sekupangdua |
- SURAT UNTUK MAHATHIR? MALAH MENGADU KEPADA SITI HASMAH
- ANAK BERANAK NUAR PERANG BESOR? WAN AZIZAH SENTAP!!!
- SURAT SOKONGAN PELIWAT, HOMOSEKSUAL SEBAGAI PERDANA MENTERI DARI YUSUF QARADAWI
- NIK AZIZ KRITIKAL? KELANTAN BO LA WEIII...
- BLOGGERS PERAK (PCT) SEDIA BELASAH PEMIMPIN BOIKOT PARTI BILA TIDAK TERPILIH
- FITNAH CIKGU BARD UNTUK ROSMAH TERANCANG DAN SENGAJA
SURAT UNTUK MAHATHIR? MALAH MENGADU KEPADA SITI HASMAH Posted: 07 Apr 2013 11:00 PM PDT Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif. "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu. Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh. "Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia. Rupanya hari ini dideahkan juga rupanya bukan setakat Tun Mahathir sebaliknya Tun Siti Hasmah juga menerima aduan dari Wan Aziziah, apapun teman respek kat kedua-dua tokoh ini walau sekali pun negara huru hara dek kerana tingkah laku yang haloba untuk menjadi Perdana Menteri oleh yang akhlak nya rosak menjadikan negara huru hara oleh sebab cita-cita dan dendam kesumatnya, kedua-dua nya masih memegang amanah sebagai rakan ketika itu. Bukan sekadar itu malah hari ini Jenin Perdana Menteri ini juga tidak sesetia dengan kedua tokoh nie, malah dia bukan sahaja membongkar cerita yang dikarut malah menabur fitnah terhadap dua-dua tokoh nie. Apa yang dia buat nampaknya amat terdesak untuk cita-citanya sebagai Perdana Menteri, kerja rosak akhlaknya seolah jangan diganggu dan diaberi amaran kepada sesiapa sahaja jangan cuba menafikan beliau sekalipun memaksa rakyat menerima semua cita-citanya dan dia sebagai seoarang ulama yang difitnah dengan kerja dia dah buat begitu rosak akhlak bagai tak berdosa... ![]() Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998. Namun,tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri. Hal itu dapat difahami kerana ia melibatkan sesuatu yang sulit dan sifat Dr Siti Hasmah sendiri diketahui jarang mau cakap politik. Ikuti cerita penuh Tun Siti Hasmah juga di hubungi Wan Azizah... (KLIK) |
ANAK BERANAK NUAR PERANG BESOR? WAN AZIZAH SENTAP!!! Posted: 07 Apr 2013 07:57 PM PDT Menjadi tanda tanya kenapa kebelakangan nie muka Wan Azizah tak kelihatan, mana mau Presiden tak hadir sebaliknya si Banduan nie pulak yang lebih-lebih, awat nie apa dah jadi? Desas desus makin kuat bertiup, sebelum nie kita didedahkan pelbagai cerita termasuk kisah Wan Azizah rupanya pernah mengadu domba pasal keruntuhan isu dalaman keluarganya, setakat mana benarnya? Tun dan Siti Hasmah pulak sekadar mengaku ada menerima surat dan bla, bla, blaaaa... Teman respek kat dema yang atas dasar setia dan berprinsip memegang janji tak macam aljub yang segala yang ada dibongkarkan malah ditambah bertambah-tambah sampai tak masuk akal dan disuruh dan paksa rakyat percaya. Apa pun mata dan hati rakyat tak boleh ler nakditutup ikut suka bapak dia, memang benar nampaknya bini dia sebagai Presiden kini senyap,apatah lagi kalau dikisahkan pelbagai kisah tentang main bini dan lakinya sekali tentulah merunsingkan bini oiiii... Kita ikuti pendedahan di blog parpukari... Menurut member aku ni, Nurul Izzah dan Wan Azizah mahukan PKR menjadi sebuah parti politik yang sebenar yang menjadi pihak ketiga dalam memantau ketelusan kerajaan, dan mereka berdua tak nak PKR hidup dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim. Senang cerita Izzah dan Azizah tau Pakatan tak boleh menang jadi mereka mahu menjadi pembangkang yang boleh pantau kerajaan la. So, Izzah dan Kak Jijah tidak suka kepada imej Anwar yang banyak konflik dan masalah moral yang menjadi liabiliti kepada PKR dan mereka cuba nak ketepikan Anwar., tetapi mengenali Anwar ni, dia tak mahu berganjak dari PKR. Dia tetap mahu berada disana walau dia tahu semua ahlul PKR menyampah dengan dia kerana kena pertahankan nafsu buas dia. Azmin Ali pula bila mendengar rancangan Izzah dan Azizah ni, dia bercadang untuk menjadi presiden PKR. Maka bermulalah konflik yang maha hebat lagi. Kita semua dah tahu Azmin punya team nak rampas kuasa dalam PKR dari dulu lagi, tak berpeluang. Kali ini Azmin ambik kesempatan dari konflik Anwar, Izzah dan Azizah. Sebab Azmin and the gang nampak permasalahaan ini sudah terlampau serius. Dia sedang cuba habis-habisan untuk merampas kuasa sebelum hari pengundian. Dia akan lakukan apa saja supaya Izzah dan Azizah ditendag keluar dari PKR. Tetapi, Azmin dah lupa pengaruh Izzah dan Azizah tak kurang hebatnya, mereka tidak suka Azmin Ali sebab moral dia pun adalah liabiliti kepada PKR. Aku percaya korang semua dah tahu betapa bencinya Azizah pada Shamsidar kan? Azizah memang tak boleh terima Azmin namun dia terpaksa kena hadap jga sebab suami ANUGERAH TUHANnya sayangkan Azmin lebih dari dia. Keadaan bertambah parah bilamana Izzah dan Azizah telah mendapat 'feedback dari grassrot tentang hal ini, so lagi dekat nak PRU ni lagi la mereka pening kepala kerana grassroot tidak mahu campurtangan Anwar yang boleh membawa kekalahan kepada perjuangan mereka.ANWAR SUDAH MENJADI LIABILITI kata mereka. Ikuti pendedahan di SINI |
SURAT SOKONGAN PELIWAT, HOMOSEKSUAL SEBAGAI PERDANA MENTERI DARI YUSUF QARADAWI Posted: 07 Apr 2013 05:49 PM PDT Pembangkang bakal keluar surat palsu sokongan al-QardawiSHAH ALAM 6 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri. Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut dan mendapati antara lainnya mengandungi surat sokongan kononnya daripada Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu. "Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," dakwanya. Beliau mendakwa demikian semasa berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini yang dihadiri lebih 15,000 orang. Dalam pada itu, Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu turut menganggap antara jasa besar Dr. Mahathir kepada rakyat negara ini ialah memecat Anwar yang merupakan timbalannya pada 2 September 2008. ''Keputusan pecat orang yang beliau didik dahulu memang bukan mudah. Tetapi kalau Anwar tidak dipecat dan jadi Perdana Menteri pasti kedaulatan negara akan tergugat. ''Kebenaran juga telah ditunjukkan bermula dengan rakaman video China Doll dan video yang dipaparkan oleh laman blog Raja Goyang dan Papa Gomo," katanya. |
NIK AZIZ KRITIKAL? KELANTAN BO LA WEIII... Posted: 07 Apr 2013 08:22 AM PDT Kelantan tak selamat lagi, bukan soal keselamatan tapi soal tampuk pemerintahan Nik Aziz yang tercata dalam sejarah pemerintahan yang paling lama dalam sejarah Malaysia yang direkodkan, 23tahun boleh dikategorikan bujang yang dah kawin dan boleh ada anak dah. Kelantan goyang beb, toksah ler nak tunjuk lakon karektor tenang dan beriman. Kalau dulu dia berpakat elok dengan adiknya sembahyang hajat mohon tuhan musnahkan umat Islam yang lain, hari ini sepatutnya dia jugak kena perhati dan teliti umat Islam yang dia doakan supaya ditimpa bencana dan kemusnahan itu sudahkah menemui ajal ataupun ditimpa celaka seperti yang dia mahukan. Dia juga kena melihat dimana balasan tuhan itu turun nya kemana? yang dia doakan supaya ditimpa malapetaka nampaknya elok sihat adanya dan jangan buat tak nampak pulak bila sendiri pula yang terima tempiasnya, Jangan menolak takdir dengan pelbagai helah, terima dan ambil iktibar sepatutnya... Yang didoakan hancur semakin baik sebaliknya masih tak mengaku yang dia pulak kerap terganggu sihatnya.. Hari ini dengan doa dia dan adiknya pernah meminta supaya umat Islam UMNO di musnahkan terjawab, terima hakiki yang Allah swt berikan, yang diberi pembalasan begini sepatutnya dia ambil iktibar, pemimpin agama yang pernah dianjingkan kerana menyokong kerajaan hari ini bangkit menunjukan mereka mesti pertahankan kehendak Islam bukan seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Hari ini juga Allah swt memberi petunjuk kepada PAS dan Nik Aziz supaya tidak sesekali meletak hukum mengikut kehendak Parti, buatlah seteliti mana atau hebat mana, jangan lupa Allah swt yang menentukan, akhirnya pendokong Islam serta pemimpin umat Islam bangkit dan memperlihatkan cara yang sebenarnya... bukan solat hajat minta umat Islam yang lain musnah... Apa dah jadi? Hari ini kita boleh lihat kebangkitan rakyat Kelantan untuk menentang Nik Aziz. Mungkin bagi penyokong PAS totok, semua yang bangkit menentang Nik Aziz itu adalah anjing. Semalam berlansungnya solat hajat perdana di Ketereh Kelantan yang mana kehadiran mencecah 5000 rakyat. Solat hajat ini dianjurkan oleh PENDITA yang mana kumpulan ini mula bangkit untuk menentang kemunafikan Nik Aziz. Mungkin penyokong totok PAS terus merasakan yang hadir untuk solat hajat ini adalah anjing-anjing kerana tindakan mereka ini untuk menentang Nik Aziz. Aku tidak kata yang Nik Aziz ini jahat, tetapi sifat jahat semakin menular dalam diri Nik Aziz. Kalau tidak mana mungkin Nik Aziz dengan sesuka hati boleh mengkafirkan orang lain. Blog Tok Guru 86(klik) |
BLOGGERS PERAK (PCT) SEDIA BELASAH PEMIMPIN BOIKOT PARTI BILA TIDAK TERPILIH Posted: 07 Apr 2013 04:25 AM PDT Belum diumumkan siapa Calon nampaknya dah ada yang mula nak tunjuk protes dan boikot terhadap parti, jenis begini layaknya dilebelkan sebagai pengjkhianat, mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada punca kegagalan parti Jenis macam nie jugak paling tak guna, bila kita dalam kesusahan memang tak nampak muka malah bayang pun tak jumpa, tapi bila Bn mendapat mandat rakyat kembali, muka nie yang paling banyak kedepan, masa perang lari tapi bila menang nak pulak pangkat. rasanya tak perlu simpan kerana tak ada gunanya pada parti elok lagi kalau dia jangan dibagi muka lansung, jenis macam nie yang merosak dan mengagalkan kemenangan kita. Jenis macam nie ler jugak penting diri sendiri tanpa peduli samada parti menang atau kalah, mereka pentingkan diri mereka, kena ada tempat untuk mereka tanpa memikirkan kekalahan juga boleh berpunca dari mereka sendiri. mereka lah yang merosakan Parti Jenis macam ni lah juga yang rakyat tak hendak, meluat tengok dan tidak akan bagi undi untuk mereka, tak mahu dijadikan pemimpin, tak mahu ikut bantu parti kalau muka nie yang dicalonkan, tak berminat nak bersama parti dah kalau muka nie jadi pemimpin. Oleh itu teman dan rakan bloggers-bloggers yang lain telah berikrar akan menentang habis-habisan kepada semua yang mengkhianati calon Parti kerana protes nama mereka tidak disenaraikan untuk calon PRU 13 nanti, kita akan bongkar dan dedahkan siapa sebenarnya mereka? kita akan serang dan pastikan mereka supaya menghormati winning candidate oleh pucuk utama pimpinan. jika mereka mengkhianat maka mereka juga musuh kami!!! |
FITNAH CIKGU BARD UNTUK ROSMAH TERANCANG DAN SENGAJA Posted: 07 Apr 2013 01:00 AM PDT ![]() Sebagai seorang ISLAM juga Cikgu Bard tentunya tahu apakah hukun nya buat finah dalam Islam? Bukan sekadar adakan fitnah malah menjaja merata-rata dalam ceramah untuk Aibkan Datin Sri Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri. Bukan setakt dosanya memfitnah malah juga berdosa terang-terang menipu rakyat terutamanya Ahli PAS dan PKR yang nampaknya kebelakangan Pemimpin Kencing Rakyat yang cukup jelas meLEMBUkan RAKYAT terutamanya umat Islam dan Bangsa Melayu. Aku desak Datin Rosmah Mansor jangan sesekali memaafkan Che Gu Bad bangang ini. Biarkan Che Gu Bad hidup dengan penuh kepalsuan. Fitnah yang dilemparkan oleh Che Gu Bad bukan satu perkara yang remeh. Fitnah tersebut melambangkan Kastam tidak ada Integriti dalam menjalankan tugas. Che Gu Bad telah merosakkan reputasi sebuah badan di Raja. Kerana gilakan kuasa, Che Gu Bad menjadikan pihak Kastam sebagai kambing hitam. Mamposlah kau Che Gu Bad. Tembelang kamu sudah terbongkar beb. Hak pasti berdiri dan yang bathil pasti tumbang. |
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |