BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Nasha Aziz dipeluk 'lazat' lelaki
- Pasangan khalwat dalam kereta bertindak 'desperado'
- Apabila tiba masanya, inilah antara nama-nama yang akan hancurkan karier DS Anwar
- Mampukah PAS Pertahan Kalimah 'Allah' Dari Dicemari DAP?
- RM50 untuk sertai parti liar di Kuala Terengganu
- Nafsu liar pelajar pondok, noda kenalan perempuan baru dikenali
- 'Saya pun nak masuk tv jugak...'
- Padah curang, isteri dinoda kekasih warga Pakistan
- Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz
- 'Henjut' sebelum naik pelamin
- Pelakon dan model wanita terkenal dicekup dalam serbuan
(Gambar) Nasha Aziz dipeluk 'lazat' lelaki Posted: 01 Jan 2013 03:30 PM PST Melihat kepada susuk tubuh wanita yang terdapat didalam gambar yang diberikan kepada kami ianya persis milik seorang model jelita dan juga selebriti tanah air yang sangat dikenali iaitu Nasha Aziz. Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media. Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini? Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013. Tidak pastilah pula jika lelaki didalam gambar yang lazat memeluk erat Nasha Aziz itu adalah kenalan rapat ataupun kekasihnya. Menurut apa yang disampaikan kepada kami lagi kemesraan mereka jelas dilihat sepanjang berada di dalam kawasan Stadium Malawati walaupun ada mata yang sesekali menjeling kearah tingkahlaku mereka, tapi masih tetap utuh berpelukan mesra. Jika benar lelaki didalam gambar ini adalah teman yang istimewa buat Nasha Aziz suka kami ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi jika wanita ini bukan Nasha Aziz maka Dukacita kami melaporkan kepada anda. | ||
Pasangan khalwat dalam kereta bertindak 'desperado' Posted: 01 Jan 2013 08:30 AM PST
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang. Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu. Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri. Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian. Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan. Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984. | ||
Apabila tiba masanya, inilah antara nama-nama yang akan hancurkan karier DS Anwar Posted: 01 Jan 2013 07:01 AM PST Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela. Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan. Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya. Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya. Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah. Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual. 10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR. Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid. Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah. Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla. Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya. Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya. Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk. Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya. isuhot | ||
Mampukah PAS Pertahan Kalimah 'Allah' Dari Dicemari DAP? Posted: 01 Jan 2013 06:31 AM PST Nampaknya di saat tahun 2012 bakal melabuhkan tirai kalendarnya, DAP masih sempat untuk memberi tamparan hebat tepat ke muka PAS apabila Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa kalimah "Allah" itu bukan hak eksklusif umat Islam di negara ini. Setiusaha DAP itu dalam perutusan perayaan Krismas baru-baru ini sengaja "mencurah minyak" apabila mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu. Melalui kenyataan tersebut, maka sudah jelas mengenai dasar DAP yang sememangnya tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Semenanjung Malaysia yang sememangnya tidak dapat menerima gesaan yang berbentuk provokatif tersebut. Sebagai kerajaan yang sudah matang dengan permainan DAP itu, BN langsung tidak melayan kehendak pemimpin "chauvinis ultra kiasu" itu. BN kekal dengan keputusan sedia ada dengan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang biasa diamalkan pada 50 dulu memandangkan majoriti rakyat di sana adalah beragama Kristian. Tapi, tiba-tiba saja puak-puak PAS yang kononnya "jaguh Islam" di negara ini tampil memberikan kenyataan yang bertentangan dengan "jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz PAS" itu! Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi merupakan di antara pemimpin PAS yang "termakan umpan" Guan Eng. Bagaimanapun, mereka langsung tidak berani "menjentik" Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan hanya mampu menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kehendak Guan Eng. Begitulah PAS dan para pemimpinnya. Dengan Guan Eng pun mereka takut untuk bangkit menentang meskipun anak lelaki Lim Kit Siang itu begitu jelas cuba mencabar kemuliaan kalimah "Allah" yang selama ini dipertahankan oleh UMNO. Selama ini, puak-puak DAP begitu kuat mendesak agar penggunaan kalimah "Allah" dibenar untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, tapi UMNO mempertahankan kemuliaan nama "Allah" itu dengan baik melalui kuasa yang ada. Ketika UMNO mempertahankan isu kalimah "Allah" itu, maka muncul pula pemimpin PAS seperti Khalid "Gereja" Samad yang begitu bersungguh-sungguh menyebelahi kehendak DAP dan Guan Eng itu. Persoalannya, di mana Harun Taib, Tuan Ibrahim dan Nasruddin ketika itu? Mengapa tidak dipulas telinga dan dipecat saja kebiadapan Khalid Samad dalam tindakannya yang mencemar kemuliaan kalimah "Allah" itu? Zulkifli Noordin yang ketika itu bersama PKR, sanggup dipecat Anwar Ibrahim yang menyokong kehendak DAP. Tapi PAS pula seperti "lembu dicucuk hidung" pula bila berdepan dengan isu berkenaan. Macam itukah sifat "pejuang Islam"? Saya percaya, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini, sudah tentu mereka akan mencemar kemuliaan kalimah "Allah" dan melaksanakan kehendak DAP yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta sensitiviti umat Islam di Semenanjung. Maklumlah, kalau Hudud dan perjuangan "Negara Islam" yang dilaungkan PAS selama berpuluh tahun pun diketepikan begitu saja, bayangkan pula kedudukan suara dan dasar PAS di dalam gabungan "pakatan syaitan" itu. Saya yakin, nescaya PAS akan kekal sebagai "parti kasta bawahan" yang langsung tidak dipandang atau diberi muka oleh DAP manakala PKR pula akan terus menjadi "pak turut" kepada "adik parti PAP" di Singapura itu. Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memastikan kedaulatan Islam, kemuliaan Allah dan RasulNya di negara ini kalau bukan UMNO? UMNOlah yang selama ini mempertahankan Islam di Malaysia, tapi PAS tuduh pula UMNO "kafir"? Astaghfirullahil'azim… dukeofmontecristo@mykmu | ||
RM50 untuk sertai parti liar di Kuala Terengganu Posted: 01 Jan 2013 05:31 AM PST
Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya. Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam. Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook. "Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis. - Bernama | ||
Nafsu liar pelajar pondok, noda kenalan perempuan baru dikenali Posted: 01 Jan 2013 03:01 AM PST ALOR GAJAH - Berbekalkan wajah kacak dan sikap warak, bekas pelajar sebuah sekolah agama pondok tergamak merogol kenalan perempuan yang dikenali beberapa minggu lalu di laman sembang sosial. Difahamkan, tindakan licik yang dilakukan di sebuah rumah teres, di sekitar Masjid Tanah, di sini kelmarin bagaimanapun terbongkar setelah mangsa, seorang remaja berusia 14 tahun bertindak mendedahkan kegiatan jijiknya itu kepada seorang kenalan. Selepas pekungnya terdedah, kenalan mangsa berusaha mencari suspek yang berusia 18 tahun itu di sekitar pekan berkenaan sebelum suspek bersama mangsa ditemui kira-kira jam 10 malam. Jurucakap polis, berkata, ketika ditemui suspek berpura-pura tidak tahu dan cuba memujuk mangsa supaya perlakuannya itu tidak terdedah sebelum mangsa menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. "Bimbang kegiatannya terbongkar, suspek melarikan diri dengan melintas jalan raya namun gagal apabila suspek dikepung orang awam yang melihat kejadian itu," katanya. Menurutnya, dalam keadaan dirinya terkepung, suspek yang juga anak seorang pensyarah sebuah kolej sempat berdalih mendakwa dia tidak melakukan aktiviti terkutuk itu dan berani bersumpah. "Melihatkan mangsa juga berada di tempat berkenaan, suspek menyatakan sudah meniduri mangsa sebanyak lapan kali di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka dan terbaru di sebuah rumah teres. "Berikutan kenyataan suspek terbabit, orang awam yang kemudian membawa suspek terbabit masuk ke dalam kereta sebelum suspek diserahkan ke balai polis berdekatan," katanya. Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, mendakwa, kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, suspek masuk ke dalam bilik dan memaksanya melakukan hubungan seks. Menurutnya, kejadian berlaku di rumah seorang kenalannya di taman perumahan di sekitar Masjid Tanah, di sini. "Saya cuba menghalangnya dengan memberi alasan takut perbuatannya itu nanti diketahui rakan saya namun suspek tetap berkeras dan terus perkosa saya," katanya. Selepas kejadian itu, mangsa mendakwa, suspek tergesa-gesa keluar dan menghilangkan diri, disebabkan takut mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru mengenai kejadian. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan laporan dan penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berhubung kejadian berkenaan. Menurutnya, suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan diserahkan ke balai polis berdekatan sebelum suspek ditahan untuk sesi soal siasat mengenai dakwaan merogol seorang gadis bawah umur. "Kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Keganasan Rumahtangga, Wanita dan kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan lanjut," katanya. | ||
'Saya pun nak masuk tv jugak...' Posted: 01 Jan 2013 01:01 AM PST KOTA BHARU - Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas. Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak. "Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini. Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaannya muncul dalam televisyen bagi menjawab apa jua soalan yang dikemukakan semasa sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi menerusi siaran langsung televisyen RTM dan TV3 yang dimintanya. Namun dalam timbal balas yang diterima, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam isu penyiaran terbabit, seharusnya sebagai kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin beragama Islam, pihak terbabit perlu memberi peluang sama rata dan adil bagi menegakkan kebenaran. "Saya menyokong penuh kewibawaan Hadi yang bersedia menjelaskan amanatnya di televisyen, namun ia perlu disiarkan secara langsung dan bukannya rakaman seperti kenyataan Rais. "Susah apa jika disiarkan secara langsung, negeri kita demokrasi, harta benda kerajaan menjadi hak semua jika cukup umur. Dia (Hadi) merupakan lulusan universiti, pernah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar Terengganu, jadi beliau mempunyai hak untuk bersuara," katanya. Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain. "Perkara ini perlu difikirkan secara rasional dan sebagai negara demokrasi kita juga berhak bersuara, jangan jadi seperti negara diktator," katanya. | ||
Padah curang, isteri dinoda kekasih warga Pakistan Posted: 01 Jan 2013 12:01 AM PST GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit. Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama. Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks. Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek. Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya. "Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya. "Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa," katanya. Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu. Jurucakap polis berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan dan suspek juga turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan. | ||
Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz Posted: 31 Dec 2012 10:30 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen. Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini. Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan. "Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran. "Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," katanya kepada media semalam. Beliau berkata demikian berikutan terdapatnya individu tertentu yang mempertikaikan hasrat Abdul Hadi di samping kenyataan tokoh agama, Abdullah Sa'amah tidak bersetuju pemimpin Pas itu muncul di televisyen bagai menjelaskan amanat dibuatnya pada tahun 1981 itu. Sebelum itu beliau menerima dokumen Deklarasi Rakyat 2013 Rakyat Tuntut Royalti yang diserahkan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) Malaysia, Nazeri Deraman. Sambil mempertahan hak Ahli Parlimen Marang itu, Nik Aziz juga meyakinkan semua pihak Abdul Hadi bukan seorang jahil dan sepatutnya beri laluan kepadanya jelaskan perkara sedang hangat diperkatakan. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi menyatakan pendiriannya terhadap isu yang didakwa menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah, lagipun rakyat boleh nilai menerusi siaran langsung. Sabtu lalu, Abdul Hadi meminta diberi peluang secara langsung untuk menjelaskan itu dan bersedia bila-bila masa sahaja menghadirinya. Dalam pada itu, Nik Aziz bersetuju untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun tuntutan royalti lebih serius seperti yang dicadangkan NGO R dan perkara itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat exco terdekat nanti. Nik Aziz berkata, sekiranya wujud undang-undang yang menunjukkan Kelantan tidak berhak mendapat hak tuntutan itu sepatutnya undang-undang berkenaan digantikan dengan akta baru. Sinar | ||
Posted: 31 Dec 2012 09:01 PM PST BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin. Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu. Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan. "Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui. "Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram," katanya. Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997. "Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing," katanya. | ||
Pelakon dan model wanita terkenal dicekup dalam serbuan Posted: 31 Dec 2012 07:07 PM PST PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan. Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. "Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. "Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |