Apa Yang Tersirat |
- INI Kali LAH Mustafa Ali
- Wajib Baca! Dokumen Sejarah Bukti Siapa Mulakan Trend Politik Lucah Di Malaysia.
- Lawak Minggu: Komen pemimpin PR- Video Seks Mustafa Ali
- Video Seks Mustafa Ali: Mat Sabu nak tonton- Baru nak komen
- Video Seks Mustafa Ali: Puncanya! Balas Dendam
- Video Seks: Mustafa Ali enggan berdepan dengan wartawan
- Video Seks Mustafa Ali: Haji Hadi Mahu Solat Hajat Sendirian
Posted: 13 Apr 2013 06:59 AM PDT VIDEO Seks berduarasi 11.26 minit yang memaparkan sosok tubuh menyerupai Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak Khamis lalu, hingga kini hangat diperkatakan baik di media sosial mahupun media arus perdana. Tetapi apa yang pelik si empunnya badan, hingga kini masih mengelak untuk menafikannya, malah menyalakan orang lain, terutama parti lawannya Umno. Inilah yang dikatakan lain yang makan nangka lain yang kena getah. Tiada bukti, bahawa Umno terlibat dengan penyebaran video itu apatah lagi merakamnya. Yakinlah, perbuatan seperti ini, hanya boleh dilakukan oleh mereka yang arif dan tahu pergerakan dan aktiviti Setiausaha Agung Pas itu. Jangan salahkan orang lain kerana perbuatan sendiri. Perkara dan perbuatan jahat itu, akan senantiasa terbongkar bagaimana rapinyapun kita menyimpannya. Manusia hanya boleh merancang Allah yang menentukan. Menjelang PRU-13 ini, kerana rakyat diminta untuk memilih siapa bakal-bakal pemimpin, maka di sini lah terbongkar perlaku pemimpin yang beraspirasi menjadi pemimpin negara. Rakyat masih belum terlambat melakukan penilaian. | ||
Wajib Baca! Dokumen Sejarah Bukti Siapa Mulakan Trend Politik Lucah Di Malaysia. Posted: 13 Apr 2013 04:52 AM PDT Sejak terkeluarnya gambar 'makan aiskrim' Azmin Ali di internet, pembangkang mula meroyan semacam. Berbondong-bondong pemimpin pembangkang cuba menegakkan benang yang basah. Maka, alasan yang paling POWER yang pembangkang boleh bagi adalah...........INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Bila gambar tersebut keluar di muka hadapan Utusan dan Kosmo, makin meroyanlah pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz. MyMassa cuba mengimbas sejarah, siapa sebenarnya yang suka menyebarkan politik lucah untuk menjatuhkan pihak lawan. Ianya bermula dengan kes video lucah Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu D.P. Vijandran. Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat,D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pita_video_Lucah_Vijandran Pembangkang mungkin boleh nafikan jika tiada bukti yang sah. Bagaimana jika MyMassa letakkan bukti ini? Macam mana pembangkang nak pusing lepas ni? Dalam bukti ini, siapa yang menggunakan politik lucah untuk jatuhkan lawan, bukankah ia bermula dari parti pembangkang iaitu DAP?
Sejarah tidak boleh menipu. DAP lah yang memulakan politik lucah dengan mengaitkan skandal seks untuk menjatuhkan pihak lawan pada tahun 1989. Sejarah politik lucah dalam negara tidak berhenti di situ. Kemudian pada tahun 1994, skandal seks sekali lagi digunakan oleh DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang ketika itu sedang meningkat naik sebagai pelapis kepimpinan negara. Jika pada tahun 1989 ianya dijuarai oleh Karpal Singh, kali ini Lim Guan Eng pula menjadi jagoan fitnah lucah untuk jatuhkan pihak lawan. Pada tahun 1997, pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan orang nombor dua dalam UMNO iaitu Anwar Ibrahim. Ianya dimulakan oleh DAP sekali lagi. Kemudiannya disambung oleh PAS sehingga terciptalah gelaran Sheikh Al Juburi oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim. MyMassa tidak bercakap kosong dalam hal ini. Sekali lagi hansard Parlimen dijadikan bukti siapakah yang menggunakan politik lucah untuk menjatuhkan musuh. Baca seterusnya di sini (http://www.anwaraidc.com/?p=827). Apabila kepercayaan pemimpin UMNO terutamanya Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim makin hilang, maka Anwar telah dipecat kerana skandal seksnya yang dimulai oleh Karpal Singh. Namun ramai anak muda buta sejarah. Mereka menganggap skandal seks yang menjatuhkan Anwar Ibrahim berpunca dari UMNO. Hakikatnya, dokumen hansard Parlimen di atas menjadi bukti bahawa ianya dimulakan oleh Karpal iaitu pada tahun 1997, setahun lebih awal daripada Khalid Jefri mengedarkan buku 50 Dalil di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998. Sudah terang lagi bersuluh. Bukti-bukti ini telah membersihkan nama UMNO daripada fitnah jahat pembangkang bahawa UMNO yang memulakan trend politik seperti ini. Apa yang berlaku pada hari ini, pendedahan skandal seks pemimpin pembangkang bukan dibuat oleh pemimpin UMNO. Pendedahan tersebut di buat oleh individu yang marahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Eskay yang merupakan rakan baik Anwar Ibrahim satu masa dahulu. Ianya berbeza dengan pembangkang kerana yang menyebarkan cerita skandal seks pihak lawan datangnya dari pemimpin pembangkang sendiri seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Mat Sabu yang kini merupakan pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang. Kepada rakan blogger, sila sebarkan fakta dan dokumen di atas untuk menjawab tohmahan pembangkang. Sedarkan penyokong pembangkang bahawa pemimpin mereka yang memulakan taktik kotor ini. Blogger BN yang menggunakan cara yang sama sebagaimana yang pernah mereka buat satu masa dahulu. Artikel asal *Pemimpin pembangkang hanya boleh tipu penyokong mereka yang buta sejarah tetapi tidak kepada kami blogger BN yang celik fakta. | ||
Lawak Minggu: Komen pemimpin PR- Video Seks Mustafa Ali Posted: 13 Apr 2013 01:02 AM PDT | ||
Video Seks Mustafa Ali: Mat Sabu nak tonton- Baru nak komen Posted: 12 Apr 2013 10:56 PM PDT Sila Klik..hehehe..MAT SABU NAK TONTON DULU BARU NAK KOMEN | ||
Video Seks Mustafa Ali: Puncanya! Balas Dendam Posted: 12 Apr 2013 10:32 PM PDT Ramai orang melihat video Datuk M itu kerana Dendam Kesumat dan Hasad Dengki Datuk Kamarudin Jaafar (barua Anwar dalam PAS) kerana Datuk M mencuri jawatan Setiausaha Agung PAS daripada datuk Kamarudin Jaafar! Terpulang kepada anda menilai perkara ini, kerana kami mengetahui maklumat dalaman bahawa video itu sudah lama disimpan, sebelum Datuk M menjadi Setiausaha Agung PAS lagi. Apapun fikiran anda, perkara sudah terjadi, orang negeri sembilan kata "tak dapek nak menulung". Isu yang anda kena fikirkaan ialah KENAPA edaran paling rancak di kawasan Dewan Undangan Negeri N02 Kota Putera, Besut? Rupa-rupanya ada masalah Perebutan Kerusi! Seperti yang diketahui, Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Besut adalah DUN Tradisi PKR sejak 1999 hingga 2008. Tetapi Mustapha Ali dengan Angkuhnya, dengan Egonya, dengan Sombongnya, dengan Sikap Panas Barannya..telah menukar dan memberikan kepada PAS dalam PRU13 ini dengan calonnya dikatakan Ustaz Adam (itu pun Ustaz Adam ini memiliki 2 Isteri). Akibat rasa tidak puas hati, geng-geng PKR di bawah pimpinan Dr. Sazali memainkan peranan membalas dendam kepada Mustapha Ali. Ianya juga luka lama berdarah kembali bilamana bos mereka Datuk Kamarudin Jaafar dipecat sebagai Setiausaha Agung PAS. Walau apa pun yang sudah berlaku dan menjadi hidangan halwa anda semua, Haji Hadi Awang telah pun mengeluarkan satu Fatwa berbunyi, "Islam Membenarkan Dedah Aib Pemimpin"..kamu sudah lupakah? Cerita asal | ||
Video Seks: Mustafa Ali enggan berdepan dengan wartawan Posted: 12 Apr 2013 08:21 PM PDT SEJAK video seks beredar yang membabitkan setiausaha Agung Pas itu, beliau enggan sama sekali berdepan dengan wartawan. Bernama melaporkan semasa di Dungun Terengganu semalam Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas Mustafa hadir pada satu majlis sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu saya tak nak cakap apa-apa saya dah serah kepada peguam itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen " Selepas itu Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. | ||
Video Seks Mustafa Ali: Haji Hadi Mahu Solat Hajat Sendirian Posted: 12 Apr 2013 06:15 PM PDT MARANG, TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini. "Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). "Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya. Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |