Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


24 GAMBAR EKSKLUSIF TERBARU TUN M..!!! TATAP PUAS-PUAS...

Posted: 14 Apr 2013 07:37 AM PDT

Pada sesiapa yang rindukan negarawan terulung yang banyak berjasa di negara kita, aku siarkan secara eksklusif gambar-gambar yang sempat aku rakam dengan kamera cap ayam aku semalam di Pendang...

InsyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan siarkan lagi gambar-gambar eksklusif Tun M sepanjang 1-2 hari beliau di sekitar Kedah... Kita sama-sama rampas kembali Kedah dari tangan-tangan kotor PAS yang dok melingkupkan Kedah..!!!

Tataplah sepuas-puasnya...



 Wajah-wajah Tun M...

Kita bagi menang UMNO di Pendang ni..boleh dakkk?

PAS ni bukannya betoi pun...dok bohong saja kerja depa..

Saya dengaq Mat Sabu nak mai bertanding di Pendang ni...

Mat Sabu tu nak mai muhong orang Pendang saja...
Depa kafirkan saya dan 3 juta umat Islam di Malaysia... Kita ni kafir kaaa..?

Kita ni sama-sama Islam...UMNO tak pernah tergamak kafirkan PAS pun...

Asha'ri (Al-Arqam) tu kita tak pernah kafirkan pun...cuma kita kata dia bawak ajaran sesat saja...Tapi PAS kafirkan kita...

Saya isytihar negara ni negara Islam di satu majlis parti Gerakan, tapi PAS takut nak tegak negara Islam bila kawan dengan DAP...
Tak ramai pun...lebih kurang 20 orang saja yang mai...

Aikkk! Anak mai dengaq ceramah ayah? Dok kat bawah...dekat dengan rakyat marhain... baguih Datuk...

Campur yang ni baru jumlah 50 orang saja yang hadir...

Litar lumba ni dulu PAS janji nak buat, lepas 5 tahun jangankan litar lumba... litar pintas ada laaaa... otak depa selalu shot kena karannnn... DS Najib janji nak buat litar lumba lepas PAS tipu orang muda di Kedah... Heh!
Tu diaaaa...!!! Ingat PAS saja ada markas? UMNO Pendang pun ada laaaa..!!! Heh! Terbaik Datukkkk..!!!

Penghargaan kepada wira Lahad Datu (anak jati Pendang) yang Tian Chua tuduh sandiwara tu...

Jeneral-jeneral perang UMNO di Pendang..!!! Terbaikkk..!!! Pendang dah putih dari masalah dalaman..!!! Aku berani confirm..!!!

Tok Man Aziz serah bendera perang kat Tun M untuk diserahkan kepada Jeneral-jeneral kita...
Dua Jeneral kuat UMNO Pendang dah terima bendera.. Siap la hangpa puak PAS weeiiii..!!!

Tu diaaa.. Tok Man teruja dapat bendera perang.. kibaq sakannn..!!!

Tengah nyanyi lagu dengan penuh semangat juang... Inilahhhh barisan kita... Yang ikhlas berjuang...

Tun M janji akan terus perjuang perjuangan UMNO selagi hayat dikandung badan... Hidup Tun M..!!!
Alamak Kak Su...awat dok menyorok kat belakang... Wanita Pendang memang mantappp... rajin buat kerja..! Heh!

1Malaysia..!!! 1Malaysia..!!! 1Malaysia..!!! Kita seranggggg..!!!! Hiyyahhhhh..!!!

Aku tengah tunggu giliran nak cium tangan Tun M.. Heh!

Kakcik ni kata..boss dia suruh dia ligan Tun M dapatkan autograf atas baju tu.. Tapi aku rasa dia hulur baju dia sekali mintak Tun M tandatangan... Heh! Makin berumur, makin ramai peminat..!!! Hidup Tun M..!!!


EKSKLUSIF..!!! TUN M GEGAR MAT SABU DI PENDANG..!!!

Posted: 14 Apr 2013 05:37 AM PDT

Dah lama aku tak jumpa Tun M secara "live". Sebelum ni ada jugak la sembang sikit-sikit dengan dia. Tapi tu masa aku kat KL, atas jemputan myKMU.net. Terlalu rindu sangat kat ayahanda aku ni. So semalam aku ikut beliau sehariannnn....

Dari pagi lagi, lepas sarapan, aku gerak ke Pendang. Masa aku sampai, crowd dah penuh. Orang UMNO kata dalam 8,000 orang, orang PAS kata dalam 1,000 saja (biasa la PAS, kan?). Tapi aku anggarkan lebih dari 7,000 sebagai berlaku adil...

Pedas betul Tun M balun Mat Sabu. Khabarnya Mat Sabu nak bertanding di Parlimen Pendang. Kata Tun M, Mat Sabu tu bukannya nak perjuang Islam, dia nak perjuangkan diri nak jadi YB..nak jadi wakil rakyat supaya ada kerja. 


Betul la tu. Kalau tak jadi YB, maka dia jadi penganggur laa...camana nak sara 2 orang Normah tu, kan?

Mat Sabu dan PAS ni memang tak boleh pakai. Kalau betul depa nak perjuang Islam, perkara pertama yang depa akan buat dah tentulah menyatu padukan umat Islam di Malaysia. 

Contohnya, tindakan pertama ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah dulu adalah satukan Muhajirin dan Ansar. Lepas umat Islam bersatu, barulah Baginda SAW kukuh dan kembangkan Islam ke seluruh dunia... Tu dia caranya. Ada PAS buat? Heh! Harammmmm...

Lepas tu, Tun M balun pulak kesetiaan PAS pada DAP yang terang-terang tolak Islam. Tapi UMNO yang dah lama mengimarahkan Islam ni depa kafirkan! Patut ke macam tu? Islam ajar macam tu ke?

Paling menarik, Tun M kecam Pok Nik Ajis. Tun M tak kutuk, beliau kritik! Tun M kata, 90% Melayu di Kelantan sokong PAS selama lebih 22 tahun dan negeri tu kononnya ditadbir oleh seorang "ulama"...

Tapi Tun M tanya...berapa ramai golongan bukan Islam yang dah Pok Nik telah Islamkan? Kot ada pun sorang dua saja. Berbanding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, bekas Presiden UMNO tu dah Islamkan beribu-ribu orang melalui penubuhan PERKIM. PAS tubuh apa? Unit Amal kaki pukul?

Lebih pedas, Tun M tanya Nik Aziz, berapa ramai pemimpin DAP yang dia dah Islamkan? Dulu, Tunku Abdul Rahman pernah Islamkan ramai tokoh-tokoh kaum Cina. Bukan secara individu, habis dengan family-family depa pun masuk Islam... Pok Nik ada?

Memang best semalam kat Pendang. Rugi hangpa tak pi. Heh! Malam ni khabarnya di Pokok Sena. Kita tengok apa pulak yang Tun M nak balun. Aku rasa, lepas ni Mahfuz "Bean" pulak kena tarukkkkkkkk..!!! Heh!

P/s: Lepas program kat Pendang, aku ikut Tun M ke majlis tertutup pulak... nanti aku ceritakan...

GEMPARRR..!!! LEPAS CIKGU PA, GILIRAN NIZAR PULAAAA...???!!!

Posted: 13 Apr 2013 11:37 PM PDT

Belum pun pilihanraya bermula, "boneka" kegemaran Nga dan Ngeh, Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan dia menyindir DYMM Sultan Johor melalui laman Twitternya.

Sebelum ini, Nizar yang tak mengaku salah, bermati-matian menegakkan benang yang basah, kononnya dia tidak berniat untuk menyindir DYMM Sultan Johor berhubung kenyataannya yang mempersoalkan kewajaran Baginda Tuanku membida nombor pendaftaran, WWW 1.

Puas dia mencanang ke merata pelosok dunia memberitahu dia tidak menyindir. Dalam kes saman Nizar terhadap TV3, dia mencadangkan supaya Hakim Mahkamah, Hakim Datin Yeoh Wee Siam mendengar cakapnya dan mahu kenyataannya itu ditafsirkan mengikut tafsirannya sendiri.


Gilakah? Siapa yang boleh tafsirkan otak Nizar? Siapa boleh meneka apa yang diperkatakan Nizar itu menepati apa yang dimaksudkan di dalam kepala otaknya?

Dalam tweet Nizar itu, dia membayangkan DYMM Sultan Johor menggunakan dana awam untuk membeli nombor pendaftaran tersebut. Sedangkan DYMM Sultan Johor terang-terang telah bertitah bahawa Baginda menggunakan wang sendiri untuk pembelian itu.

TV3 kemudiannya melaporkan kenyataan Nizar yang berniat jahat dan sindiran derhakanya itu kepada seluruh rakyat Malaysia. Salah, kah? Salahkah TV3 menyiarkan buruk laku seorang pemimpin yang kurang ajar dan biadap terhadap institusi DiRaja di negara ini?

Saya yakin, merah padam muka Nizar bila Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap TV3 itu. Benar tetap benar, salah tetap salah. Nizar boleh saman media, tapi belum tentu dia boleh menang, bukan?

Dan kini, terbukti Nizar menyindir dan bersikap kurang ajar pada DYMM Sultan Johor.

Teruk betul perangai Nizar. Saya masih ingat lagi kerenah buruk "boneka DAP" itu yang melakukan "sembah derhaka" terhadap DYMM Sultan Perak, sultan yang berkuasa memperkenan perlantikannya sebagai Menteri Besar itu dulu.

Selamba saja dia "sembah derhaka" seolah-olah mencabar pihak Istana Negeri Perak itu untuk tunduk padanya yang kemaruk mahu jawatan Menteri Besar dikembalikan padanya. Punyalah mahukan kuasa, bermesyuarat "kartun" di bawah pokok pun Nizar sanggup!

Kini Nizar dikatakan bakal bertanding di DUN Changkat Jering, melarikan diri dari rakyat Pasir Panjang yang sudah tahu prestasinya yang tidak turun padang dan tak tahu berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

Katakanlah Nizar menang di DUN Changkat Jering dan Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 kali ini, apakah Nizar sanggup mengadap ke bawah DYMM Sultan Perak lagi?

Sanggupkah Nizar menjawat jawatan Menteri Besar Perak sekali lagi setelah dia bertindak kurang ajar dan derhaka pada DYMM Sultan Perak yang berdaulat dan disanjungi seluruh rakyat negeri Perak itu?

Kalau saya, saya tidak sanggup. Tapi mungkin Nizar sanggup. Maklumlah, manusia yang spesisnya seperti Nizar ini memang "tebal kulitnya" dan "bermuka tembok". Dia mana tahu malu?

Sudah tentu kita masih ingat perangai Nizar ketika mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rasanya beruk di hutan lebih jauh beradab berbanding Nizar yang tidak tahu menghormati dewan.

Terpekik terlolong dia bagaikan ungka. Memalukan Dewan Rakyat dan mengaibkan seluruh rakyat Parlimen Bukit Gantang! Persoalannya, orang macam inikah yang layak memimpin rakyat Perak? Tafsirkan pendirian anda pada PRU ke-13 nanti.

Sumber: Perak Today

PEDASSS..!!! KHALID TERLALU "GAGAP" UNTUK SELESAI KRISIS AIR SELANGOR..!!!

Posted: 13 Apr 2013 09:37 PM PDT

Khalid-Air-Selangor

Saya yakin lebih setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.

Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.

Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.


Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.

Selain itu, 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.

Maklumat memberitahu bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun tiada.

Tidak mustahil jika selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu. Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak dipersalahkan.

Semua ini berlaku kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!

KHALID MANIFESTO BUKAN JANJI

Selangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.

Sebenarnya rakyat Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan membuta tuli…

Mungkin menyedari hakikat "Khalid dibenci rakyat" itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di Selangor.

Dia tahu, rakyat Selangor menganggap Khalid adalah "liabiliti" terbesar di Selangor dan pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.

Tapi memandangkan Khalid itu dari "kem" Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan semula industri air yang "disalaknya" setiap hari itu?

Ketika itu, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…

Sumber: Mykmu.net

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>