Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


PRU 13 - Selama 15 tahun Tun Mahathir simpan rahsia surat Azizah?

Posted: 05 Apr 2013 11:34 PM PDT


Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.-UMO

Suara Politik
Belantan

Pembangkang rancang adakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum PRU-13?

Posted: 05 Apr 2013 08:13 PM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin diminta membuat sidang akhbar bersama bagi menafikan wujud usaha mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, beliau tertanya-tanya tujuan pembangkang mahu mengadakan himpunan tersebut kali ini sekiranya benar seperti didakwa pihak tertentu.



Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1.) Kita meminta Anwar dan Shamsidar buat penafian melalui 'sidang akbar bersama' bahawa wujud usaha dari pihak pembangkang untuk mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum PRU 13.

2.) Kita mahu tahu apakah tujuan Anwar dan Shamsidar mahu mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 kali ini. Betulkah tujuan himpunan ini untuk merayu secara terbuka supaya Majlis Syura Pas mengeluarkan fatwa bahawa Islam membenarkan seorang biseksual untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat amat memerlukan penjelasan daripada Anwar dan Shamsidar.

3.) Kita juga difahamkan bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah gagal dalam usaha untuk mendapatkan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa mengatakan 'biseksual boleh menjadi Perdana Menteri' tetapi Nik Abdul Aziz takut mengeluarkan fatwa tersebut sebab pilihan raya sudah dekat.

4.) Sebagai usaha terakhir, Anwar dikatakan akan mengeluarkan surat akuan daripada Yusof Al-Qardawi mengatakan Islam mengalu-alukan pemimpin biseksual untuk menjadi Perdana Menteri.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Pejabat Peguam Negara digesa siasat bapa Saiful?

Posted: 05 Apr 2013 05:20 PM PDT



Badan Bertindak Anti-penyelewengan Negeri Kedah mendesak pihak berkuasa khususnya Pejabat Peguam Negara menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, Azlan telah berniat jahat cuba mencemarkan institusi diraja pada 14 Disember 2010 apabila melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam kes liwat anaknya dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Azlan telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campur tangan tuanku supaya mempercepatkan prosiding mahkamah yang telah ditangguh berkali-kali oleh Anwar kononnya atas alasan keadilan untuk anaknya.

"Dalam surat bertarikh 14 Disember 2010 itu, dengan jelas Azlan menyatakan Anwar terlibat dalam tuduhan liwat ke atas anaknya.

"Kemudian, pada 8 Mac 2013, Azlan telah menukar kenyataannya secara umum dengan menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Azlan Mohd. Lazim ketika dalam perjalanan menuju ke Istana Negara.

Menurut Khairul, tindakan Azlan itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang cuba memperolok-olokkan serta mencemar institusi diraja.

"Saya dengan tegas mempertikaikan perbuatan biadab Azlan ini dan mendesak supaya dia bertanggungjawab membuat permohonan maaf secara terbuka terutama kepada institusi diraja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) negeri Kedah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, Azlan tidak sewajarnya terlepas daripada tindakan undang-undang dalam perkara itu.

"Saya mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera secara terperinci dan Peguam Negara tidak memandang ringan terhadap perbuatan ini dengan mendakwa Azlan secepat mungkin," katanya.

Dalam sidang akhbar pada 8 Mac lalu, Mohd. Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar pada 2008, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya tuduhan ke atas Ketua Pembangkang itu adalah satu fitnah.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful tetapi kes itu akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

Suara Politik
Belantan

PRU - 13 : PKR kekal pendirian benar bukan Islam guna kalimah Allah?

Posted: 05 Apr 2013 08:26 AM PDT



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Jan lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua insya-Allah. Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas juga pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.



Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Ahli PKR lapor SPRM dakwa MB Selangor salah guna kuasa?

Posted: 05 Apr 2013 06:16 AM PDT



Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.

"Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.

"Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.

Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

"Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Suara Politik
Belantan

PRU - 13 : Ikhlaskah simpati pembangkang?

Posted: 05 Apr 2013 03:10 AM PDT



'NAMPAKNYA' selepas misi mengekang dan membanteras saki-baki pengganas Kiram oleh pasukan keselamatan hampir selesai, pakatan pembangkang kini dikatakan cuba 'mengambil alih peranan' dalam isu itu.

Hakikatnya, kita rakyat Malaysia tidak akan lupa dengan gelagat pembangkang dan pengikut tegar mereka pada awal-awal krisis. Kita hanya mampu menggelengkan kepala membaca komen-komen segelintir anak muda di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai 'mati katak' dan menghamburkan pelbagai kata-kata kesat.

Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka. Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO.

Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih rumit daripada yang dijangka. Risikan pihak Filipina sendiri mendedahkan penglibatan pembangkang negara ini dalam pencerobohan tersebut.



Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai 'krisis sukar' itu menjadi satu 'insiden keganasan yang besar'. Malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila. Dan apa yang dikatakan 'tentera Sulu' itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin pembangkang di sini.

Dalam kita melengkapkan tahap keselamatan di Lahad Datu bagi membanteras kelibat pengganas Kiram, kegiatan dalaman pihak pembangkang juga harus diberikan perhatian serius.

Umum maklum tahap kemiskinan keluarga Jamalul Kiram III. Tetapi bagaimana mereka mampu melakukan serangan gerila terhadap Lahad Datu dengan kelengkapan persenjataan yang cukup. Itu belum mengambil kira kemudahan lain seperti bekalan makanan, pergerakan dan logistik.

Keberanian

Kerana itu, 'keberanian' Jamalul Kiram III tidak mustahil dilindungi oleh pihak tertentu membabitkan pemimpin politik tempatan.

Kita rakyat Malaysia sememangnya agak hairan mengapa tiada kenyataan mengecam pengganas Kiram dikeluarkan oleh mana-mana parti pembangkang. Melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara.



Di awal insiden, DAP sendiri memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab. Kemudian, adalah sedikit nada parti itu mengecam pengganas Sulu, namun sekutunya, Parti Keadilan Rakyat pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia. Langsung parti itu tidak 'menjentik' pihak Kiram.

Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti pembangkang setakat ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun daripada mereka menempelak Tian Chua!

Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru. Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara.



Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi daripada PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang gugur. Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya perikemanusiaan.

Provokasi mana-mana pihak termasuk daripada Jamalul Kiram dan pihak Filipina tidak sekali-kali akan melemahkan kemampuan sebenar pasukan keselamatan negara khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>