat banyak kali di ceramah pas seluruh pelusuk negara termasuk di PRK Tenang, Manek Urai, Galas dan byk lagi.... Masyukla tabung Milo malam ni..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LIVE 100Ribu Hadir CERAMAH TAWAN PUTRAJAYA #PRU13 #GE

Posted: 17 Apr 2013 06:44 AM PDT

Aku tengah tunggu kehadiran Perdana Menteri Malaysia AnwarBerahim dengan PokNik aziz di Padang Pinggiran Putra, Dengkil. Sambil2 tew aku bawakan kisah ceramah cacai2 Pas dulu.

Suara Cacai pertama, bertenaga, namun info out.. Boleh cuba lagi. Laung royalti tanpa rasa malu sedangkan manifestolol pakatan ranjang haram takdepun tulis royalti kelantan dan apa kena mengena dengan Putrajaya? Kepten Bersara YDP Pas Sepang tew..

Kata Pengacara Majlis, Sepang takde hospital, orang Sepang kena gi seremban untuk pergi hospital. Rayuan undi Kakitangan awam ditagih, tiada kakitangan awam dipecat.. Itu janji Pas, namun apakah dap sesuara dengan Pas?

Ketika ini Hadi Awang baru saja tiba, laungan Takbir hanya disahut oleh penyokong import. Sekeliling aku di tengah padang semua bisu jer.. Takde sambutan ke?

Laporan Lanjut bakal menyusul sebentar lagi.. Teruskan membaca ohpolitik.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

[ #PRU13 #GE ] BONGKAR STRATEGI #DAP BAGI MENDAPATKAN JOHOR !!

Posted: 17 Apr 2013 03:59 AM PDT



Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA dan sekaligus melumpuhkan UMNO di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini.

DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. Jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman.

Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA.


Ke arah itu, DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor di kerusi parlimen Kluang. Manakala penyandang kerusi Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan bertanding di Kulai


Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini.


Untuk rekod pada tahun 2008, DAP bertanding di enam kerusi Parlimen, menang satu iaitu di Bakri  dan daripada 12 DUN, mereka menang empat kerusi.  DAP menjadikan pilihan raya 2008 sebagai petunjuk prestasi bahawa mereka adalah lebih baik berbanding Pas dan PKR. Pas pula bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 34 DUN, hanya menang dua kerusi DUN. Manakala  PKR  bertanding di 10 kerusi Parlimen dan Dun tetapi kalah kesemuanya.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>