Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Video: Jacob & Co New York Beri Penjelasan

Posted: 05 Apr 2013 06:08 AM PDT

Semalam saya dah tulis panjang lebar bagi menjawab fitnah berhubung pembelian cincin oleh oleh isteri PM. Lihatsini

Tup...tup...tup....tiba-tiba hari ini Raja Petra pula melalui Malaysia Today keluarkan satu video yang memaparkan pengarah di syarikat penjual cincin tersebut yang berpejabat di Amerika menjelaskan perkara sebenar.


 

Yang benar tetap akan muncul jua walaupun bertahun. Buktinya kita semua boleh lihat hari ini. Dua tahun mereka fitnah dan mereka serang Rosmah siang dan malam. Hari ini kebenaran muncul jua....



Semalam ada kawan-kawan yang beritahu saya muka depan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 8 Febuari 2008 yang dipalsukan tidak jelas. Saya telah berusaha dapatkan yang jelas, dan Allhamdullilah ianya berjaya.


Ini edisi PALSU yang dibuat dan diedarkan oleh pihak mereka


Utusan Malaysia 8 Febuari 200 8- Inilah edisi ASAL yang dipalsukan mereka

Lain kali kalau nak menipu tolong buat home work dulu. Isu cincin timbul pada tahun 2011. Janganlah pakai akhbar tahun 2008 untuk menipu. Tahun 2008 dan tahun 2011 Utusan Malaysia pun dah berubah wajah. Lihat perbezaan wajah Utusan Malaysia tahun 2008 di atas dengan wajah Utusan Malaysia tahun 2011 seperti gambar di bawah. Perhatikan pada mast head yang memaparkan perkataan Utusan Malaysia. 

Ini wajah Utusan Malaysia tahun 2011

Fatwa Baru Musim PRU: Orang Umno dan Orang Pas Sembahyang Tak Dapat Pahala

Posted: 05 Apr 2013 02:10 AM PDT


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam mengeluarkan 'fatwa' baru dengan mendakwa sembahyang orang Umno tidak akan mendapat pahala.




Beliau yang juga Menteri Besar berkata, disebabkan Umno menerima dasar kebangsaan dan menolak agama Allah, menyebabkan sembahyang mereka tidak akan mendapat pahala.

"Demo (UMNO) tolak Islam, tolak agama Allah, bila demo sembahyang, tidak boleh pahala. Hendak dapat pahala macam mana sebab tolak Islam.

"Bukan senang adik kakak, mesti ikhlas kerana pahala bukan senang hendak dapat. Begitu juga orang PAS sembahyang, tapi kedekut, juga tidak akan dapat pahala," katanya ketika berceramah pada Ceramah Perdana di Kampung Jambu, di sini, malam kelmarin.



Terima kasih tuan gAru, jasamu dikenang. Besar sungguh jasamu kepada kami di musim-musim pilihan raya ini. Sekali lagi terima kasih....

Perhatikan pula kepada ayat yang di bold kan....

Itulah cara nak kaut duit orang Pas masa pilihan raya ni. Maka keluarkan satu fatwa baru....

Senang sungguh jadi Pas ni. Hari-hari boleh buat atau tukar fatwa....

Pergaduhan Azmin Ali Dengan Wan Azizah Semakin Parah

Posted: 05 Apr 2013 12:23 AM PDT


Lihat apa yang Azmin kata,



Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertandingpada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

Sinar Harian Online


Lihat pula apa yang anak mama dan papa kata,
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwarmenafikan ibunya, Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak akanbertandingpada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Kata beliau, keputusan rasmi hanya akan diketahui pada hari penamaan calon nanti.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

Antara Pos

Azmin selaku timbalan presiden pancung Wan Azizah begitu ja supaya Jijah tak bertanding.

Kih...kih....kih.....ini semua petanda BN akan menang besar.


Hancur PKR !

Hancur PKR !

Hancur PKR !

Lawak Pagi Jumaat:Pas Umum Dua Calon Untuk Satu Kerusi Yang Sama

Posted: 04 Apr 2013 08:24 PM PDT



Bermula di Pahang PKR berebut kerusi dengan DAP di Bentong. 

Kemudian di Perak Pas berebut kerusi dengan PKR di Bagan Serai.

Kemudian di Terengganu PKR berebut kerusi dengan Pas. 

Pergi pula ke Kelantan orang Pas nak rebut kerusi PKR. 

Di Johor pula bekas bakal MB Johor, Chua Jui Meng hilang kerana berebut kerusi dengan DAP. 

Di Perlis Pas awal-awal umum calon bolot habis semua kerusi parlimen. 

Di Pahang lagi kerusi parlimen Temerloh yang masih dalam perbincangan antara Pas dan PKR, tiba-tiba Haji Hadi umum Ketua Pemuda Pas sebagai calon. 

Soal mereka berebut kerusi bukan sahaja berlaku antara tiga parti itu, malah berlaku juga Pas berebut kerusi dengan Pas. Lebih melucukan lagi di kerusi yang sama Pas umum dua calon yang berbeza. 

Kah....kah....kah....kah....kah....lucu beb.......

Nak tahu kerusi mana sila klik di sini

Kajiselidik - Rakyat Melaka Berpuas Hati Dengan Pentadbiran BN

Posted: 04 Apr 2013 07:56 PM PDT




Kajiselidik Universiti Teknologi MARA & Universiti Teknikal Malaysia Melaka mendapati pentadbiran Melaka di bawah kerajaan BN, mendapat pujian dari rakyat Melaka. terutamanya golongan muda. 

  • 83% dari responden kajiselidik ini berpuas hati dengan prestasi PM Najib 

  • 38.5% responden adalah lepasan sekolah, 55.4% pemegang diploma & ijazah sementara 6.1% pemegang ijazah tinggi. 

  • 48.3% responden sangat setuju & 41.1% bersetuju bahawa PM bersungguh-sungguh meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. 

Kajiselidik ini mengambil sampel golongan muda antara 21-40 tahun di Melaka. 

Jelaslah golongan muda di Melaka menerima pembangunan yang dibawa oleh BN. 

Untuk perhatian, Melaka telah diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010. 

Akhir kata, DAP, PKR dan PAS boleh lupakan hasrat menawan Melaka....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>