Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

AZLI SHUKRI

$
0
0

AZLI SHUKRI


DAP Terus Dengan Perjuangan Cauvinis - Rejal Arbee

Posted: 17 Apr 2013 10:26 PM PDT

Tidak lama dulu akhbar tempatan heboh dengan satu majlis makan malam di Hotel Red Rock Pulau Pinang anjuran Ahli Parlimen DAP dari Jelutong yang dihadiri sekumpulan 35 orang paderi Kristian yang dikatakan berikrar mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini. 

Dikatakan juga bahawa parti itu sudah bersetuju bekerjasama dengan pihak Kristian bagi menjayakan misi berkenaan dalam jangka masa 10 tahun.

Juga didedahkan perancangan mereka hendak mengkristiankan orang Melayu seperti yang sudah dilakukan di beberapa bandar di Sarawak termasuk Sibu dan Miri.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas anggota kuat dan berpengaruh DAP Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman, dalam beberapa ceramahnya selepas insaf dengan apa yang dilakukan parti yang amat kuat didukungnya pada suatu ketika.

Beliau kemudian dipecat parti itu selepas membuat pendedahan terbabit. Razali juga membuat laporan polis pada 13 Mei 2011, di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown, mengenainya tetapi hingga kini tidak pula diketahui apakah hasil siasatan polis.

Hanya kerana kuasa

Inilah sebenarnya perjuangan parti yang bersekongkol dengan PAS hanya kerana mahu mendapat kuasa. Oleh kerana mahukan kuasa, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia pula bekerjasama dengan DAP walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh, pernah berikrar akan menentang habis-habisan usaha mewujudkan undang-undang syariah dalam negara ini.

Tidak kurang menarik pendedahan Razali itu ialah mengenai strategi DAP untuk menawan Putrajaya. Memang tidak ganjil bagi sebuah parti politik mengadakan strategi untuk memenangi pilihan raya dan dengan itu dapat menerajui kerajaan.

Usaha ini sudah jelas dilaksanakan gabungan pimpinan bapa dan anak dalam parti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang beriya-iya mahu menonjolkan DAP sebagai parti dominan dalam pembangkang.

Dalam keghairahan mereka itu, Kit Siang mempertaruhkan masa depan politiknya bertanding di Gelang Patah, Johor dengan harapan menerajui usaha pembangkang meresapi kubu kuat Umno tetapi beliau kini terpaksa pula berhadapan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Walaupun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina, Abdul Ghani yang dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang Cina Johor tentunya mempunyai harapan mendapat sokongan mereka. Ini masanya bagi pengundi Cina membuktikan bahawa mereka bukan perkauman dengan memberi sokongan kepada Ghani.

Apa yang menarik daripada pendedahan bekas Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang itu yang juga Timbalan Ketua Pemuda DAP negeri terbabit, mengesahkan pandangan ramai terhadap parti yang dianggap cauvinis Cina.

Tindas orang Melayu

Pendedahan Razali menguatkan lagi anggapan ramai terhadap sifat dan perjuangan perkauman parti itu. Beliau mengakui sudah diberi kepercayaan melaksanakan pelbagai rancangan yang menekan orang Melayu di pulau itu dengan menyandang jawatan sebagai Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam.

Antara tugas utamanya dalam kerajaan negeri ialah merancang bagaimana mahu mengusir orang Melayu keluar dari Pulau Pinang dan sudah terbabit secara langsung dalam isu tanah orang Melayu, termasuk di Pokok Asam, Jelutong, Balik Pulau, Bayan Mutiara dan pelupusan rancangan membina sebuah masjid yang berharga RM125 juta dengan memberikan tapaknya untuk sebuah bangunan komersial.

Beliau juga mengakui bertanggungjawab merancang usaha merampas tanah orang Melayu dan merobohkan kedai orang Melayu kerana tidak menyokong DAP. Bagaimanapun, peniaga Cina yang diketahui penyokong pembangkang tidak diusik langsung walaupun tidak mempunyai lesen berniaga.

Memandangkan dia sudah diberi kepercayaan oleh Guan Eng, tentunya Razali mengetahui banyak hal mengenai perjuangan dan tindakan parti yang tidak didedahkan kepada khalayak. Lebih-lebih lagi kerana dia dilantik menjadi penasihat yang dipercayai oleh Ketua Menteri itu dengan menyandang pelbagai jawatan penting parti termasuk menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas Ketua Menteri, selain Setiausaha Publisiti DAP negeri. 

Yang agak mencemaskan ialah pendedahannya terhadap keghairahan parti itu menggunakan pegawai Zionis Yahudi sebagai penasihat perancangan dengan melatih dan menasihat satu jawatankuasa sulit 17 orang pakar strategi yang juga dianggotai Razali, satu-satunya orang Melayu serta seorang India. Yang lainnya berbangsa Cina. "Kami dilatih oleh pakar dari luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan Israel." — Berita Harian

Pakatan Rakyat Selangor Terima Padah?

Posted: 17 Apr 2013 03:11 AM PDT

SHAH ALAM, 17 April — Seorang ahli akademik, Prof Madya Dr Ismail Sualman, hari ini meramalkan kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei depan ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. 

Dr Ismail dari Fakulti Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan pakatan pembangkang melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah.

"Setiap pengundi ada hak untuk menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri, dengan tidak lagi mengundi Pakatan Rakyat. Maknanya inilah hukuman yang bakal diterima oleh kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi dan tidak menunaikan janji-janji," katanya dalam satu temuramah. "Inilah yang paling nyata sekarang. Itu sebabnya gelombang kemarahan rakyat dah ada. Gelombang kemarahan nak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan balik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dah mula bergerak," katanya. Sebagai contoh, beliau berkata inilah satu-satunya kerajaan negeri yang paling banyak disaman oleh rakyatnya sendiri dalam sejarah negara, ekoran tindakan sedemikian oleh kira-kira 3,000 ibu tunggal baru-baru ini kerana kerajaan negeri gagal menunaikan janji pemberian bantuan kepada golongan itu.

Dr Ismail berkata kerajaan pakatan pembangkang mengamalkan dasar pilih kasih dalam pengagihan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan warga tua dengan memberi hanya kepada penyokong parti-parti mereka, berbanding apa yang dilakuklan oleh BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati oleh rakyat tanpa mengira parti politik mana yang mereka sokong.

"Kerajaan negeri Selangor yang ini, tidak beri kepada ibu tunggal yang tidak menyokong parti Pakatan Rakyat. Ini satu kerajaan yang tidak adil. Juga bila katakan anak nak masuk ke pusat pengajian tinggi, dia akan siasat siapa keluarga dia. Kalau katakan dia keluarga orang UMNO, dia tidak akan bagi dan ini yang berlaku sebenarnya.

"Maknanya pilih bulu, pilih kasih. Bila ini berlaku saya rasa parti begini tidak akan disokong lagi kerana dia hanya berikan pada orang yang ada kepentingan sahaja. Satu lagi contoh, banyak elaun untuk suri rumah yang menjaga anak atau yang hantar anak ke tadika yang dijanjikan dalam manifesto mereka dahulu masih tidak diberi. Banyak janji yang tidak ditepati yang boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat akan kalah pada pilihan raya kali ini," kata Dr Ismail.

Beliau juga berkata memang kerajaan negeri menunaikan janji pemberian air percuma 20 meter padu pertama tetapi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah bertingkat yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak menggunakan meter secara individu sebenarnya tidak mendapat nikmat apa pun. Dasar air percuma yang dipertikaikan kewajarannya oleh banyak pihak ini lebih menguntungkan kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mendapat air percuma seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah, tambahnya.

Dr Ismail berpendapat apa yang berlaku di Selangor sudah tentu membuka mata pengundi bukan sahaja di negeri ini tetapi juga memberi impak kepada pengundi di seluruh Malaysia secara umumnya.

"Kerana apa yang berlaku di Selangor ini akan juga menjadi tempias kepada negeri-negeri lain. Dan sudah tentu dia akan memberi kesan implikasi kepada corak trend pengundian pada kali ini".

Beliau berkata rakyat Selangor juga "sangat marah" kerana kerajaan negeri di samping mempolitikkan isu air, juga melakukan perkara yang sama terhadap soal pendidikan kerana pentadbiran negeri masuk campur dalam urusan Universiti Selangor (Unisel).

"Unisel ini boleh jadi bankrap kerana terlalu banyak dipolitikkan hingga soal dalaman seperti siapa jadi Naib Canselor dan sebagainya ditentukan oleh (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Unisel menurun jumlah pelajarnya, daripada begitu banyak sehingga sekarang ini dah begitu banyak berkurangan". Beliau berkata tidak dapat dinafikan akan berlaku "pertempuran sengit" di antara BN dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini dan Selangor akan kembali kepada pangkuan BN sekiranya BN meletakkan "winnable candidate" atau calon-calon boleh menang yang mewakili nurani hati dan dekat dengan rakyat.

Kesimpulannya pentadbiran lima tahun pakatan pembangkang di Selangor merupakan tempoh "janji tinggal janji", sehingga manifesto yang dahulu pun tidak dianggap sebagai janji, katanya.

"Kalau sesuatu janji itu hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan seperti yang saya dapati dalam kajian saya, ini dah menipu rakyat." Merujuk kepada manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, Dr Ismail berkata manifesto yang baharu lebih banyak memansuh daripada membina. "Cuba tengok sendiri dalam manifesto baharu ini...menghapus itu, menghapus ini, dia tak cakap nak membina. Menghapus tol sebagai contoh tetapi dia nak buat tol daripada Tanah Besar sampai George Town...dia tulis situ terowong bertol tetapi dalam manifesto hapuskan tol. Yang mana satu ni? Manifesto itu dari awal -awal lagi dah menipu," katanya. — Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710