BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Hah! Blogger pembangkang miliki video 'kedua' Datuk Mustaffa Ali?
- (Gambar) Gaun ketat dan jarang Agnes Monica kurang menyengat di Hollywood?
- (Gambar) Capai sasaran, Adrianne Curry muat naik foto bogelnya ke akaun Twitter
- Video kontroversi: PAS setuju bincang 'dalam kelambu' sahaja...
- Ambiga lagi nak berselindung...kantoi melantun-lantun!
- Keuzuran Nik Aziz makin merungsingkan, tak mampu lagi ceramah berdiri
- Pemilihan 'kenalan rapat' punca ramai ahli PKR bertanding bebas
- Bahagi kerusi pun bergaduh, macam mana nak tadbir negara?
- Ini PRU saya yang terakhir - Jui Meng
- Mana mungkin pemimpin UMNO gantikan kesempurnaan Nik Aziz
- Calon Ulama untuk tarik undi, PAS letak calun kafir buat apa pulak?
- Video kontroversi: Hadi ragui 'kemampuan' Mustafa Ali
- Video kontroversi: Majlis Syura janji 'tutup mulut'
- Punggung diramas remaja gila seks
- DS Najib juga pernah difitnah berzina dengan Ziana Zain...sapa bawak cerita?
- Piala Axiata: Thai cipta kejutan, temu Malaysia di final esok
- Liga Super: ATM calar rekod Kelantan
Hah! Blogger pembangkang miliki video 'kedua' Datuk Mustaffa Ali? Posted: 14 Apr 2013 03:30 PM PDT Dalam kekalutan video individu yang mirip dengan Datuk Mustaffa Ali, Setiausaha Agung PAS tersebar, kebanyakan kepimpinan PARTI kelu seribu bahasa, hanya perkataan 'fitnah' meniti di bibir mereka tanpa rasa ingin menontonnya terlebih dahulu. Namun begitu, blogger-blogger pembangkang tidak putus asa dengan cuba membersihkan nama Setiausaha Agung tersebut. Memang murni sekali niat mereka. Malah dialu-alukan jika sumber yang mereka gunakan itu benar dan diiktiraf. Sayang sekali hasil analisis murahan mereka amat menyedihkan. Video yang begitu tinggi kualiti definisinya jadi kabur dalam analisis yang dipersembahkan, malah gambar juga tidak jelas langsung! Ah...macam kami mahu percaya begini.. Bagaimaana pula tuan-tuan dan puan-puan pembaca melihat analisis yang mereka lakukan ini? Boleh percaya ka dengan video asli? Seolah-olah mereka menonton sebuah video yang lain pula...cuba lihat analisis dibawah Anda boleh baca analisis penuh di blog Dr MiM | ||
(Gambar) Gaun ketat dan jarang Agnes Monica kurang menyengat di Hollywood? Posted: 14 Apr 2013 09:31 AM PDT Perubahan kostum dari musim dingin ke musim luruh memang cukup sedikit mencabar dan berani. Tidak terlepas, gaya yang ditampilkan oleh selebriti di seluruh dunia. Mungkin sudah cukup dengan hanya memakai skirt pendek atau gaun ketat untuk musim kali ini dan tidak terlalu ekstrim apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi. Kritikan ini dialami oleh penyanyi Indonesia yang kini berada di Hollywood bagi meneruskan kariernya. Agnes muncul pada di black carpet bagi tayangan perdana filem Oblivion lakonan Tom Cruise. Kostum Agnes Monica dikritik oleh web Huffingtonpost yang agak kurang bersetuju dengan pilihan gaun Agnes tersebut. | ||
(Gambar) Capai sasaran, Adrianne Curry muat naik foto bogelnya ke akaun Twitter Posted: 14 Apr 2013 09:00 AM PDT ![]() The Sun melaporkan, Adrianne telah memuatnaik foto toplessnya itu bagi meraikan akaun Twitternya @AdrianneCurry yang telah mencapai 400,000 pengikut. Hmmm..macam-macam target yang selebriti barat ni. Dengan gambar tersebut juga, Adrianne mungkin akan mandapat lebih ramai pengikut. Adrianne Curry merupakan model pertama yang memenangi rancangan realiti America's Next Top Model. Dalam foto tersebut, model biseksual tersebut dilihat duduk di dasar kolam renang tanpa mengenakan apa-papa pakaian sehingga payudaranya turut kelihatan.
| ||
Video kontroversi: PAS setuju bincang 'dalam kelambu' sahaja... Posted: 14 Apr 2013 06:40 AM PDT ![]() "Kita anggap isu ini untuk alih perhatian, untuk menimbulkan fitnah, tak perlu nak bincang sangat sebab takut akan jadi budaya. "Kita akan bincang dan itu tindakan dalaman, setakat ini kita tak ada keputusan lagi. "Kita akan bincangkan dalam parti sahaja, tak perlu dihebohkan kepada sesiapa termasuk media," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Semalam, Barisan Nasional menyatakan tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan video seks agar mengundur diri daripada bertanding pada PRU13 tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk selesaikannya. Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air. | ||
Ambiga lagi nak berselindung...kantoi melantun-lantun! Posted: 14 Apr 2013 04:01 AM PDT KUALA LUMPUR – `Sudah terang lagi bersuluh'. Dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kononnya perjuangan mereka dalam menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil selama ini bukan bertujuan memberi kelebihan kepada parti pembangkang terbukti indah khabar dari rupa. Ia apabila sebuah portal berita propembangkang hari ini memaklumkan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk S.Ambiga muncul di pentas kempen pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Lembah Pantai malam tadi. Tindakan Ambiga itu cukup memeranjatkan kerana beliau selama ini `melaungkan' Bersih tidak berpihak kepada mana-mana parti hingga menyebabkan segelintir rakyat terpedaya dan terjebak dengan demonstrasi haram jalanan anjurannya. Meskipun Ambiga cuba memberi alasan tindakannya berucap di platform parti pembangkang kerana sekadar memenuhi jemputan daripada pembangkang , tetapi perbuatannya itu sama sekali tidak boleh diterima dan boleh dianggap satu pengkhianatan kepada perjuangan Bersih selama ini. Portal berita propembangkang itu melaporkan Ambiga muncul ke satu majlis bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar malam tadi dalam satu majlis berhubung kempen pilihan raya penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai. Kemunculan itu juga dilaporkan menunjukkan Nurul Izzah berjaya mendapatkan bantuan pemimpin Bersih tersebut pada PRU13. Ambiga dalam ucapannya malam tadi bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana sisi politik dan akan turut berucap di platform BN. "Saya menerima jemputan dari Pakatan Rakyat," dakwa beliau. – mynewshub.my | ||
Keuzuran Nik Aziz makin merungsingkan, tak mampu lagi ceramah berdiri Posted: 14 Apr 2013 02:31 AM PDT ![]() Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan. Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa gidipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun. Nik Aziz tiba di negeri ini hari ini bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program yang sama mendakwa PRU-13 adalah yang terkotor dan mengaitkan pendedahan rakaman video seks terbaru yang didakwa melibatkan Mustafa sebagai taktik kotor UMNO. Bagaimanapun, seperti mana kelaziman sikap pemimpin pembangkang, veteran DAP itu juga gagal menyertakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. | ||
Pemilihan 'kenalan rapat' punca ramai ahli PKR bertanding bebas Posted: 14 Apr 2013 02:01 AM PDT ![]() Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menyebabkan ramai penyokong parti itu kini `merajuk', malah terdapat penyandang wakil rakyat PKR yang diketepikan sebagai calon PRU13 dikatakan akan bertanding atas tiket bebas . Situasi tegang yang melanda PKR itu terbukti apabila penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff membayangkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas selepas namanya digugurkan dari senarai calon PRU13 parti itu tanpa sebarang alasan munasabah. Sebuah portal berita propembangkang hari ini melaporkan Yusmadi dalam ucapannya kepada sekumpulan penyokong malam tadi sebagai berkata, beliau berkemungkinan besar akan bertindak demikian. "Lambang parti yang akan digunakan masih belum dipastikan tetapi beliau akan meminta pendapat warga Balik Pulau sekiranya benar-benar bertindak demikian," katanya dihadapan lebih 300 ahli PKR,. Lebih memburukkan PKR apabila Mohd. Yusmadi memberi jaminan beliau akan membuat keputusan itu selewat-lewatnya pada 19 April ini iaitu sehari sebelum tarikh penamaan calon. Mynewshub.my pada 6 April lalu melaporkan selepas Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali menjadi mangsa keghairahan Anwar menampilkan muka-muka kroninya sebagai calon PRU13, Mohd. Yusmadi turut ditinggalkan oleh ketua pembangkang tersebut selepas khidmat mereka tidak perlukan lagi. Ia apabila Ketua Umum PKR itu dalam satu ceramah perdana secara tiba-tiba mengumumkan Pengurus Sumber Manusia Linear Semiconductor Sdn. Bhd., Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai calon kerusi Parlimen Balik Pulau sekali gus mengenepikan Mohd. Yusmadi yang memenangi kerusi itu untuk PKR pada 2008. Ibarat habis madu sepah dibuang, lebih menyedihkan apabila Anwar tidak mengumumkan sebarang kerusi Parlimen untuk ditandingi Mohd. Yusmadi pada PRU13 yang telah berjasa kepada beliau selama ini sebaliknya hanya berjanji akan memberi peguam itu jawatan dipejabatnya selepas ini. Anwar sebelum ini mengecewakan ramai penyokong dan pendokong PKR Batu Pahat apabila mengumumkan rakan baiknya merangkap Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Idris Jauzi bertanding di Parlimen Batu Pahat. Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati menyebabkan penyokong Syed Hamid mewujudkan akaun Facebook bagi menyatakan sokongan Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu sebagai calon PKR untuk Parlimen Batu Pahat dan menolak Idris yang dianggap sebagai calon " payung terjun". – mynewshub.my | ||
Bahagi kerusi pun bergaduh, macam mana nak tadbir negara? Posted: 14 Apr 2013 01:30 AM PDT ![]() Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat. Ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri, apa akan terjadi jika ditakdirkan menang pilihan raya kelak, berlaku pula perebutan jawatan Perdana Menteri di antara mereka. Kemungkinan itu tidak mustahil kerana Pas sudah memberi isyarat awal bahawa tidak semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya, walaupun tindakan itu jelas tidak disenangi PKR dan DAP. Dalam isu pembahagian kerusi, mengapa kemelut itu timbul dan gagal diselesaikan walaupun mereka sudah melancarkan manifesto sejak dua bulan lalu mudah difahami kerana ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang mempunyai idealogi politik berbeza. Perkara itu diburukkan lagi dengan sikap bongkak Anwar dan Timbalannya, Azmin Ali yang bertindak ala diktator dalam menentukan kawasan mana yang mahu ditandingi PKR, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada rakan komponen sehingga berlaku pertelagahan di 15 kerusi Parlimen. Terbaharu, Anwar mengakui isu pertelagahan kerusi turut berlaku di Sarawak dipercayai ada kaitan dengan ketidakpuasan hati DAP ekoran percubaan PKR mahu bertanding lebih banyak kerusi, sedangkan prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu jauh lebih cemerlang. Bagaimanapun dalam sidang akhbarnya Anwar cuba memberi gambaran bahawa pertelagahan itu hanya melibatkan Pas dan DAP sahaja dan bukan PKR apabila berkata: ""Ada beberapa kawasan yang masih terlibat dalam pertindihan tuntutan antara DAP dan Pas". Apa yang berlaku di Sarawak adalah susulan kepada siri pertelagahan yang dimulakan dengan perebutan kerusi Parlimen Galang Patah antara PKR dan DAP - akhirnya ia menjadi milik Lim Kit Siang menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng merajuk seketika. Rentetan isu perebutan kerusi juga menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; timbalannya, Norman Fernandez dan Setiausaha, Tan Chen Choon meletak jawatan ekoran pertelagahan kerusi Parlimen Segamat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya. Selain Parlimen Gelang Patah yang menyaksikan 'perang terbuka' antara PKR dan DAP, perebutan kerusi juga berlaku di Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang apabila komponen parti dalam pakatan pembangkang masing-masing mendakwa calon mereka lebih layak bertanding. Di Pahang misalnya perebutan kerusi Parlimen Bentong serta DUN Ketari dan Tanah Rata terjadi apabila PKR dipercayai tidak akan melepaskan kerusi Bentong jika DAP enggan bertolak ansur untuk menyerahkan kedua-dua kerusi DUN tersebut kepada parti itu. Berbeza BN yang mana ikatan kerjasama itu diwujudkan demi memperjuangkan kemerdekaan negara menerusi amalan perkongsian kuasa secara adil sejak lebih 50 tahun lalu, tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku walaupun dianggotai 14 buah parti komponen. Pelayaran BN kali ini dilihat cukup lancar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaku nakhoda tenang menyusun strategi sebelum memuktamadkan senarai calon yang dijangka diumumkan Isnin ini. Mohd Asron Mustafa | ||
Ini PRU saya yang terakhir - Jui Meng Posted: 14 Apr 2013 01:01 AM PDT ![]() "Menang atau kalah, saya harap ini akan menjadi kali terakhir. Pada awalnya, saya tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-23 (PRU-13) tapi saya terpaksa berbuat sesuatu demi kepentingan parti," kata Chua, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Segamat. Chua, yang pada awalnya dikatakan enggan bertanding di Segamat berkata beliau berasa yakin selepas bertemu dengan masyarakat Cina di kawasan itu. "Maklum balas yang diterima daripada orang India juga memberangsangkan kerana mereka mahu perubahan selepas tidak mereka tidak menikmati banyak pembangunan di sini," dakwanya pada Sabtu. Chua berkata 'angin perubahan sangat jelas' terpancar selepas beliau berjumpa dengan pengundi di sini. | ||
Mana mungkin pemimpin UMNO gantikan kesempurnaan Nik Aziz Posted: 14 Apr 2013 12:31 AM PDT ![]() Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas. "Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan hampir 10,000 penyokong Pas di Padang Perdana, di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli. Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini. Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih 'jauh' dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas . "Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya. Mohd Amar berkata, perkara itu sangat penting untuk memastikan ilmu dan pendidikan Islam yang dipimpin Pas di Kelantan selama ini terjamin dan akan diteruskan di masa hadapan. | ||
Calon Ulama untuk tarik undi, PAS letak calun kafir buat apa pulak? Posted: 14 Apr 2013 12:10 AM PDT KOTA BHARU: Jika Umno memilih golongan ulama sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia hanya bertujuan untuk meraih sokongan pengundi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Beliau berkata, Umno jika benar menjadikan ulama sebagai calon mereka maka golongan itu hanya digunakan pada musim pilihan raya. "Ulama ini bukan setakat pada musim pilihan raya tetapi (mereka) berjuang dalam Islam dari budak-budak, yang bersekolah, pelajar dan mahasiswa sehingga kepada mereka yang sudah tua. "Mereka (ulama) beristiqamah dan mengajar orang ramai supaya mengikut sunnah-sunnah Rasullah S.A.W," katanya pada ceramah PAS di Kampung Kebakat di Wakaf Bharu dekat sini. Beliau berkata demikian mengenai hasrat Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama pada pilihan raya umum akan datang. Che Abdullah berkata, golongan ulama sepatutnya diberi keutamaan untuk kepentingan masyarakat Islam dan bukan hanya meraih undi pada PRU-13 semata-mata. "Ulama Umno ini hanya untuk musim pilihan raya sahaja," katanya lagi. Pada ceramah itu turut diperkenalkan buku karya Che Abdullah sendiri yang bertajuk "Judi atau Royalti" dan disifatkan sebagai 'hadiah' untuk rakyat Kelantan sempena PRU-13. Che Abdullah menewaskan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 660 undi pada pilihan raya umum 2008. Sebelum itu, Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu. pas announce candidates for johor ge13 130413 hu pang chawPengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini. Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor. Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS tetapi di bawah tiket PKR. | ||
Video kontroversi: Hadi ragui 'kemampuan' Mustafa Ali Posted: 13 Apr 2013 11:01 PM PDT SAMARAHAN 14 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk. Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya "menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. | ||
Video kontroversi: Majlis Syura janji 'tutup mulut' Posted: 13 Apr 2013 10:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS tidak akan memanggil pemimpin kanan parti itu yang dikaitkan dengan skandal seks terbaru untuk memberikan penjelasan, sambil menegaskan penyebaran rakaman video secara meluas di alam maya tidak perlu diendahkan. Ini kerana menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, tiada sebarang bukti atau saksi yang boleh mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan ia satu fitnah. Ditanya sama ada entiti tertinggi PAS itu akan memanggil atau menyiasat tentang penglibatan pemimpin tersebut, beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu tidak akan dibincangkan. "Tidak...tidak...tidak...Majlis Syura tidak akan panggil (untuk beri penjelasan)," katanya ketika dihubungi Antarapos. Tegas Nik Zawawi, kaedah siaran rakaman video seks di laman blog mengaibkan pemimpin tersebut selain bercanggah dengan syarak. "Cara ia disiarkan adalah cara yang bercanggah dengan syarak dan seharusnya tidak dipercayai kerana tidak tahu hujung pangkalnya. "...dan pada zaman sains dan teknologi ini, macam-macam boleh dibuat dan dilakukan," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat. Rakaman video seks pemimpin kanan PAS itu yang didakwa mirip setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali dimuat naik di sebuah laman blog kelmarin. Video berdurasi 11.28 minit itu dimuat naik di laman blog Hapraknews.blogspot.com memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik sebuah hotel. Ini merupakan video aksi seks pertama yang didakwa melibatkan pemimpin PAS. Bagaimanapun Mustafa enggan mengulas dakwaan tersebut selain dipertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antarapos | ||
Punggung diramas remaja gila seks Posted: 13 Apr 2013 09:31 PM PDT Batu Gajah: Seorang kerani wanita hanya mampu menjerit meminta tolong selepas seorang remaja 'gila seks' meramas punggungnya berulang kali berhampiran kawasan sunyi di Lorong Dewangsa 1, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5.15 petang, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat insurans di pekan ini dalam perjalanan ke tempat letak keretanya sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal. Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa meletakkan kenderaan di lorong di belakang kedai dan sunyi. "Suspek datang dari belakang dengan menghimpit mangsa sebelum berlalu pergi. Bagaimanapun, suspek berpatah balik dan cuba menghimpit mangsa sekali lagi. "Suspek meraba dan meramas punggung mangsa berulang kali, menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong," katanya. Menurutnya, jeritan mangsa didengar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu. "Suspek yang cuba melarikan diri ditahan berhampiran tempat kejadian," katanya. | ||
DS Najib juga pernah difitnah berzina dengan Ziana Zain...sapa bawak cerita? Posted: 13 Apr 2013 08:31 PM PDT Holier than thou...itu perangai segelintir umat-umat PR, mereka juga pernah menyebarkan berita-berita sial yang langsung tidak punyai bukti malahan saksi juga tak terpakai hanya mendengar tanpa melihat. Kisah yang berlaku konon-kononnya ada rahsia tersimpan yang kini dijaja oleh Ketua Pembangkang, tapi tak berani didedahkan malah dia sendiri terdedah. Siapa masih ingat kira-kira 15 tahun lalu, Najib pernah dikatakan ditangkap khalwat dekat PD bersama penyanyi terkenal Ziana Zain. Heboh sana sini malah Ustaz yg tangkap Najib dekat sebuah hotel itu kononnya telah dirasuah. Siapa yg sebar fitnah itu? Bukan kah dikalangan PAS. Kerana masa itu belum ada PKR. Hairannya, tak ada 4 saksi, tak ada gambar, tak ada video, puak PAS anggap itu isu benar. Bila kena pd pemimpin PAS, bersilat sampai nampak spende! Anda boleh ikuti kupasan kes tersebut di blog sensai blogger yang dibayar Pembangkang di SINI Sekarang semua nak berlagak alim taik kucing... | ||
Piala Axiata: Thai cipta kejutan, temu Malaysia di final esok Posted: 13 Apr 2013 06:07 PM PDT THAILAND mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata di Stadium Cheras, malam ini. Dengan keputusan itu, Thailand berjaya menempah slot final untuk bertemu Malaysia malam esok. Pada perlawanan hari ini, Thailand mengutip mata pertama menerusi Ratchanok Inthanon yang mengatasi Lindaweni Fanetri dengan 21-18 dan 21-16. Rentak kemenangan Thailand diteruskan oleh Tanongsak Saensomboonsuk yang berjaya mengekang kehebatan Tommy Sugiarto dengan skor 21-16 dan 21-15. Thailand memperoleh mata kemenangan penuh apabila beregu campuran, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam menundukkan pasangan Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir dengan 21-17 dan 21-18. Berikut keputusan separuh akhir Piala Axiata: Ratchanok Inthanon lwn Lindaweni Fanetri 21-18 dan 21-16. Tanongsak Saensomboonsuk lwn Tommy Sugiarto 21-16 dan 21-15. Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam lwn Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir 21-17 dan 21-18 | ||
Liga Super: ATM calar rekod Kelantan Posted: 13 Apr 2013 06:00 PM PDT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mencalar rekod tanpa kalah Kelantan di halaman sendiri menerusi kemenangan 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Skuad kendalian B.Sathianthan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan yang sungguh sengit dan dramatik itu. Dalam perlawanan itu, ATM membuka tirai jaringan awal menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-10. Selepas itu, ATM menambah jaringan apabila Christie Jayaseelan meledak gol kedua pada minit ke-21. Anak buah Bojan Hodak tidak berputus asa mencari gol dan akhirnya penantian itu berhasil apabila Faiz Subri merapatkan jurang gol pada minit ke-39. Namun, gol Kelantan tidak bermakna buat ATM apabila pasukan itu berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Marlon Alex James pada minit ke-63 sekali gus membawa pulang tiga mata penuh. Berikut keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini: Kelantan 1-3 ATM Negeri Sembilan 1-1 Lions XII Pahang 2-1 T-Team Selangor 2-0 Felda United |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |