Sahabat-Gunung |
- Wanita BN Hulu Selangor Sudah Bersedia ..... Sedia Gempur PR
- Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR
- Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi- Najib
- Isu Video Seks : “Tayar Basikal Pancit Tepi Jalan Pun Salah UMNO”
- Khalid lebih utamakan elektrik dari air di Selangor?
- CONFIRM: Video Stopa Satu Fitnah…..
- Kit Siang Naik Angin Dengan Anwar
- Logo Baru Pas Pis Pus
Wanita BN Hulu Selangor Sudah Bersedia ..... Sedia Gempur PR Posted: 12 Apr 2013 10:57 PM PDT Selepas bekas ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar mengumumkan tidak mahu bertanding mempertahankan kerusi DUN berkenaan, nama Ketua Wanita UMNO kawasan itu, Datuk Rosni Sohar dikaitkan sebagai calon. Namanya disebut-sebut sebagai calon selepas banyak perubahan yang dibawa ke kawasan itu termasuk memajukan ekonomi kaum wanita serta penduduk sekitar sepanjang dilantik memegang jawatan dalam UMNO. Rosni berkata, tidak kira siapapun calon yang akan diletakkan BN di kawasan itu, wanita BN sudah bersedia untuk menggempur habis-habisan mempertahankan kerusi berkenaan. Menurutnya, pihaknya juga menerima keputusan Idris dengan hati terbuka selepas sudah banyak jasa serta pengorbanannya dalam memajukan DUN Hulu Bernam seiring kepesatan pembangunan negara. Katanya, sekiranya BN memutuskan untuk meletakkannya sebagai calon, beliau berjanji akan memberikan khidmat terbaik untuk menawan hati pengundi seperti mana dilakukan Idris. "Saya terima apa saja keputusan dibuat BN kerana dalam politik, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri. Sekiranya dipilih sebagai calon kita kena lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. "Kalau BN memilih orang lain sebagai calon, saya tetap akan bekerja kuat bagi memenangkan calon berkenaan. Saya yakin BN akan memilih calon yang boleh menang di kawasan ini," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai persiapan jentera wanita, Rosni berkata, pihaknya sekarang sedang menumpukan kepada daftar pengundi untuk mengenalpasti pengundi di situ yang berada di luar kawasan. Katanya, selepas semua proses mengenalpasti itu selesai dan penamaan calon dilakukan, barulah wanita akan mula menggerakkan jentera berkempen. | ||
Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR Posted: 12 Apr 2013 08:58 AM PDT DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir. Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus. Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri. Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali. | ||
Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi- Najib Posted: 12 Apr 2013 08:00 AM PDT Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua calon yang dinamakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk mewakili BN, adalah anggota parti yang begitu berdedikasi dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. Justeru, beliau beharap agar rakyat meluangkan masa mengenali calon-calon itu dengan lebih dekat, mengetahui perubahan yang ingin dibawa dan wawasan mereka terhadap kawasan yang diwakili serta negara secara keseluruhannya. "Dalam lebih tiga minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya. "Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong BN kerana sepanjang lima tahun lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my. Najib berkata lebih banyak program transformasi boleh direalisasikan sekiranya BN diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan menerajui negara. Dalam pada itu, Najib berkata dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, BN telah mengumumkan manifesto atau Akujanji kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Katanya manifesto itu boleh dilihat dalam bentuk paparan grafik di laman blog www.1malaysia.com.my dan berharap rakyat dapat berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Di samping itu, Najib berkata BN telah melancarkan Kit Tindakan Online yang boleh dimuat turun sebagai tanda sokongan secara online kepada parti itu. "Dengan sokongan itu, kita dapat bersama-sama memastikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju dan makmur pada masa akan datang dapat dicapai," katanya. | ||
Isu Video Seks : “Tayar Basikal Pancit Tepi Jalan Pun Salah UMNO” Posted: 12 Apr 2013 07:18 AM PDT "Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah UMNO," kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur. Ahmad turut hairan dengan sikap pembangkang yang sering mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional apabila terjadi sesuatu perkara membabitkan pemimpin mereka. "Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan UMNO, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu. "Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya," kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selepas merasmikan Puspro Fama Daerah Pontian, Benut di sini hari ini. Semalam, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu. | ||
Khalid lebih utamakan elektrik dari air di Selangor? Posted: 12 Apr 2013 06:50 AM PDT Isu air di Selangor semakin meruncing apabila penduduk di beberapa daerah di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mula mengeluh berlaku gangguan bekalan air di kediaman mereka. Meskipun telah dinasihatkan agar kerajaan dipimpin Khalid Ibrahim itu meneruskan pembinaan Projek Langat 2, beliau masih berdegil, sebaliknya mengutamakan pembinaan projek solar: SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion. Lebih mengejutkan, projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP, Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, dan diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari ia dicadangkan. Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun. Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut,: "we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project". Difahamkan perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok, mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya. Pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan 'letter of intent' (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Persoalannya, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI? Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang, manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok. Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah. Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar. Jelas di sini dilihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan 'vehicle' oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dengan mudah, dua keping tanah untuk kebajikan rakyat Selangor dambil dan digunakan demi kepentingan DAP, hanya dalam tempoh yang singkat! | ||
CONFIRM: Video Stopa Satu Fitnah….. Posted: 12 Apr 2013 05:35 AM PDT
Power… memang power… apa nak dikata, dulu nak mengkaji… akhirnya Stopa, SU Agung PAS nie plak yang jadi bahan kajian …. CONFIRM…. Ianya satu fitnah bak kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS. Presiden PAS lah yang kata …..
AKU SETUJU…. Memang satu fitnah…. Jadi aku mencabar SU Agung PAS nie membuat sumpah laknat menafikan itu bukan dirinya, sekaligus membuat laporan polis untuk menyiasat kes nie sehingga ke akar umbi….. Tapi dalam masa yang sama, sekali lagi UMNO dan BN dipersalahkan kerana menyebarkan 'fitnah' terhadap pemimpin ulung PAS ini…. Takkanlah Stopa…. Jika dulu, dia mahu mengkaji dulu video Anwar dengan China Doll, kali nie nampaknya dia pula yang jadi bahan kajian ….. | ||
Kit Siang Naik Angin Dengan Anwar Posted: 12 Apr 2013 04:45 AM PDT Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung. DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi. Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi. Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi. Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor. Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka. Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai. Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan 'dirinya' sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik. Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya. Sedangkan keputusan awal untuk 'lari' dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa. Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, "biar kalah, biar mati!" Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini. Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir. Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya. Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung. Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja. | ||
Posted: 12 Apr 2013 01:46 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |