BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Tubuh bogel Courtney Stodden diraba zombie
- Tiga pengadil didakwa terima rasuah seks atur perlawanan Piala AFC
- DS Anwar pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh
- Perkosa janda, penghulu dibelasah anak buah
- Akhirnya, DS Anwar bersumpah di hadapan penyokongnya, BN boleh 'surrender'!
- Pelajar UM cabar DS Najib di Pekan
- 'Saya 'perkosa' kerana cinta'
- Patut bau hancing, asyik kena kencing, kesian Jui Meng
- Nurul Izzah pecah tembelang PKR, Azmin kata lain, Anwar kata lain...!
- 'Ya, memang gambar saya di laman porno itu'
- Masyarakat Cina tolak calon PKR Pasir Salak
- PAS nak 'bunuh' Tun M, PKR mahu bakar Stadium Nasional Bukit Jalil?
- 'Hati Nik Aziz sudah terlalu hitam dengan dendam kepada UMNO'
- Siapa Nik Aziz nak tentukan dosa pahala orang?
- Barua terbaru PR terus caci dan hina pemimpin negara
(Gambar) Tubuh bogel Courtney Stodden diraba zombie Posted: 05 Apr 2013 10:01 AM PDT Celebriti realiti popular, Courtney Stodden kembali dengan pose seksi, kali ini beliau berbogel bersama mayat hidup a.k.a zombie. Gadis berusia 18 tahun itu menimbulkan kontroversi dengan aksi tanpa seurat benang dalam sebuah majalah Girls and Corpse. Zombie yang berada bersamanya itu hanyalah patung tetapi kelihatan begitu asli. Di dalam cover majalah tersebut memperlihatkan Courtney berada dalam pelukan zombie tersebut dengan payudara dan bahagian sulitnya ditutupi oleh patung zombie tersebut. Courtney menjadi popular apabila mengakhiri zaman bujangnya diusia 16 tahun bersama Doug Hutchison pada tahun 2011. Hutchison pada ketika itu telah berusia 51 tahun. | ||||
Tiga pengadil didakwa terima rasuah seks atur perlawanan Piala AFC Posted: 05 Apr 2013 09:02 AM PDT Tiga pegawai perlawanan Lubnan yang berada di Singapura bagi mengadili Piala Konfederasi Asia (AFC Cup) ditahan atas kesalahan menerima rasuah seks untuk mengatur perlawanan. The Straits Time melaporkan pengadil, Ali Sabbagh dan pembantu pengadil, Ali Eid dan Abdallah Taleb berhadapan tuduhan rasuah setiap seorang. Mereka didakwa menerima rasuah dari bookie dalam bentuk perkhidmatan seks percuma dari tiga wanita berlainan di Hotel Amara di Jalan Tanjong Pagar, Rabu lepas untuk perlawanan juara Liga S, Tampines Rovers dan East Bengal di Stadium Jalan Besar. Dalam perlawanan tersebut, Tampines Rovers tewas kepada East Bengal 4-2. FAS telah memaklumkan kepada AFC berkenaan masalah yang dihadapi akibat dari pendakwaan tersebut dan pegawai gantian dari Malaysia dan Thailand telah dihantar ke Singapura. | ||||
DS Anwar pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh Posted: 05 Apr 2013 07:45 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia merancang untuk bertanding di Perak baru-baru ini. Beliau berkata, dia ingin bersama pengundi dan penyokong setianya di kawasan tersebut. Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk di Permatang Pauh yang sentiasa menyokongnya walaupun dia tidak lagi bersama parti memerintah dan kerajaan. "Isteri saya (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pada awalnya tidak bersetuju apabila saya memberitahunya bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak. "Beliau berkata rakyat di Permatang Pauh adalah penyokong setia yang sentiasa berdiri dibelakangnya dan PKR selama ini," katanya pada ceramah di Taman Seri Pauh, Permatang Pauh di sini, Jumaat. | ||||
Perkosa janda, penghulu dibelasah anak buah Posted: 05 Apr 2013 07:01 AM PDT BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu. Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya. Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak. Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan. "Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa. "Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit," katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini. Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung. Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa. Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih 'miang' bercinta dengan seorang guru. Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya. | ||||
Akhirnya, DS Anwar bersumpah di hadapan penyokongnya, BN boleh 'surrender'! Posted: 05 Apr 2013 06:15 AM PDT Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengkritik hebat musuh ketatnya, Mahathir Mohamad kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. Anwar turut mengejutkan hadirin dengan bersumpah untuk menurunkan harga minyak sekiranya dia dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU13 nanti. "Pertama, dalam masa 24 jam, saya bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara," katanya kepada orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. "Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib. "Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, " katanya. Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. MPP Online | ||||
Pelajar UM cabar DS Najib di Pekan Posted: 05 Apr 2013 06:02 AM PDT ![]() Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas. Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia. "Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen. ![]() "Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada kedua-dua parti itu. | ||||
Posted: 05 Apr 2013 05:15 AM PDT
Itulah antara rayuan yang dibuat Mohd Affendi Ahmad, 26, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Mohd Affendi membuat rayuan itu sebelum dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan empat, tahun lalu. Mohd Affendi yang beralamat di Bandar Permaisuri, Setiu, berdepan tiga pertuduhan merogol mangsa iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Bagi pertuduhan pertama, dia yang bekerja sebagai pemandu mengaku bersalah merogol mangsa, semasa kejadian berusia 15 tahun 9 bulan, di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, pada 7 Ogos 2012, kira-kira jam 10 malam. Mohd Affendi turut mendakwa mangsa adalah teman wanitanya yang dikenali baru beberapa bulan itu mengaku bersalah mengulangi perbuatan sama di lokasi sama setengah jam selepas kejadian pertama iaitu kira-kira jam 10.30 malam. Selain itu, berdasarkan pertuduhan ketiga, Mohd Affendi mengaku bersalah mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa pada keesokan harinya iaitu 8 Ogos, jam 2.30 petang di lokasi sama. Sejurus semua pengakuan bersalah itu direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Noor Wan Idris menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan serta mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri, manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam. | ||||
Patut bau hancing, asyik kena kencing, kesian Jui Meng Posted: 05 Apr 2013 01:01 AM PDT ![]() Bagaimanapun bekas Naib Presiden MCA itu berkata sehingga kini belum ada kerusi yang ditawarkan untuknya. Sambil mengakui menyedari bahawa kesemua 11 kerusi PKR di Johor sudah mempunyai calon, Chua bagaimanapun akur dengan keputusan parti. "Parti arahkan supaya saya tinggalkan 'rumah' saya di Gelang Patah kerana kata mereka saya disediakan sebuah 'rumah' baru. "Tapi sehingga kini masih belum ada mana-mana pintu dibuka kepada saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat. Menyifatkan kawasan Parlimen Gelang Patah sebagai 'rumah yang didiaminya' sejak setahun yang lalu, Chua turut mengakui bahawa penyokongnya di kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan tertinggi parti menyerahkan kerusi yang dilobinya itu kepada veteran DAP, Lim Kit Siang. "Sekarang saya sudah tiada 'rumah', dulu 'rumah' saya di Gelang Patah. Sejak sambutan Tahun Baru Cina lalu, saya sudah menemui hampir kesemua pengundi di Gelang Patah. "Tapi baru-baru ini parti arahkan saya supaya tinggalkan 'rumah' saya itu," katanya. Chua bagaimanapun menegaskan beliau akan tetap membantu DAP dan PAS pada PRU akan datang. -mStar | ||||
Nurul Izzah pecah tembelang PKR, Azmin kata lain, Anwar kata lain...! Posted: 05 Apr 2013 12:01 AM PDT KUALA TERENGGANU 5 April - Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya, Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu. "Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas. "Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti. "Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini. Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. - BERNAMA Ini pula laporan dari Sinar Harian 5 April 2013 PETALING JAYA - Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir. "Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam. "...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor. Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun. Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor. | ||||
'Ya, memang gambar saya di laman porno itu' Posted: 04 Apr 2013 10:01 PM PDT
"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja. "Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya. "Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dipetik daripada mStar Online.
| ||||
Masyarakat Cina tolak calon PKR Pasir Salak Posted: 04 Apr 2013 08:31 PM PDT PETALING JAYA: PKR menerima tamparan hari ini apabila ahli-ahlinya di sebuah rantingnya di penempatan masyarakat Cina di Kampung Baru Chui Chak , dekat pekan Langkap membantah pemilihan Mustaffa Kamil Ayub sebagai calon Parlimen Pasir Salak. Mustaffa telah diumumkan sebagai calon parlimen oleh Datuk Srri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu majlis ceramah di Kampung Gajah bulan lepas. Dua hari yang lepas, Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Parlimen Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan telah keluar parti dan menyertai Umno bagi membantah pemilihan Mustaffa sebagai calon parlimen Pasir Salak oleh Anwar. Setiuasaha ranting tersebut, Chong Hock Then, 60 ( dikenali sebagai Ah Thiam oleh ahli-ahli PKR Pasir Salak) menyatakan rasa tidak puashati bagi pihak ranting tersebut yang mempunyai keahlian parti seramai lebih 350 orang. Katanya beliau kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak. Ujarnya Mustaffa yang pernah bertanding di parlimen Pasir Salak dan juga DUN Sungai Manik dalam PRU 12 yang lalu ( dalam parlimen Pasir Salak) hanya timbul 5 tahun sekali, itupun apabila hampir pilihanraya. Katanya lagi Mustaffa tidak pernah menyertai aktiviti parti sendiri di Pasir Salak sebaliknya lebih cenderong untuk menyertai aktiviti PAS setempat. Mahu Mustaffa diganti Ujar Chong lagi, beliau berharap pimpinan parti di peringkat Pusat dapat segera mengganti Mustaffa dengan calon yang telah dicadangkan oleh pihak cabang. Katanya lagi beliau khuatir sekiranya pihak pusat tidak bertindak dengan segera, parti akan kehilangan banyak undi dari masyarakat Cina setempat. Di Chui Chak, Kampung Pahlawan dan bandar Langkap mempunyai jumlah keseluruhan lebih 6,000 pengundi dari kalangan masyarakat Cina dan meletakkan Mustaffa akan menyebabkan undi mereka berpindah kepada calon BN dalam PRU 13 ini Dewan Pemuda PAS Pasir Salak telah mengumumkan Dr. Muhaimin Sulam, Yang Dipertua PAS Pasir Salak sebagai Calon bagi DUN Sungai Manik. Ini menimbulkan konflik hubungan Pakatan Rakyat di Pasir salak kerana Dun Sungai manik adalah diperuntukkan kepada PKR dan Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak merupakan calon yang telah dipilih untuk bertanding kerusi tersebut. Situasi ini terjadi ada kaitan dengan ' janj-janji secara lisan ' oleh Mustaffa kepada pimpinan PAS Pasir Salak dalam PRU tahun 2008 yang lepas untuk mengembalikan Dun Sungai Manik kepada PAS sekiranya beliau tewas dalam pilihanraya tersebut. Mustaffa tewas dengan majoriti 1,300 undi kepada calon Umno/BN Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga exco kerajaan negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak. Kekalahan Mustaffa menyebabkan PAS menuntut janji-janji terhadap kerusi Sungai Manik tersebut. FMT | ||||
PAS nak 'bunuh' Tun M, PKR mahu bakar Stadium Nasional Bukit Jalil? Posted: 04 Apr 2013 08:01 PM PDT PULAU PINANG 4 April - Rancangan jahat membakar Stadium Nasional Bukit Jalil oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1998 didorong sifat taksub melampau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, rancangan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana parti tersebut mempunyai pelbagai strategi lain untuk mencetuskan huru-hara. "Demi Anwar, penyokongnya sanggup melakukan apa sahaja biarpun tindakan mereka akan menjejaskan ketenteraman awam serta memalukan negara. "Selain itu, pelbagai perkara lain juga akan dilakukan semata-mata memberi imej buruk kepada pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Aminah mengulas rancangan membakar stadium berkenaan ketika majlis perasmian Sukan Komanwel oleh Ratu Elizabeth pada 1998 berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Pendedahan oleh bekas penyokong kuat Anwar, Zulkifli Noordin semalam, antara lain turut menyebut mereka juga merancang mencetuskan huru-hara di tempat lain termasuk di kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kata Aminah, penyokong PKR terlalu taksub dan menganggap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu sebagai manusia paling 'bersih' sehingga sanggup bertindak di luar batasan. "Selain itu, jika mengadakan demonstrasi jalanan, kami diarahkan duduk di tengah jalan dan tidak bangun ketika dihampiri atau ditarik oleh anggota polis. "Semua ini dilakukan bagi menunjukkan kepada masyarakat dan media luar negara kononnya polis bertindak kejam terhadap penyokong Anwar," ujarnya. Aminah yang meninggalkan PKR pada 2007 berkata, gelaran 'pejuang' yang diberikan kepada mereka ketika itu membuatkan semangat menentang kerajaan dan mencetuskan suasana huru-hara semakin membuak-buak demi Anwar. Sehubungan itu, beliau meminta penyokong Anwar mengawal emosi dalam berpolitik ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak melakukan tindakan yang boleh menggugat keselamatan rakyat dan negara. | ||||
'Hati Nik Aziz sudah terlalu hitam dengan dendam kepada UMNO' Posted: 04 Apr 2013 07:23 PM PDT KUALA LUMPUR 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu. "Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam. "Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam. Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan. Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu. Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Pas sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu. Sehubungan itu, Harussani meminta rakyat tidak terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam. Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini. "Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya. | ||||
Siapa Nik Aziz nak tentukan dosa pahala orang? Posted: 04 Apr 2013 07:01 PM PDT KOTA BHARU 5 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa. Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah. Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. "Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu? "Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam. "Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa. "Dan, selepas ini pasti akan banyak lagi akan keluar bukan hanya setakat sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh di sini malam tadi. Kira-kira 5,000 orang menghadiri ceramah berkenaan yang turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Semalam, semasa menyampaikan ceramah di Padang Jambu di sini Nik Aziz telah mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan. Pada 17 November tahun lalu, pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Tambah, Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam. Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh Pas, malah Pas boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya. "Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara muklak," katanya. - UTUSAN ONLINE | ||||
Barua terbaru PR terus caci dan hina pemimpin negara Posted: 04 Apr 2013 06:31 PM PDT GERIK 5 April - Ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara. Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu. Tindakan mereka ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di sini malam tadi, tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan. Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan. Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu. Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka. Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat. Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13. "Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13. "Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |