Sahabat-Gunung |
- PRU13 : Zubir tekad terus legasi Dato' Razali
- Haram J ..... Tak Guna ..... Teresa Kok gelapkan duit bantuan ibu tunggal
- Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang
- Emel dedahkan Pakatan bekerjasama dengan kumpulan pelobi Zionis
- Mangsa Kampung Buah Pala kecewa dengan Anwar Ibrahim
- Gandingan Muka Baharu Dan Lama Langkah Baik Pastikan Kemenangan BN - Mukhriz
- Wee Choo Keong desak Lim Kit Siang jelaskan isu pemilihan CEC DAP
- Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?
- Manifesto BN Selangor Janjikan Kehidupan Yang Lebih Baik Buat Rakyat Negeri Itu- Najib
- Kemenangan BN Di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju- Najib
- Chua Jui Meng bagai orang gila kempunan jawatan Ahli Parlimen
PRU13 : Zubir tekad terus legasi Dato' Razali Posted: 17 Apr 2013 11:39 PM PDT Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan Allahyarham Dato' Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu memandangkan beliau merupakan individu yang rapat dengan Allahyarham Dato' Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu. "Insya-Allah, saya yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kita semua percaya sokongan akan beralih arah demi memastikan arus pendidikan semasa harus didukung oleh kepimpinan yang lebih mantap, sebagaimana kesinambungan yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Dato' Razali Ismail. "Saya berhasrat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pemimpin hebat itu dalam memacu bidang pendidikan negara dan negeri , khususnya di Kuala Terengganu," kata calon BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, semalam. Haji Mohd Zubir yang berkhidmat sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) juga akan memastikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya yang sedang pesat membangun di sudut fizikal dan prasarana, tidak ketinggalan dalam melahirkan sumber manusia dan modal insan berkualiti yang digembleng dalam arus pendidikan semasa. Beliau juga mahu merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, sekaligus tidak menafikan peluang untuk anak muda lepasan sekolah menyambung pelajaran di universiti akibat kekangan sumber kewangan dan ekonomi. Dalam pada itu, bakal calon lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan Universiti Putra Malaysia itu akan memastikan tempoh berkempen dua minggu sebaik penamaan calon Sabtu ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menemui seluruh rakyat di Kuala Terengganu dalam siri lawatan, ceramah dan juga aktiviti kemasyarakatan. "Sepanjang kempen nanti sebagai calon mewakili parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara akan menerangkan secara terperinci dan tepat mengenai apa jua dasar, perjuangan dan setiap langkah kerajaan kepada semua rakyat yang ditemui kelak. "Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu menyentuh atau menceritakan perihal pihak lawan, kerana apa yang lebih utama rakyat kenal dan faham siapa yang layak dipilih untuk kesinambungan pembangunan hari ini," katanya. Untuk rekod, Allahyarham Dato' Razali meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang ketika berumur 59 tahun. Allahyarham bertanding pada PRU11 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas). | |
Haram J ..... Tak Guna ..... Teresa Kok gelapkan duit bantuan ibu tunggal Posted: 17 Apr 2013 08:59 PM PDT Sebagai seorang yang kerap menuduh BN dengan amalan rasuah, Teresa Kok sebenarnya seorang yang maha hipokrit. Sepatutnya beliau lebih menjaga kepentingan rakyat di Seputeh, tapi Teresa sibuk menjelajah negara untuk menjaja betapa kerajaan BN diselubungi rasuah. Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh ini, Tony Tan, telah mendedahkan Teresa telah menyeleweng wang yang sepatutnya disalurkan kepada ibu-ibu tunggal. Baca seterusnya di sini | |
Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang Posted: 17 Apr 2013 08:15 PM PDT Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu. Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu. Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu. Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja. Sebelumnya pada PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS. Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib, yang merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004. Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil, secara kasar ia kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu. Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu, di samping aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat, jelas sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang. Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12 sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang. Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan mengundi BN. Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan PAS, nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru. Seandainya ia menjadi kenyataan, selepas PRU-13 pastinya Hadi bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah kepada hayat politiknya kelak. | |
Emel dedahkan Pakatan bekerjasama dengan kumpulan pelobi Zionis Posted: 17 Apr 2013 07:30 PM PDT Satu pendedahan emel menunjukkan kumpulan pelobi Zionis telah bekerjasama dengan PKR. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli masih cuba menegakkan benang yang basah dengan menafikan penglibatan Orion Strategies dengan PKR. Pendedahan ini jelas membuktikan bahawa Anwar Ibrahim tetap mengekalkan hubungan strategik bersama kumpulan pro-Zionis di Amerika. | |
Mangsa Kampung Buah Pala kecewa dengan Anwar Ibrahim Posted: 17 Apr 2013 06:15 PM PDT 5 tahun berlalu, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang masih tidak dapat lupakan janji-janji manis Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu. Lepas 2 minggu Pakatan mentadbir Pulau Pinang, Anwar Ibrahim terus lupakan kesengsaraan mereka. Jika tidak ada campurtangan kerajaan BN, masalah Kg Buah Pala tidak akan selesai hingga ke hari ini. | |
Gandingan Muka Baharu Dan Lama Langkah Baik Pastikan Kemenangan BN - Mukhriz Posted: 17 Apr 2013 04:45 PM PDT Gandingan calon muka baharu bersama calon lama Barisan Nasional (BN) merupakan langkah terbaik untuk meneruskan transformasi parti bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata calon muka baharu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda itu dilihat lebih mempunyai cetusan idea baharu yang boleh digunapakai bersama pengalaman orang lama untuk gerak kerja bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbangkit. "Tidak semua tetapi perlu ada yang benar-benar mewakili golongan muda, sudah tentu pengalaman politik tidak berapa banyak tetapi dari segi cetusan idea yang mungkin boleh mereka bawa untuk tindakan. "Ini dilihat sebagai gandingan yang baik dengan orang lama yang mempunyai pengalaman mentadbir yang benar-benar memahami kehendak rakyat bagi mencari pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah berbangkit seperti perumahan, peluang pekerjaan, perniagaan, masuk ke IPT," katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Jawab kelolaan TV3 malam ini. Mukhriz yang juga bekas anggota Parlimen Jerlun, Kedah itu berkata calon yang terpilih wajar mengambil kira pandangan golongan muda yang mampu memberi pencetus semangat dalam usaha memajukan sesebuah negeri sekiranya menang pada pilihan raya nanti. "Macam di Kedah sendiri ada 43 peratus pengundi muda, iaitu kumpulan berpengaruh yang mana bekerja di luar Kedah dan bawa balik pelbagai sentimen, persepsi mengenai isu kebangsaan dan mahu lihat perubahan. "Jadi saya sentiasa mendekati mereka, mendengar apa pandangan mereka mengenai pelbagai isu, apa yang mereka idamkan bagi Kedah Darul Aman, untuk selesaikan masalah, saya tunjukkan kesungguhan BN untuk lakukan yang terbaik, ini semua kita muatkan dalam manifesto 'Aku Janji' BN Kedah," katanya. Mengulas mengenai manifesto tambahan BN Kedah yang dijangka akan diumumkan esok Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia lebih fokus kepada bidang hal ehwal agama, ekonomi dan sosial. "Bagi Kedah kita lihat penting soal hal ehwal agama iaitu maahad tahfiz kita bela, lihat ekonomi maju macam dapat pelbagai kemudahan dapat menarik banyak projek kita boleh laksana, perubahan sosial kita boleh lonjak ke tahap yang boleh membanggakan," katanya. Dalam pada itu, Mukhriz mengharapkan BN dapat menguasai kembali Kedah kerana kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat sangat penting untuk membangunkan sesebuah negeri terutamanya dalam bidang ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan. | |
Wee Choo Keong desak Lim Kit Siang jelaskan isu pemilihan CEC DAP Posted: 17 Apr 2013 09:46 AM PDT Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju dan juga bekas ahli DAP Wee Choo Keong mendesak Lim Kit Siang jelaskan isu-isu yang timbul berikutan skandal pemilihan CEC DAP Disember tahun lepas. DAP dikatakan membisu walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara. Wee juga hairan kenapa Datuk S Ambiga tidak mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan CEC DAP sedangkan BERSIH kerap mengkritik urusan pilihanraya di negara ini. | |
Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS? Posted: 17 Apr 2013 08:59 AM PDT Dato' Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung. Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa. Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas. Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga. Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana 'nama' memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan. Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha. Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali. Oleh kerana pengalaman yang luas dan 'berpeluang' menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato' Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa. Benarlah kata orang bijaksana, iaitu "ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain". Walaupun Dato' Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya. Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali. Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya. Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej 'elit' dan tidak sesuai dengan 'keperibadian' negeri Kedah. Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua. Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato' Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen. Pendek kata, berita tersebut diterima rakyat Kedah sebagai doa yang telah dimakbulkan. Ia juga turut membuktikan bahawa Dato' Seri Najib benar-benar mendengar suara rakyat walaupun terdapat usaha yang cukup giat dari beberapa pihak untuk menyekatnya. Namun, satu perkara yang membuatkan rakyat Kedah agak 'cuak' ialah kawasan yang bakal ditandingi Dato' Mukhriz dikatakan sebagai sebuah kubu PAS, iaitu DUN Ayer Hitam. Pada tahun 2008, Dato' Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi. Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi. Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939. Justeru, untuk menyatakan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS mungkin masih boleh diperdebatkan. Pastinya ada sebab musabab tertentu yang menyebabkan rakyat di DUN Ayer Hitam menukar pilihan mereka dari BN pada 2004 kepada PAS pada 2008. Berdasarkan fakta di atas, maka tidak mustahil rakyat DUN Ayer Hitam akan menukar kembali ke BN pada tahun 2013 ini, atas faktor Dato' Mukhriz. Secara umumnya, harapan rakyat Kedah terhadap Dato' Mukhriz amatlah tinggi dan sekiranya rakyat di DUN Ayer Hitam tidak membuat pilihan yang tepat, maka mereka pasti dianggap sebagai menghancurkan hati keseluruhan rakyat negeri itu. Kedah memerlukan suntikan semangat baru untuk keluar dari kepompong 'selesa' serta bangun memajukan diri selaras dengan pengiktirafan ibunegerinya, Alor Setar sebagai sebuah bandaraya lama dahulu. Selama ini, 'Bandaraya' Alor Setar adalah bandar yang 'mati', tiada aktiviti. Semenjak diambil-alih oleh PAS pula, yang hidup hanyalah pusat-pusat karaoke sahaja, sementara peluang pekerjaan lain masih tiada. Kedah dikatakan hanya selangkah sahaja ke hadapan dari Kelantan dari segi mentaliti dan sosial. Dari segi ekonomi juga, Kedah baru saja menjunam ke bawah akibat ketidakcekapan kerajaan PAS. Dalam pada itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cabaran untuk membangunkan Kedah dari segi ekonomi harus bermula dengan memajukan mentaliti rakyatnya terlebih dahulu. Hari ini, pusat-pusat pelancongan yang berpotensi di Kedah masih tidak mampu menepati namanya sendiri sebagai 'pusat pelancongan bertaraf antarabangsa'. Antaranya, Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan berbagai-bagai lagi. Hotel-hotel dan resort yang ada di Kedah juga dikatakan masih belum mampu menyaingi taraf profesionalisme hotel-hotel di kawasan pelancongan negeri lain seperti Melaka, Kuantan dan sebagainya. Semua ini berkait rapat dengan 'mentaliti'. Satu-satunya kawasan yang tampak 'bertenaga' di Kedah ialah Langkawi. Dari segi pelaburan pula, Kedah turut menjunam selepas diambil alih oleh PAS. Menteri Besar Kedah yang ada kini, langsung tidak pernah membuat pertemuan dengan para pelabur sedia ada mahupun terlibat dalam misi-misi pelaburan negeri. Oleh itu, dengan ketokohan Dato' Mukhriz sebagai usahawan berjaya, kita pasti 'menjana ekonomi' bukanlah cabaran besar baginya, tetapi ia mungkin menjadi sukar sedikit kerana perlu terlebih dahulu menangani cabaran 'mentaliti' orang-orang sekelilingnya dan rakyat Kedah sendiri. Kedah amat memerlukan Dato' Mukhriz untuk memulihkan kembali segala kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh PAS. Sesungguhnya, kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh parti itu selama sepenggal, bukanlah sedikit. Dan jika PAS masih terus kekal memerintah di Kedah selepas PRU ini, maka Kedah pasti akan kembali ke 20 tahun ke belakang, sehingga memerlukan berpuluh tahun lagi untuk pulih sepertimana di bawah BN sebelum ini. Hari ini, rakyat Kedah seolah-olah meletakkan semua harapan terhadap Dato' Mukhriz ke atas bahu pengundi di DUN Ayer Hitam. Harapan yang sama juga diletakkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin BN, jentera parti, termasuk mereka yang tidak tersenarai sebagai calon, untuk membantu 'meletakkan yang hak ditempatnya' demi kebaikan semua. | |
Manifesto BN Selangor Janjikan Kehidupan Yang Lebih Baik Buat Rakyat Negeri Itu- Najib Posted: 17 Apr 2013 08:14 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang dilancarkan malam ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat rakyat berbilang kaum di negeri itu. Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa rakyat untuk turut sama bertindak demi kemajuan negeri Selangor yang berkesan. "Malam ini, saya akan melancarkan manifesto untuk negeri Selangor yang menjanjikan kehidupan lebih baik buat rakyat berbilang kaum di Selangor. Marilah kita sama-sama bertindak untuk kemajuan Selangor yang berterusan," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini. Najib malam ini melancarkan manifesto tersebut yang mengandungi tujuh teras dan 56 aku janji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Antara lainnya BN berjanji mewujudkan koridor baharu "Selangor Global Logistic Hub" di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing dan antarabangsa dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor. Tujuh teras aku janji BN Selangor itu ialah Masa Depan Lebih Cerah, Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang, Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera, Perumahan Lebih Mampu Milik, Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing, Selangor Lebih Progresif dan Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih. Najib berkata senarai calon yang akan mewakili BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kebanyakannya adalah muka baharu merupakan wakil BN yang akan mendokong prinsip transformasi kerajaan. Katanya langkah itu sekaligus akan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang lebih baik berbanding sebelum ini. | |
Kemenangan BN Di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju- Najib Posted: 17 Apr 2013 07:58 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan. Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju. "Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik. "60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar," katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam ini. Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka. Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif. "Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatan pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat. "Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN," katanya. Najib turut mempersoal banyak janji kerajaan pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan kepada anak-anak yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Najib percaya calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu membawa perubahan serta dapat menunaikan segala aku janji kepada rakyat negeri ini. "Dengan penuh rendah diri, saya bagi pihak BN Selangor ingin nyatakan kepada rakyat Selangor, inilah pasukan yang menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada Selangor... pasukan yang memenuhi harapan rakyat, membawa perubahan dan menentukan Selangor akan maju dengan lebih hebat di bawah BN," katanya. Perdana Menteri berkata sebagai Pengerusi BN dan ketua kerajaan, beliau akan memastikan setiap aku janji parti itu akan ditepati jika BN memerintah kembali Selangor. "Walaupun saya tidak jadi Menteri Besar Selangor kerana saya akan bertanding di Pekan (Pahang), sebagai Perdana Menteri saya akan meneliti dengan begitu serius, mengawasi serta memantau agar semua Aku janji ditepati oleh barisan wakil rakyat (BN)," katanya. Pada masa sama, Najib berharap pengundi Selangor bijak memilih kerajaan yang mampu menunaikan janji dan tidak tertipu sekali lagi dengan janji-janji pakatan pembangkang dalam tempoh lima tahun lepas. Perdana Menteri berkata rakyat Selangor sudah serik dengan janji-janji kosong kerajaan pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai 'orang munafik' kerana memungkiri janji. Najib turut mengumumkan, antara perkara utama dalam Aku janji BN Selangor iaitu sambungan pajakan tanah secara automatik akan dipertimbangkan dan menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di 14 pihak berkuasa tempatan (PBT). PAKAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memperkasakan system maklum balas kerajaan dan memudahkan pelaksanaan manifesto BN Selangor. "Manifesto (Aku janji) dianggap sebagai janji... kalau kita anggap sebagai janji, manifesto bukanlah satu dokumen yang boleh dipermainkan atau dipermudahkan oleh sesiapa. "Kalau manifesto itu bukan janji, saya nak tanya? Apa gunanya bentang manifesto kepada rakyat? Rekod BN tunaikan janji tidak boleh dipertikaikan lagi, malah penganalisis politik dan ekonomi mengakui kerajaan BN telah membawa perubahan besar berdasarkan kepada program transformasi nasional. "Ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat dan kita menambahkan lagi keyakinan kepada rakyat bahawa kekayaan negara meningkat dengan kadar yang dikagumi dunia," katanya. Aku janji BN Selangor adalah berdasarkan tujuh teras dan 56 janji dengan tema 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran'. Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. | |
Chua Jui Meng bagai orang gila kempunan jawatan Ahli Parlimen Posted: 17 Apr 2013 02:01 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |