AL-Kesah AloQStaQ |
Posted: 09 Apr 2013 05:18 PM PDT Sebagaimana Projek ZIPPY yang ditentang hebat sebelumnya oleh PAS yang kemudiannya di tukar nama kepada SULIHH untuk mengabui mata rakyat kononnya idea PAS, satu lagi projek yang hebat yang dilancar oleh YB Amiruddin pada Ogos 2008 ialah projek NDEC yang dikatakan berkelas dunia. Setelah 4 tahun dilancarkan, projek tersebut sunyi sepi tanpa berita. Peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah dan teknologi tinggi yang dijanjikan nampaknya tidak tertunai. Rakyat Kedah ingin bertanya kepada YB Amiruddin apakah perkembangan projek ini? Adakah masih dalam pengetahuan YB, atau hanya dilancarkan dulu sebagai gula-gula untuk rakyat semata-mata? Atau YB Amiruddin hendak mengatakan bahawa beliau tumpang bergambar saja, projek tersebut asalnya hasil perancangan kerajaan BN? Mungkin YB Amiruddin sendiri pun sudah lupa pasal projek ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Golf. Oleh OPAT RATTANACHOT KULIM 22 Ogos - The Northen Data Exchange Centre Sdn. Bhd. (NDEC) hari ini melancarkan pusat data berkelas dunia yang pertama di wilayah utara, dengan pelaburan sebanyak RM135 juta. NDEC yang merupakan pembekal perkhidmatan sokongan penyenggaraan data membangunkan pusat data seluas 130,000 kaki persegi itu di bangunan tiga tingkat di Pusat Perniagaan 2, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini. Pengarah Pembangunan NDEC, Hanif Yon berkata, pusat tersebut yang dibangunkan bersama pihaknya dengan Kumpulan CSF Sdn. Bhd. itu akan turut dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menyediakan perkhidmatan pusat data generasi kedua. "Pelaburan terbaru ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur di KHTP dan negeri Kedah, amnya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pusat data itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di KHTP, dekat sini. Petikan dibawah adalah status projek tersebut sehingga 2011. Projek Northern Data Centre (NDEC) yg dilancarkan pada tahun 2008 bersama dengan seorang penyokong UMNO, tetapi telah tiba-tiba beralih arah menyokong PAS bernama Encik Hanif Yon (kat mana dia la ni Yusrin Zakri Adnan…?). Sehingga kini tiada langsung berita mengenai NDEC ni walau pun bangunan yg dicadangkan untuk menempatkan NDEC iaitu bangunan Business Centre 2 telah pun siap sepenuhnya di KHTP. Sebenarnya projek ni gagal kerana mereka (Yusrin & Hanif Yon) merancang menaikkan kos projek tersebut dari kos asal RM6 juta kepada RM10 juta, dan ni dapat dihidu oleh satu blog picisan juga pada tahun 2008 (cerita detail akan menyusul, siap dengan diagram nak renovate). |
Posted: 09 Apr 2013 08:11 AM PDT Ada dikalangan kita yang masih tak berapa tahu betapa hebatnya Datuk Ibrahim Ali (PERKASA) ini dan sejarahnya dalam perjuangan UMNO, sejarahnya bersama-sama Tun Dr.M dan sejarahnya dengan Anwar. Jadi, marilah kita sama-sama hayati video di bawah ini dan kenali sedikit sebanyak mengenai Datuk Ibrahim Ali ... Patutlah Tun Dr.M menyatakan hasrat untuk membantu Datuk Ibrahim pada PRU13 kali ni ... Selamat Menonton ! Patutlah PAS serahkan kawasan Pasir Mas pada PRU12 lalu kepada Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding ATAS TIKET PAS ! Rupa-rupanya Datuk Ibrahim adalah aset besar kepada mana-mana pihak yang disertainya. Sebab rahsia Anwar ada dalam kocek dia ! .............. HA HA HA ! Bravo Datuk ! AloQStaQ SELASA 11:11 MLM 09-04-2013 |
You are subscribed to email updates from AL-Kesah AloQStaQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |