Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Gadis selak baju, tayang payudara dan punggung kecohkan SIngapura

Posted: 31 Dec 2012 02:30 PM PST

Seorang wanita, dengan beraninya menyelak sambil menayangkan payudara dan punggungnya di sekitar kawasan tarikan pelancong di Singapura.

Lebih 30 gambar-gambar aksi beliau menayangkan asetnya telah tersebar ke internet.

Walaupun gambar tersebut memperlihatkan wajahnya dikaburkan, kawan-kawannya berasa risau beliau akan ditangkap.

Menurut undang-undang di Singapura, berbogel di tempat umum boleh didenda atau dipenjara.




Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman

Posted: 31 Dec 2012 06:53 AM PST

KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

"Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

"Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh," kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.

"Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi," katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, hari ini.

10 hari remaja 13 tahun jadi hamba seks penganggur

Posted: 31 Dec 2012 12:31 AM PST

Gambar hiasan
MUAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun berkaitan kes rogol seorang remaja berusia 13 tahun yang disyaki dijadikan hamba seks oleh tiga lelaki selama 10 hari, baru-baru ini.

Difahamkan, dalam serbuan itu, suspek seorang penganggur ditahan ketika khayal dadah jenis ganja di sebuah rumah di sekitar Bakri di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata remaja perempuan terbabit mengenali seorang daripada suspek yang mengurung dan merogolnya.

"Mangsa menunjukkan rumah suspek berkenaan dan atas maklumat itu, sepasukan polis menyerbu kediaman berkenaan sebelum menahan seorang lelaki.

"Kami masih memburu dua lagi suspek berkaitan kes berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Harian Metro kelmarin, melaporkan tindakan seorang remaja perempuan yang cuba melarikan diri dari rumah di Bakri mengundang padah apabila dia diculik empat lelaki sebelum dirogol sekurang-kurangnya tiga daripada lelaki terbabit selama 10 hari berturut-turut.

Malah, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Nor, 13, turut dipaksa mengambil dadah selain tidak diberi makan sepanjang tempoh tahanan itu.

Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia - Budget 2013

Posted: 30 Dec 2012 11:31 PM PST

Rebat RM200 Telefon Pintar Untuk Belia Sempena Budget 2013

Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar 'siapa cepat dia dapat' sementara stok masih ada.

Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah:

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.

Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan.

Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.

Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.

Tak faham hukum dan cinta terhalang, remaja bersekedudukan hingga lahir anak luar nikah

Posted: 30 Dec 2012 10:31 PM PST

Gambar hiasan
BATU PAHAT: Satu pasangan mendakwa keengganan keluarga perempuan merestui keinginan mereka untuk berkahwin menyebabkan pasangan itu mengambil jalan songsang mengenepikan dosa dengan bersekedudukan sejak lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki sedangkan mereka boleh menggunakan wali hakim berikutan berada di luar kawasan.

Malah, pasangan berkenaan bersekedudukan di rumah keluarga lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal bersama bapa dan tiga anak angkat bapanya.

Kelakuan sumbang mereka terbongkar apabila penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Batu Pahat menyerbu rumah berkenaan di Punggor Rengit di sini, menerusi Ops Ambang Tahun Baru, jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an terbabit mendakwa bersekedudukan selepas buntu hubungan bersama teman lelakinya tidak direstui keluarga di Kemunting, Perak.

Menurut wanita itu, dia mengenali teman lelakinya empat tahun lalu dan sudah banyak kali memberitahu keluarganya di Perak, mereka mahu berkahwin.

Dia mendakwa keluarga enggan menerima teman lelakinya itu menyebabkan mereka tinggal bersama setahun lalu hingga melahirkan anak lelaki.

(Gambar) Sekitar majlis persandingan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey Natasha

Posted: 30 Dec 2012 07:31 PM PST

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 28 Disember yang lalu, pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey Natasha terus diraikan oleh kaum keluarga, rakan rakan dan para peminat di sebuah majlis resepsi yang berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail. Lagi gambar selepas ini, enjoice!


Pelacur salun diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang

Posted: 30 Dec 2012 06:55 PM PST

KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.

Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.

Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas.

Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.

Kosmo!

Kalimah Allah: Bukan Islam boleh guna...tetapi dengan syarat...

Posted: 30 Dec 2012 06:01 PM PST

Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah "Allah" perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

"Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah," tegas Harussani (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

"Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam," tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

"Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri," katanya lagi.

Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

"Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah," tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan "Allah", kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

Dalam satu kenyataan, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) melalui presidennya Jagir Singh menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai untuk orang bukan Islam, dan majlis itu tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat dari menggunakan perkataan tertentu.

Beliau juga menyebut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang katanya tidak membenarkan apa-apa sekatan terhadap orang bukan Islam.

"Fatwa adalah nasihat secara semula jadi dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Selain itu, mana-mana fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) menyalahi undang-undang dan tidak sah, "katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Di Pulau Pinang, Mufti Negeri Hassan Ahmad memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat juga agama lain menggunakan perkataan "Allah".

"Di dalam kitab suci Sikh, nama 'Allah' disebut sebanyak 37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu," kata Karpal memberi contoh.

Jagir juga mengingatkan hari ini keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 terhadap penerbitan Katolik Herald menggunakan perkataan itu di mana ia memutuskan bahawa undang-undang yang menghadkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu akan menjadi "tidak berperlembagaan".

Semalam, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan "Allah" oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

"Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

"Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God', 'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain," katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Kristian di Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk yang berjumlah 28.3 juta orang, dengan kebanyakan di Malaysia Timur menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan Allah sebagai rujukan untuk Tuhan mereka.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan "Allah", dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang Islam.

Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.

Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>