Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PISAU.NET

$
0
0

PISAU.NET


Perlembagaan Negara: Amanat Hadi & Buku Jingga, Mana Satu Pegangan PAS?

Posted: 31 Dec 2012 05:00 PM PST



Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.

Barangkali Presiden PAS itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya.

Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3.

Kenapa syarat itu kelihatan pelik? Sebabnya, selama bertahun-tahun ini PAS dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3, alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.

Kini, Stesyen TV yang dipropagandakan oleh PAS kononnya pembohong, penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali, amat memalukan.

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden PAS itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

Tiada perbezaan ketara, agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh PAS dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.

Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah, kafir dan sekular, soalnya sekarang kenapa PAS melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR?

Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah;-

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO & BN.

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ëpolitik suku, agama sukuí".(Amanat Hadi)

Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan manata tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu, adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan PAS yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara.

Selamat Tahun Baru 2013.

Posted: 31 Dec 2012 08:00 AM PST

Sepanjang 2012,terlalu banyak peristiwa dan isu dibangkitkan. Politik negara menuju kearah lebaran yang baru.Episod 2012 banyak suka dan duka.Turun dan naik ,pemimpin datang dan pergi.


Politik adalah pandangan,pendapat dan ideologi.Politik bukanlah agama seperti mana kawan kawan kita diseberang sana yang sanggup bermati matian mempertahankan hingga bertindak ganas dan sanggup mencederakan lawan.

Demi mempertahankan pandangan,pendapat dan ideologi,haprak pakatan sanggup melakukan apa saja ..bohong..fitnah..menghasut..kesemua skrip di kitar semula..

Sepanjang tahun blogger bertungkus lumus siang dan malam,turut ke medan perang tinggalkan keluarga.Tinggalkan kerja, tinggalkan perniagaan demi mempertahankan Barisan Nasional. Suka duka rakan rakan blogger dijadikan teladan dan semangat.


Pisau percaya gerakan blogger blogger dan para pejuang pejuang siber tetap konsisten dan bersemangat untuk terus berjuang.PRU13 menjanjikan tentangan lebih hebat demi menyelamatkan negara daripada haprak pakatan.




Kepada media cetak & elektronik,geng kaki pantun dan pembaca tegar blog Pisau.net, di sini Pisau mengucapkan ribuan terima kasih kerena memberi liputan dan sokongan terhadap blog yang tidak seberapa ini.


Happy New Year 2013..
Pisau.net


Pisau kata " 2013 menjanjikan pemimpin haprak pakatan tidak akan tidor lena... "

SHAMSIDAR BAKAL SINGKAP SALAH LAKU SEKS ANWAR

Posted: 31 Dec 2012 06:30 AM PST



Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia 'suci' dan 'maksum' yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu 'kesucian' dan 'kemaksuman' diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB

Posted: 31 Dec 2012 04:30 AM PST



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

Tiang-tiang Kemenangan Pakatan Rakyat Mula Runtuh

Posted: 31 Dec 2012 02:24 AM PST



Semenjak memenangi beberapa negeri dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat semakin ghairah dan rakus berpolitik dalam usaha untuk mengulangi sejarah dengan merampas beberapa negeri lagi dalam pilihanraya yang akan datang.   Saban hari PR berpolitik dengan sepenuh hati dan perasaan, menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raga untuk memburukkan kerajaan BN serta manabur janji-janji manis.   Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga tidak jemu-jemu mencari peluang dan ruang untuk berdemonstrasi. 


Sepanjang sepenggal, kesungguhan PR bekerja terbukti dari jumlah demonstrasi yang diadakan oleh rangkaian NGO yang saling memperalatkan sesama sendiri untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan BN. 

Antaranya, Bersih 2.0 pada Julai 2011, Bersih 3.0 28 April 2012, Himpunan Janji Demokrasi pada malam 31 Ogos 2012, beberapa siri Himpunan Hijau menentang Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901 membebaskan Anwar Ibrahim, siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat, siri Himpunan Oren Menentang Penyenaraian FGVH dan bermacam-macam himpunan lagi. 

Melihat dari gaya politik yang menggila itu, kita jangkakan momentum politik PR akan bertambah rancak dan hebat di saat-saat akhir menjelang pilihanraya.  Walaubagaimanapun, jangkaan kita ternyata silap. 

Hanya beberapa bulan sebelum PRU-13, PR nampaknya sudah keletihan akibat berpolitik yang keterlaluan dan tanpa batasan.    Himpunan-himpunan yang diadakan mereka semakin lesu, hambar, sehinggakan perhimpunan khas parti mereka juga sudah kehilangan taring, kalaupun tidak kehilangan arah.    Contohnya, Konvensyen Kebangsaan DAP yang menyaksikan kehadiran yang merosot teruk serta Muktamar PAS yang anti-klimaks dengan doa K.O yang memakan diri. 

Selain itu, Himpunan Oren yang terkini iaitu pada 28 Disember lalu juga dihadiri tidak sampai 1,000 orang berbanding sasaran 30,000 dan walaupun setelah terdapat arahan rasmi dari pihak PAS agar ahli-ahli mereka menyertainya.  

Begitu juga dengan Himpunan Hijau merangkap mogok lapar pada 27 Disember - 30 Disember, yang menjanjikan acara kemuncak penyertaan sehingga 10,000 kereta dan motorsikal untuk berarak menuju ke kilang Lynas, hanya mampu menarik lebih kurang 50 orang iaitu satu jumlah yang amat memalukan. 

Lebih-lebih lagi apabila para peserta mogok lapar yang sudah hilang semangat mengambil keputusan untuk makan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi sehingga dapat dirakam dengan mudah oleh para wartawan.  

Nampaknya, acara kemuncak yang dijanjikan menjadi satu kemuncak kebodohan ketara pihak Himpunan Hijau.  Sedangkan, merekalah antara harapan terakhir PR untuk meningkatkan momentum serangan dalam menuju PRU-13.

Umum sedia maklum bahawa Himpunan Oren didalangi secara langsung oleh PAS dan Himpunan Hijau pula berada di bawah telunjuk DAP, dengan PKR sebagai ëhiasaní di permukaan.   Oleh itu, kedua-dua himpunan ini secara tidak langsung merupakan penanda aras untuk mengukur tahap sebenar sokongan rakyat terhadap PR.

Dengan sambutan yang begitu memalukan dalam kedua-dua himpunan tersebut, maka jelaslah bahawa PR sudah mula runtuh.  Ia runtuh akibat didirikan atas tiang yang rapuh dan berdasarkan ukuran yang salah.   Prinsip yang berlainan, matlamat yang berbeza serta campuran sikap bodoh, riak, rasis, ekstrem, liberal, dan juga kukubesi yang ada di dalam diri para pemimpin PR menyebabkan parti itu tidak pernah berdiri dalam keadaan tegap, yakin dan sempurna tetapi telah pun bergoyang dan terhoyong hayang sejak dari mula. 

Masa sudah begitu suntuk untuk PR memperbaiki keadaan tiang yang senget dan binaan yang kian hancur.   Kredibiliti para pemimpin dan parti mereka juga kini sedang mereput di depan mata rakyat.   Segala laungan mereka sebelum ini konon menentang korupsi dan memperjuangkan kerajaan yang adil dan telus kini bagai meludah di muka sendiri.  

Apa yang menyedihkan mengenai kehancuran PR ini ialah apabila negeri-negeri yang diperintah mereka juga turut mengalami kehancuran yang sama. 

Bayangkan, dalam masa hanya sepenggal, mereka telah mampu menggondolkan hutan dan mengorek pasir sehingga menyebabkan pencemaran dan bencana, mampu menyusun perlaksanaan jangka panjang untuk meminggirkan kaum bumiputera, mampu menambah bilangan pusat hiburan dan maksiat sehingga tidak terkawal.  Justeru, jika mereka terus memerintah untuk sepenggal saja lagi agak-agak kita, berapa batang balakkah yang tinggal di Kedah?  Berapa kaki tanah sahaja yang tinggal untuk rakyat Kelantan?  Berapa banyak lagi pusat maksiat di Selangor?  Dan berapa orangkah Melayu yang boleh terus ësurviveí di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang? 

Rakyat wajar menyedari hakikat ini sebelum kita semua turut jatuh, hancur dan terkambus bersama-sama dengan PR bagaikan rakyat di negara Sodom dan Gomorrah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>