Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

AZLI SHUKRI

$
0
0

AZLI SHUKRI


Tahniah Syed Hamid Albar!

Posted: 11 Apr 2013 09:02 PM PDT

Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kali ini. Menganggap kerjanya selama ini telah selesai, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, berkata telah tiba masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baharu.
   
"Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini. Katanya beliau telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota parlimen selama lima penggal dan tempoh itu satu jangka masa yang panjang dan amat memuaskan kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat Kota Tinggi secara khasnya. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota Parlimen," katanya. Beliau berharap pengundi di Kota Tinggi akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon sepertimana sokongan diberikan kepada beliau sebelum ini. Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada PAS dengan majoriti 18,961 undi. – Bernama 

Ulasan saya - UMNO nampaknya semakin belajar daripada kesilapan lalu. Kini - calon-calon lama UMNO sudah semakin sedar dan memberi lalu kepada muka-muka baru. Malah, calon-calon yang bermasalah juga sudah faham dan menarik diri daripada dicalonkan. Ini petanda baik BN/UMNO bakal menang besar dalam PRU yang akan datang.

Cukup untuk Menggambarkan Segala-galanya...

Posted: 11 Apr 2013 08:20 PM PDT



Mahathir Menyerang Lagi...

Posted: 11 Apr 2013 07:00 PM PDT

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

"Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit. 

Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem terakhir parti rakan komponennya, MCA. Dr Mahathir tidak berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada parti Islam PAS mahupun parti bandar PKR yang diketuai bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata slogan "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP memperjuangkan meritrokasi kaum, mendakwa ia ditiru daripada parti di Singapura, PAP - yang kini merupakan parti pemerintah republik itu - dan menggunakan taktik itu untuk melemahkan pengaruh masyarakat Melayu. "Apabila Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti di Cina Gelang Patah adalah kerana dia mahu orang Cina di sana dan di Johor untuk menolak kerjasama dan perkongsian dengan orang Melayu.

"Satu konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur." Beliau menambah, "Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang Gelang Patah."Perdana menteri keempat tersebut, yang merupakan musuh utama Lim di Parlimen sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu berkata bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, "konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama" akan menyebabkan pembangunan negara terganggu.

"Atas sebab ini keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 di negara ini. "Adakah DAP akan mengakhiri persahabatan Melayu-Cina dan kerjasama di Johor atau " kongsi" akan kekal sebagai asas hubungan kaum di Johor dan di Malaysia?" soal beliau lagi. Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, manakala masyarakat Cina adalah minoriti yang terdiri daripada satu perempat tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang berpengaruh.

Lim, yang mengetuai DAP di Johor mengharapkan tsunami politik di selatan, mensasarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 83 kerusi parlimen untuk PR di kubu BN di Johor, Sabah dan Sarawak. Pemangku ahli parlimen Ipoh Timur tersebut baru-baru ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah, Johor yang dilihat sebagai salah satu strategi pembangkang untuk menyapu bersih kerusi yang dipegang oleh MCA di selatan tanahair. Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu. 

Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April. Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara.

Siapa Lagi yang Bakal Mengikut Jejak Langkah Mereka?

Posted: 11 Apr 2013 02:28 AM PDT

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum, sekaligus menjadi presiden MCA pertama yang tidak dicalonkan. Chua berkata ini akan membantu proses peremajaan parti dengan membenarkan muka baru diketengahkan, dan juga membolehkan beliau mengetuai kempen pilihan raya MCA di seluruh negara. Saya tidak tahu sama ada beliau merajuk atau sememangnya sejak awal-awal lagi tidak direstui oleh Perdana Menteri. Namun demikian, jika beliau menarik diri atas kesedaran sendiri - maka itu petanda baik untuk BN, tetapi sekiranya atas sebab lain, maka ia memberi kesan yang buruk terhadap BN. Mana mungkin seorang yang berstatus presiden parti tidak dicalonkan untuk mewakili partinya sendiri. Ia hanya menyebabkan kemarahan ahli parti. Hal yang sama juga berlaku ke atas Ketua Wanita UMNO,  Datuk Seri Shahrizat yang turut menarik diri daripada bertanding. Ia tanda yang baik untuk parti - yakni seseorang yang ingin menjadi calon parti, bukan sahaja bersih daripada skandal, bahkan wajib kelihatan bersih daripada sebarang isu yang memungkinkan parti mengalami kekalahan teruk dalam PRU yang bakal tiba ini. 

Cerita yang sama juga berlaku ke atas PKR - presidennya Wan Azizah turut menarik diri daripada menjadi calon - atas sebab apa, kita semua tidak tahu. Namun demikian, yang jelas Wan Azizah tidak mahu menjadi beban kepada parti. BN sudah pasti akan memainkan isu "kronisme" anak beranak dalam PKR, sekiranya Wan Azizah turut menjadi calon. Wan Azizah asalnya ingin diletakkan di Permatang Pauh yang dikatakan kawasan paling selamat untuk menang. Namun demikian, penduduk di kawasan tersebut tetap mahukan Anwar. Manakala Anwar pula dilihat cuba "meluaskan" kemenangan PR melalui kaedah berhijrah ke kawasan lain bagi mewujudkan momentum kemenangan yang dikatakan semakin hampir. Namun demikian, semua strategi ini tidak lagi berhasil. Bagi mengelak PKR daripada terus dituduh sebagai parti anak-beranak - maka Wan Azizah terpaksa dikorbankan. Manakala, bagi BN pula - berundurnya Chua Soi Lek dan Shahrizat ia secara tidak langsung memberi mesej penting dan serius bahawa BN benar-benar mahukan calon yang tidak hanya berwibawa, bahkan bersih daripada sebarang skandal - soalnya benarkah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan akan berundur mengikut jejak langkah Soi Lek, Shahrizat dan Wan Azizah? Kita tunggu dan lihat Jumaat ini.

Kami Benci Ramalan Seperti Ini!

Posted: 11 Apr 2013 01:00 AM PDT

Kuala Lumpur: Penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) boleh menang sekurang-kurangnya 160 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini berdasarkan kepada rekod pencapaian BN yang baik, agenda pembaharuan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 2009.  Penganalisis politik, Prof Dr Hoo Ke Ping, juga yakin BN mampu merampas kembali tiga negeri dikuasai pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, Kelantan akan kekal di tangan PAS kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menggunakan isu hudud pada saat-saat akhir untuk menarik sokongan orang Melayu di negeri itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam program Kita Bincang anjuran Harian Metro di sini, semalam.

Program bertajuk 'PRU-13-Ibu Segala Pilihan Raya dan Hala Tuju Negara' turut disertai Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian. Pengarang Politik Harian Metro, Nasharuddin Muhammad bertindak sebagai moderator.

Rakyat marah

Ke Ping menjelaskan, kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU-12 bukan disebabkan faktor parti, tetapi rakyat marah kerana kadar inflasi dan harga barangan melambung tinggi sekali gus meningkatkan kos sara hidup."Bagaimanapun, usaha Najib mensejahterakan rakyat sejak mengambil alih pemerintahan empat tahun lalu berjaya menawan kembali pengundi muda Cina di luar bandar untuk menyokong BN.

"Peningkatan sokongan pengundi luar bandar termasuk Cina dan India kepada BN akan membantu kemenangan besar BN pada PRU-13," katanya. Mengenai calon payung terjun pakatan pembangkang, beliau berkata, ia strategi salah dan lemah yang akan memakan diri.

Sivamurugan pula berpandangan BN mampu menang PRU-13 sekiranya tidak ada pihak yang sabotaj parti selain faktor calon disenangi ramai. "Pelbagai pembaharuan dilaksanakan Najib sejak empat tahun lalu membantu mengukuhkan sokongan dan akan dijadikan penilaian untuk menentukan kemenangan BN.

Pengundi bijak

"Pengundi kini semakin bijak dan boleh menilai apa yang dilakukan pembangkang di negeri dipimpin mereka," katanya. Mengenai manifesto BN, Sivamurugan berkata, Perdana Menteri mengambil risiko dengan menjadikannya sebagai aku janji dan sanggup dihukum jika gagal melaksanakan dalam tempoh lima tahun, manakala manifesto pembangkang pula bersifat populis. (Sumber klik di sini).

Tun Musa Hitam Berang!

Posted: 11 Apr 2013 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataan beliau untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN). Katanya, ia khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa. Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah mematahkan kewibawaan hujah pembangkang dalam isu itu sehingga sebahagian daripada ucapan beliau pada siri Bicara Minda baru-baru ini dikatakan sebagai menyokong Pakatan dan dipromosi serta dipaparkan dengan begitu ketara dalam kempen pilihan raya mereka. 

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan semalam. Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan." Tegasnya, kenyataan yang mendakwa (pembangkang) mendapat sokongannya mesti dihentikan. "Jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. "Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik," tambah beliau. - Bernama


Ulasan saya : Ini tanda-tanda orang nak kalah teruk dalam pilihan raya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>