Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Dr Sidek : Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Mengejutkan?

Posted: 07 Apr 2013 10:17 PM PDT


Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau begitu terkejut dengan pendedahan bekas pegawai agama  Anwar Ibrahim yang hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu.

Dr Sidek berkata pendedahan pegawai agama itu menguatkan lagi hasratnya untuk terus meninggalkan Anwar.

Beliau tidak menyatakan siapakah pengawai agama Anwar itu dan butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Pendakwah dan pendidik tersohor itu turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang mendedahkan kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar.



Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar.

"Anwar tidak nafi. Wan Azizah tidak nafi tentang kejadian itu, "katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13, Dr Sidek berkata ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan 'bebas' lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah.

Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.

Suara Politik
Belantan

PRU -13: PKR begitu terdesak sekali sehingga tipu surat sokongan?

Posted: 07 Apr 2013 05:53 PM PDT





Pembangkang bakal keluar surat palsu sokongan al-Qardawi

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut dan mendapati antara lainnya mengandungi surat sokongan kononnya daripada Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," dakwanya.

Beliau mendakwa demikian semasa berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini yang dihadiri lebih 15,000 orang.

Dalam pada itu, Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu turut menganggap antara jasa besar Dr. Mahathir kepada rakyat negara ini ialah memecat Anwar yang merupakan timbalannya pada 2 September 2008.

''Keputusan pecat orang yang beliau didik dahulu memang bukan mudah. Tetapi kalau Anwar tidak dipecat dan jadi Perdana Menteri pasti kedaulatan negara akan tergugat.

''Kebenaran juga telah ditunjukkan bermula dengan rakaman video China Doll dan video yang dipaparkan oleh laman blog Raja Goyang dan Papa Gomo," katanya.

Sumber : Minaq Jinggo

Suara Politik
Belantan

Fatwa PRU -13 : Selepas Pok Nik kata solat orang UMNO tak dapat pahala, Haji Hadi pula kata UMNO syaitan?

Posted: 07 Apr 2013 10:14 AM PDT



Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sekali lagi menunjukkan pemikiran dangkalnya apabila menganggap UMNO sebagai syaitan yang perlu ditentang oleh umat Islam negara ini!

Pemikiran itu lebih jelas kelihatan apabila beliau mendakwa lebih baik untuk PAS yang memperjuangkan Islam bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bekerjasama dengan UMNO kerana menolak pelaksanaan hukum hudud.


Dakwaan beliau itu dilihat oleh ramai pihak sebagai 'sangat membingungkan' kerana UMNO sebelum ini tidak pernah membuat menentang pelaksanaan hukum hudud sebaliknya parti DAP sebelum ini secara terang dan terbuka menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia oleh mana-mana pihak.

"UMNO menolak pelaksanaan hukum hudud yang kita mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kompleks PAS Batu 9, Kedah disini semalam.



Abdul Hadi juga mendakwa UMNO tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakan oleh pakatan pembangkang. Dakwa beliau, konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata negara berkebajikan PAS meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.


Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menyatakan penentangan secara terbuka terhadap usaha melaksanakan hukum hudud dinegara ini termasuk juga oleh Parti PAS!

Menurut Karpal, sebarang cubaan PAS memperkenalkan hudud mencerminkan dengan buruk niat ikhlas disebalik apa yang diputuskan di Muktamar parti itu.

Karpal juga dipetik sebagai berkata, hudud tidak termasuk didalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga!

Suara Politik
Belantan

Fatwa PRU -13 : Apabila Pok Nik sudah semakin nyanyok - UMNO bina masjid bukan sebab Islam?

Posted: 07 Apr 2013 06:41 AM PDT


Setelah menuduh sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

"Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.


Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.

"Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.

Katalah apa sahaja Pok Nik kerana kamu sebenarnya telah KAFIR disebabkan perbuatan kamu sendiri!!!

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Suara Politik
Belantan

PRU-13: Nik Aziz @ Pok Nik dan pengikut PAS menjadi KAFIR 'dimakan' FATWA mereka sendiri?

Posted: 07 Apr 2013 03:37 AM PDT


Mungkin Pok Nik dah lupa:

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Adakah Pok Nik dan pengikut-pengikut PAS yang lain tahu yang mereka sebenarnya sudah menjadi KAFIR. Bila sudah menjadi KAFIR apakah sembahyang /solat mereka diterima?



Agak mengecewakan apabila hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik dengan angkuh mempertahankan 'fatwanya' sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala kerana parti itu kononnya menolak Islam.

Nik Abdul Aziz menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperolehi sebarang ganjaran pahala.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan apabila tolak Islam bermakna mereka turut telah menolak Allah SWT.

"Islam mari (datang) daripada Allah SWT, bukan mari daripada Nabi Muhammad SAW, bukan mari dari Kelantan, mari daripada Allah, apa ertinya kata-kata Subhanallah, makna maha suci Allah yang kita puja ini suci daripada sebarang kekurangan, lupa tiada, miskin tiada, bodoh tiada, serba sifat kurang tiada pada Allah sebab itu kita kena terima Islam.

"Demo (UMNO) tolak Islam. Bila tolak Islam, erti dia tolak Allah, tolak Jibril, tolak Nabi Muhammad SAW, tolak Al-Quran, kalau tidak Islam mesti automatik tolak Nabi, tolak Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pawah Rusa negeri di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.

Solat siapa yang tak dapat pahala dan solat siapa yang tidak diterima langsung? Tepuk dada tanya selera. Gunakan akal untuk berfikir...wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

PRU - 13: Kit Siang 'liat' berundur demi kelangsungan politik anaknya?

Posted: 07 Apr 2013 01:16 AM PDT



Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap sebagai pemimpin paling 'liat' kerana masih bercita-cita besar untuk terus berkuasa walhal beliau sering mendesak pemimpin lain untuk berundur daripada arena politik.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang 'gila kuasa' walaupun rakan-rakan seperjuangan beliau sudah lama mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru.

Tunku Aziz berpendapat, antara punca calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah itu tidak mahu bersara lagi adalah kerana mahu memastikan kelangsungan politik anaknya, Lim Guan Eng kekal dominan.

"Saya masih ingat bagaimana beliau sering mendesak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik. Bagaimana pula dengan diri sendiri? Cakap tidak serupa bikin.

"Cukup-cukuplah Kit Siang. Saya rasa sudah tiba masanya beliau bersara secara bermaruah daripada terus mengejar impian memerintah negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu rakyat menamatkan karier politik Kit Siang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR); Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dr. Mahathir berkata, politik pimpinan ketiga-tiga mereka hanya 'bersatu di permukaan' sedangkan hakikatnya mereka menipu sesama sendiri demi agenda politik masing-masing selain mahu menjadi Perdana Menteri.

Kata Tunku Aziz, perjuangan Kit Siang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi selain slogan retorik kononnya mahu berjuang membela nasib rakyat negara ini.

"Kit Siang telah berhempas pulas memastikan Guan Eng memegang jawatan tertinggi parti. Beliau juga telah memastikan Guan Eng menjadi ketua menteri. Itu adalah perjuangan Kit Siang," katanya.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>