AL-Kesah AloQStaQ |
Posted: 15 Apr 2013 05:05 PM PDT Walaupun hari ni SELASA 16April13, sekejap lagi (dalam sejam dua lagi, akan diumumkan secara rasmi nama-nama Calon BN Kedah yang akan bertanding di PRU13), marilah kita bacalah dulu MASALAH BESAR YANG DIHADAPI OLEH PEMAIN-PEMAIN INDUSTRI Di KULIM HI-TECH , Semua ini adalah akibat KELEMAHAN PENTADBIRAN PAS KEDAH KHUSUSNYA EXCO BERKAITAN , Datuk Ir.Amiruddin Hamzah .... JANGAN UNDI PAS/PR LAGI KALI INI ! HANCUR KEDAH DIKERJAKAN 5 TAHUN OLEH PAKATAN RAKYAT ! ... Kegawatan di KHTP sentiasa disorokkan di bawah karpet untuk mengelak dari orang ramai mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di KHTP. KTPC aka PAS aka Hj Sobri memang pakar dalam menyorok masalah dari pengetahun umum. Dulu masalah air di KHTP begitu teruk sehingga tenant KHTP kerugian berjuta-juta ringgit akibat dari kerosakan pam air yang tidak dapat menghasilkan kualiti air yang baik, sesuai dengan industri berteknologi tinggi. Kegawatan ini adalah akibat timbul procedure baru dimana Residen Engineer tidak lagi dapat membuat keputusan segera dalam membeli pam atau spare part baru. Semuanya dikawal. Hasilnya air yang berkarbon tinggi. Kini walaupun kita nampak diam dan senyap tetapi masalah tarif air yang menjadi masalah besar. Kebanyakan tenant KHTP menggunakan air yang banyak dalam production line mereka. Tetapi disebabkan kegatalan MB untuk menaikkan tarif air, maka inilah jadinya. Kedah Times petik dari DKS masalah ini. . Masalah Pemotongan Air Di KTPC.Aku tak tau samada masalah air ni dah selesai ka belum di KHTP. Tak sempat aku nak menggali. Tapi aku rasa perkara ni masih lagi dok main tarik tali. Kalau benar la seperti apa yg paham, kilang2 sememangnya masih lagi tak puas hati dgn pentadbiran KTHP dlm usaha menangani isu air ni sebab berdasarkan perjanjian awal, pengilang2 di KHTP hanya perlu membayar tariff air dlm kadar 1.00/m³.
Jawapan yg Hj Sobri dapat dari YB Ir Amiruddin: Cukup mudah YB Amiruddin bagi jawapan. Hanya dgn satu panggilan telefon selesai buat sementara masalah air ni. Tapi adakah SADA terima lamaran taraif air ni...? Aku tak dapat kompom. Bagi yg mengetahuinya boleh tibai dlm komen. Aku juga tak tau la jugak samada perkara ni di bawa ke mesyuarat EXCO ka tak. Bagi aku isu air ni TERAMAT LA SERIOUS... Ni pulak kertas kerja permohonan dari KTPH kpd Kerajaan Negeri Kedah... **************************************** PERMOHONAN UNTUK MENGEKALKAN INSENTIF TARIF AIR DI KULIM HI-TECH PARK (KHTP) 1.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menilai dan seterusnya meluluskan agar insentif tarif air yang dikenakan kepada para pelabur di KHTP sekarangdikekalkan pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012. 2.0 PENGENALAN Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Jun 1994 untuk menjadikan tarif air sebagai salah satu insentif utama adalah merupakan langkah proaktif yang menunjukkan komitmen Kerajaan negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri Kedah. Insentif ini merupakan sebahagian pakej pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur selain daripada insentif keatas taksiran cukai pintu sebanyak 8% setahun. Impak dari keputusan ini boleh dilihat melalui pelaburan yang bernilai berbillion ringgit oleh syarikat-syarikat multinasional di KHTP. Sehingga kini sudah terdapat 24 buah syarikat multinasional dan tempatan yang melabur di Zon Perindustrian Fasa I, II, dan III dengan jumlah pelaburan mencecah hampir RM 24 billion. Ini jelas menunjukkan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terus kekal sebagai sebuah lokasi pelaburan pilihan yang strategik kepada syarikat-syarikat multinasional seperti Intel, Silterra, Fuji Electric, Infineon dan yang terkini First Solar. Bagi syarikat-syarikat multinasional ini terutamanya yang terlibat dengan aktiviti fabrikasi wafer dan pembuatan cakera keras, air adalah merupakan komoditi utama dalam aktiviti pembuatan dan ia digunakan dalam kuantiti yang amat banyak. Air akan diproses bagi menghasilkan "Ultra Pure De-lonized Water" dan seterusnya akan digunakan dalam proses menghasilkan wafer dan cakera keras tersebut. Apabila berlakunya kenaikan tarif air ia secara langsung memberi kesan kepada kos pengeluaran produk pelabur terbabit. Situasi yang membebankan akibat kenaikan tarif air ini telah mendorong pelabur-pelabur tersebut mengemukakan rayuan bagi mengelakkan mereka dari terus menanggung beban peningkatan dalam kos pengeluaran produk mereka dengan mengekalkan tarif sedia ada sebanyak RM 1.00/m³ 3.0 HURAIAN Isu kenaikan tarif ini telah beberapa kali ditimbulkan oleh para pelabur di KHTP apabila insentif ini telah tamat tempohnya. Terdapat dua rayuan yang telah dikemukakan oleh para pelabur sebelum rayuan kali ketiga dibuat melalui Kulim Industrial Tenant Association (KITA) pada 21 September 2007. Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri yang berterusan terhadap pelabur, rayuan kali ketiga tersebuttelah pun diluluskan sebelum ini melalui kertas No. 6(F) 387/2007 iaitu Permohonan Untuk Mengekalkan Insentif Tarif Air di KHTP dengan keputusan "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menetapkan tarif air pada RM 1.00/m³ bagi tempoh 5 tahun lagi" iaitu sehingga tahun 2012. Daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri untuk memastikan tarif air di KHTP terus kekal sehingga penghujung tahun 2012 bagi mengelakkan timbulnya rungutan dan rasa tidak puas hati dikalangan pelabur sedia ada. Ini kerana tarif air yang rendah menjadi satu daripadainsentif penting dalam usaha menarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi ke negeri Kedah dan perubahan terhadap tarif ini akan memberikan kesan negatif jangka panjang terhadap kemasukan pelabur-pelabur berpontensi yang baru di KHTP. Sebagai makluman, Pulau Pinang masih lagi merupakan di antara negeri yang menawarkan kadar air yang terendah di Malaysia walaupun bekalan air mereka diperolehi dari Kedah. Faktor wujudnya persaingan yang kompetatif di antara Pulau Pinang dan KHTP dalam usaha untuk menarik pelaburan industri berteknologi tinggi perlu diberi perhatian serius. Sekiranya tarif air di Pulau Pinang adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan KHTP maka terdapat kemungkinan besar pelabur di masa hadapan akan memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan untuk mengurangkan kos operasi mereka. Oleh itu langkah positif dari Kerajaan Negeri untuk mengekalkan KHTP sebagai lokasi pelaburan strategik yang lebih berdaya saing adalah amat perlu. Tarif air pada RM 1.00/m³ patut terus dikekalkan sehingga penghujung tahun 2012 agar ianya menjadi lebih signifikan kepada komitmen Kerajaan Negeri terhadap para pelabur. 3.1 Kesan pengekalan tarif insentif kepada pendapatan Syarikat Air Darul Aman (SADA). KESELURUHAN PENGGUNAAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK TAHUN 2009
ANGGARAN PENGGUNAAN AIR DARI BULAN OKTOBER 2010- DISEMBER 2012
ANGGARAN JUMLAH PENGGUNAAN AIR (M³) 36,864,000 Nota: Anggaran pertambahan penggunaan air sebanyak 10% setahun TARIF BARU BERKUATKUASA TARIF INSENTIF OKTOBER 2010
A. ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 – DIS 2012 BERDASARKAN TARIF BARU
ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 44,233,300.00 B. ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012 BERDASARKAN TARIFF INSENTIF RM 1.00 / M³ ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 36,864,000.00 C. PERBEZAAN PENDAPATAN DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012 JUMLAH PERBEZAAN (RM) (A.) – (B.) 7,369,300.00 4.0 KESIMPULAN Isu kenaikan tarif air ini akan menjadi lebih besar sekiranya ia tidak ditanggani sewajarnya dan sudah tentu akan menjejaskan imej Kerajaan Negeri di mata pelabur. Langkah positif perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk terus mengekalkan insentif tarif air bagi keperluan industri di KHTP untuk menarik minat pelabur sedia ada menambahkan pelaburan mereka disamping menarik pelabur baru ke negeri ini. Ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang terlibat dan akan dapat menarik lebih banyak syarikat-syarikat berteknologi tinggi ke Kulim Hi-Tech Park dan seterusnya menjadikan ianya lebih kompetitif. Kesan limpahan pelaburan syarikat-syarikat ini sudah tentunya akan mengimbangi (off-set) kerugian Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil air yang tidak begitu tinggi, memandangkan manfaat dan impak yang akan dibawa oleh pelaburan ini jauh lebih signifikan dalam meningkatkan ekonomi negeri Kedah secara keseluruhannya. Dengan pembentangan isu di atas, adalah dengan ini di pohon supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan dan meluluskan perkara berikut: i) Mengekalkan insentif tarif air pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012 sepertimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini, iaitu Kertas No. 6(F) 387/2007. **************************************** Ni la antara salah satu alasan yg diberi oleh Hj Sobri and the gang pasai apa pelabur tak mau mai Kedah. Tak tau cari jalan penyelesaian mula la menunding jari merata. Dikabarkan YB Ir Amiruddin dah feed-up dgn kerenah si Sobri and the gang ni, tapi pasai anak menakan MB Ustat Jijan dia tak mampu buat apa2… Tunggu la kot2 agenda YB Ir Amiruddin and the kroni ni berjaya kais MB nanti tau la apa dia nak buat dgn Sobri ni… Artikel Ini Dicedok Bulat-Bulat dari Blog Sahabat :http://syburi-times.blogspot.com/2013/04/air-air-air-di-khtp.html#ixzz2QZXzZe3b |
You are subscribed to email updates from AL-Kesah AloQStaQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |