Belantan |
- Isu pengganas Lahat Datu : Gempar..!!! Lagi 400 pengganas Kiram tiba di Sabah perkuat tentangan terhadap pasukan keselamatan?
- PRU-13: 210 ahli PKR Lembah Pantai umum keluar parti?
- DAP pada PRU ke - 13 ini?
Posted: 13 Apr 2013 10:55 PM PDT MANILA 10 April - Selepas mendakwa lebih 200 pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III berkumpul di Lahad Datu, Sabah, pada hujung minggu lalu, semalam jurucakap kumpulan itu mendakwa lebih 400 pengikut Kiram telah tiba di negeri itu untuk memperkuatkan penentangan mereka terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, kesemua anggota baharu yang lengkap bersenjata itu tiba di pantai timur Sabah dalam dua kumpulan antara 30 Mac dan 5 April lalu. ''Mereka ke sana kerana pasukan keselamatan Malaysia terus mencabul hak asasi manusia rakyat Filipina di negeri itu," dakwanya kepada akhbar harian Inquirer melalui panggilan telefon, semalam. Istana Malacanang, sebelum ini menolak laporan itu dan menyatakan tidak ada bukti serta maklumat mengesahkan dakwaan Abraham itu. Abraham turut mendakwa pertempuran antara pengikut Kiram dan pasukan keselamatan Malaysia tercetus pada malam 6 dan 7 April lalu di Tanjung Batu, Lahad Datu. Dia mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kalah teruk dalam pertempuran itu yang mengorbankan 'ramai anggota tentera Malaysia'. Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada adik bongsu Jamalul, Azzumudie Kiram yang mengetuai pencerobohan ke atas Sabah dan kini menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia. - AGENSI Suara politik Belantan |
PRU-13: 210 ahli PKR Lembah Pantai umum keluar parti? Posted: 13 Apr 2013 10:09 AM PDT Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila sebanyak 210 ahli PKR Lembah Pantai mengisytiharkan keluar parti hari ini. Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu, Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak Ketua Pembangkang itu. "Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008). Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri. "Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan. Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini. Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai Firaun. "Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. "Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara," katanya. Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon Bebas, N.Periasamy dengan majoriti 2,895 undi. Suara Politik Belantan |
Posted: 13 Apr 2013 04:16 AM PDT 1. Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP. Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal. 2. Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam. Tahap 'keIslaman' PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang. 3. Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato' Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian. Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah. 4. PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina. Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan. 5. Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu. Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia. Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. 6. Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral. Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video. 7. Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis. PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan. 8. Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn. Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti. 9. Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS. Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya. 10. Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup, yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |