Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay13: Kit Sial angin satu badan dengan Anuwar...makin ramai tolak PR! >:]

Posted: 11 Apr 2013 11:30 PM PDT

Kit Siang Naik Angin Dengan Anwar
Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih.  Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.  

DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR.  Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.  

Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali.   Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit.  Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.  

Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.  

Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor.  Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak.  Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.  

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi.   Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.  

Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan 'dirinya' sendiri apabila berhadapan dengan Anwar.  Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.  

Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.   

Sedangkan keputusan awal untuk 'lari' dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana.  Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.  

Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, "biar kalah, biar mati!"  Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi.   Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.  

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali.  Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri.   Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.  

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP.  Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.  

Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.  

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS.  Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja. - Beruang Biru

Omegay13: berikutan Pok Mustope kantol...Kit siang tergugat sehingga terpaksa arah tutup molot! kehkehkeh

Posted: 11 Apr 2013 05:25 PM PDT


Kit Siang Mahu Semua Pemimpin Pakatan Pembangkang Henti Keluar Kenyataan
JOHOR BAHARU: Anggota veteran DAP Lim Kit Siang meminta semua pemimpin parti itu dan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Lim, calon DAP bagi Parlimen Gelang Patah berkata demikian ketika pertelingkahan sesama sendiri di antara pemimpin DAP dan PKR Johor semakin memuncak berhubung isu pembahagian kerusi dalam pilihan raya kali ini.

"Saya seru semua di dalam DAP, pemimpin, ahli dan di dalam pakatan supaya hanya fokus kepada satu matlamat dan bermula hari ini berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh digunakan untuk melemahkan matlamat kita ini."

"Kita perlu hentikannya. Jawapan saya sangat jelas, sekarang hentikan semuanya dan fokus kepada musuh utama," katanya kepada pemberita di pejabat kempennya di Taman Ungku Tun Aminah di sini hari ini.

Kenyataan Lim itu merujuk kepada perbalahan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dengan pemimpin kanan DAP Johor iaitu bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai, Ong Kow Meng.

Perbalahan kedua-dua pemimpin DAP Johor itu berpunca akibat rasa tidak puas hati Ong terhadap keputusan Dr Boo dalam isu pemilihan calon-calon DAP bagi PRU13 di Johor.

Pada Rabu, Ong di dalam sidang medianya juga mahukan Pengerusi DAP itu meletak jawatan.

Selain itu baru-baru ini, Dr Boo bersama-sama timbalannya Norman Fernandez dan Tan Chen Choon turut meletak jawatan di dalam jawatankuasa pemilihan calon kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan DAP pusat menghantar beberapa "calon payung terjun" ke Johor.

DAP Johor turut bertelingkah dengan rakan pembangkang mereka, PKR kerana berebutkan beberapa kerusi termasuk Parlimen Gelang Patah, DUN Johor Jaya dan Parlimen Segamat.Fernandez dua hari lepas, menyifatkan penyerahan kerusi tradisi DAP di Segamat kepada PKR untuk ditandingi Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng sebagai suatu "pengkhianatan."

Lim tidak menafikan parti-parti pembangkang di dalam pakatan berbeza pendapat, tetapi ia bukan hanya berlaku di kalangan pembangkang malah turut berlaku di mana-mana sahaja.Lim mahukan semua pemimpin DAP dan pakatan pembangkang melupakan seketika perbalahan sesama sendiri dan menumpukan usaha menghadapi PRU13.-BERNAMA

kehkehkeh kit siyal la plak letak GAG ORDER...dia tau peluang dia kat gelang patah dah bo liao!..majoriti pengundi gelang patah tau sape sebenarnya kit siyal...grandmaster of rasis!..kit siyal pun tau kali ni dia tak bleh nak salahkan nafsu menate mustope kekoh indodoll..dia pun tak bley nak salahkan umno walaupun dalam hati bususk dia meronta2 tetap nak salahkan umno jugak!...

malangnya yang buat paing adalah ahli dan geng diorang sendiri..masing2 bercakaran berebut kawasan selamat...natijahnya kit siyal telah di malukan oleh orang2 dan rakan fuckatan secara terang2an kerana mereka sedar suara akar umbi dah di pedulikan lagi..pada kit siyal - wahyu dari tokong besar merujuk kepada diri dan anaknye WAJIB di taati atau kalian bleh angkat kaki!...apa makna semua ini?..kehkehkeh >XD

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>