Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Tragedi Higland Tower boleh berulang di P.Pinang !!

Posted: 23 Dec 2012 05:48 AM PST



Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengawal projek pembangunan di kawasan tanah tinggi bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh, kata Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
    
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang berkata pihaknya telah mengenalpasti 19 projek perumahan yang dibina di lereng bukit yang kecerunannya melebihi 25 darjah dan berketinggian 250 kaki di sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas dan Batu Ferringhi di kawasan sebelah pulau.
    
"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dulu, kita tidak potong bukit sesuka hati. Memang kita buat juga pembangunan lereng bukit tetapi ia hanya melibatkan bangunan satu hingga dua tingkat dan ia tidak melanggar Garis Panduan Pembangunan Tanah Bukit," katanya. 
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Prihatin 1Malaysia peringkat Parlimen Balik Pulau di Dataran Taman Negara Teluk Bahang hari ini.
    
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas ini menyaskikan 100 penduduk menerima sumbangan.
Dr Hilmi berkata tindakan kerajaan negeri yang begitu berani meluluskan pembinaan bangunan setinggi 14 hingga 20 tingkat akan menjejaskan kualiti alam sekitar dalam jangka masa panjang dan dikhuatiri tragedi tanah runtuh di Highland Towers, Selangor satu ketika dahulu akan berulang pula di Pulau Pinang.
    
Beliau berkata sebagai anak jati Pulau Pinang dan lahir di Balik Pulau, beliau memahami struktur muka bumi di negeri ini yang kebanyakannya terdiri daripada tanah gambut.
    
"Tanah di Pulau Pinang tidak seperti di Hong Kong atau Singapura. Tanah di sini longgar, bila musim hujan ia akan serap air seperti span. Jadi jika bukit digondolkan tanpa perancangan, risiko tanah runtuh memang ada," katanya.
    
Beliau sebaliknya menggesa kerajaan negeri memperbanyakkan projek perumahan mampu milik terutama di kawasan sebelah pulau daripada menumpukan pembinaan rumah mewah untuk golongan elit.- ANTARA POS




**  Sapa Mahu mati cepat , beli lah rumah kondo mewah yang diluluskan Kerajaan DAP di tanah tinggi ..hahaha... 

Khalid Samad meroyan kelab malam Shah Alam dijadikan isu politik blog Umno..

Posted: 22 Dec 2012 08:10 PM PST



Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu bertindak menutup terus sebuah kelab malam yang beroperasi tanpa lesen hiburan dari pihak berkuasa tempatan, gesa Khalid Samad.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab terbabit kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.

"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.

"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.

Katanya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Umi Hafilda pilih Doktor Pakistan sebagai suami...

Posted: 22 Dec 2012 05:47 PM PST



KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Komen GPB

Akhirnya kahwin juga Adik Azmin Ali ini iaitu Umi Hafilda Ali . Pasangannya bukan lekeh tapi mat Pakistan iaitu Dr Zaman Khan yang lebih muda. Tahniah !


Nik Aziz keluar lagi fatwa sokong Umno perbuatan mungkar

Posted: 22 Dec 2012 05:18 PM PST




- Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.

 Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas. "

Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum. "Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh ulama mempertikaikan.

Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri.

 "Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata," katanya.

 Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak dekat sini petang ini.

 Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini yang menyatakan akan menentang UMNO selagi ada orang Melayu yang menyokong parti itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan mungkar. Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengukuhkan hujahnya mengapa beliau perlu terus bertanding dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kewajipan menentang UMNO meskipun telah lama menjadi Menteri Besar dalam keadaan sering uzur.

 Menurut Muhyiddin, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan tahap keislaman UMNO akan lebih banyak kedengaran dari mulut para pemimpin Pas menjelang pilihan raya umum dan inilah antara sebab perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam. Katanya, fatwa songsang sebegini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan politik sebagaimana amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam perkembangan lain Muhyiddin memberitahu, pendirian kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap isu hudud masih sama. 

"Pendirian kita adalah jelas. Tak perlu dipanjangkan. Kita tidak menolak hukum (hudud) dan seperti yang saya sebut sebelum ini ialah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya sahaja. "Dalam hal ini, ada fasa-fasa yang kita perlu ambil kira kerana ketika ini masih ramai tak faham (berkenaan isu hudud). Macam Pas pun, bila sebut hudud, dia sebut hudud Pas dan dia tak sebut hudud Islam," ujar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>